Memaparkan catatan dengan label Perkongsian... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkongsian... Papar semua catatan

Ahad, Januari 22, 2012

Dalam Hatinya Siapa Yang Tahu...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:33:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Kerap yang diperhatikan manusia adalah kegembiraan zahiriah. 
Namun keretakan sekeping hati itu siapa yang tahu?

Biasanya apa yang terzahir, itulah yang manusia akan imani.

Dalam kehidupan, pasti kita bertemu dengan ramai orang. Macam-macam tafsiran yang boleh dibuat berdasarkan apa yang terzahir di depan mata. Orang itu begini, orang ini begitu. Ada saja tamsilan yang boleh dibuat dengan sekilas cuma.

Dan saya, saya tertarik untuk belajar daripada manusia yang ditimpa masalah dan bebanan yang banyak, tapi tetap selamba dan biasa-biasa meneruskan kehidupan seharian. Sepertinya dirinya tidak punya apa-apa masalah. Segala fitnah dan tohmahan oleh masyarakat sekeliling, tidak dihiraukan jika tiada kepentingan untuk dibahaskan.

Hei, tidak mudah untuk berlapang dada meneruskan kehidupan setelah ditimpa ujian dan dugaan yang banyak. Kan? Mengaku sajalah. Malah kadang-kadang, hatta diberi motivasi yang macam-macam pun, tidak menusuk ke hatinya kerana asyik memikirkan masalah yang timbul dalam hidupnya. Biasa, kita manusia biasa.

Maka saya jadi terfikir. Ya saya lihat orang seperti yang dinyatakan tadi kelihatan begitu tabah. Tetap tersenyum mesra dengan sesiapa hatta dengan orang yang menyakiti hatinya. Begitu bodohkah dia untuk bersabar selepas maruahnya seperti dipijak-pijak dengan rakusnya melalui fitnah? Hai Rabbaa!

Dari jauh memerhati; dalam hati kecilnya itu, siapa yang tahu sakitnya!


Siapa Tahu Isi Hatinya

Waktu ini, saya cuba menerobos alam.

Pada waktu yang sunyi sebegini, siapa tahu di suatu tempat, di dalam sebuah bilik, di suatu sudut, terdapat seseorang yang menanggung beban ujian yang berat dan banyak. Semasa menjalani hari siangnya, mungkin saja dia kelihatan antara orang yang tabah mempamerkan riak wajah yang menyenangkan. Tetapi, semasa solatnya, baru sahaja takbiratul ihram, sudah berliter-liter airmata yang mengalirkan tanpa paksaan.

Dia berusaha tabah di hadapan manusia bukan kerana mahu mendapat pujian. Tapi kerana dia tidak mahu mengumpil simpati. Dia tidak mengadu kepada semua orang, bukan kerana dia ego menahan sendiri. Tapi dia tahu, apa yang sedang dilaluinya hanyalah ujian dari-Nya. Sebab itu apabila menghadap Tuhan Yang Esa, airmatanya mencurah-curah mengadu dan memohon kekuatan untuk menempuh segalanya.

Pun begini bayangan yang saya dapat, saya masih belum tahu sebenar-benarnya kondisi hatinya. Mungkin kita cuma boleh melahirkan rasa empati. Namun tidak akan pernah sesekali merasa sebagaimana yang dirasainya. Betul?

Kita tidak tahu di waktu begini, ada seseorang yang bergelar pelajar bersengkang mata menyiapkan tugasan yang terlalu banyak, mengulangkaji pelajaran kerana musim peperiksaan akan bertandang tidak lama lagi. Dalam rasa hampir berputus-asa dengan semua itu, ada yang menjadi tunjang kekuatannya; ibu dan ayah di rumah.

Kerana wajah kasih yang terbit di ingatan, terbit sebuah kekuatan dalam kepayahan. Baginya, dia mesti tabah untuk meneruskan perjuangan. Dia kena tamatkan apa yang dia mulakan meskipun sering berendam airmata dengan kerenah manusia di sekeliling. Dia harus menjaga segala-galanya; hubungan dengan ALLAh Ta’ala, dan menjaga pergaulan sesama manusia hatta di alam maya sekalipun.

Siapa yang tahu isi hatinya yang sebenar-benarnya? Hanyalah Dia!

Di saat ini, mungkin saja ada ahli kepada sebuah keluarga yang sedang nazak. Ahli keluarga yang lain menanti saudaranya pergi dengan aman menghembuskan nafas terakhir. Hatta jiwa bagai dirobek-robek kerana tidak sanggup untuk berpisah, namun kerana merasa diri itu sebagai hamba yang percaya kepada ketentuan takdir ALLAh Ta’ala, harus merelakan pemergian ahli yang sedang nazak jika itu adalah yang terbaik.

Bukan mudah melepaskan seseorang yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Dan tiba-tiba, harus menerima kenyataan bahawa rumahnya yang seterusnya adalah sebuah liang lahad. Bertilamkan dan berbantalkan tanah, di dalam kegelapan dengan pelbagai haiwan yang ada. Sendirian tidak berteman melainkan amal semasa di dunia.

Nastaghfirullahal’adzim.
Bagaimanakah tanggungan hati terhadap situasi-situasi di atas?

Sekali lagi, mungkin kita boleh membayangkan pelbagai situasi yang meruntun jiwa. Juga boleh melahirkan rasa empati serta merta. Tapi kita tidak akan pernah tahu dengan setepat-tepatnya, apa rasa yang terkubur dalam hati kecil seseorang itu.

Kan?

Lihat Diri Kita Sendiri

Memang ALLAh Ta’ala berikan ujian yang berlainan pada setiap hamba-Nya yang ada di muka bumi ini. Walaupun kelihatan ada yang sama, tentulah rasanya berbeza kerana perbezaan latar belakang keluarga, tempat dan masa memainkan peranan penting terhadap ujian yang ALLAh turunkan. Tidak akan pernah sama!

Melihat kepada diri sendiri. Walaupun kita berada dalam jasad yang ada sekarang, kita dipinjamkan dengan seketul hati dan sebuah jiwa yang dengannya kita hidup sekarang, tapi kerap kali kita juga sering keliru dan tidak tahu dengan kondisi hati kita sendiri.

Betul?

Dalam riak wajah ini, kita mungkin boleh berlakon ceria dengan tersenyum mesra. Dengan suara yang ada ini, kita mungkin boleh bergelak tawa bersama keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang ada. Padahal, tanpa orang sekeliling ketahui, hati kita sedang menangis, menangis dan menangis.

Tiada manusia mendengar tangisan hati kita, kadang-kadang. Kalau ada pun sahabat yang merasai kesuraman jiwa kita, sungguhpun kita berkongsi rasa hati, pasti dengan kelemahannya yang ada sebagai manusia biasa, dia tidak dapat memahami sepenuhnya. Tetapi, sekurang-kurangnya sahabat tadi itu ada untuk mendengar cerita hati yang tidak seberapa. Bersyukur atas rasa kebersamaan itu.

Saat merasa hati tidak berupaya menanggung derita, benar-benar wujud satu harapan besar dan mendalam. Lalu kita mendongak langit di suatu tempat dengan bersendirian, mengadu dengan sangat-sangat kepada Tuan Punya Dunia..

“Wahai Tuhanku, jangan biarkan aku lemah pada segala dugaan-Mu. Jangan biarkan aku kalah sebelum berhabis-habisan berjuang dengan kudrat yang Engkau berikan. Biarkan aku menjadi seorang hamba-Mu yang tetap berdiri hatta dihambat ujian seribu. Wahai Tuhanku, berikanlah ketenangan jiwa kepadaku. Jangan Engkau biar aku hidup dengan keresahan jiwa semata-mata dunia….”

Airmata laju mengalir. Bukanlah airmata itu mengalir kerana marahkan Tuhan. Tetapi airmata itu mengalir kerana merasai kelemahan diri, tidak berupaya. Mengakui bahawa diri penuh dosa dan lalai dengan segala yang ada di dunia. Tidak dipaksa untuk mata menangis, tanda mahu mengadu kepada Dia Yang Maha Tahu.

Sungguh, hanya orang yang kembali kepada Tuhan,
beroleh kekuatan dan ketenangan jiwa.

Bukanlah ALLAh Ta’ala itu zalim terhadap kita dengan membiarkan kita merasai kesakitan yang ditanggung sekarang ini. Namun cubalah hisab diri, dan pandanglah sekilas kepada masa-masa yang telah berlalu serta tanyalah diri sendiri, dosa apakah yang sering kita anggap ringan. Dan perbuatan apakah yang kita merasa tidak diperhatikan oleh Yang Maha Memerhati?

Hati ini, sangat berbolak-balik. Kerana itu perlu sentiasa dekat dengan Tuhan!

Bukan kerana kebencian,
cuma memberi secebis kesedaran,
untuk saya yang penuh dosa,
untuk anda yang dikasihi ALLAh.

Semoga ALLAh merahmati...

Sumber : http://cintailahi.com/tazkirah/dalam-hatinya-siapa-yang-tahu/

Selasa, Januari 17, 2012

La Tai-Asuu!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:05:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Hidayah itu sesungguhnya milik Allah.
Tanpa hidayah seseorang itu adalah hambaNya yang rugi.
Taufiq juga sesungguhnya adalah hak milik kekal Allah.
Tanpa taufiq, hidayah tidak membawa pengertian.
Raihlah keduanya dengan permohonan
& munajat pada Yang Maha Pengabul Doa.
Jangan pernah terhenti langkah. Jangan pernah gentar. Jangan pernah berasa lemah.
& Paling utama, jangan pernah menghampiri rasa putus asa.

Tadahlah tanganmu wahai insan.
Bermunajatlah agar Allah SWT memberi perkenan.

Wahai Allah Yang Maha Indah...
Jauhkan Hatiku Dari Sifat Putus Asa...
Limpahkan RahmatMU, HidayahMu & TaufiqMu Ke Atas Ku... ♥


* Sumber gambar & ilham : Rusydee Artz

Selasa, Januari 10, 2012

Allah Punya Rencana Yang Pasti....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:08:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt...




Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan & keizinan kepada diri ini & jari ini untuk terus menari-nari membaitkan sedikit coretan. Buat tatapan & renungan diri sendiri. Diri yang empunya iman yang lemah & goyah ini harus diperingati selalu. Dari bisikan peringatan sahabat-sahabat tercinta sehingga ke metod memperingati diri menggunakan wadah berbicara sendiri. Sungguh! Lama diri ini merasakan bahawa jari jemari semakin keras, tak setangkas dahulu dalam menulis coretan bahas buat mengingati diri. Bukan mengadu! Bukan merayu! Bukan tunjuk ayu! Ataupun mencari-cari ruang untuk buat buku! Tidak sama sekali..... :')

Allah...  Terima kasih, ucap syukurku padaMu kerana memberi peluang buat diri ini untuk berbicara sendiri. Bak diari. Bait-bait yang tertulis ini hanyalah tak lain buat renungan diri. Memuntahkan luahan rasa yang terasa binasa.. :')

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Bukan mengadu mahupun mengeluh, namun saat-saat dihadapi akhir-akhir ini benar-benar menguji iman. Iman di hati. Iman di lisan. Iman pada diri. Benar-benarkah diri ku ini melunaskan amanah sebagai muslimah? Sungguh! Dunia dirasakan gelap, tiada cahaya, sempit, sesak, melesukan & meletihkan. Saat tangisan mengalir meminta-minta belas kasihan teman-teman, ada yang datang ada yang pergi. Saat itu merasakan betapa tidak adilnya dunia. Betapa kejam & menyeksakan hidup ini. Letih! Lesu! Kecewa! Putus asa!

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Bila lesu datang bertandang. Bila gelisah & resah datang menyinggah. Bila tangisan bak tiada perhentian. Manusia yang selalu alpa & penting kan diri ini barulah mahu kembali menjengah sejadah sujud padaNya demi mencari sebuah sinar. Allah :'( Sungguh hina diri ini... Sungguh sombong hambaMu ini... Sungguh takbur hambaMu ini. Bersujud menyembah kala perlu. Ampunkan daku wahai Pemilik Cinta Hakiki...

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Sabar! Ungkapan yang mudah dibicara tapi payah untuk dirasa. Benar! Inilah hakikat hidup. Ujian buat hamba bergelar manusia. Siapa mahu 'menang' belajarlah untuk berSABAR. Siapa mahu 'kecundang' berserahlah untuk REBAH. Terlalu banyak nikmat tersedia. Hingga bibir tak mampu mengukir kata-kata "Nikmat apakah lagi yang ingin engkau dustakan?". Allah Yang Maha Memberi, tidak pernah sekali meminta kembali nikmat yang Dia telah sediakan. Tapi manusia? Seringkali meminta-minta kembali apa yang telah Allah SWT ambil dari kita. Sungguh! Tertampar diri ini. Sering begitu. 

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Masa berlalu & terus berlalu. Semakin jauh & jauh meninggalkan masa lalu yang sudah pun menjadi sejarah. Kini yang menanti adalah hari ini. Esok belum pasti. Allah SWT sentiasa menyayangi hamba-hambaNya. Itu yang daku pasti. Tidak pernah Dia menzalimi hambaNya. Malah hamba-hambaNya yang sering berbuat zalim pada diri sendiri. Ya, termasuk diriku. Sebal rasa hati ini bila teringat-ingat bahawa diri ini pernah merasa betapa sempitnya dunia. Betapa mendukacitakan kehidupan ini. Moga Allah jua yang mengampunkan. 

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Wahai hati yang rapuh. Wahai iman yang lemah. Bersaksilah bahawa Tiada Tuhan Disembah Melainkan Allah & Bersaksilah Bahawa Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah. Pada siapa lagi kita harus kembali jika bukan pada Al-Quran & As-Sunnah. Kalam mukjizat dari Allah & contoh ikutan Rasulullah. Wahai hati yang sedang mengingati mati. Berdoalah agar Allah merahmati. Bermunajatlah agar Allah memberi hidayah. Bersujudlah agar Allah memberi jalan taufiq. Kerana sesungguhnya pada setiap musibah itu ada hikmah. Pada setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan. & Pada setiap masalah itu pasti ada penyelesaian. Kerana telah dijanjikan Allah bahawa RENCANA-NYA ITU PASTI!

"....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. 
Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-TalaQ : 2-3)

" Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik. "
(Surah Al-Ma'arij : 5)


Rabu, Disember 21, 2011

Tangisan....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:10:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Hidup ini....

Awalnya bermula dengan TANGISAN...
Dipertengahannya disulami dengan TANGISAN...
& Akhirnya juga diiringi dengan TANGISAN...


Tangisan, kerap disinonimkan dengan kesedihan.. Iya kah? Tidak, dari tangisan itu jugalah suatu kegembiraan dilampirkan.. Dari tangisan itu jualah kesyukuran dipanjatkan.... Hidup ini tak pernah terlepas dek ujian... Mendengar pengisian oleh Us. Pahrol Juoi di IKIM.fm.. Terkadang mampu mengalirkan air mata, betapa kerdilnya diri ini.. Betapa sempitnya diri ini... Melihat dunia bagai akan hidup 100 tahun lagi.. Allahurabbi...

Sedih.. Lumrah, siapa yang tidak pernah bersedih kan? Sedangkan Rasulullah SAW yg begitu maksum pn pernah bersedih.. Bersedih atas pemergian insan2 yang dicintainya... Namun, hebatnya utusan Allah ini tidak terpaut pada kesedihan itu berpanjangan.. Baginda segera mengetepikan sedihnya yang mendalam itu, dan terus melakukan pekerjaan lain yang menuntut amanahnya sebagai Pesuruh Illahi.. Subhanallah.... Hinanya diri ini disisiMu Tuhanku... :'( Menangisi sesuatu yang tidak perlu...

Tanya pada hati... Untuk apakah aku bersedih ini? Allahurabbi...

Jika sedih kerana rindu akan Dia... Berbahagialah....
Namun, jika bersedih kerana perkara duniawi? Segeralah mengesat air matamu....
Dunia... Medan musibah, medan untuk kita makhluk Sang Pencipta di uji & diberi musibah serta nikmat untuk Dia mengira siapakah diantara kita yang baik amalannya...

" Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, ( Al-Mulk : 1-2 )

Perit, menyakitkan.. Pedih... Semua ada.. Namun, sampai bilakah nak membiarkan diri kita terbuai dek rasa sedih... Membiarkan air mata & tangisan terus mengalir membasahi pipi... Menyesali apa yang telah pergi, menangisi dia yang sudah tidak lagi sudi, kecewa pada apa yang hilang... Berkuatlah.. Bertabahlah.. 

Pintalah kepada Dia.. Allah yang Maha memiliki Kekuasaan & Keagungan... Dia sangat baik... Hargailah iman yang masih bertapak dihati... Pohonlah agar iman itu terus subur, terus teguh & terus terpasak didalam hati.. Bercambah, bertumbuh dan bersubur dalam hati.. Pintalah dijauhkan dari kemaksiatan yang nyata mahupun tersembunyi.. Bersyukurlah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita perbaiki diri.. Allah membawa kita jauh dari kemaksiatan & goyahnya iman kita kepadaNya.. Yang nanti mungkin akan menghilangkan kasihNya pada kita....

‎" Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain...^_^ What we need most..
ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH??..

" Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri... 

♥ Ya Allah JADIKAN hatiku IKHLAS dan REDHA dalam hadapi KEHIDUPAN hari ini, Ya Allah JADIKAN hatiku SABAR dan USAHA dalam tempuhi KEHIDUPAN ini, Ya Allah JADIKAN hatiku CINTA dan SAYANG pada MU ,RASULMU,AYAH IBUKU,KELUARGAKU serta semua SAHABATKU di ALAM ini,Ya Allah JADIKAN hatiku LEBIH baik dari SEMALAM ♥

Sabtu, Jun 11, 2011

Rindu.......

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:24:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
Seharian menghadap laptop mengemas fail2 yang bersepah dan menyusun mengikut abjad dan kategori menemukan ana dgn bermacam2 memori... Dari memori indah sehingga lah memori yang pahit nak dilupakan.....

Rindu.... 
1 ungkapan buat hati yang sentiasa mengingati sesuatu yang ia sayangi...
Ya, betul... Ana dilanda rindu secara tiba-tiba....


Sewaktu mengemas album2 gambar yang sangatlah banyak dalam laptop ni, ana terjumpa kembali gambar2 diatas... 
Afikah.... BalQis...
Satu persatu memori terimbau kembali....
Rasa sayu... Sedih... Hiba.. dan Gembira hingga tersenyum sendiri pun ada....

Apa khabar agaknya mereka sekarang....
Tentu dah besar dan cantik mereka sekarang....
2, 3 tahun dah cukup untuk membawa perubahan pada seseorg kan..
Tak banyak sedikit pun jadilah... 
Kini, dengan kedua2nya ana lost contact...
Payah nak mencari balik.... Tapi akan mencuba... InsyaAllah...

Afikah...
Perkenalan sewaktu aktiviti sukaneka di Perkampungan Anak Angkat di Mersing...
Masa tu join Leaders di Kolej 12..
Dan berpeluang nak join Prog Anak Angkat...
Masih segar dlm ingatan..
Waktu tu.. Baru nak start main sukaneka...
Ana involve untuk pandu adik2 ni...
Afikah masa tu berumur 5 tahun je rasanya...
Kecil lagi mase tu... Msa berbaris.. Dia menangis2 sebab takut...
Mungkin sebab yg lain besar2 abang2 n akak2... Dia je kecik, so dia menangis tak henti2...
Ana yang kebetulan dekat sgt dgn dia masa tu...
Pujuklah dia.... Pujuk2 pnya pujuk.. Dia 'melekat' dgn ana..
So p mane2 mase sukaneka tu mesti jalan dgn ana..
Tak berenggang... :)
Masa malam kenduri kat balai raya pun si Fikah ni berkepit dgn ana...
Teringat masa sibuk2 bersiap nak makan.. Fikah duduk disebelah ana...
Mata dia kuyu je mase tu... Kesian...
Puas ana pujuk nak hantar dia balik sebab die dah tersengguk2..
Lepas jiran dia pujuk... Akhirnya dia nak pulang...
Ana dgn 'otainye' meminjam motor dr jiran Fikah untuk hntr Fikah pulang...
Dah lah malam gelap plak tu..pakai bju kurung n nk merempit naik motor...
Mase tu dah tak fikir ape.. Just nak hntr Fikah balik...
Laluan ke rumah Fikah mmg gelap..
Tp sebab kami bertiga.. jd tak takut sgt...
Pas hantar Fikah balik.. Ana kembali ke Balai Raya semula.. 
Sempat jugaklah beramah mesra dgn ibu ayah Fikah dirumah... Hehe...
lepas dr prog tu alhamdulillah sempat lg contact dgn Fikah.. Melalui abang dia Fikri...
Tp tak lama lepas tu... HP rosak dan semua no hilang...
Nak dijadikan cerita.. Lost contact sbb ana tak dpt nak cr no abg Fikah lg...
Rindu rasenye... Hmmm ana mampu sampaikan rindu ni melalui doa ana je...
" Fikah... Akak rindu Fikah.... :( "


Ahad, Januari 09, 2011

Putih Yang Suci

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 5:18:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Sedang menggosok baju tiba-tiba diri ini mengelamun seketika, nanti walimah nak bertemakan putihlah... Emm design baju sendiri.. Ikut kemahuan sendiri... Cukup sekadar besederhana dan tidak terlalu menonjol... Entahlah mungkin kerana prinsip diri, yang memang suka kan kesederhanaan tetapi sedap dipandang dimata lalu kemas dan bersih ^^

Eh! Baru perasan.. 3 pasang dari 4 pasang baju yang digosok semuanya bertanahkan warna putih belaka.. Putih bertakhta bunga coklat, putih merah dan putih pink.. Tersenyum sendirian.. Awal2 lagi ana dah tempah 'mak' untuk jahitkan baju ana andai punya rezeki untuk dinikahkan nanti.. Dari pertunangan (jika ada), pernikahan sampailah majlis kenduri nanti... Bukan apa, sentuhan tangan dari seorang ibu lagi dekat dengan hatikan.. ^^ Ditambah rasa serik melihat walimah makcik yang diadakan tengah tahun 2010 yang lalu... Kurang memuaskan (cerewet banyak) tambah lagi bajunya dari simpanan2 yang pernah dipakai si pengantin2 yang berbeza.. Jimat juga kan bila ibu sendiri yang membantu.. ^^ (duit belanja boleh lah digunakan selepas berumah tangga)

Mengelamun lagi... Sambil tangan tak berhenti menggerakkan iron demi mengemaskan kedutan2 pada baju kurung yang akan dipakai waktu bekerja esok..^^ Lalu terfikirlah pula tentang kad kahwin, banner, bunting, majlisnya serta picisan2 lain walaupun kecil demi persiapan perkahwinan... Aduh! Sudah jauh ana berfikir... ^^ Hik3.. Namun, ianya tak lain sekadar perancangan dalam hati yang mudah2an dapat direalisasikan 1 hari nanti...(aminnn)Overall, diri ini memikirkan untuk melakukan nya sendiri, dengan erti kata lain dengan kemahiran yang Allah kurniakan ini... ^^ Moga2 dapat dijayakan...

Kepuasan insyaAllah dapat dikecapi andai diri kita sendiri yang melakukannya... Tanpa karenah, tanpa gusar memikirkan akan kerisauan apa dan apa yang perlu dilakukan... ^^ namun, tak semua yang dirancang akan sempurna kan ^^ Kita Merancang DIA Jua Menentukan

Sambil mengelamun, terfikir juga.. Jika putih itu suci.. Ianya dptlah di sinonimkan dengan bersih, tanpa ada sebarang kekotoran kan... Putih kerap dikaitkan dgn susah dijaga.. Baju putih sekolah misalnya, kene jaga elok waktu makan, nanti sambal tercalit mengotori... Kereta putih harus kerap dibasuh hingga terkadang 2,3 hari sekali, berhabuk dek debu jalan jelas kelihatan disana sini... Rumah yang putih harus dipilih cat yang rapi, jika tidak belum ada apa2 nah tu dia kulat meninggi diri ^^ Macam2 sinonim boleh dibuat...

Begitu juga dengan seketul daging sbg RAJA dalam diri, HATI!! Sejak azali dikurniakan sebuah hati.. Tika lahir hati itu masih putih lagi (merah sebenarnya) kerana tiada lagi titik hitam menodai.. Hati masih bersih dari dosa.. Indahnya hidup sebagai bayi yang baru dilahirkan.. Hatinya masih gebu dan mantop bersucikan warna putih... " Anak ibarat kain putih, Ibu bapalah yang mencorakkannya samada ia menjadi Yahudi atau Nasrani "..

Andai baju, kereta dan rumah.. Material yang mampu dilihat pun susah dijaga, inikan pula hati yang tak nampak jasadnya, tersimpan semat dalam diri kita.. ^^ Bukan susah untuk susah, dan bukan senang untuk senang...

Andai baju punya clorox utk bisa menbersihkannya, kereta punya snow wash untk membersihkannya, dan rumah punya bahan pengikis utk menanggalkan kesan degill.. Inikan pula hati.. Allah ciptakan sesuatu itu dgn tiada kesia-siaan... Ada ubatnya... Mudah saja...


INGAT ALLAH! HATIKAN TENANG! ( Zikrullah )
INGAT MATI! MENGUATKAN LAGI HATI!

Mudahkan.. Pesanannya tak lain, buat diri ini yang menaip setiap bait kata ni.. Moga diri ini mampu beringat, andai terpandangkan sucinya putih itu, muhasabah betapa keadaannya dengan hati ini.. Lapuk dek calit hitam atau masih punya sekelumit putih... Andai berimpian mahu melihat indahnya ciptaan Illahi dalam persalinan putih, berimpianlah untuk memutihkan hati dengan segala kebaikan.... Allahualam Taala...^^

"Kebersihan Hati Tanggungjawab Kita Bersama..."

Sabtu, Januari 08, 2011

7 Kalimah Untuk Diamalkan (7 Words To Be Practised)

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:03:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Menyebut Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu...
(Says Bismillah when you want to start every single thing you do)

Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu...
(Says Alhamdulillah everytime you have finished doing somethings)

Menyebut Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut...
(Says Astaghfirullah if you slippery said something that unproper)

Menyebut InsyaAllah jika merencana berbuat sesuatu di hari esok...
(Says InsyaAllah if you have planning something to be done by tomorrow)

Menyebut La Haula Wala Kuwwata Illa Billah jika menghadapi sesuatu yang tidak diingini dan tidak disukai...
(Says La Haula Wala Kuwwata Illa Billah if you facing unexpected situation and something you dislike)

Menyebut Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun jika menghadapi dan menerima musibah...
(Says Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun if you are facing and accepting any disaster)

Menyebut La Ilaha Illa Allah Muhamad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. Amalkan selalu supaya menjadi rutin harian dan kebiasaan...
(Says La Ilaha Illa Allah Muhamad Rasulullah during day and night until not separated from tongue. Practise always so that it will become daily and habit)

4 IBU Yang Utama,,, ^^

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:41:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu...

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKITNYA MAKAN


2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKITNYA BERCAKAP


3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA


4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

Khamis, Julai 01, 2010

Jom Bace (^^)v

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:54:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum sahabat2....

InsyaAllah sedikit perkongsian buat sahabat2...
Ana just kongsikan dari iluvislam.com...
Selamat membaca... \(^^)/

Mars 1

Rabu, Jun 30, 2010

Pertunangan, Menjunjung Taat Menimba Berkat

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:14:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Seringkali kalau mahu menulis berkaitan sikap, akhlak dan pegangan, saya akan sedaya upaya memastikan telinga yang paling dekat dengan mulut yang berbicara ini, mampu menghadamnya dengan sempurna.Sempurna hadaman, maka diharap, akal dan fikir akan mengilhamkan raja ( baca qalbu) untuk bertindak sesuai dengan pemahamannya..

Kali ini, orientasi saya sedikit berbeza. Bicara saya akan lebih berorientasikan teori, kerana praktisnya lama dan sentiasa akan berjalan..Pengalaman saya setitis embun cuma, hanya mengharap seribu kebaikan dari penulisan ini..

Erti Sebuah Pertunangan...

Ya bertunang atau dalam istilah arabnya 'khitbah'..

Empunya diri tiada berpengalaman. Belum lagi hadir insan bertuah yang disarungkan cincin oleh bonda tercinta.Biar masa dan ketika yang menentukannya..Menghadirkan diri dalam beberapa buah majlis pertunangan, sambil berwacana mesra dengan mereka yang sudah berpengalaman merasa pahit manisnya alam ini, terutama dengan bonda, saya menguatkan hati untuk menulis..

Ada yang bertunang sebulan, 2 bulan, 2 tahun dan ada juga yang bertunang sejurus sebelum akad sang pengantin lelaki menghalalkan hubungan..

Ada 5 dulang, dilawan balik 7 dulang.Macam-macam ada..

Ayah si lelaki menjual pantun 4 keratnya. Terkulat-kulat wakil pihak perempuan mahu berpencak pantun.Bunga-bunga bahasa adat diserikan dengan latar dan dialek keluarga yang mungkin berbeza. Kelantan bertemu Johor, Kedah pula bertandang ke Selangor..

Si lelaki siap bersut Melayu lengkap, bertengkolok Hang Tuah, keris lok tujuh tersisip di pinggang, masih menunggu di dalam kereta di luar rumah. Si hawa siap menunggu di pelaminan, mesra , terukir senyuman lupa dunia..

Bicara tidak akan saya halakan kepada realiti dan adat bertunang di nusantara Melayu. Kerana itu lebih kepada uruf atau adat yang bersifat harus. Ada ,tiada masalah, ditiadakan juga tidak merencatkan apa-apa ,asal majlis sesuai syariat..

Sunnahnya RAHSIA..

Kahwin SUNNAHnya digembar-gemburkan. Sekampung sebandar diajak merayakan detik bahagia mempelai sejoli, didoakan di pelaminan..

Namun, bertunang sama sekali berbeza dengan perkahwinan.180 darjah terbalik arahnya. SUNNAHnya pertunangan itu dirahsiakan..


Nabi SAW ada mengingatkan kpd kita..


“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)

Benda baik, kenapa perlu dirahsiakan??

Ini mungkin menjadi suatu tanda tanya bagi mereka yang kurang memahami..

Pertunangan adalah suatu janji untuk berkomitmen ke arah pernikahan. Benda baik, menikah..Komitmen boleh luntur, janji boleh berubah arah. Kerana namanya manusia.

Kerana jalan ke arah pernikahan itu juga tidak sunyi dari gangguan syaitan dan nafsu.

Pertunangan bukan TIKET untuk MENGHALALKAN hubungan antara seorang adam dan hawa. Tunang bukanlah LESEN untuk mencuba-cuba sebarang bentuk perkara yang boleh dilakukan pasca perkahwinan. Batasnya tetap sama, persis sebelum pertunangan. Haram disentuh dibelai mesra, berdosa kalau asyik SMS " Saya sayang awak,Mmmuaah", setiap pergerakan dalam 24 jam direkodkan kepada si dia...Tidak boleh keluar berdua-duaan sama ada di tempat khalayak apatah lagi di zon sunyi sepi..

Tidak ubah bak irama kapel yang didendangkan oleh anak remaja zaman sekarang.
Dan pelbagai tidak yang lain lagi..

Pendek kata, RAHSIA itu akan menjauhkan FITNAH. Seandainya tidak, suara-suara sumbang akan mula beredar ke udara.Gosip-gosip liar akan berkeliaran menyebar ke telinga-telinga yang suka mendengarnya..

" Ala bertunang je pun.Tunang dia pun bukan baik sangat.."

" Pakai cincin tunang.Saja je nak menunjuk tu!!"

" Apa la yang dia guna-gunakan sampai mamat tu jatuh hati, sampai bertunang lagi!!"

Dan kalau ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai menginjak pelamin..

" Kan tengok, Tuhan balas balik kat dia.Mana layak dia untuk laki tu!!"

" Padan muka. Siapa suruh menunjuk-nunjuk cincin.Kan betul-betul tak jadi!!"

" Ubat pengasih dah tamat tempoh la tu. Biar dia pula yang merasa!!"

Lihat.. Apa yang boleh terjadi. Aroma fitnah menjadi semboyan yang cukup gah untuk menjatuhkan maruah seorang perempuan mahupun seorang lelaki. Tidak semua orang akan memahami dalam konteks yang benar tentang erti sebuah pertunangan..

Betapa cantik dan indahnya Islam.Bertunang dibenarkan dan disuruh dirahsiakan sebolehnya...

Sistem Nilai..

"Apa salahnya. Mak dia pun bagi keluar!!"

Boleh sahaja seorang lelaki akan melenting apabila dikiaskan sindiran apabila mahu keluar bermesraan dengan tunangnya.Ibu dan bapa bakal mertua pun memberi lampu hijau asalkan si perempuan diusung balik dengan keadaan sihat walafiat..

"Sebelum pukul 10 malam tau pulang!!" laung si ibu dari ruang tamu, sambil anak mata mengekori pasangan tunang bak belangkas tadi..

'Sporting' kata orang zaman sekarang. Tersenyum bangga bakal mertua, digelar 'sporting' oleh bakal menantu.

Rosak sistem..

Telingkup akhlak..

Apa yang boleh saya komentari, salah dan betul bukan kebenaran ibu bapa sandarannya.Pegangan kita berpaksikan salah dan betul di sisi Allah dan Rasul. Kalau ibubapa berada pada jalur yang sama, taatlah pada mereka. Seandainya tidak begitu, pilihan kita adalah pada Allah dan Rasul terlebih dahulu..

Umpama disuruh ibu supaya memakan najis sendiri, saya percaya tiada akal yang waras akan melakukannya kerana ia bertentangan dengan fikiran manusiawi.Begitu juga sistem nilai. Kalau masih elok perjalanannya, turuti terus nasihat ibubapa..Jika sebaliknya, anda punya sistem nilai sendiri.

Timbanglah buruk baiknya sehabis mungkin.

Ada nilai dosa dan pahala di situ..

Antara Syurga dan Neraka barang perjudiannya..

Habis tu...

" Baik tak payah gatal-gatal nak bertunang kalau cam tu!!"

Bertunang adalah zon dedikasi dan komunikasi..

Punya tunangan juga zon ujian dan cabaran..

Si lelaki mula mengenali bagaimanakah nanti perangai dan watak isteri pujangga hatinya.Dialah bakal ibu bagi zuriatnya.Sekali tersalah pilih, merana seumur hidup..

Sang hawa boleh menilik-nilik setahap manakah tanggungjawab dan boleh harap bakal suami junjungannya.Suamilah tempatnya bakal bergantung harap, tika duka dan suka, pahit dan gembira...

Bakal mertua menguji setakat manakah kesungguhan bakal menantunya.Sang bapa lebih-lebih lagi.Tidak sesenang itu dia melepaskan anak perempuannya yang ditatang dengan minyak yang penuh semenjak kecil, dan sewenang-wenangnya mahu dilepaskan kepada seorang lelaki yang belum teruji kemampuannya..

Lantas..

Muncul pertanyaan yang pelik lagi menghairankan...

Berapa kali boleh SMS dalam sehari?

Berapa lama boleh berbual dalam telefon dan berapa kali seminggu?

'emel' dan ' chatting boleh tidak?

Setelah faham akan erti sebuah pertunangan, versi soalan robotik ini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.Alhamdulillah, benih kefahaman tertancap di sanubari jiwa. Cuma sayangnya, soalan-soalan kaku dan bisu ini menggunakan bahasa akal robotik, tanpa ada siraman perasaan jiwa tadi..

Biasanya ,mungkin SMS seminggu atau 2 minggu sekali bertanya khabar. Sihatkah atau bagaimana..Kadang-kadang, SMS boleh mencecah berpuluh-puluh sehari apabila si dia ada masalah nan rumit dan memerlukan pertolongan..

Seringnya, telefon hanya beberapa minit, bertanya khabar, mengeratkan silaturahim, saling bertanya perihal keluarga. Jarang-jarang, adegan bicara di arena telefon boleh bermain angka jam apabila episod pelan perkahwinan dikisahkan..

Neracanya subjektif. Jawapannya bukan antara A atau B, mungkin sahaja gabungan antara keduanya..

Cukuplah apabila 'penggera' hati sudah mengatakan ini sudah berlebihan dan tidak betul, pandai-pandailah salam penutup bicara disampaikan.Endahkan penggera yang bertempik, jikalau tidak, kelak membakar diri..

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. (HR Muslim)

Bertunang: YA atau TIDAK ?

Melihat definisi Islam, apabila telah bersetuju kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, itulah namanya BERTUNANG atau KHITBAH. Hanya adat Melayu, berdulang pantun dan bersarung cincin..
Segalanya terpulang pada diri sendiri.

Bertunang itu WASILAH menuju sebuah akad ' misaqan ghalizaa', ikatan yang kukuh lagi kuat..

Seandainya pada wasilah bertunang itu sudah terdapat pencemaran maksiat, maruah sudah ternoda hina, jangan sesekali mahu bermimpi sebuah bahtera perkahwinan mawaddah warahmah, kekal ke akhir hayat sehidup semati, akan muncul dalam kehidupan anda..

Ia bukan suis automatik, boleh dikawal selia sesuka hati sesedap rasa, bila-bila ketika.Bertunang adalah sebuah proses ,tertata elok dengan prosedur.

Terlebih gula, tercampak sekilo garam, tertumpah cuka sebotol ke dalam kuali, bermimpilah anda mahu merasa keenakan sesuatu masakan..

Silap-silap boleh menjadi penyebab sakit perut..

Pandang-pandang, jeling-jeling..Toleh kanan, toleh kiri..

Moga-moga 'masakan' kita semua enak di mulut, sedap di hati..

Sumber : http://maxchempaka.blogspot.com

Isnin, Mac 08, 2010

Muhasabah Buat Diriku Bergelar HambaNya Yang Lemah

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:28:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...

Salam mahabbah... Salam kerinduan........

Subhanallah.... Lama sudah kirenya tangan ini kaku tanpa sebarang bicara untuk dicoretkan dan dikongsi.....
Sejak bermulanya cuti semester lepas sehingga sekarang.. kini... sudah memasuki bulan 3 tahun baru 2010...
Begitu laju masa berjalan... Yang tinggal adalah sejarah... Yang dilalui sebentar lagi akan menjadi sejarah.... Yang mendatang hanya menanti untuk diciptakan menjadi sejarah.....
Itulah yang ana pelajari sekian kali nya......
Masa.... Jika dihitung tanggungjawab yang terpikul pada bahu... Ditolak bahagi, didarab tambah.... Takkan pernah cukup masa yang ada untuk kite melunaskan kesemuanya....
Namun disini.. Maha Adil Allah kepada setiap hamba2Nya... Tiada seorang pun malah Rasulullah..[insan yang dirindui] dikurniakan Allah masa 24jam....1440minit setiap hari... 7 hari seminggu... dan 12 bulan setahun.....

Disini lah letaknya beza manusia ataupun insan yang bijak menggunakan nukmat dan anugerah paling berharga kurniaan Allah....
Pada insan yang tahu tugasnya sebagai khalifah bumi Allah.. InsyaAllah masa itu sebaiknya diisi dengan niat semata kerana Allah... Hatta kurg dari sesaat pun... Kerana Allah semata....
Pada insan yang masih 'dihijab' pandangannya akan tujuannya hidup dimuka bumi ini lain pula ceritanya... Masih mencari2 bagaimana hendak mengisi masa yang dirasakan terlalu kosong... Tidak lain.. diisi dengan hiburan dan keseronokan duniawi semata... Deria mereka kaku dengan apa yang menanti 'disana' nati.... Nauzubillah....

Muhasabah..... Masa yang lama ana bila men'diam'kan diri buat sementara waktu dr blog yg disayangi ini.... Terkadang, khayalan dan termenung menjengah diri... berfikir2... berkire2.... Ya Allah.. sudah lama hambamu ini menyepi dari memberi manfaat kepada sahabat2 dan diri ini.....
Mungkin ana leh simpulkan masa yg lama ini ana ambil utk bermuhasabah diri... memperingatkan kembali diri ini.. apa yang perlu dicari dalam dunia ini... mengingatkan diri ini kembali, agar menjadi manusia yang biasa dengan mencari hakikat yang Maha Luar Biasa... Yang Maha Esa.....

Banyak yang difikirkan....
... masa depan
... peribadi muslimah
... apa yg diriku berikan manfaat kepada yang lain
... menjari redha Allah dr segenap aspek yg digariskanNya...

bumi Allah ni sangat luas.... di umur ana ni... masih belum dpt dilihat semua realitinya... subhanallah ya Allah.. pimpinlah diri ini mencari nye diatas jalan lurus Mu...
insyaAllah... hanya Allah penguasa dalam setiap dari apa yang berlaku....
insyaAllah... ana akan teruskan ia jika termampu... cuma perjalanan kali ini harus dilakukan dengan lebih baik dan perlahan.. tidak terburu2... moga kesabaran itu menjadi tunjang imanku.. amin...

rindukan ukhwah kerana Allah.. mencari redhaNya dr segenap tempat....


Rabu, November 11, 2009

Peringatan Buat Insan Yang Lemah Hatinya...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:49:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...

Malam ini air mata mengalir tiba-tiba... Entah kenapa..
Cepat2 naskah Al-Quran yang menjadi peneman sejak 3tahun yang lepas ana ambil...
Puas menyelak.. Tak juga jumpa...
Ana buka software Al-Quran digital.. Alhamdulillah teknologi terkadang memudahkan...
Ini ayat yang ana cari....

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
( Surah An-Nisaa' : Ayat 32 )

Iri hati ?? Penyakit hati yang jika tak dikawal habis rosaklah 'daging' yg menjadi 'raja' kerajaan tubuh kita.. Bila ana hampir iri hati melihat teman2 ana ingatkan diri ana dengan ayat ni... Namun, kita dibolehkan pada 2 perkara...

Pertamanya, pabila seseorang itu punya kemampuan harta dan ia gunakannya kejalan Allah..

Keduanya, pabila seseorang itu punya ilmu dan ia manfaatkan ia dan mengajarkan ilmunya kepada org lain kejalan Allah...

Subhanallah.... Walhamdulillah... Ana memang iri lah dengan orang2 camni... Tapi...

Allah kan Maha Adil.. Dia ingatkan kita dengan janjiNya dan ketetapan Dia..
Bersangka baik dengan Allah... Usaha seseorang itu berlandaskan kemampuannya..
Mungkin ana belum mempu memikulnya jd Allah belum sampaikan waktunya....
Dan mungkin jika ana berpeluang... ia tidak baik untuk diri ana... Ana relatekan dengan ayat kedua yang ana cari... Dibawah ni....

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
( Surah Al-Baqarah : Ayat 216 )

Ana terkadang fikir... 'Kan best kalau'... 'Kalau ana dengan dia ni mesti'... Semua nak catur ikut kehendak sendiri.. Dan rasa bila dicatur macam ni macam tu.. Semua berjalan lancar mcm ape yang dikehendak... Tapinya, Allah dah firmankan dalam ayat diatas...

So, kenapa ana nak catur2 sendiri ni... Astaghfirullah hal adzim...
Ana ngah push diri ana to wake up and be my self....
Ana buat apa yang termampu dulu... Nak mengejar yang belum pasti... Ianya pun belum pasti baik buat ana... Kita berusaha Allah yang menentukan....
Cepat atau lambat perkara tu, bukan HAK kita... Tp hak Dia.... Seperti firman dibawah....

Telah pasti datangnya ketetapan Allah[818] maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan.
( Surah An-Nahl : Ayat 1 )

Allah SWT meliputi seluas-luasnya apa yang ada dilangit dan bumi... Semua hanya milikNya semata... Tiada suatu pun hak kita....Kita ni kan milik Allah....

Ya... baru ana sedar... Kenapa terlintas kat benak ni nak memiliki sesuatu......
Astaghfirullah hal adzim..... Banyak lagi perkara lain yang perlu ana sediakan untuk Dia...
Ana bersyukur... Bila Allah berikan ujian2 yang kdg2 nampaknya macam tak adil...
Tp hati cepat bersangka baik...
Bila barang rosak, barang hilang.... Tengah time exam week.....
Ana fikirkan.. 'Cepatnya Allah gantikan dosaku dengan kafarah.... Amin..'
' Allah dah tegur ni... Kena re-check balik pe dosa ana ni... Istighfar2..'

Ana mampu tersenyum... Ana mampu tak mengalirkan mata...
Bila terlalu happy dan bahagia ana jd semacam pulak...
Macam jauh... jauh....jauh dari Dia.....
Ana sekarang sedang berusaha... Berusaha meminta hati ana semula...
Sebab... hati ana tak berada dalam hati ana...
Pada manusia sekarang ni....

Ya Allah... Pintaku padaMu... Kurniakan hati jernih baru padaku....
Agar dapat ku isikan ia hanya dengan relung kasihMu...
Cukupkan ku hanya denganMu....



Isnin, November 09, 2009

InsyaAllah... Allah selalu akan menjagamu...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:05:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt...

Sedikit perkongsian bersama...

Mak sering pesan pada ana " Bila keluar mane2, sorang2 ke dengan kawan2 ke.. P tempat2 yang asing bagi kite ke... amalkan ayat kursi ni.... insyaAllah didepan, kiri, kanan, belakang dan mana2 sajelah Allah akan jaga kita..."

Dalam al-mathurat sendiri terkandung ayat kursikan.. Doa2 anjuran/amalan Rasulullah.. Antara doa yang dianjur demi menjaga diri kita seharian... Ba'da subuh wa ba'da asar... InsyaAllah hari2 kita dilindungi Allah... Dia sahaja yang ilmuNya dan kekuasaanNya meliputi segenap apa yang ada dilangit dan bumi ni...

Ahad, November 01, 2009

Terlanjur : Padah CInta Monyet....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:21:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Terlanjur : Padah Melayan Cinta Monyet
www.iluvislam.com
Tuan Mohd Reza
Editor: RosNiza Abdullah

“Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu?” Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.

“Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini” Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.

Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?

Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?

Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.

Allahu Rabbi…!

Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku di kalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.

Inilah yang penulis persoalkan.

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.

Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.

Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.

Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.

Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.

TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS

Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.

Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.

“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat”

Biasa dengarkan ayat di atas?

Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.

Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

“Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu” antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.

Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

Pastinya kenyatan ini dijawab kembali: “Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.


SAY : “NO COUPLE”

Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)

Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.

Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.

Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.

Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. ameen

Rabu, Oktober 28, 2009

TENSEN!!!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:30:00 PG 3 Celoteh SahabatKu...
“ TENSEN!! “ ana melihat handphone Sony Ericsson yang ana letak atas katil… Mesej yang masuk sebentar tadi ana baca.. Ringkas, tp cukup padat nak mengungkap semua yang terpendam... Al-maklumlah minggu exam ni... masing-masing sedang hangat dilamun cinta... cinta yang terkadang menekan jiwa... maksudnya disini.. tensen menghadap buku-buku, nota kuliah dan latihan sebagai persediaan nak ber’dating’ dengan kertas soalan.... berjam-jam dihabiskan untuk menjawab killer question yang diberikan... Time tensen nilah semua keluar... astaghfirullah... nauzubillah... macam2 gelagat....

“ Lar nape tensen ni? Hah! Mesej akak sebelum sampai masa perjanjian nih. Penalti 20 minit.” Balas ana dengan sedikit lawak.. ana teruskan pembacaan dan ulangkaji yang masih belum habis.. tensen juga tapi dalam hati ku selitkan dengan doa agar ana mampu memahaminya... Lama... Mesej tak dibalas, mungkin marah atau ‘terkena sudah’... Kubiarkan hp ditepi sambil berehat sebentar dan selesaikan apa yang patut. Ana baru balik dari surau.. Hampir seminggu berkampung seketika di musollah dan masjid untuk mendapat mud study... Alhamdulillah lancar...

Ba’da 20 minit, usai mengambil air untuk dimasak dalam heater...

“ Tensen... Kak Hana....” tepat pada masa penalti dikenakan.... ana tersenyum... budak sorang ni memang tau. Bisik dalam hati ana.

“ Hehe, bagus.. mematuhi penalti yang diberikan... Awat tensen ni? “ Balas ana..

“ Org tensen lagi nak penalti2...Ahad lepas dah baca.. Tapi makin baca makin tak faham...” dia merungut... Ana tergelak kecil... Lumrah orang bercinta... Bila lama sangat berhubung mulalah semakin tak memahami, bila mula bosan terjadilah tensen....

“ Hmm, tutup dulu buku tu then duk rehat kat tepi k. Nanti makin tensen.” Nasihat ana.

“ Taknaklah nanti tertido kalau kalu rehat.” Balasnya.

“ study ape? Nak Kak Hana pujuk ke tegas?” ana memberi pilihan...

“ Physics... Pape jela...” mesej ana beri dibalas ringkas je...

“ Ermmm, k cm ni. Kak Hana rase kamu lg tahu mana yang perlu. Dari kamu mengadap paper tu then ckp tensen3. Memanglah tensen. Dah tu doanya kan. Akak maksudkan rehat td. G amik wudhu. Amik masa sikit baca buku yang kamu beli, takpun baca Al-Quran. Dengar pun ok.. Kita manusia... Had kita ada... Doa pada Dia moga dipermudahkan. Kak hana tak pandai nak nasihat sangat. Tapi pe yang kak hana wat malam ni kak hana try yang termampu. Selebihnya kak hana minta Dia bg petunjuk. Ilmu ni ilmu Dia juga. Tak luak masa kita ingat dan spent masa pada Dia.

Tensen! Tensen! Tensen! Mustahil rasanya jika tiada yang merasakan tekanan bila menghadapi ambang peperiksaan akhir. Cuma beza tahapan tekanan je pada setiap individu. Sekurangnya sekelumit tekanan pasti dihadapi.

Bulan peperiksaan, dimana sahaja sekarang ni individu-individu bergelar pelajar, siswa dan siswi sedang berjuang dengan peperiksaan. Bercinta dengan nota kuliah, bertunang dengan latihan soalan, diakad nikah dengan kertas peperiksaan dan akhirnya menanti hasil dari gerbang perkahwinan jawapan yang telah dijawab. Itulah hasilannya nanti.

Dalam bercinta tu ada lumrahnya. Naik turun perhubungan kita sesama pasangan. Begitu juga bila bercinta dengan ilmu. Cumanya bercinta dengan ilmu pulangannya berkali ganda nilaiannya disisi Allah. Bilamana berkata tentang ilmu, ia termasuk dalam ibadah juga.

Bilamana berkata tentang study untuk exam, ia jangan dijauhkan dari ibadah rutin kita. Solat, puasa, doa dan sebagainya. Inilah yang menguji kita. Tahapan kebergantungan pada Allah. Saat mana kita bermatian belajar, adakah bermatian juga kita memohon petunjuk dan pertolongan dariNya.

Wahai rakan-rakan, sahabat-sahabat, adik-adik, dan termasuk diri ini juga. Jangan pisahkan keduanya. Ilmu yang kita tengah belajar ni ilmu Dia juga. Bukan ilmu sesiapa selainNya. Jadi janganlah khuatir dan tensen-tensen bilamana apa yang dibaca tak masuk mahupun semakin jauh dari pemahaman kita. Tiada tempat lain untuk kita kembali selain dari sebaik-baik tempat yang telah dikurniakan pada kita. Apa dia? Allah lah nikmat terbesar kita. Sebaik-baik tempat kembali. Masa itu kepunyaan Dia, ilmu itu kepunyaanNya juga. Segala apa dilangit dan dibumi miliknya jua.

Tak luak, tak habis, dan segalanya yang taklah untuk masa kita digunakan untuk duduk sejenak dan dihabiskan untuk Dia. Kita membutuhkan Dia. Tuhan yang memiliki segalanya. Jika susah nak faham pinta padaNya memahamkan kita. Jika risau maka pinta padaNya yakinkan kita. Apa nak diminta lagi? Pintalah kerana Allah itu Maha Memakbulkan.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ‘Ketenangan‘.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ‘Kebahagiaan‘.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ‘Keberhasilan‘.
Ambillah waktu untuk beramal,
kerana itu adalah satu-satunya kunci menuju Syurga.

So pesanan akhir… Jangan tensen2 ye sume… Anggaplah ini ujian kecil nak dibanding peperiksaan buat kita yang kita hadapi sejak azali lagi.. All the best buat semua... Not only study hard but study smart too... Maat taufiq wannajah fil imtihan...

Ps* bila ana tensen... minta sahabat2 serang ana balik dengan pesanan dan teguran yang membina ye... supaya tak rebah diulit kecelaruan... renung2kan.. dan selamat menghadapi peperiksaan..

Ahad, Oktober 25, 2009

Dunia.... Dewan Peperiksaan......

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:58:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt.....
Biasanya hujung2 bulan seperti sekarang ni, pastinya di mana2 peringkat sekalipun, pelajar2 dan para siswa siswi sedang sibuk dengan persediaan rapi untuk mendepani ujian dan peperiksaan yang akan menguji sejauh mana kefahaman dan penghayatan mereka sepanjang temph pembelajaran.....
Belajar secara berkumpulan....
Belajar bersendirian.....
Bersedia lebih awal mahupun bersedia disaat akhir peperiksaan...
Ia menjadi rencah berbeza bagi setiap dari insan yang bakal menghadapinya...
Suasana sunyi sepi... Fokus di meja study adalah lumrah apabila tibanya minggu ulang kaji...
Segala aktiviti di'matikan' seketika untuk berkorban masa demi peperiksaan....
Yang memilih mendekatkan diri pada Allah seiring berusaha meningkatkan kefahaman serta persediaan sebelum peperiksaan, tahniah diucapkan....
Namun, bagi yang semakin meninggalkan kebelakang perintah yang lebih perlu, malang dan takziah diucapkan...
Diingatkan, jom sama2 kita dekat kembali kepadaNya... Tiada medium lain yang dapat membantu kita melainkan segala percaturan yang telah diusahakan itu selain dari apa yang Ia akan putuskan....
" Kun fayakun " tatkala ini yang dikatakanNya, maka tiada apa yang dapat kita insan yang lemah ini dapat lakukan...
Nah, inilah masanya dan perlunya kita mencariNya, memohon dan memanjatkan sepenuh penharapan kepadaNya agar Ia melindungi dan menjaga kita dikala menghadapi peperiksaan...
Dikala inilah kita memohon petunjukNya untuk memudahkan apa yang kita ambil dari ilmuNya, kedap masuk dalam hati kita....
Dikala inilah kita mohon padaNya agar Ia berikan pertolongan dikala kita membutuhkan Dia...
Allah tak pernah tinggalkan kita sekalipun... tetapi kita ni yang sering lupa dan melambat2kan pertemuan indah bersamaNya....
Buat diri yang lemah ini juga sentiasa memohon keampunan atas segala kealpaan dan kelalaian yang telah dilakukan...
Ampuni diri ini Ya Allah.....

Peperiksaan kita nanati pastinya di dewan2 kuliah dan juga dikelas2....
Sedar atau tak... Sejak didalam perut ibu lagi kita telah diuji di dalam dewan peperiksaan yang besar.. MilikNya semata...

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ( Surah Al-Fath : Ayat 4 )

[1394]. Yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,

Berapa ramai yang sedar akan ini.... ( menyedarkan diri yang sering terlupa ni gak )

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ( Surah Al-Ankaabut : Ayat 2 )

Allah sendiri berfirman bahawa Ia pasti akan menguji setiap dari makhluk yang Ia cipta. Siapa makhluk itu? Kitalah, manusia... Yang Allah ciptakan memiliki akal yang boleh berfikir. Berbeza dari makhluk yang lain..

Peperiksaan besar yang kita akan hadapi ini tidak akan berakhir selagi hayat kita masih ada...
Selagi semampunya kita menghirup oksigen yang Allah berikan secara percuma ini...
Selagi kita mampu menggerakkan anggota tubuh kita tanpa perlu kita ganti 'baterinya'...
Selagi kita mampu melihat tanpa perlu kita pasang ganti 'kanta' yang ada....
Subhanallah... Walhamdulillah....
Terlalu banyak yang Allah berikan nikmat pada kita... Namun, masih lagi kita kufurkan...

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah[789] dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? ( Surah Ibrahim : 28 )

[789 ] Yang dimaksud dengan nikmat Allah di sini ialah perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah.

Yang telah pergi ujian Allah pada mereka telah tamat... Keputusan dan 'markah' mereka akan diperhitung bersama kita nanti tatkala semua manusia dipanggil berhimpun bersama di mahsyar sana....
Sejauh mana 'markah' dan 'keputusan' kita tu bergantung pada amal dan ibadah kita di dewan peperiksaan besar ini....
'jawapan' kita pada 'persoalan' yang Allah telah aturkan.....
jawapan yang tepat pasti 'markah' baik ganjarannya.....
jawapan yang bukan dari apa yang ia minta ada juga ganjarannya....
Makna kata stiap 'jawapan' kita hanya Dia sahaja yang berhak menilai....

Analoginya pensyarah yang mengajar dan menguji peperiksaan kita, ialah org yang selayaknya memberi markah pada kita...
Masakan boleh pensyarah Matematik yang kepakarannya Matematik sahaja mampu menilai kertas peperiksaan dari pensyarah Perubatan....
Pastinya tidak, jika mungkin terjadi pun atas kekuasaan Allah yang mengizinkannya menguasai lebih dari 1 bidang.....

Jadinya, disamping kita bersedia menghadapi ujian dan peperiksaan yang akan diuji nanti... jangan lah diabai dilupa untuk sentiasa bersedia menghadapi dan mendepani ujian2 Allah....
Kerana apa pun jua kepada Dialah tempat sebaik2nya untuk kta kembali dan menanti keputusan dari apa yang telah diuji...


Ya Allah hanya kepada Engkau ku bermohon dan meminta....
Jadikanlah dunia itu didalam genggamanku dalam pencarianku kepada redhaMu...
Janganlah Engkau letakkan dunia didalam hatiku, dan membuat aku lalai dari mengejar cintaMU..


ps* Sahabat2 jom letak dunia dalam genggaman kita untuk ke 'sana....


Khamis, Oktober 22, 2009

Mencari Ketenangan Hati Dan Jiwa

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:51:00 PTG 7 Celoteh SahabatKu...

HATI atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.

Rasa senang apabila ia dipuji.

Rasa menderita apabila di keji.

Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.

Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.

Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.

Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.

Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.

Rasa dendam apabila orang menganiayainya.

Simpati dengan orang susah.

Rasa keluh kesah apabila dapat susah.

Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.

Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.

Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Rabu, Oktober 21, 2009

Jalan Mujahadah Bukan Mudah...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:55:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Adab Terhadap Diri Sendiri

Kaum muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah :

“ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
( Asy-Syam [ 91] 9-10)

Rasullullah bersabda :

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)

Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :

a. Taubat

Taubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)

Dan sabda Rasullullah :

“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ”
( Muslim )

b. Muraqabah ( Pengawasan )

Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :

“ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”
( an-Nisa [4] : 125 )

Rasullullah juga bersabda :

” Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”
(Muttafaq ’alaih)

c. Muhassabah

Melakukan perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan diri

Allah berfirman :

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)

d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)

Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.

Allah telah berfirman :

“ Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....”
(Yusuf [12] : 53 )

Sebagai umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman :

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)


Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Rabu, Oktober 14, 2009

Di ToLak??

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:43:00 PTG 1 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....


Bila pendapat kau ditolak..
Bila permintaan kau ditolak..
Bila tawaran kau ditolak..
Bila jemputan kau ditolak..
Bila bodek kau ditolak..
Bila pujukan kau ditolak..
Bila keinginan kau ditolak..
Bila hajat kau ditolak..
Bila kedatangan kau ditolak..
Bila senyuman kau ditolak..
Bila kebaikan kau ditolak..
Bila nasihat kau ditolak..
Bila pinjaman kau ditolak..
Bila keperluan kau ditolak..
Bila kepentingan kau ditolak..
Bila hak kau ditolak..
Bila pertolongan kau ditolak..
Bila permohonan kau ditolak..
Bila usaha kau ditolak..
Bila kerja kau ditolak..
Bila cinta kau ditolak..
Bila kau ditolak…
Ditolak oleh siapa?
Mereka-mereka itu..
Maka! Ucaplah..
Alhamdulillah..
Ucap apa?
Alhamdulillah..
Lagi sekali..
Alhamdulillah..
Tolakan yang kau terima itu..
Adalah kerana kasih sayang Allah..
Sengaja Allah tidak mahu kau jinak..
Jinak dengan selain dari Allah..
Dia Maha Penyayang..
Kerana atas saratnya Kasih SayangNya lah..
Dia mahu kau hanya bersandar padaNya..
Semata-mata!..
Bersandar pada siapa?
Bersandar dan harap hanya pada Allah semata-mata!..
Allahuakbar..
Dalam HATI mau ada Dia!
Biar ditolak manusia..
Jangan ditolak Allah..
Astaghfirullahalazim..
Usah sedih!..
Dia tahu apa yang terbaik buat kau..
Senyumlah.. kerana Dia sayang kamu!
Masyaallah.. manis pon senyuman kamu!
Senyum itu sedekah!.. Alhamdulillah
Masyaallah Tabarakaallah..

p/s: Ditolak disini bole jadi bnyk maksud seperti diabaikan, tidak diterima, tidak dilayan, dikutuk atau seangkatan dengannya mengikut kesesuaian….. waallahualam.. la haula wala quwwata ila billah.

ps# bingkisan yg ana copy dr blog sahabat.. Hawa Mahabbah...
http://hawamahabbah.blogspot.com

Sabtu, September 26, 2009

Permata Hatiku

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:00:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum kanda yang kuimpikan....


Surat Untuk Dikau Calon Suamiku
Bagaimana kabarmu hari ini? sudahkah kau basuh wajahmu dengan sucinya air wudhu, yang membuat wajah bersahajamu diliputi cahaya? Sudahkah malam tadi kau habiskan sepertiganya dengan bermunajat kepada-Nya? Sudahkah kau bulatkan azzammu untuk istiqomah melangkah di jalan-Nya?

Kanda...
Tegakkan bahumu, sempurnakan semangatmu, penuhi dadamu dengan nama-Nya, jemputlah rizqimu dengan sungguh-sungguh. Aku mengantarmu dengan selempang doa yang tersampir di bahu angin. Semoga hari ini Allah melimpahkan keberkahan di setiap tarikan nafasmu. Penuhi pundi-pundi amalmu dengan kebaikan, jangan sisakan sedikitpun waktumu dalam kesia-siaan.

Malam nanti, aku kembali menunggumu dalam hening doa-doaku. Sandarkan hatimu pada-Nya, agar Ia memberimu kekuatan. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk segera menjemputku, menemani hari-harimu.

Siapapun engkau, di manapun berada, semoga Allah menjagamu, hingga tiba waktunya perjuangan panjangmu tak lagi sendiri. Maka, kukuhkanlah kembali semangatmu. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk hadir menjemputku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Surat Untuk Calon Istriku

Ukhti....
Jikalau tiba saatnya bertemu...
bersabarlah dikau dengan kekuranganku....
bersabarlah dikau dengan apa yang tampak sekilas....
sesungguhnya aku ini hanyalah seseorang anak adam yang
biasa-biasa saja....
yang biasa dipandang sebelah mata....

Ukhti....
Jika Allah memang memilihku tuk mendampingimu....
Kumohon....
Hendaklah dikau selalu mengingatkan diriku ini yang
lemah ini....
Yang mungkin menelantarkan hak-hakmu....
Yang mungkin lupa diri dan tak tau diri....
Yang mungkin lupa akan kewajibanku ini....

Ukhti....
Terimalah salamku ini....
Jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya ukhti....
Berimanlah pada Allah SWT....
dan bertakwalah pada Allah....
Patuhilah Allah dan Rasulnya....
Jangan terbawa oleh arus musuh-musuh Islam ukhti....

Ingatlah.....
Sesungguhnya Allah swt. bersama orang-orang yang
sabar....

Jikalau bukan takdir kita untuk bertemu....
Doaku semoga Allah mempertemukanmu dengan Ikhwan yang
lebih baik dariku....
Yang akan membahagiakanmu di dunia dan membimbingmu menuju
kebahagiaan akhirat....


Akhir kata....
Wassalam....

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez