Selasa, Jun 23, 2009

Jodoh..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:24:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
www.iLuvislam.com
az-zahir
editor: kasihsayang

Jodoh..satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini.





Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin.

Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.

Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka.

Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.


Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepaku nescaya akan kumakbulkan.”

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang tidak akan mati, Allahu rabbul jalil.


Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

Isnin, Jun 22, 2009

Angin Malam

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:16:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Angin malam....
Sepoi bahasa bertiup syahdu....
Sesyahdu hati yang diulit resah dan duka....
Selembut kata meniup pepohon....
Selembut garis hati yang terluka...

Rintik hujan...
Menitik gugur membasahi bumi...
Serintik hati ini menangis kedukaan...
Menitis syahdu hinggap keatas setiap permukaan...
Seperti titisnya jiwa kecelaruan...




Ya Allah...
Maha Pencipta...
Engkau menjadikan semua ini...
Maha Suci Engkau menghendaki segala tiap yang terjadi...

Ya Rabbul Izzati...
Darimu jua rezki itu datang...
Darimu jua ketetapan ditetapkan...
Darimu jua keizinan diberikan...
Dan darimu jua jadinya suratan atau kebetulan...

Pada kami makhluk sempurna kejadian yang Engkau ciptakan...
Pada kami akal fikiran engkau kurniakan...
Namun, sekerdil kami makhluk yang penuh kejahilan...
Mengkufuri nikmat mengendahkan kesyukuran...

Angin malam itu...
Tiada siapa yang duga turunnya hujan...
Angin malam itu...
Tiada siapa yang tahu gerimis kan tiba...
Kerana 2 rahsia jua dariMu...
Hujan rahsia tiada siapa menduga...
Ikhlas perbuatan tiada siapa dapat meneka...

Subhanallah...
Tuhan yang Satu amat kurindui...
Bawalah aku hampir ke jannahMu yang paling tinggi
Agar dapat aku bersamaMu selalu....
Bawalah aku jauh dari neraka jahanamMu yang paling rendah
Agar tidak aku merasa azab seksaanmu....

Ya Rabbana....
Padamu jua tempat aku bergantung harap...
Ku mohon perkenan pergantungan seluruh jiwa ini kepadaMu..
Ku rindukan ma’rifat Tuhanku....
Ku kejari syafa’at Rasulullah....

Amin......
Nukilan :
Ruhulsyaheedah…
~~ Ana ~~
Mac 2008 / Sewaktu pulang dari kafe (suasana gerimis)

Rabu, Jun 17, 2009

Design ana....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:31:00 PTG 3 Celoteh SahabatKu...
Salam semua... MySpace

Just nak berkongsi karya2 design adobe yang ana wat.. silalah komen yer....



Mulakan Dengan Basmallah...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:14:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Mulakanlah Dengan Bismillah
Setiap detik setiap saat ialah nikmat anugerah dari yang Hak...
Kita sebagai hamba kepada Khaliq yang Esa hanya meminjamnya buat seketika...
Setiap dari detik jarum bergerak itulah masa yang perlu dimanfaatkan sebaiknya...

Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar kerugian (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran (3)
( Surah Al-Asr )

Masa kita sama dengan yang lain.. Tapi tidak sama aturannya...
Kita memanfaatkannya dengan memikul amanah yang diberikan....
Bekerja bukan bersendirian, tetapi bersama-sama dan berkumpulan....

Jika bekerja, bekerjalah dengan ikhlas.....
Jika bekerja, bekerjalah dengan niat Lillahitaala....
Jika bekerja, fikirlah bahawa kita ingin ‘memberi’ bukan ‘menerima’....
Allah SWT tidak memandang hasilnya, tetapi usaha yang kita jalankan untuk merealisasikannya...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ‘Ketenangan‘.
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ‘Kebahagiaan‘.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ‘Keberhasilan‘.
Ambillah waktu untuk beramal,
kerana itulah satu-satunya kunci menuju syurga

Mulakan setiap langkah dan perbuatan kita dengan bismillah...
Semoga barakah apa yang kita lakukan....
Dan Allah SWT memberi redha atas setiap darinya...
Wallahualam.....


Rabu, Jun 10, 2009

Kita Sedar Ke Tak Sebenarnya??

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 5:48:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
Sedar atau tidak sahabat2… sebenarnya hidup kita ni selalu akan diuji kan…
Waktu kita gembira, sebenarnya kita diuji…
Waktu kita sedih, sebenarnya kita diuji….
Waktu kita ramai, sebenarnya kita diuji….
Waktu kita sendiri, sebenarnya kita diuji…..
Setiap waktu sebenarnya kita akan diuji….

“ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

- Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa setiap manusia yang telah Dia ciptakan itu pasti akan diuji. Dan tiada manusia terkecuali daripada mendapat ujian Allah. Sedangkan kekasih Allah ( Rasulullah ) juga diuji dengan pelbagai mehanah dan cabaran dalam menyampaikan seruan Islam.

“ Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)

- Allah sahajalah Tuhan yang berkuasa menghidupkan dan mematikan setiap makhluk yang Ia ciptakan. “ Kun Fayakun “ yang bermaksud "Jadilah!" maka terjadilah ia. Dengan berkata demikian hanya Dia yang berhak melakukan apa yang Ia kehendaki. Hidupnya manusia di muka bumi Allah ini adalah untuk diuji keimanan dan ketaqwaannya kepada Khaliqnya...

Apa yang nak ana sentuh disini ya?
Didalam menghadapi ujian-ujian yang punya pelbagai peringkat ini, ia sebenarnya menuntut kesabaran setiap manusia yang menghadapinya....
Allah menjanjikan sebesar2 ganjaran buat insan yang menahan dirinya dari melakukan sesuatu yang mengikut nafsu dan bisikan syaitan....

“ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Surah Al-Imran ayat 200)

“ Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', “ (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Ada yang mengatakan “kesabaran itu ada tahapnya”...
Mungkin ya... jika ia mengancam diri kita dan juga agama.. maka perlulah dilakukan sesuatu untuk mencegah ianya daripada melarat.....
Kesabaran itu harus disandarkan pada konsep tawakal ( berserah diri kepada Allah setelah berusaha )
Kesabaran juga harus diletakkan sesuai pada tempatnya....

Tiada sumber lain untuk kita berharap dan meletakkan sepenuh kesabaran, selain dari Allah SWT...
Hanya Dia sahajalah yang dapat membantu setiap hambaNya...

“ Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal .” (Surah At-Taubah ayat 129)

Dan Allah tidak akan menimpakan ujian atau mehnah kepada hambanya selagi ianya tidak sesuai dengan kemampuan hambanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan termampu buat hambanya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.....” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Akhirul kalam, setiap masa berbenahlah kita dalam menghadapi ujian2 Allah... Koreksi diri untuk selalu dekat denganNya...
Janganlah terkecewa hingga dibawa nafsu syaitan sehingga kita melupai Maha Pencipta...

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui .” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Ingatlah.. hikmahnya pabila Allah menimpakan ujian pada kita sebenarnya Dia rindu rintihan kita padaNya.. Dia rindu pada pengaduan kita padaNya... Allah begitu mengingati dan merindui hamba2Nya...
Bagaimana dengan kita?
Sejauh mana kecintaan dan kerinduan kita padaNYa?
Renungan bersama.............

Hidup Ini Penuh Ujian Kan....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 5:39:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Bagaimana imanmu tika ini?
Hidup ni memang penuh dengan ujian serta mehnah kan....
1 Jun 09 hingga 4 Jun 09 ana berada di Dengkil, Selangor untuk berprogram bersama anak2 Taman Desaria dan Anak2 Umah Anak Yatim Dengkil serta bersama adik bongsu kesayangan ana...
Program motivasi dengan kerjasama ABIM....
Alhamdulillah program selama 3 hari yang berlangsung lancar dan licin...
Macam2 yang ana dapat...
Penat pun dapat... hehehe... tp itu perkara biaselah....
Terima kasih sesangat kepada Akhi Syuk, Akhi Fuad...
Adik2 ana.. Faris, Rauf, Syira n Fathiah yang banyak membantu dalam melancarkan program ni...



2 Jun 09 program Kem Remaja Islam 2 ( KERIS 2 ) berakhir...
3 Jun 09 ana tak balik lagi sebab ada hal2 yang perlu disetelkan...
Petang pas zohor ana gerak ke Bangi untuk hntar van dan terus ke KKR untuk melawat adik2 yang dah sangat2 lama ana tak jumpe...
Sedikit kesedihan dan rase terkilan terbit ketika melawat mereka...
Kerana apa? Biarlah ia... Allah mungkin dah sediakan 1 hikmah tersembunyi...
Ape2pun adik2ku di KKR...
Miza, Jannati, Shahira, Jiha, Intan, Zulaikha, Tiqah, Nonoi, Dayah, Balqis..
Syahida, Saadiah, Nurul, Faizal, Luqman, Najib, Irfan, Syafiq dan len2...
Kak Ana sayang kat korang sume....
Balik dari KKR, hajat di hati nak membeli tiket balik Batu Pahat di Petronas Serdang...
Sekali bila pergi , kaunter tiket ditutup untuk sementara waktu atas sebab2 tertentu....
Adesss.. cemane yer.... esok cadang nak balik pagi...
Cuba gak tanya kot2 ade stesen lain yang ade jual tiket...
Emmm, paling ada pun kat Cheras.. tapi nak p sane t susahkan org len lak....
Dalam hati bertawakal jer... moga2 esok di Seremban ada tiket pagi...
Cumenye kena gerak awal dari Dengkil...
Dalam perjalanan balik sesuatu telah berlaku di Dengkil...
Bagaimana perasaan ana tika itu hanya Allah je tahu.....
Alhamdulillah semua yang berlaku selesai akhirnya pada malam hari...
Ia betul2 menjadi detik sejarah dalam hidup ana untuk tika ini.....

4 Jun 09 seawal jam 7 pagi , ana dan adik, Amira bersiap untuk bergerak bersama Akhi Syuk yang akan menghantar kami ke Terminal 1 Seremban..
Kebetulan Akhi Syuk nak balik ke rumahnya di Jempol bagi menghantar hantaran untuk majlis nikahnya nanti, jadi ana dan adik menumpang sekaki lah....
Sesampainya di Terminal 1 ana tak buang masa untuk ke kaunter bas membeli tiket...
Alhamdulillah, syukur sangat masa tu bas akan gerak jam 10.30am...
Ana dan adik letak beg kat kaunter sebab nak g jalan2 cari sarapan
sementara menunggu ketibaan bas...
Rupanya Terminal 1 tak bukak lg....
Pusing punya pusing ana dengan adik pun makan sandwic je...
Jam 10.00 am ana dengan adik tunggu di Platform 30 n 31...
Tunggu punye tunggu sampai 10.40am...
Ana jadi pelik.. ana minta adik tunggu sekejap kat kerusi yang kami duduk...
Kerisauan yang amat nak biar adik sorang2...
Puas pesan kat adik supaya hati2 n ana akan g kejap je...
Ana berlari ke kaunter...
Lantaklah org tengok... dahler pakai baju kurung pastu tdung labuh...
Taklah laju mane lari.. cume jalan pantas....
Ya Allah!!! Bila tanya kat kaunter rupanya ana tunggu di Platform yang salah...
Tp tulah masa beli tiket td.. ada pakcik yang tunggu diluar kaunter tu cakap tgu di platform 30 n 31...
Then akak di kaunter lak tak cakap ape2....
Masa tanya kali kedua tulah akak tu cakap bas dah lame pegi....
Menitik air mata jatuh...

Cepat2 ana ke tempat adik....
Ana cakap dengan adik tiket terlepas dan ana ajak adik beli tiket lain....
Barang ana tinggalkan... antara barang dan adik... adik lg penting....
Nak tak nak... ana beli tiket ke Ayer Itam... Jam 12.30...
Nak ke Batu Pahat jam 2.30ptg baru ada....
Harga tiket 2 kali ganda.... tp biarlah.... janji sampai awal di Batu Pahat...
Ana tak sanggup biar adik kepenatan menunggu..
Biarlah mahal sikit... duit boleh dicari....
Sementara menunggu bas... ana bawa adik ke kedai buku Popular...
Ana suruh adik pilih je buku mana yang dia nak...
Alhamdulillah adi tak banyak meragam... Dia faham dan tak merungut....
Jam 12.00tghr bus sampai... rupanya tu bas ke Larkin...
Dan kami menumpang sahaja... tumpang pun tumpanglah...
Duk belakang sekali pasti perit... seat tak dapat diturunkan.. sudahnya sakit badan tidur....
Paling kesian kat adik lah.... “ Sabar ye dik.. Kesian kamu kena ikut akak hadapi ujian ni.”
Alhamdulillah, jam 3.30 ptg kami sampai kat Stesen Minyak Caltex simpang Ayer Itam...
Disitu kami menunggu ketibaan mak n abah...
Sambil menunggu banyak yang ana bualkan dengan adik...
Kagum ana... Umur adik 10 tahun tp banyak yang dia faham...
Malah dia kata jika ada prog macam ni lagi dia nak ikut ana... Sebak....
4.00 ptg kami selamat sampai dirumah...

Akhirul kalam.... Allah punya byk cara untuk membantu hambanya...
Pe hikmah yang ana nampak dari ujian2 yang Allah beri ni...
Hubungan adik dengan ana makin3 rapat....
Sayang sangat ana pada dia... Dia juga begitu harapnya....
Tiap detik ana berdoa dalam hati moga dia jadi anak yang baik untuk mak n abah, adik yang baik untuk ana dan abgnya serta akaknya... serta insan solehah untuk Islam...
Begitu juga adik2 ana yang lain.....
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez