Ahad, September 13, 2009

D.U.I.T

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:34:00 PG
Click!

Sms masuk kedalam inbox hp Butterfly ana....

“Usaha banyak mana pun, jika Allah tak izinkan tak jadi juga” --> Ana, tolong komen..

Pinta seorang sahabat yang meng’sms’kan persoalan itu kepada ana. Puas juga berfikir, tapi tidaklah lama mana berfikir. Bukan apa, mencari idea nak me’analogi’kan dengan situasi yang mudah difahami dan dikaitkan dengan situasi.

Ana setuju dengan ‘statement’ di atas tu. Kemudian, analogi ana kat sini berkaitan dengan program yang kita nak buat. Sepuas dan sepenat mana pun kita berusaha nak menjayakan program tu, namun tanpa biiznillah ianya tidak akan berjaya. Ini tidaklah bermakna, dalam tiap apa yang kita lakukan kita menyerahkan sebulat-bulatnya kepada keizinan Allah tanpa adanya sebarang usaha untuk melakukannya. Dengan kata lain ini bukan menggunakan konsep tawakal ‘alallah, tapi konsep tak guna akal. Nauzubillahiminzalik...
Dan lagi pendekatan ana dalam pandangan ana ialah D.U.I.T. Apa itu D.U.I.T ? Doa, usaha, istiqomah dan tawakal. Ramuan ringkas yang digunakan untuk melakukan sesuatu perkara. Tidak kiralah perkara itu besar ataupun kecil. Sebelum tertinggal, puncak atau klimaks utama kepada ramuan-ramuan tersebut ialah niat kita sendiri. Check semula samada niat kita kerana Allah ataupun tidak. Ikhlas atau tidak ikhlas kita lakukan.

Ada yang bertanya, mungkin. Macam mana nak mengukur niat kita kerana Allah dan mengukur keikhlasan kita? Itu sendiri ana tak berani nak menjawab secara spesifiknya, sebab diri ini pun masih banyak kekurangannya dalam hal-hal ini. Namun, sebagai manusia yang mempunyai fitrah sejak azali lag, kita mempunyai ‘self of oggurance ’, dapat merasai apa yang kita lakukan itu betul atau tidak mengikut fitrah Islam. ( Bila hati bersih insyaAllah Allah akan memberi jalannya )

Doa --- Berdoalah diawal, dipertengahan dan dipengakhiran, meminta petunjuk dan hidayah Allah untuk setiap apa yang kita lakukan. Minta Allah permudahkan apa yang kita lalui. Setiap detik adalah ujian buat kita, kepada siapa lagi untuk kita memohon, meminta dan perayu pengharapan jika bukan Khaliq kita yang Maha Mengabulkan ( Al-Mujib ) dan Maha Pemberi Petunjuk ( Al-Hadi ).

Dan Tuhanmu berfirman:

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku [1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
( Surah Al-Mu’Min 40 : Ayat 60 )
*[1326] – Yang dimaksudkan dengan menyembah-Ku ialah berdoa kepada-Ku

Doa Selepas Solat Sunat Istikharah :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Hadith Riwayat Imam Bukhari)

Usaha --- Apa dia usaha? Tindakan yang kita lakukan dan ambil untuk melakukan sesuatu. Merancang itu suatu usaha, berfikir juga adalah suatu usaha. Bagi ana usaha itu tidaklah tertakluk pada tindakan jasadi semata-mata. Usaha yang bagaimana? Pabila ditaklifkan atau diamanahkan pada sesuatu, berusahalah untuk berusaha melunaskannya sebaik mungkin. Jangan hanya pandai menerima dan mengaku ‘tahu’, ‘reti’ atau ‘sanggup’. Tapi usahanya setakat ‘gitu-gitu’ sahaja. Dan lagi, masih dikaitkan dengan niat. Untuk apa kita melakukan sesuatu itu? Mencari redha allah atau redha manusia semata? Jika kerana redha Allah insyaAllah setiap yang Dia kurniakan sebagai hasil usaha kita, kita akan redha dan terima. Tapi jika kerana manusia? Kerana nama, pangkat dan harta semata-mata. Jika diizinkan Allah kita dapat, ya kita dapat. Tapi renungkan dimana ‘Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun’? KeberkatanNya..... Allah melihat hasil dari apa yang kita usahakan, tetapi usaha itu lebih diganjarkan. Maknanya? Berusahalah demi mencari keredhaan Allah, bukan mencari redha manusia.

Istiqomah --- Usaha sudah kelihatan, namun tanpa ke’istiqomah’an ianya tidak membawa pulangan. Istiqomah boleh membawa maksud berterusan. Usaha secara berterusan dalam melakukan sesuatu. Amal yang sedikit tetapi istiqomah adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi tidak istiqomah. Lihat! Begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. Sama juga seperti merancang program..

Tawakal --- Last but not least.... Disamping ramuan doa, usaha dan istiqomah disitulah letaknya perisa terakhir dalam tindakan kita... Tawakal... Berserah kepada Allah... Bukan sebulat-bulatnya berserah kepada Allah tanpa berdoa, berusaha dan beristiqomah.... itu 'menyerah' namanya... Dizaman Rasulullah pun dahulu ada kisahnya tentang tawakal ini.. Dimana baginda menegur seorang sahabat yang tidak menambat untanya di pokok ketika mana ia hendak pergi ke masjid bagi menunaikan solat... sahabat baginda menyerahkan sebulat-bulatnya takdir pada Allah.. tetapi Nabi Allah mengatakan... sebelum bertawakal berusahalah sedikit untuk menambatnya kemudian terserahlah kepada Allah akan takdir yang seterusnya...

Dan firman Allah..

(Dia-lah) Allah tidak ada Tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakallah kepada Allah saja.
( Surah At-Taghaabun : 13 )

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah tetapi disandarkan kepada kelemahan diri ini sebagai hambaNya yang lemah....

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata fizikal dan mata hati kita untuk sesama diri sahabat2 wa diri ana juga untuk kita koreksi diri kita ni...

InsyaAllah dengan ilmu yang sedikit ini moga Allah memberi ana lebih lagi ilmu yang boleh sahabat2 kongsikan... Barakallahu fiq wa bikum..... Astaghfirullah hal adzim....

0 Celoteh SahabatKu... on "D.U.I.T"

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez