Rabu, September 30, 2009

Tenangkan Jiwaku...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:15:00 PG
Assalamualaikum wbt....

Baru sekejap td ana berada dalam tenang dan ceria....
Walaupun hari ini kurang sihat ( tekak sakit dan badan sgt lesu )
sehingga merah padam muka....
Ana kuatkan semangat untuk buat juga task2 yang telah diberikan...
Differential Equation dan Mathematical Programming...
Bukan sedikit nombor dan kira-kira yang perlu dibuat...
Sangat berjela....
Sambil buat sambil mengadap laptop..
Ish dasat ana ni... 2 in 1... Namun cepat2 ana tepis... Mesti fokus...

Ya Allah entah kenapa angin debaran datang kembali....
Semacam merasakan sesuatu pasti berlaku....
Mungkinkah ini hanya mainan bisikan syaitan yang telah dilepaskan dr penjara hasutan??
Sungguh... Debar... Gelisah... Resah...
Takut menerjah mencari pelosok ruang untuk keluar memberontak....
Alhamdulillah... Mendengar lagu-lagu nasyid inspirasi membuat ana sedikit tenang....
Menghayati lirk2 penuh motivasi....
Kenapa ya? Semacam akan mengalami sesuatu yang belum pasti....

Kegembiraan dan kebahagian yang dikecapi sahabat ana seharusnya
ana sambut dgn meriahnya...
Jika boleh ana raikan kebahagiaan itu sebaiknya....
Entah kenapa.....
Perasaan yang menerjah bukan seperti yang ana aturkan di minda...
Gelisah dan berdebar sekali...
Sungguh... Bukan mainan..... Ini realitinya....
Ya Allah... Berikanlah hambaMu ini sekelumit ketenangan dan keceriaan untukku kongsikan bersama sahabatku....

Mungkin kerana pengalaman lepas...
Ana merasakan tak sanggup untuk mengingatinya...
Dan mengharapkan ia tidak dirasa pada sahabat ana ini....
Sungguh.. tidak enak perasaan yang pernah singgah pada hati ini dahulu...
Bahagia menjengah... Namun, ujian Allah dan aturan Allah mengatasi segala yang kita rancangkan...
Pahit perlu dirasakan untuk mengetahui bagaimana rasanya...
Jika tidak manis yang menjengah tidak dihargai sebaiknya....
Itulah serba sedikit mematangkan hati ini...
Mungkin belum seluruhnya....
Perlukan masa bukan seketika....
Mungkin menuntut suatu jangka masa yang tidak terkira....

Pergilah Debaran...
Menjauhlah Gelisah....
Hilanglah Resah....
Hanya itu yang ana mahu ketika ini.....
Ya... Dengan mengingati Allah.. Hatikan menjadi tenang....
Lantunan zikrullah beriringan nasyid senada menjadi pilihan....
Alhamdulillah nukilan picisan ini membuatkan hati ini kembali pulih sedikit demi sedikit...
Bukan semua mampu mengingati Allah setiap masa...
Namun ana akan tetap mencuba...
Ingat Allah hati pastikan tenang...
Alhamdulillah....

Buatmu sahabat2 yang sentiasa ana perlukan untuk membantu diri ini...
Dan buatmu adik2 yang sentiasa kak ana ingin mendengar perkongsian dari kalian...
Sentiasa didoakan semoga berada dalam keadaan yang terbaik
dan berada di atas jalan-jalan mujahadah....
Sentiasa didoakan semoga hati-hati kita berada
dalam dambaan kasih sayang Allah....
Sentiasa didoakan semoga dipermudahkan urusan2
dan dibukakan pintu2 rezeki yang melimpah...
Sentiasa didoakan semoga tautan ukhwah kita mendapat redhaNya cuma....

Indahnya jika hidup ini sentiasa dinaungan dengan titipan kasih Allah...


ps * terkadang takut untuk terlalu gembira... kerana takutnya hilang rasa syukur... menangis terkadang lebih bermakna kerana sentiasa berada didalam jagaan Dia Yang Esa....

0 Celoteh SahabatKu... on "Tenangkan Jiwaku..."

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez