Khamis, Mei 30, 2013

I Think I Can!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:24:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Bismillahirrahmannirrahim...


Baru je seminggu cuti sekolah berlalu...
Masa berbahagi berpecah2 kepada bahagian2 yang sangat banyak...
Famili... Famili... Famili...
Diri...
Thesis...
Kerja2 Sekolah (Tanda paper anak murid)...
Urusan "itu"...
& Tak ketinggalan "beliau"...

Fiuh2!

Selasa hingga hari ini (Jumaat)...
Kerja Cik Puan Hana adalah mengadap thesis & SPSS & SEM...
Boleh dikatakan tertekan...
Buat kerja sorang2...
Takda teman berborak2...
Paling advance pun bertanya khabar dengan kawan2 di FB mahupun SMS/Watsapp...

Oh! 
Its today...
Nak jumpe my beloved SV...
Anak murid yg tak baik Cik Puan Hana ni..
Sila jangan contohi ye...

Sepanjang menulis...
Rasa putus asa selalu datang...
Rasa tak yakin diri sangat2 menerjah...
Allahurabbi...
Allah sahaja tahu...
Siapa lagi nak nasihat n kuatkan semangat kan..
Kalau bukan diri sendiri...
So...
Rajin lah Cik Puan Hana bercakap2 sorg...

"Nana boleh..."
"Sikit je lagi.. Jgn berhenti..."

Pagi ni... 
Bangun awal...
Alhamdulillah Allah izinkan...
Sambil2 running program...
Cik Puan Hana pun blog walking..
Menjengah mencari kata2 semangat...
Ok I think it's quite enough...
Ramai lagi kat luar sana struggle...
Cik Puan Hana baru je struggle ala-ala kecek kuman...
Then, I decide...
U can Nana...
U can Nana..
U can Nana..


Hehe...
Wish me all the best ye friend...
In a life journey...

Allahumma Yassir Wala Tuassir...
Allahumma Laa Sahla Illa Maa Ja'altahu Sahla...
Wa Anta Taj'alul Huzna Idza Shi'ta Sahla...

31|5|2013
Jumaat Barakah

Isnin, April 15, 2013

Cik Hana Latest Hupdate Setelah 10 Bulan Menyepi~~ ^_^

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:30:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...


Bismillahirrahmannirrahim...

I,m back.... Wiwiwiwi...

^_______^

Ommo sedar tak sedar dah hampir setahun tak hapdate blog ni...
Kecian dy... Bersawang sokmo...
2 bulan lagi, genaplah SETAHUN tak berhapdate blog ni...
Last update 14/6/2012...
Harini 15/4/2013...

Dah hampir dah tu dah hampir...
>____<

Ape nak cerite ek?
Hehe, sebenarnye tak pernah lupakan blog ni..
Cume tak bersempatan...

InsyaAllah update utama tentang Cik Hana buat masa ini adalah......
Jeng Jeng Jeng
Alhamdulillah...

I'm now a MUALLIMAH ^___^

Muallimah adalah pendidik..
Alhamdulillah Allah beri izin dan kurniakan rezeki untuk jadikan ana seorang pendidik di Sri Al Amin Bangi...
Alhamdulillah kini hampir 4 bulan bergelar guru..
Mengajar anak2 di sekolah...

(gambar ketika Pra-Jogathon sekolah)

Moga Allah terus redha pada diri ini....

^______^

Any update?
InsyaAllah will be istiqomah soon....

Khamis, Jun 14, 2012

Allah selalu mendengar...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:51:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Bismillahirrahmannirrahim.....


Alhamdulillah...
Semakin lama semakin kuat rasanya diri ini disamping tarbiyyah Illahi... 
Diri ini tak kuat.
Diri ini tak hebat.
Diri ini tak pernah sempurna.
Diri ini pernah rasa putus asa.

Bukan mudah mendepani ujian-ujian dikala bersendiri...
Sendiri??
Itu hanya sangkaan tuan empunya badan...
Allah sentiasa Ada.... Sentiasa mendengar setiap rintih daripada hambaNya yang berdosa penuh kelemahan ini...
Allah selalu mendengar...

Astaghfirullah....
Astaghfirullah....
Astaghfirullah....

Wahai Allah, dengan kemurahanMu hambaMu yang serba tak berdaya ini meminta belasMu agar Engkau menerimaku kembali kepadaMu...

Kurniakanlah rahmatMu ke atasku...
Lindungilah daku hambaMu ini...
Berikanlah daku sebenar-benar petunjuk hidayah untuk kembali kepadaMu...



----------------------------------------------------------
Buat diri yang sedang bangkit #
Senyum itu penawar luka...
Dan munajat padaNya mampu membawa seluas ketenangan dan ketabahan :")


Selasa, Mei 15, 2012

TaQwa...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:45:00 PG 2 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt...

Bismillah-hirrahman-nirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

TAQWA

Suatu perkataan yang sering terngiang-ngiang dalam qalbku sepanjang minggu ini...
Diseiringkan perjalanan kehidupan yang bermacam liku dan ujian...
Terkadang diri seperti menanti rebah & tersungkurnya jasad ke bumi...
Memejamkan mata merehatkan kelelahan hati dan mengosongkan kekusutan minda...

Setiap kali merasa hilang arah...
Bagai di jana suatu kuasa untuk bangkit walaupun 'sakit' & 'perit'...
Tiada tangan yang menghulur, tetapi ada sesuatu yang menyambut agar bangkit...
Terkadang terasa seperti ada sesuatu sering menegur dan memperingatkan...
Taqwa......

Dalam hati hanya mampu berdoa...
" Ya Allah, hambaMu sedang cuba memperbaiki diri, tunjukkanlah ya Allah jalannya, agar hambaMu ini tidak terpesong dari landasan yang hakiki..."

Sekisar bermula dari pembacaan kitab Bidayatul Hidayah, ringkasan kitab Ihya Ulumuddin oleh Al Imam Hujjatul Al Ghazali yang dibeli dengan harga sangatlah murah (subhanallah, isinya tersangat hebatberbanding buku yang terkadang mahal tapi isi nya.. hmm)
Isu TAQWA disentuh dengan jitu sekali...
2 bahagian dan jalan menjadi orang bertaqwa
1. Menjalankan ketaatan (ibadat)
2. Meninggalkan kemaksiatan (dosa)

Ringkas isi dan peringatannya... Menjentik-jentik hati yang dahagakan ilmu dan tunjuk ajar tentang amalan-amalan harian... Fardhu, sunat, makhruh, harus, sampailah kepada yang haram...
Indahnya Islam...
Hebatnya Allah memberi 'manual' buat kefahaman hambaNya...

Malam itu (Jumaat, 110512), sebenarnya ana sepatutnya menghadiri suatu majlis ilmu di Bangi, berkaitan juga dengan TAQWA. Namun, atas kesihatan yang tidak mengizinkan, hasrat hati ditunda. Sekadar duduk dibilik & alhamdulillah.. Allah gerakkan hati untuk memulakan pembacaan kitab Bidayatul Hidayah ini... Syukran ya Allah.. ^_^

Menyelak2 buku SOLUSI 22 (Doa Makbul atau Terhijab), ana bertemu lagi sesuatu berkisarkan TAQWA... Doa dan Taqwa perkaitannya sangatlah akrab... Subhanallah...
Sesungguhnya hamba-hambaNya yang bertaqwa itu pasti tidak akan sombong untuk menadahkan tangan kepada Yang Maha Memberi untuk meminta...
& Sesungguhnya, hamba-hambaNya yang berkehendakkan untuk menjadi mukmin yang bertaqwa itu seharusnya melazimi (mesti!!) doa untuk meminta petunjuk & jalan dari Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang benar bagi menjadi hambaNya dengan sebenar-benar taqwa...
Cantikkan aturannya :")

Suatu kisah yang berkali-kali ana baca dalam minggu ini berkaitan TAQWA adalah kisah dari Ubay bin Ka'ab dan sahabat Rasulullah, Umar Al-Khattab...
_______________________________________________________________________________
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
______________________________________________________________________________
Hebat!! Osem!!
Seorang mukmin yang bertaqwa itu seharusnya adalah seorang manusia yang sentiasa berhati-hati dan berwaspada akan setiap tindak tanduk yang ia lakukan sehari-sehari...
Malah, bukan sekadar sehari-hari tetapi setiap saat yang ia peruntukkan untuk dirinya...
Kerana? Ada yang sedang memerhati, iaitu YANG MAHA MELIHAT 
:')
Allahu Allah... Masih lagikah kita ini tidak celik?
Merasa bahawa tiada sesiapa yang melihat apa yang kita lakukan, yang menghitung setiap apa yang kita perkatakan dan mendengar setiap apa yang terlintas dalam hati sanubari kita?

Isnin, Mei 14, 2012

Nasihat Pada Diri...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:38:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Bismillah-hirrahman-nirrahim
~ Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih ~

Dunia ibarat syurga buat para kuffar...
& Dunia ibarat penjara buat para mukmin...

Merasa letih dengan kehidupan adalah suatu lumrah yang tidak dapat tidak untuk dielakkan. Menjauhi sebuah rasa keletihan, kekecewaan & keperitan adalah mustahil, namun mengawal rasa itu sudah pasti.

Bagaimana?

Sabar & syukur...

Sesungguhnya pada mana-mana mukmin yang mengingati akan datangnya sebuah kematian itu, ia pasti akan dijana dengan kuasa dan semangat untuk 'berbahagia' dengan kehidupan yang sementara ini. Berbahagia demi mengumpul sebanyak-banyaknya bekalan untuk digunakan 'disana' nanti. Hidup 'disana' lebih kekal berbanding didunia ini yang fana & sekadar perhentian semata....

Wahai hati... Pujuklah hatimu dengan sebuah kesabaran yang tiada tandingnya...

" Bersabarlah engkau hari ini mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati itu tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan tertentu dan ataupun pada umur mu yang tertentu. Kematian pasti datang. Oleh itu, bersiap-siaplah untuk menghadapinya adalah suatu kepastian pula dan bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagian dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini. Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas saja lagi " (Petikan dari kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Al-Ghazali)

Tanya pada diri.....

Sudah bersediakah menghadapi mati?

Tanya pada diri......

Apakah sudah tersedia jawapan-jawapan buat Sang Pencipta nanti?

Tanya pada diri....

Apakah sudah cukup manfaat yang diberi pada dunia sesisi?


 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez