Memaparkan catatan dengan label Sepintas... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sepintas... Papar semua catatan

Khamis, Julai 07, 2011

Untaian Kata Hikmah Untuk Dirasa

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:59:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●.ada hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan,,supaya timbul rasa kesabaran & kesyukuran✿setiap yang payah itu pasti ada kesenangan✿setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran✿jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita✿tiada siapa yang akan dapat menghalang✿namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita✿pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman✿(◠‿◠)✿

‎.☆٠•●♥٠•●♥Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
kalau sayang ayah atau suami, berubahlah, berhijrahlah ke arah lebih baik..✿(◠‿◠)✿

★•.•´¯`•.•★Memang benar,skarang sdh tdk ada wanita sholehah yg setegar Khadijah,selembut Aisyah & seteguh siti Fatimah.krna mereka adlah org2 terpilih oleh Allah & dijanjikan syurga,Namun Insya Allah sekarang masih ada wanita akhir Zaman yg ingin belajar tuk mnjadi wanita yg setegar Khadijah,selembut Aisyah & seteguh siti fatimah dgn mnjadikan mereka sbg tauladan★•.•´¯`•.•★

‎(¨`v´¨)
`• .¸.•´
.¸.• ¸.•´¨)*♥*
(¸.• ´....(¸.•*°Perumpamaan kaum Mukmin di dalam sikap belas kasih, kasih sayang, dan kelemahlembutan mereka adalah seperti satu tubuh; jika salah satu anggota tubuhnya menderita sakit maka seluruh tubuhnya akan ikut mengeluh dengan merasakan demam dan panas."~♥✿.¸¸.•´✿◕

ღღღღKetika wanita menangis, itu bukan bererti dia tidak BERUSAHA menahannya melainkan kerana pertahanannya sudah tak mampu lagi membendung air matanya & ketika wanita itu menangis itu bukan kerana dia ingin dilihat LEMAH melainkan kerana dia sudah tidak sanggup lagi berpura -pura "KUAT"ღღღღ

‎~~~jangan sesali Apa Yang Bukan Milikmu~~~

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

✿ Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya.Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah.Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin. ✿ ܓ

Rabu, Jun 01, 2011

IniBlogCikHana

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:53:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....


Singgah kejap nak update blog ^^
Tengok tajuk atas... ^^)v ye ni memang blog Cik Hana..
Tapi yang ana maksudkan diatas ialah Blog Baru ana... ^^
Masuk ni ada 4 Blog ana buat.... ( awat banyak sgt.... )



2. Blog bisnes/design (http://ruhulhanadesign.blogspot.com)


3. Blog diari  - persendirian... ^^

4. Blog suke duke sepanjang pengajian master (http://iniblogcikhana.blogspot.com)


Hik3... So boleh lah ziarah menziarahi jika ada masa ye... update nye tak selalu, maaflah...
Moga2 dengan usaha ini dapat ana titipkan tulisan berkaitan diri, isu semasa dan lain2 lagi....
InsyaAllah... (^^)v

Khamis, Januari 28, 2010

EVO '09

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:12:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...



Isnin, November 09, 2009

AKADEMI DAKWAH 09

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:17:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Akademi Dakwah 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Perjuangan


Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja.

Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:

Serangan Pemikiran

Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga ḥaqq (benar) dan baṭil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan

Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial

Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti

Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan

Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.

Rabu, Oktober 21, 2009

AGM KBM UPM

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:32:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...



Rabu, September 16, 2009

Pelancaran Blog

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:15:00 PTG 1 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

InsyaAllah Ana dengan rasa suka dan bercita-citanya merasmikan pembukaan subdomain blog Ana lagi satu....
Blog yang Ana buka sebagai perkongsian karya Ana dan perkongsian ilmu berkenaan blog....
InsyaAllah ilmu yang ada dikongsi bersama dan mana yang Ana kurang tahu harap sahabat2 tolong tambahkan ya....
Ini alamatnya... http://cetusan-aqli.blogspot.com/



Isnin, September 14, 2009

Kad Raya Untuk Semua.....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:16:00 PTG 1 Celoteh SahabatKu...


Assalamualaikum wbt....

Salam ukhwah... Salam ramadhan.... Salam ceria semua.....

InsyaAllah untuk tahun ni... Ini kad raya yang ana buat untuk antum....

Maaflah, atas kekangan masa waktu dan kewangan... Tak dapat ana nak memberi kad raye pada sahabat2....

InsyaAllah jika dipermudahkan rezeki dapatlah ana post nanti......

Apapun... Nak mengucapkan... Kejarlah ramadhan yang masih ada ni... Dan sama2lah kita nantikan hari kemenangan umat Islam nanti....

Khamis, September 03, 2009

Promo!! Promo!!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:41:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...



Buat sahabat2 yang sedang mencari kereta 2nd hand untuk kegunaan sendiri...
InsyaAllah ana nak promo kan kereta sahabat ana ni...
Murah je.. Harga boleh runding..... Dalam RM8000.00...
Jenis Kereta : Kereta Iswara ( Manual )

Untuk Maklumat Lanjut :
Saudara Mohd. Fuad Hilmi Bin Zakaria
012-9520396


Jumaat, Ogos 21, 2009

Kad Edisi Bulan Ramadhan Untuk Semua

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:40:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Pose tau.... Jangan Tak Pose.....
Tingkatkan Prestasi... Tingkatkan Amal.....


Sabtu, Ogos 15, 2009

Bestnyer...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:08:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum....

Ana skang ni ngah berada kat RAYM Baiduri Dengkil.....

Sat lagi nak mengukur baju, kasut n kepala adik2 ni...

Kui3.... Sambil2 bermanje dengan dorang.....

Cewah.....

Kat bawah ni ana sertakan dengan sedikit bingkisan impian adik2 sempena Ramadhan Kareem yang bakal menjelang nanti...



IMPIAN RAMADHAN KAREEM.

Rayuan sumbangan Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

Sabda Rasulullah SAW

Apabila matinya anak Adam,, maka putuslah segala amalanya.
Kecuali tiga perkara; Sedekah Jariah (sedekah yang bekekalan), ilmu yang dimanfaatkan dana anak soleh yang mendoakan.
RIWAYAT MUSLIM

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah kerana dengan cucur limpah kurnia dan rahmatnya, kita diberi ruang dan peluang untuk menyambut bulan Ramahdan yang penuh keberkatan ini. Dengan harapan yang satu, kita berharap agar Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang tahun-tahun yang terdahulu.

Sudah menjadi lumrah dan fitrah kepada kita semua untuk melipat gandakan amalan sepanjang Ramadhan dengan mengharapkan ganjaran yang berlipat kali ganda. Diantara amalan mulia yang menjadi kebiasaan pada bulan ramadhan ini adalah berinfaq dan bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin dan anak yatim.

Tahun ini, kami di Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri menawarkan diri untuk menjadi salah satu dari saluran infaq sepanjang Ramadhan ini. Dengan harapan untuk melihat anak-anak ini dapat menyambut Ramadhan seperti anak-anak lain di luar sana, kami memohon jasa baik hamba-hamba Allah sekalian untuk mewarnai kehidupan yang lebih ceria buat anak-anak yang berteduh di rumah ini. Dengan pelbagai latar belakang, pengalaman dan sejarah hidup yang serba perit, anak-anak ini disatukan dibawah satu payung yang telah dibina atas dasar kerihatinan dan keinsafan hasil dari infaq dan sedekah dari segenap masyarakat yang dipilih Allah.

Setelah beropersi hampir enam bulan, kami masih lagi mengharap bantuan masyarakat semua untuk terus mendokong kami dari segala segi dalam usaha murni kita untuk melahirkan anak-anak disini yang berjaya di dunia dan akhirat.


Khamis, Ogos 13, 2009

Diskusi Intelek ( DINT )... Jom Pakai Mai....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:55:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...




Untuk Maklumat Lanjut Anda Boleh Menghubungi :

Ana : 0133721988
Fuad : 0129520396
'Atiqah : 0133007506
Rauf : 0133137568

Chaiyok2 Ana!!!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:04:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...


Senyumlah seindah suria....
Kuatkan jiwa dan hati mu.......
Ingat.. Allah sentiasa menyayangi mu......

La Tahzan..... Innallaha Ma Ana.....

Perginya Tak Kan Kembali.. AL-Fatihah...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:44:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...


Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Shout yang diletakkan dalam blog beliau...
Hari ini, kita kehilangan seorang pendakwah dan juga penggiat seni negara yang disegani dan dihormati...
Ustaz Asri [ Rabbani ], menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi...
Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau..
Semoga roh Ustaz Asri ditempatkan disisi org2 yang soleh dan solehah...

Sejenak mengingati bait lagu nyanyian Rabbani..

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

---------------------------------------------------------

Renungan bersama...
Apakah yang paling hampir dengan kita??
Tidak lain tidak bukan ialah....

KEMATIAN...

Rabu, Ogos 12, 2009

Jom Kawan2......

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:40:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
CERAMAH ISLAM DAN KEMERDEKAAN

TARIKH :
13 OGOS 2009
HARI :
KHAMIS
MASA :
7.00 PETANG - 10 MALAM
TEMPAT :
MASJID UPM
ANJURAN :
PUSAT ISLAM UPM
DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UPM


FORUM BICARA AQIDAH

TARIKH :
14 OGOS 2009
HARI :
JUMAAT
MASA :
7.00 PETANG - 10 MALAM
TEMPAT :
DEWAN PUTRA 2 , UPM
ANJURAN :
SEKRETARIAT KEROHANIAN KOLEJ 14

** SEMUA DI JEMPUT HADIR


Khamis, Julai 23, 2009

Mohon Perhatian Semua Sahabat2.....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:08:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....

Atas kesulitan sedikit... Blog ana yang sebelumnyer bnyk list blogger kini dah kosong...
Dek kerana tersalah edit...
Semuanya hilang...
Jadi mohon sahabat2 berikan link blog anda semua...
Syukran....




Jumaat, Julai 17, 2009

Jom Sahabat Sahabiah

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:24:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamu'alaikum wbt...

Mungkin masih lum terlambat untuk ana promote pada sahabat2 tentang prog mingguan ini...
Jangan lepaskan peluang merebut dan medalami ilmu agama!!!

Hadirkanlah diri anda ke.......
Kuliah Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah

Anjuran: SEKRETARIAT KEROHANIAN KOLEJ 14

KULIAH MINGGUAN PENGAJIAN TALAQQI
KITAB AQIDAH MUSLIMIN

SETIAP SABTU MALAM AHAD

SELEPAS SOLAT MAGHRIB

BERMULA 18 JULAI 2009

BERTEMPAT DI SURAU MUHAMMAD AL-FATEH, KOLEJ SERUMPUN, UPM SERDANG.

OLEH :
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
TUAN BLOG KHAZANAH SALAFIYYAH
http://www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com/

Maklumat Terperinci Sila Hubungi :
SAUDARA HANIS (019 7658242)

SERUAN DARI HATI KE HATI BUAT SISWA-SISWI UPM YANG DAHAGAKAN SECANGKIR ILMU WARISAN AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH...

HADIRKANLAH DIRI KALIAN SERAMAI-RAMAINYA KE MAJLIS ILMU YANG PENUH BARAKAH... JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!

Isnin, Julai 13, 2009

...........

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:10:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum Nor Farhana Nordin....

Bekerjalah kerana Allah....

Tiada yang lebih hebat dalam menentukan kehidupan ini selain Allah...

Jika keseorangan... Dia akan menemani.....

Jika kesedihan.... Dia akan memerhati....


ps* Chaiyok2!! Ana!!! Teruskan Berjuang!!!

Rabu, April 15, 2009

Isk3...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:46:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...

Sedihke ukhti???
Sob3....
Dah3 jangan sedih...
Awat sedih??
Erkkk.. tak dapat online yer......
Huhu pelik bin ajaiblah...
kat kolej takleh nak guna wireless uspot....
Cam tetau je suh study utk final exam....
Lagi pelik....
Laptop COmpact dgn Axus je yang takleh online....
Acer , Dell dan yang seangkatan dengannya...
Leh lak online secara sihat walafiat...
Takpe2... Ada hikmah...
Kalo tak... Maunye tak study...
Alhamdulillah dah lepas 1 paper...
Lagi 4 paper je....
Dalam masa 3 ari tu... Gerunnye...
Takpe insyaAllah leh...
Usaha + Doa + Tawakal.....
Ok Sume Sahabat2...
Maataufiq wannajah fil Imtihan yer....



Rabu, April 01, 2009

Perjuangan Belum Berakhir

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 5:49:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...



Gambar terbaru Yala yang membuat ana terkesima. Lebih teruk dari keadaan terbalik di Kuala Mu. Terbayang wajah teman-teman yang terbalik di dalam Yala. Alhamdulillah kalian selamat.
Balar akan menjadi saksi kehadiran kalian disana. Moga Allah terus memperkukuhkan hati mereka dan hati kita untuk terus berdakwah.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" [at-Taubah,9:16]

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu" [Surah Muhammad, 47: 31].
Yala Terbalik Sekali Lagi !!

Namun semangat jihad demi menyebarkan kalimah Lailahailallah takkan pernah luntur....!!

Takbir!!!

Moga Allah perteguhkan hati semua untuk meneruskan perjuangan. Walau diruang mana dan juzu’ manapun perjuangan yang sedang dilalui.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)

ps# ana rindu nak ke Kuala Mu... dan pingin sekali ke Pos Balar....

sumber :


Setiap Sumbangan Kepada Da’wah Masyarakat Orang Asli boleh di beri kepada
Pertubuhan Kebajikan Ummah,Wilayah Utara Malaysia
(www.ummahaid.blogspot.com). Menerusi Akaun di bawah.

UMMAH AID
07060000026103
( Akauan CIMB USM)

Rabu, Mac 25, 2009

Asignment oh asignment...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:19:00 PG 2 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....MySpace

Subhanallah jap je masa berlalu... Dah nak habis sem dah rupenye.. Tulah diibaratkan masa ni macam pedang.. Jika kita tak memotong ia.. ia akan memotong kita....

Time2 hujung2 sem nilah macam karenah leh nampak....MySpace

MySpaceYang fulusnya dah 'kureng' income semakin dikit.....

MySpaceYang matanya 'lebam2' dek kerana stay up malam.....

MySpaceYang demam sokmo dek kerana berpanas berhujan kesana kemari....

MySpaceYang jarinya terseliuh dek kerana ghalit menaip sahaja....

MySpaceYang macam2 lagilah.....

Bukan takat Mahasiswa UPM je ana rasa... Semua yang bergelar mahasiswa dan pelajar akan hadapi situasi yang + - same je....MySpace

Ana pun tak kurangya menghadapi situasi2 sebegini... Inilah peranan 'diari' semula jadi dan 'diari' tak semula jadi.... Huhu....MySpace

Hujung2 sem ni lah kena upgrade 'ram' sume 'diari2' dan yang seangkatan dengannya.....MySpace

Bila dah nak dekat imtihan... Mulalah lecturer2 semakin ghajin memberi 'hadiah' kerja tambahan untuk perbaiki mana yang perlu... Baik sebenarnya lecturer kita yang membantu ni... Waima kerja makin bertambah.. hikmahnya ilmu semakin kita 'gain' dan yang 'kureng' dapat diperbaiki....MySpace

Ana ada beberapa asignment yang sgt2 memerlukan penelitian untuk dihantar 2 minggu lagi dan ada gak minggu depan.....MySpace

MySpace1. Bahasa Arab ( Kena wat slide presentation, alhamdulillah takyah bentang ) - Submit : 31 Mac 2009

MySpace2. Proses Penyelidikan Matematik & Statistik ( Kena wat Slide presentation untuk jurnal dan wat Book Review... Ha yang ni banyak sket ) - Submit : 10 April 2009

MySpace3. Numerical Analisis ( Yang ni Group Work... Alhamdulillah...) - Submit : 10 April 2009

MySpace4. Subjek yang lain2? Hehe.. Takde... Cukuplah tutorial yang kne submit tetiap minggu tu...

MySpace5. Tertinggal 1.. Asignment tak rasmi... Dengan 2 sahabat... Wat JASSIRR ( Jurnal Assirr ) next week bentang...

Tu sajelah yang perlu dilakukan setakat ini... Pasni leh upload stori pasal imtihan lak..... Moga sagala urusan Allah akan permudahkan.. Doakan ye sahabat2....MySpace

ps # takpe2... pas habis semua ni leh lah tidur dgn lena....MySpace Paling penting wat kerja Lillahitaala ...
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez