Khamis, Mac 12, 2009

Keranda Putih???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:16:00 PTG
Tahukah anda...?


Bekas Polisterina yang digunakan untuk membungkus makanan adalah amat berbahaya kepada kesihatan serta boleh mendatangkan berdozen-dozen penyakit kronik seperti kanserBahan makanan yang terdedah secara terus kepada bahan ini akan diresapi oleh bahan kimia yang terdapat dalam bahan polisterina ini.


Ketua Jabatan Kemudahan, Pemakanan dan Perkhidmatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Noriah Ismail, berkata bekas Eco-pack yang diperbuat daripada fiber tandan kelapa sawit itu lebih selamat kerana polisterina putih yang digunakan selama ini mengandungi banyak bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser.


“Bekas polisterina ini juga memberi kesan kepada alam sekitar kerana memerlukan sekurang-kurangnya 500 tahun untuk reput, manakala jumlah tenaga yang tinggi untuk memusnahkannya.


“Sebaliknya, Eco-Pack boleh dikitar semula dan selepas tiga bulan jika tertanam, ia akan bertukar menjadi baja,” katanya.


4 Celoteh SahabatKu... on "Keranda Putih???"

Tanpa Nama berkata...

memang pun tapi ramai lagi masih guna bnda nie..

[Ana] Farhana.... on Selasa, 17 Mac, 2009 berkata...

yuo3... kadang2 ana terfikir gak..
camne ye nak elak guna benda ni..
yelah g ke kedai2 jika nak bungkus mesti pakai ni...
mungkin kena guna inisiatif bawa bekas sendiri =)

Noru Amran on Rabu, 18 Mac, 2009 berkata...

btul tu na.
ada yg tau x elok.
tp mslhnye, xde alternatif lain.
tp xsilap kt uia dh kuatkuasa bwk bkas sndirik.
klu xnk bwk bekas kena byr utk bkas yg cafenye.
tp xtau la skang ni still gune ke x...
bwk bekas sndiri je lah.
=)

Tanpa Nama berkata...

pkai daun pisang.. tanam pisang ramai2 ye =)

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez