Memaparkan catatan dengan label Mutiara Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara Hati. Papar semua catatan

Isnin, Mei 14, 2012

Nasihat Pada Diri...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:38:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Bismillah-hirrahman-nirrahim
~ Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih ~

Dunia ibarat syurga buat para kuffar...
& Dunia ibarat penjara buat para mukmin...

Merasa letih dengan kehidupan adalah suatu lumrah yang tidak dapat tidak untuk dielakkan. Menjauhi sebuah rasa keletihan, kekecewaan & keperitan adalah mustahil, namun mengawal rasa itu sudah pasti.

Bagaimana?

Sabar & syukur...

Sesungguhnya pada mana-mana mukmin yang mengingati akan datangnya sebuah kematian itu, ia pasti akan dijana dengan kuasa dan semangat untuk 'berbahagia' dengan kehidupan yang sementara ini. Berbahagia demi mengumpul sebanyak-banyaknya bekalan untuk digunakan 'disana' nanti. Hidup 'disana' lebih kekal berbanding didunia ini yang fana & sekadar perhentian semata....

Wahai hati... Pujuklah hatimu dengan sebuah kesabaran yang tiada tandingnya...

" Bersabarlah engkau hari ini mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati itu tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan tertentu dan ataupun pada umur mu yang tertentu. Kematian pasti datang. Oleh itu, bersiap-siaplah untuk menghadapinya adalah suatu kepastian pula dan bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagian dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini. Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas saja lagi " (Petikan dari kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Al-Ghazali)

Tanya pada diri.....

Sudah bersediakah menghadapi mati?

Tanya pada diri......

Apakah sudah tersedia jawapan-jawapan buat Sang Pencipta nanti?

Tanya pada diri....

Apakah sudah cukup manfaat yang diberi pada dunia sesisi?


Selasa, Mac 20, 2012

Ingat senang....?

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:41:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...

Bismillahirrahman nirrahim...

Alhamdulillah, Allah beri ruang dan kesempatan untuk menulis...
Allah beri ruang untuk bernafas...
Allah beri ruang untuk menitipkan segala pengajaran & pelajaran atas dunia pinjamanNya ini...

Tengok tajuk....
" Ingat senang....?"
Sekadar monolog dalam diri...
Bermain-main disekitar minda & hati sejak akhir-akhir ini...

Ingat senang....?
1. Nak menulis walaupun sekadar 1 ayat di blog ini....
2. Nak mendirikan solat walaupun sekadar 5 minit (paling minimum yg sy rase)
3. Nak tahan lapar bila bulan puasa... (nafsu makan bila berbuka membuak2)
4. Nak struggle writing thesis.. (separuh gilo gamaknya)
5. Nak ubat kecewa dihati... (manusia fitrahnya sokmo kecewa)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Infiniti number . Nak itu & nak ini......

Kalau nak listkan, mmg tak habis..
Dalam kehidupan yang sementara ni, banyak yang kita rasa sangat2 sulit untuk diperoleh...

Yes! Ingat senang ke nak dapat semua-semua diatas tu tanpa sebarang usaha...
Tanpa DUIT, semua tu tak bermakna juga...

D oa
U saha
I stiqomah/ I khtiar
T awakal

Duduk saja menunggu takkan berhasil...
Jika menunggu pun berapa lama kita betah untuk bertahan?
Seminit?
Dua minit?
Sejam?
Sehari?
Seminggu?
Setahun?
Seabad?
atau....
Selama-lamanya?

Jadi, berusahalah!

(Kata2 Ummi Prof Muhaya ^_^)
Orang yang berminat akan buat apa yang dia selesa...
Orang yang komited akan buat apa saha untuk capai impian mereka...
Yang mana kita??
Hentikan mengeluh dan merungut...
MULAKAN TINDAKAN...

Tihihi... Maaf lah ya andai kata-kata saya ni macak EK je lebih...
Sekadar mengingatkan diri cik puan empunya tangan yang menulis ni...

Semangat lari-lari sokmo...
Fokus lemah-lemah selalu...
Sekurang-kurangnya sedikit perkongsian ini mampu memuhasabahkan diri kembali...

Last point, ingat senang ke....?
Nak masuk syurga macam tu je....

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?  [29:2]

See... Allah sudah sediakan manual terperinci untuk hambaNya =)
Iaitu kalamullah (Al-Quran al Karim)
How sweet He is... ^___^


Bahagia?
Senang?
Sedih?
Luka?
Sakit?
Kecewa?
Musibah?
Nikmat?
Kaya?

Itu semua bahagian-bahagian dari 'hadiah' Allah buat hambaNya yang diberi nama UJIAN...
Apa pun yang anda sedang lakukan sekarang...
Cuba berhenti sejenak...
Berhenti menulis seketika... 
Berhenti mengunyah sekejap...
Berhenti membaca sesaat...

Renung dalam-dalam kedalam hati...
Kedalam diri...
Check & list...
Apa yang anda ada & apa yang anda tiada?

Saya percaya, sebanyak mana pun...
Sekerap mana pun kita senaraikan berulang-ulang kali...
Nikmat yang baik itu lebih BANYAK dari kesusahan yang mengecewakan...
Sangat-sangaaaat SEDIKIT...

Iya bukan?

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [55:16]

Lihat diatas, banyak kita temui andai kita buka, baca & hayati Surah Ar-Rahman...
Nikmat apa lagi yang tak cukup...?
Lebih dari sesuatu yang memadai kan sebenarnya... :')
Maha Pengasih & Maha Pemberi Rezeki...
Itulah Allah...
Tuhan kita.. Pencipta kita...

Yes...
Sekali lagi saya tekankan, buat diri sendiri juga...
Semuanya yang kita nak bukan senang.... Bukan mudah....
Namun, ianya tak pernah mustahil kan? :)

Perjalanan menuju ke syurga itu memang payah...
Kerana yang menanti disana nanti adalah semanis-manis nikmat...
Cuba baca & hayati surah-surah yang banyak menceritakan tentang syurga...
Antaranya Al-Waqiah, Az-Zumar, Ar-Rad & banyak lagi...
Allahu allah... 
Tak tergambar betapa indahnya syurga...
Apa yang menanti disana...
Subhanallah...

Buat diri ini, juga buat jiwa-jiwa yang sentiasa mencari ketenangan & kekuatan...
Ayuh! :)
Bertabahlah wahai hati...
Berkuatlah wahai jiwa...
Berdirilah wahai diri...
Berdoalah pada Kekasih mu yang Maha mendengar....

Ya Hayyu Ya Qayyum...
Wahai Allah Yang Maha Hidup Maha Berdiri...
Dengan RahmatMu, Engkau Perbaikilah Untukku Urusanku...
Engkau Perbaikilah Untukku Peribadiku...
Engkau Perbaikilah Untukku Akhlakku...
& Engkau Perbaikilah Untukku Kefahamanku Akan SyariatMu...
Keseluruhannya...
Janganlah Engkau Serahkan Aku Kepada Diriku & Hawa Nafsuku Walaupun Sedetik Waktu...
Cukuplah Engkau Bagiku...
Engkaulah Sebaik-baik Penjaga, Pelindung  & Penolong...

Allahu Allah.....



* Peringatan buat diriku yang sentiasa memerlukan kasih sayangNya *
~ Hana ~
~ 27 Rabiulakhir 1433H ~
~ 3.38 pm ~
~ Bumi Hijau Bumi Tarbiyyah Buatku :') ~

Khamis, Januari 26, 2012

Kisah Syeikh Ibrahim Adham & 10 Tanda Hati Mati...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:35:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, usai beberapa hari bercuti di rumah. Petang tadi usai ayahanda terchenta balik dari bekerja. Kami sekeluarga bergerak menuju ke UPM. Singgahsana kedua Hana selepas baiti jannati di Batu Pahat.

Kembalinya ke UPM adalah untuk meneruskan jihad ilmu yang sudah sedia menanti. Allahurabbi, andai sahaja Batu Pahat itu dekat. Setiap hari pasti kaki ini melangkah balik untuk bersama usrati terchenta.. =')

Alhamdulillah, perjalanan menuju UPM tidak sekosong yang disangka. Tazkirah maghrib di radio IKIM.fm benar-benar mengisi jiwa. Subhanallah, jika suatu ketika dulu payah untuk kami membuka siaran IKIM.fm apatah lagi mendengarnya. Namun, hari ini, Allah telah membuka lembaran demi lembaran pada hati-hati kami sekeluarga untuk sentiasa mengisi jiwa dengan juadah rohani. Syukur padaMu Wahai Allah Yang Maha Kaya... =')

Pengisian kualiah maghrib di IKIM.fm berkisar tentang kisah Syeikhul Ibrahim Adham & pesanan beliau mengenai 10 Tanda Hati Mati. Dibawah ini Hana sertakan kisah lengkap & pesanan-pesanan yang disampaikan oleh beliau. Moga bermanfaat buat renungan kita bersama. Tabarakallah...



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10.Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sabtu, November 12, 2011

Muhasabah Bersama...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:36:00 PTG 1 Celoteh SahabatKu...
‎" Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain...^_^ What we need most..
ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH??..

" Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri... "

* MUHASABAH DIRI brsama ya...InsyaALLAH.....ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA.....Amin ya ALLAH.........^_^

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

♥ Ya Allah JADIKAN hatiku IKHLAS dan REDHA dalam hadapi KEHIDUPAN hari ini, Ya Allah JADIKAN hatiku SABAR dan USAHA dalam tempuhi KEHIDUPAN ini, Ya Allah JADIKAN hatiku CINTA dan SAYANG pada MU ,RASULMU,AYAH IBUKU,KELUARGAKU serta semua SAHABATKU di ALAM ini,Ya Allah JADIKAN hatiku LEBIH baik dari SEMALAM ♥

Sabtu, Januari 22, 2011

Muslimah Ku Sayang...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:21:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Sesungguhnya mulia seorang wanita itu bukan kerana banyak membuat jasa & terkenal di seluruh dunia, ttp krn sifat lemah lembut & penyayang srta mjaga maruah dirinya & bjasa kpd suami & anak2.....

Juga mulia mereka bukan kerana pintar akal, menghasilkan pelbagai teori dan falsafah serta menjadi perancang & peraturan dunia, tetapi mulia mereka kerana menjadi golongan yang taat dan menyenang dan meredhakan hati suami.....

Berharga mereka bukan kerana rupa cantik dan pandai bersolek, tetapi kerana kecantikan dan keindahan akhlak mereka....

"Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….

Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’
Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..

Indahnya wanita seindah mutiara kasih..

Jumaat, Oktober 02, 2009

S.E.L.A.M.A.T P.A.G.I

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:57:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
S - Seandainya
E - engkau
L - lemah & letih
A - akibat
M - musibah yang telah
A - Allah
T - tetapkan buatmu

P - Percayalah bahawa
A - Allah memberi
G - ganjaran terhadap
I - imanmu yang teguh...

Bangunlah sahabat-sahabatku....
Moga hari-harimu dilimpahi rahmat & kasih sayang-Nya yang tidak pernah putus...
Ameen~~~

Rabu, September 16, 2009

Spirit Word

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:40:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
" Nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian. Namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati. Ya Allah! Peliharalah insan ini dan peliharalah ukhwah kami... Amin..."

"... ada masanya kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa, agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata. Ada masa kita perlu seorang sahabat agar kita tidak kesunyian..... dan ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang sahabat...."


Isnin, Mac 30, 2009

01 : Mutiara Kata Hikmah

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:16:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Andai ada hati2 yang terluka kerana perilaku..

Molekkan lah ia dengan perubahan yang baik..

Andai ada hati2 yang tercalar kerana kata2...

Cantikkanlah ia dgn zikrullah...

Andai ada hati2 yang tersinggung kerna hati ini..

Pulihkan lah ia dgn kerendahan hati...

Andai ada naluri mencintai..

Campakkanlah ia dalam keredhaan ILahi..

Moga rindu dan cintamu milik YANG HAKIKI..

Jumaat, Januari 02, 2009

Cinta Nan Indah

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:55:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"
"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"
www.iLuvislam.com
Oleh: nur fatehah
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez