Memaparkan catatan dengan label Motivasi Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Diri. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 28, 2009

TENSEN!!!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:30:00 PG 3 Celoteh SahabatKu...
“ TENSEN!! “ ana melihat handphone Sony Ericsson yang ana letak atas katil… Mesej yang masuk sebentar tadi ana baca.. Ringkas, tp cukup padat nak mengungkap semua yang terpendam... Al-maklumlah minggu exam ni... masing-masing sedang hangat dilamun cinta... cinta yang terkadang menekan jiwa... maksudnya disini.. tensen menghadap buku-buku, nota kuliah dan latihan sebagai persediaan nak ber’dating’ dengan kertas soalan.... berjam-jam dihabiskan untuk menjawab killer question yang diberikan... Time tensen nilah semua keluar... astaghfirullah... nauzubillah... macam2 gelagat....

“ Lar nape tensen ni? Hah! Mesej akak sebelum sampai masa perjanjian nih. Penalti 20 minit.” Balas ana dengan sedikit lawak.. ana teruskan pembacaan dan ulangkaji yang masih belum habis.. tensen juga tapi dalam hati ku selitkan dengan doa agar ana mampu memahaminya... Lama... Mesej tak dibalas, mungkin marah atau ‘terkena sudah’... Kubiarkan hp ditepi sambil berehat sebentar dan selesaikan apa yang patut. Ana baru balik dari surau.. Hampir seminggu berkampung seketika di musollah dan masjid untuk mendapat mud study... Alhamdulillah lancar...

Ba’da 20 minit, usai mengambil air untuk dimasak dalam heater...

“ Tensen... Kak Hana....” tepat pada masa penalti dikenakan.... ana tersenyum... budak sorang ni memang tau. Bisik dalam hati ana.

“ Hehe, bagus.. mematuhi penalti yang diberikan... Awat tensen ni? “ Balas ana..

“ Org tensen lagi nak penalti2...Ahad lepas dah baca.. Tapi makin baca makin tak faham...” dia merungut... Ana tergelak kecil... Lumrah orang bercinta... Bila lama sangat berhubung mulalah semakin tak memahami, bila mula bosan terjadilah tensen....

“ Hmm, tutup dulu buku tu then duk rehat kat tepi k. Nanti makin tensen.” Nasihat ana.

“ Taknaklah nanti tertido kalau kalu rehat.” Balasnya.

“ study ape? Nak Kak Hana pujuk ke tegas?” ana memberi pilihan...

“ Physics... Pape jela...” mesej ana beri dibalas ringkas je...

“ Ermmm, k cm ni. Kak Hana rase kamu lg tahu mana yang perlu. Dari kamu mengadap paper tu then ckp tensen3. Memanglah tensen. Dah tu doanya kan. Akak maksudkan rehat td. G amik wudhu. Amik masa sikit baca buku yang kamu beli, takpun baca Al-Quran. Dengar pun ok.. Kita manusia... Had kita ada... Doa pada Dia moga dipermudahkan. Kak hana tak pandai nak nasihat sangat. Tapi pe yang kak hana wat malam ni kak hana try yang termampu. Selebihnya kak hana minta Dia bg petunjuk. Ilmu ni ilmu Dia juga. Tak luak masa kita ingat dan spent masa pada Dia.

Tensen! Tensen! Tensen! Mustahil rasanya jika tiada yang merasakan tekanan bila menghadapi ambang peperiksaan akhir. Cuma beza tahapan tekanan je pada setiap individu. Sekurangnya sekelumit tekanan pasti dihadapi.

Bulan peperiksaan, dimana sahaja sekarang ni individu-individu bergelar pelajar, siswa dan siswi sedang berjuang dengan peperiksaan. Bercinta dengan nota kuliah, bertunang dengan latihan soalan, diakad nikah dengan kertas peperiksaan dan akhirnya menanti hasil dari gerbang perkahwinan jawapan yang telah dijawab. Itulah hasilannya nanti.

Dalam bercinta tu ada lumrahnya. Naik turun perhubungan kita sesama pasangan. Begitu juga bila bercinta dengan ilmu. Cumanya bercinta dengan ilmu pulangannya berkali ganda nilaiannya disisi Allah. Bilamana berkata tentang ilmu, ia termasuk dalam ibadah juga.

Bilamana berkata tentang study untuk exam, ia jangan dijauhkan dari ibadah rutin kita. Solat, puasa, doa dan sebagainya. Inilah yang menguji kita. Tahapan kebergantungan pada Allah. Saat mana kita bermatian belajar, adakah bermatian juga kita memohon petunjuk dan pertolongan dariNya.

Wahai rakan-rakan, sahabat-sahabat, adik-adik, dan termasuk diri ini juga. Jangan pisahkan keduanya. Ilmu yang kita tengah belajar ni ilmu Dia juga. Bukan ilmu sesiapa selainNya. Jadi janganlah khuatir dan tensen-tensen bilamana apa yang dibaca tak masuk mahupun semakin jauh dari pemahaman kita. Tiada tempat lain untuk kita kembali selain dari sebaik-baik tempat yang telah dikurniakan pada kita. Apa dia? Allah lah nikmat terbesar kita. Sebaik-baik tempat kembali. Masa itu kepunyaan Dia, ilmu itu kepunyaanNya juga. Segala apa dilangit dan dibumi miliknya jua.

Tak luak, tak habis, dan segalanya yang taklah untuk masa kita digunakan untuk duduk sejenak dan dihabiskan untuk Dia. Kita membutuhkan Dia. Tuhan yang memiliki segalanya. Jika susah nak faham pinta padaNya memahamkan kita. Jika risau maka pinta padaNya yakinkan kita. Apa nak diminta lagi? Pintalah kerana Allah itu Maha Memakbulkan.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ‘Ketenangan‘.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ‘Kebahagiaan‘.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ‘Keberhasilan‘.
Ambillah waktu untuk beramal,
kerana itu adalah satu-satunya kunci menuju Syurga.

So pesanan akhir… Jangan tensen2 ye sume… Anggaplah ini ujian kecil nak dibanding peperiksaan buat kita yang kita hadapi sejak azali lagi.. All the best buat semua... Not only study hard but study smart too... Maat taufiq wannajah fil imtihan...

Ps* bila ana tensen... minta sahabat2 serang ana balik dengan pesanan dan teguran yang membina ye... supaya tak rebah diulit kecelaruan... renung2kan.. dan selamat menghadapi peperiksaan..

Rabu, Oktober 14, 2009

Di ToLak??

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:43:00 PTG 1 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....


Bila pendapat kau ditolak..
Bila permintaan kau ditolak..
Bila tawaran kau ditolak..
Bila jemputan kau ditolak..
Bila bodek kau ditolak..
Bila pujukan kau ditolak..
Bila keinginan kau ditolak..
Bila hajat kau ditolak..
Bila kedatangan kau ditolak..
Bila senyuman kau ditolak..
Bila kebaikan kau ditolak..
Bila nasihat kau ditolak..
Bila pinjaman kau ditolak..
Bila keperluan kau ditolak..
Bila kepentingan kau ditolak..
Bila hak kau ditolak..
Bila pertolongan kau ditolak..
Bila permohonan kau ditolak..
Bila usaha kau ditolak..
Bila kerja kau ditolak..
Bila cinta kau ditolak..
Bila kau ditolak…
Ditolak oleh siapa?
Mereka-mereka itu..
Maka! Ucaplah..
Alhamdulillah..
Ucap apa?
Alhamdulillah..
Lagi sekali..
Alhamdulillah..
Tolakan yang kau terima itu..
Adalah kerana kasih sayang Allah..
Sengaja Allah tidak mahu kau jinak..
Jinak dengan selain dari Allah..
Dia Maha Penyayang..
Kerana atas saratnya Kasih SayangNya lah..
Dia mahu kau hanya bersandar padaNya..
Semata-mata!..
Bersandar pada siapa?
Bersandar dan harap hanya pada Allah semata-mata!..
Allahuakbar..
Dalam HATI mau ada Dia!
Biar ditolak manusia..
Jangan ditolak Allah..
Astaghfirullahalazim..
Usah sedih!..
Dia tahu apa yang terbaik buat kau..
Senyumlah.. kerana Dia sayang kamu!
Masyaallah.. manis pon senyuman kamu!
Senyum itu sedekah!.. Alhamdulillah
Masyaallah Tabarakaallah..

p/s: Ditolak disini bole jadi bnyk maksud seperti diabaikan, tidak diterima, tidak dilayan, dikutuk atau seangkatan dengannya mengikut kesesuaian….. waallahualam.. la haula wala quwwata ila billah.

ps# bingkisan yg ana copy dr blog sahabat.. Hawa Mahabbah...
http://hawamahabbah.blogspot.com

Ahad, September 13, 2009

D.U.I.T

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:34:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Click!

Sms masuk kedalam inbox hp Butterfly ana....

“Usaha banyak mana pun, jika Allah tak izinkan tak jadi juga” --> Ana, tolong komen..

Pinta seorang sahabat yang meng’sms’kan persoalan itu kepada ana. Puas juga berfikir, tapi tidaklah lama mana berfikir. Bukan apa, mencari idea nak me’analogi’kan dengan situasi yang mudah difahami dan dikaitkan dengan situasi.

Ana setuju dengan ‘statement’ di atas tu. Kemudian, analogi ana kat sini berkaitan dengan program yang kita nak buat. Sepuas dan sepenat mana pun kita berusaha nak menjayakan program tu, namun tanpa biiznillah ianya tidak akan berjaya. Ini tidaklah bermakna, dalam tiap apa yang kita lakukan kita menyerahkan sebulat-bulatnya kepada keizinan Allah tanpa adanya sebarang usaha untuk melakukannya. Dengan kata lain ini bukan menggunakan konsep tawakal ‘alallah, tapi konsep tak guna akal. Nauzubillahiminzalik...
Dan lagi pendekatan ana dalam pandangan ana ialah D.U.I.T. Apa itu D.U.I.T ? Doa, usaha, istiqomah dan tawakal. Ramuan ringkas yang digunakan untuk melakukan sesuatu perkara. Tidak kiralah perkara itu besar ataupun kecil. Sebelum tertinggal, puncak atau klimaks utama kepada ramuan-ramuan tersebut ialah niat kita sendiri. Check semula samada niat kita kerana Allah ataupun tidak. Ikhlas atau tidak ikhlas kita lakukan.

Ada yang bertanya, mungkin. Macam mana nak mengukur niat kita kerana Allah dan mengukur keikhlasan kita? Itu sendiri ana tak berani nak menjawab secara spesifiknya, sebab diri ini pun masih banyak kekurangannya dalam hal-hal ini. Namun, sebagai manusia yang mempunyai fitrah sejak azali lag, kita mempunyai ‘self of oggurance ’, dapat merasai apa yang kita lakukan itu betul atau tidak mengikut fitrah Islam. ( Bila hati bersih insyaAllah Allah akan memberi jalannya )

Doa --- Berdoalah diawal, dipertengahan dan dipengakhiran, meminta petunjuk dan hidayah Allah untuk setiap apa yang kita lakukan. Minta Allah permudahkan apa yang kita lalui. Setiap detik adalah ujian buat kita, kepada siapa lagi untuk kita memohon, meminta dan perayu pengharapan jika bukan Khaliq kita yang Maha Mengabulkan ( Al-Mujib ) dan Maha Pemberi Petunjuk ( Al-Hadi ).

Dan Tuhanmu berfirman:

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku [1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
( Surah Al-Mu’Min 40 : Ayat 60 )
*[1326] – Yang dimaksudkan dengan menyembah-Ku ialah berdoa kepada-Ku

Doa Selepas Solat Sunat Istikharah :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Hadith Riwayat Imam Bukhari)

Usaha --- Apa dia usaha? Tindakan yang kita lakukan dan ambil untuk melakukan sesuatu. Merancang itu suatu usaha, berfikir juga adalah suatu usaha. Bagi ana usaha itu tidaklah tertakluk pada tindakan jasadi semata-mata. Usaha yang bagaimana? Pabila ditaklifkan atau diamanahkan pada sesuatu, berusahalah untuk berusaha melunaskannya sebaik mungkin. Jangan hanya pandai menerima dan mengaku ‘tahu’, ‘reti’ atau ‘sanggup’. Tapi usahanya setakat ‘gitu-gitu’ sahaja. Dan lagi, masih dikaitkan dengan niat. Untuk apa kita melakukan sesuatu itu? Mencari redha allah atau redha manusia semata? Jika kerana redha Allah insyaAllah setiap yang Dia kurniakan sebagai hasil usaha kita, kita akan redha dan terima. Tapi jika kerana manusia? Kerana nama, pangkat dan harta semata-mata. Jika diizinkan Allah kita dapat, ya kita dapat. Tapi renungkan dimana ‘Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun’? KeberkatanNya..... Allah melihat hasil dari apa yang kita usahakan, tetapi usaha itu lebih diganjarkan. Maknanya? Berusahalah demi mencari keredhaan Allah, bukan mencari redha manusia.

Istiqomah --- Usaha sudah kelihatan, namun tanpa ke’istiqomah’an ianya tidak membawa pulangan. Istiqomah boleh membawa maksud berterusan. Usaha secara berterusan dalam melakukan sesuatu. Amal yang sedikit tetapi istiqomah adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi tidak istiqomah. Lihat! Begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. Sama juga seperti merancang program..

Tawakal --- Last but not least.... Disamping ramuan doa, usaha dan istiqomah disitulah letaknya perisa terakhir dalam tindakan kita... Tawakal... Berserah kepada Allah... Bukan sebulat-bulatnya berserah kepada Allah tanpa berdoa, berusaha dan beristiqomah.... itu 'menyerah' namanya... Dizaman Rasulullah pun dahulu ada kisahnya tentang tawakal ini.. Dimana baginda menegur seorang sahabat yang tidak menambat untanya di pokok ketika mana ia hendak pergi ke masjid bagi menunaikan solat... sahabat baginda menyerahkan sebulat-bulatnya takdir pada Allah.. tetapi Nabi Allah mengatakan... sebelum bertawakal berusahalah sedikit untuk menambatnya kemudian terserahlah kepada Allah akan takdir yang seterusnya...

Dan firman Allah..

(Dia-lah) Allah tidak ada Tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakallah kepada Allah saja.
( Surah At-Taghaabun : 13 )

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah tetapi disandarkan kepada kelemahan diri ini sebagai hambaNya yang lemah....

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata fizikal dan mata hati kita untuk sesama diri sahabat2 wa diri ana juga untuk kita koreksi diri kita ni...

InsyaAllah dengan ilmu yang sedikit ini moga Allah memberi ana lebih lagi ilmu yang boleh sahabat2 kongsikan... Barakallahu fiq wa bikum..... Astaghfirullah hal adzim....

Jumaat, Mac 20, 2009

Kapsul Hati...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:00:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Mari kita berbenah dan terus berbenah..
untuk mempersembahkan yang terbaik dalam masa hidup kita...
Dengan torehan kemuliaan dan semangat pantang menyerah...
Dimanapun. kapanpun dan dengan siapapun..
selama ALLAH SWT menjadi "..just The ONE goal..“
Insya Allah akan "bahagia" sebagaimana doa
yang sering terlantun untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Terkadang kita bertanya kepada diri.....

Semakin hendak berubah semakin banyak ujian....

Allah telah menyediakan jawapan segala persoalan didalam Al-Quran.....


KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA TERTEKAN?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.


Selasa, Mac 17, 2009

Hmm... Kenalah Bersabar..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:31:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...


Sabar jer k……

Bersabarlah sayang….

Hang sabaq jelah….

Sabo jela yer…..

Sabar??Sabo??Sabaq??

Apa ya maksud 3 perkataan kat atas ni? Adakah sinonim kepada Cik Sabariah, Saboriah mahupun Sabaqiah? ( Adeh ntah papo…. )

Antum mesti punya pelbagai teori dan pendapat bila dengar perkataan “sabar” ni kan… ana rase perkataan nilah acap kali kita sebut2kan dibibir dan dilafazkan lidah kita dalam kehidupan seharian kita…. Sebagaimana kita tahu setiap perkara yang terjadi setiap detik merupakan ujian buat kita… Kerana Allah menciptakan dan mematikan makhluknya dan mereka akan diuji.

Firman Allah SWT :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.[ Surah Al-Ankabut ayat 2-3 ]

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun [ Surah Al-Mulk ayat 2 ]

Dalam halaqah usrah 2 minggu lepas ana dan sahabat2 bincangkan topik sabar... Ana minta sahabat ana jd Mod untuk usrah kali itu... Sebab secara kebetulannya, 2 3 hari sebelum usrah ana duk baca Majalah i yang kawan ana di UKM tolong belikan.. dan bnyk dalam Majalah tu menyentuh tentang “sabar” dan “hakikat sabar” ...

Sabar itu sendiri merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba. Mengucapkan sabar mudah.. tapi melakukannya amat payah... namun, disebalik kepayahan itulah terbitnya hikmah yang amat meluas kurniaannya dari Allah...

Seperti apabila kita berdoa.. Peringkat mendapat apa yang kita hajati juga mempunyai beberapa tingkat :

1. Doa kita terus dimakbulkan oleh Allah.

2. Doa kita ditangguhkan dahulu dan Allah akan gantikan apa yang kita hajati dengan sesuatu yang lebih baik...

3. Dan yang tertinggi sekali ialah doa kita tidak dimakbulkan disini, tetapi Allah menganugerahkan kita sebaik2 pertolongan ketika di akhirat kelak.. Subhanallah...


Dan sabar juga, menurut Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata,
“Sabar itu terbagi menjadi tiga macam “

1. Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah.

2. Bersabar tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah.

3. Bersabar dalam menghadapi takdir2 Allah yang dialaminya, berupa pelbagai hal yang menyakitkan dan gangguan yang timbul diluar kekuasaan manusia ataupun disebabkan oleh orang lain ( Syarh Tsalasatul Ushul, hal.24 )

Masa rehat2 santai dirumah Fitrah Baiduri , Dengkil ( umah anak yatim/miskin ) ana perhatikan sume buku2 di rak buku yang tersedia ada.. Kagumnya, bnyk buku ilmiah yang disumbangkan... Ana capai 1 buku.. “ Saat Bersama Mu ( Praktikal Qiamullail ) karya siapa ana tak ingat... selak2 ternampak 1 ayat ni...

“ Berapa ramai manusia yang bangun malam tp mampu dan sabar dalam mengambil wuduk dan bersolat malam...”

Lebih kurang inilah... Masya Allah... Kadang2 kita sendiri tak terfikirkan.. Ambil wuduk dan spend masa beberapa minit je nak bertemu dgn Allah... tp berapa ramai yang mampu dan bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah? Tepuk dada tanya iman.... ( peringatan buat ana juga yang kadang2 payah juga nak jihad lawan tido nih )

Itu untuk yang pertama.. yang kedua macam mane pulak? Hmmm, contoh paling mudah mungkin Ghibbah kot.. Haram ke ghibbah?? Hhuhu.. dosa besar dik oi... bila kita ngumpat mcm kita makan daging saudara sendiri... adeh, sanggupnyer kta... tp ramai tak yang mampu sabar dgn perkara2 camni.. memula cakap2 Cuma nak memperingat.. tp tanpa sedar dah terkata lebih2 dan kuar lak topik yang macam2 n kuarlah macam2 fitnah.... Nauzubillah... Kadang2 kita sendiri taknak buat tp rumate duk mengata... kita yang ngah wat keje pasang sekali telinga... pastu dalam hati.. “ Ish3... Dia macam ni rupanya...” Ha... dah bersangka macam2 dah tu.. bila bersangka mesti nak tahu lebih.. bila nak tahu lebih g selidik... bila dah tahu g bagitau yang lain.. ades3... lemahnya iman kita..... (peringatan buat diriku yang lupa juga)

Dan the last one... sabar dalam menghadapi takdir2 Allah... ujianlah maksudnya... Kehilangan barang, kehilangan org tersayang, putus cinta, keluarga sakit dan macam2 lagi... ikut peringkat umur yer... Bayi? Apa ujian mereka? Bnyak.. tp yang dapat ana kate ade sesetengah bayi yang walaupun masih kecil Allah dah uji dengan penyakit ( yang mana adalah )... kanak2..bagi ana yang terlibat dan banyak g jd sukarelawan anak2 yatim dan miskin ni, ana kadang terasa hati direntap... ana kdg2 sedih bila memikirkan masalah dan ujian yang ana hadapi.. tp bila mendekati adik2 ni lebih hebat lg ujian mereka... sejak kecil kehilangan ibu dan ayah... tinggal dgn nenek... tak dapat merasa kasih syg ibu ayah, duduk rumah anak yatim dan kena berdikari... mungkin bukan itu shaja ujian mereka.. ada situasi dimana ada sorang adik ni mak dia mualaf dan ayahnya muslim.. namun yang mnyedihkan ayahnya meninggalkan ibu dia terkontang kanting... menjaganya sendirian... ade sekali tu dia panggil ana..(masa tu dia dah baring atas katil nak tido)

" Akak.. nape ye ayah kita taknak jumpa kita?"

" Hmm... yeke... akak tak dapat nak jawablah syg...."

" Akak tahu tak, kite nak jumpe sgt ayah kita, n kite tak benci ayah kite..."

" Alhamdulillah baguslah.. hmm last sekali adik jumpa ayah bila? "

" Hmm mase umur kita darjah 2... bila kite tanya mak kite dia diam je kak..."

" Hmm, takpelah, insyaAllah nati ada rezeki mak bawa lah adk jumpa ayah k...dah tido.. sok nak qiam.."


Ba'da mengusap kepala adik tu ana berlalu pergi utnuk menidurkan diri... menitik air mata jatuh.. Ya Allah kuatkan semangat ku...Untuk kanak2 ana dah citer, untuk remaja dan diri kita ana pasti ramai yang tahu sendiri apakah ujian2 kita....

Pabila kita sedih, gusar, gelisah dengan ujian2 yang Allah timpakan pada kita.. Pandanglah ke bawah melihat ujian2 yang perlu ditempuh org dibawah kita... Jika masih tak berkesan juga... pandanglah keatas menatap wajah ibu dan ayah kita... betapa besar ujian dan amanah mereka dalam mebesarkan kita... mungkin itu akan lebih membuatkan kita lebih bersyukur....

" Jadilah ibarat garam yang yang diletakkan di dalam sungai yang mngalir.. tak terasa masinnya.. dan jangan jadikan dirimu ibarat garam didalam glas... masinnya kuat terasa...."


ps # peringatan buat diriku yang sering lupa....

Rabu, Februari 25, 2009

Cinta Illahi Bukan Lakaran Puisi

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:15:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...


Artikel Ini Diambil Dari : http://www.saifulislam.com/


“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?


Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.


CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.


Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.


Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI....

---> buat peringatan dan renungan untuk diri yang lemah ini dan juga sahabat sahabiah seperjuangan... MasyaAllah takut sgt.... hanya pandai bermadah, berpuisi dan berbicara tap tak melakukannya.....

---> Firman Allah sering mengingatkan " Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? " ( Surah As-Saff ayat 2 )


---> Martabat istiqomah tu tinggi sangat... Subhanallah susah nak menggapainya.... Lakukanlah yang sedikit itu tapi istiqomah nilainya, tp jangan melakukan yang terlalu hebat tp hanya sekadar sahaja.....

---> Ya Allah... Ku cari hatiku untuk Mu..... Temukan hatiku dalam solat dan amal ibadahku Ya
Allah.... Jika tiada hati yang ku cari untuk Mu... Engkau berikanlah aku hati yang baru.....

Sabtu, Januari 31, 2009

Cermin Diri…………..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:24:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah initanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidakmengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit utk dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali bg orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifatmarah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itupenghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk,takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatahlagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaanmenunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez