Memaparkan catatan dengan label Ringkas Tapi Padat... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ringkas Tapi Padat... Papar semua catatan

Selasa, Ogos 18, 2009

Diskusi Intelek ( DINT ).... Berakhir Dengan Jayanya....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:06:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt semua....

Alhamdulillah... Segala puji bagi Mu Ya Allah atas segala urusan yang dipermudahkan....

Alhamdulillah.... Diskusi Intelek (DINT) yang diadakan pada Ahad malam yang lalu ( 16 Ogos 2009 ) berjalan dengan lancar dan jayanya... Walaupun terdapat sedikit kesulitan yang dihadapi semasa persiapan2 yang dilakukan....

Tanpa kesulitan dan halangan, ia tidak mematangkan kami pihak yang menganjurkan prog ini... Segala yang di rancang, hanya Allah jua menentukan kejayaannya.....

Syukran jazilan ( Thanks a lot ) kepada Shawn Keng Teck Ee, selaku wakil Kelab Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM kerana sudi bekerjasama dengan kami dari Kelab Bimbingan Mahasiswa dalam menjayakan program yang julung kali diadakan ini.... Shawn banyak membantu dari segi pengurusan tempat dan proses menentukan lokasi program... Arigato gozaimasu Shawn.....

Syukran jazilan gak wat semua panel yang hadir ( yg terdiri dari sahabat2 perjuangan ).... Akhi Fitri Amir yang datang dari Penang ( jauh tu ) bersama akhi Sofian dan Abdullah ( iaitu wakil mahasiswa Thailand ) dan juga tak ketinggalan akhi Amir Zal ( sahabat Akhi Fuad ) wakil aktivis yang dikira 'arif tentang isu kemasyarakatan ni.... Moderator yang manthop dan petah berkata.. Akhi Zulzaidi Mahmod yang diterbangkan khas dari UM.....

Alhamdulillah... Segala lagi ana panjatkan kesyukuran atas kehadiran ramai pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang dan juga kolej... Sanggup datang ke Kolej 17 yang kiranya jauh dari penempatan mereka... Mabruk semuanya.. Allah telah memilih hati2 antum untuk hadir bg sama2 kita berkongsi ilmu..... ( hampir 100 orang yang hadir )

Tak ketinggalan para AJK yang sudi bergabung tenaga, memerah keringat membantu menjayakan prog ini.... Walaupun pada hakikatnya ramai AJK sedang berjuang dengan ujian pertama.... dan ada yang perlu menghadiri Finishing School..... Jazakumullah.....

Akhir kalam.... Harapan yang tinggi diletakkan pada program ini.... Diharapkan ianya bukan sekadar program untuk memenuhi takwim aktiviti sahaja.... tetapi meletakkan matlamat utama untuk menyampaikan maklumat yang sebenar bagi membuka mata mahasiswa tentang apa yang berlaku di persekitaran mereka..... mahasiswa sebagai suara masyarakat.....

Isu Selatan Thailand ( lebih baik di kenali sebagai Pattani ) bukan isu rakyat Pattani semata2... tetapi isu sejagat... isu umat Islam sedunia.... isu umat Islam Malaysia..... sebagaimana isu Palestin.... bila kita nak membuka minda kita sedangkan mata dan telinga kita masih lagi tertutup tidak mahu ambil peduli kisah yang dilalui sahabat seagama kita.....

Pandang2, dengar2, dan fikir2kanlah......

Abu Jihad [ Akhi Fuad Hilmi - Presiden KBM ] berkata :

" Harapan saya agar mahasiswa peduli tentang umat-umat di serata tempat. Saya berharap ianya bukan sekadar program diskusi, tetapi usaha kita sebagai daie’. Bangkit berjuang, bukan hidup menunggu mati tanpa berjuang. Takut nanti kita akan disoal Allah kerana kebodohan dan kejahilan kita tentang umat.”

Sekian untuk waktu ini... Maaf atas laporan yang tidak seberapa ini...

Wallahualam...

Jumaat, Julai 17, 2009

Jom Sahabat Sahabiah

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:24:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamu'alaikum wbt...

Mungkin masih lum terlambat untuk ana promote pada sahabat2 tentang prog mingguan ini...
Jangan lepaskan peluang merebut dan medalami ilmu agama!!!

Hadirkanlah diri anda ke.......
Kuliah Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah

Anjuran: SEKRETARIAT KEROHANIAN KOLEJ 14

KULIAH MINGGUAN PENGAJIAN TALAQQI
KITAB AQIDAH MUSLIMIN

SETIAP SABTU MALAM AHAD

SELEPAS SOLAT MAGHRIB

BERMULA 18 JULAI 2009

BERTEMPAT DI SURAU MUHAMMAD AL-FATEH, KOLEJ SERUMPUN, UPM SERDANG.

OLEH :
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
TUAN BLOG KHAZANAH SALAFIYYAH
http://www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com/

Maklumat Terperinci Sila Hubungi :
SAUDARA HANIS (019 7658242)

SERUAN DARI HATI KE HATI BUAT SISWA-SISWI UPM YANG DAHAGAKAN SECANGKIR ILMU WARISAN AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH...

HADIRKANLAH DIRI KALIAN SERAMAI-RAMAINYA KE MAJLIS ILMU YANG PENUH BARAKAH... JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!

Rabu, Julai 08, 2009

Musibah Itu Ada Tujuannya....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:54:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.


LUPA

Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

ps** untuk renungan insan yang lemah ini....

Rabu, Jun 17, 2009

Mulakan Dengan Basmallah...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:14:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Mulakanlah Dengan Bismillah
Setiap detik setiap saat ialah nikmat anugerah dari yang Hak...
Kita sebagai hamba kepada Khaliq yang Esa hanya meminjamnya buat seketika...
Setiap dari detik jarum bergerak itulah masa yang perlu dimanfaatkan sebaiknya...

Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar kerugian (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran (3)
( Surah Al-Asr )

Masa kita sama dengan yang lain.. Tapi tidak sama aturannya...
Kita memanfaatkannya dengan memikul amanah yang diberikan....
Bekerja bukan bersendirian, tetapi bersama-sama dan berkumpulan....

Jika bekerja, bekerjalah dengan ikhlas.....
Jika bekerja, bekerjalah dengan niat Lillahitaala....
Jika bekerja, fikirlah bahawa kita ingin ‘memberi’ bukan ‘menerima’....
Allah SWT tidak memandang hasilnya, tetapi usaha yang kita jalankan untuk merealisasikannya...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ‘Ketenangan‘.
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ‘Kebahagiaan‘.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ‘Keberhasilan‘.
Ambillah waktu untuk beramal,
kerana itulah satu-satunya kunci menuju syurga

Mulakan setiap langkah dan perbuatan kita dengan bismillah...
Semoga barakah apa yang kita lakukan....
Dan Allah SWT memberi redha atas setiap darinya...
Wallahualam.....


Rabu, April 15, 2009

Nak kenal boleh???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:28:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...
1. Salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama syprhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan..ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl ayang.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks ayang..love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk ayang ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya ayang pkai apa je kan ..tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni... .hihihi..

8. Yang bi nak ayang tau, ayanglah segalanya utk bi, ayang la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..jgn risau..inikan membuktikan bi caring..so jgn risau..k..yeye. .bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..

9. Ayang..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq ayang... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. .sikit sikit je..kih3..

11. Hi ayang, watpe 2? Nk ckp sket..nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg?... ayang x caye kat abg eh.. huhu..

12. Ayang..kite jumpe k?..abg suka ayang pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn ayang x cntk..just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..

13. Ayang..abg sory ngan apa jd td..abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp ayang eh, trsentuh xpe..ter.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat ayang..

14. Tq jumpa td, ayang cntk la..Ololo..abg romantik sket pun salah ke?Ske abg romantik ek? Hehe..Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni..tgk..Allah memberkati hubungan kite..ayang solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. Ayang..just nk tanya..ayang cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?50% je... huhu..yang. .just nk tanya..rambut ayang panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat ayang tu.. Ayang..bg la gmbr ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..Cntk nye ayang..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. ayang cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati,.. Thanks ayang..love u too..


18. Ayang..da lame kita couple kan..xkan abg pegang tgn pun nak marah.. ayang kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Ayang kata ayang cintakan abg sepenuh hati..kalu gitu..apa buktinya ayang cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR... ..


Ini Masanya Untuk MENJADI Bukan MENCARI......

Khamis, Mac 12, 2009

Keranda Putih???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:16:00 PTG 4 Celoteh SahabatKu...
Tahukah anda...?


Bekas Polisterina yang digunakan untuk membungkus makanan adalah amat berbahaya kepada kesihatan serta boleh mendatangkan berdozen-dozen penyakit kronik seperti kanserBahan makanan yang terdedah secara terus kepada bahan ini akan diresapi oleh bahan kimia yang terdapat dalam bahan polisterina ini.


Ketua Jabatan Kemudahan, Pemakanan dan Perkhidmatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Noriah Ismail, berkata bekas Eco-pack yang diperbuat daripada fiber tandan kelapa sawit itu lebih selamat kerana polisterina putih yang digunakan selama ini mengandungi banyak bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser.


“Bekas polisterina ini juga memberi kesan kepada alam sekitar kerana memerlukan sekurang-kurangnya 500 tahun untuk reput, manakala jumlah tenaga yang tinggi untuk memusnahkannya.


“Sebaliknya, Eco-Pack boleh dikitar semula dan selepas tiga bulan jika tertanam, ia akan bertukar menjadi baja,” katanya.


Isnin, Februari 23, 2009

Solusi???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:25:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...


Salam Ukhwah Salam Ceria dan Salam Mahabbah.....

Lama dah ana tak update blog ni...

Kali mungkin tatapan ringkas buat sahabat sahabiah semua....

Hmmm, pertama kali ana selak dan tatap ia, masa tu baru pas balik dr Mines dgn ukhti Nadirah... Teman Ukht beli kasut... Ukht time tu ngah tolong sahabatnya g penamaan calon untuk PRK UPM...

Ana duk tunggu dalam keta.. panas masa tu... duk tgk2 dalam keta.. sekali terjumpa majalah ni.... SOLUSI...?? hmmm ape yer? Dari luar macam majalah biase.. cuma agak tebal....

Satu persatu ana selak dan bace,.... Subhanallah... bagus buku ni.... Sambil baca ana catat ayat2 n surah2 yang di tulis dalam majalah ni....

Pernah tak dengar tentang MAJALAH SOLUSI???

Mungkin ada yang dah ikuti dari siri 1 lagi dan mungkin ada yang masih belum tahu akan kewujudannya di pasaran...

Ape yang ada dalam majalah ni?

Ha... Meh nak kongsi... InsyaAllah majalah ni merupakan salah satu medium pencarian ilmu untuk insan2 yang yang mencari dan mencari dan ingin tahu tentang Islam...

Pembawakan yang ringkas tp amat padat...

Menyentuh isu fardhu ain dan motivasi...

Sesuai sangat untuk setiap lapisan masyarakat....

Hehe.. cam jd promoter lak ana ni...

Tapi tak salah kan... So moh ler reramai beli majalah ni.... Input yang di ambil di buat ikutan.... InsyaAllah....

Ahad, Januari 18, 2009

7 Keajaiban Dunia...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:55:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Jika ditanya pada kita apa tujuh keajaiban dunia, pasti diminda kita terbayang bangunan2 pencakap langit dan tempat2 bersejarah yang unik di seluruh dunia kan... Jom kita lihat, apakah ia tujuh keajaiban dunia...

***************************************************************

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid


2) Taj Mahal


3) Tembok Besar Cina


4) Menara Condong Pisa


5) Angkor Watt


6) Menara Eiffel


7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”


Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”


Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,



1) Dapat melihat


2) Dapat mendengar


3) Dapat menyentuh


4) Dapat menyayangi




Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…


5) Dapat merasakan,


6) Dapat tertawa,


7) Dan, Dapat mencintai


Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.





Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.

Terlalu banyak keajaiban yang Allah ciptakan dan tiada tolok bandingannya. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat pemberiannya ini?
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.





 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez