
Rabu, Disember 01, 2010
Jom Hafal Surah Al-Quran ^^

Selasa, Ogos 11, 2009
Ceriakanlah Dirimu! Demi Islam!
Searching….
Searching……..
Alhamdulillah! Jumpe pun yang ana cari-cari selama ini…
Ape dia??
Hehe… Wat gempax je… Ana cari artikel nukilan SaifulIslam.Com…
Yang tajuknya.. “Demi Islam, Ceriakanlah Dirimu! “
Kya kehna Ana?? ( same erti dgn limaza Ana? Kowt...)
Ermmm.... Check diz out....
Cerita bermula........
“Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian”, keluh seorang muslimah di Jepun.
Saya memahaminya.
Dalam suasana pembelajaran di negara asing, sering terjadi pelajar tercampak ke suasana yang tiada persekitaraan solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara… segalanya itu mengundang kosong di dalam diri.
Suasana itu sahaja pun sudah cukup untuk menimbulkan faktor tekanan dan kemurungan.
DUNIA ASING
Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.
“Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?”, saya membalas dengan pertanyaan. Muslimah itu mendiamkan diri seketika.
“Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?”, saya menyambung perkongsian.
Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan.
Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan indah seperti yang diinginkan.
Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata.
Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya.
Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?
TIDAK MUDAH
Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.
Suasana itu akan jadi lebih menekan apabila kita hidup di tengah-tengah masyarakat Jepun yang umumnya dikaitkan dengan budaya “MOKUNIN” yang sering menjadi mimpi ngeri warga asing di sana. Mokunin itu adalah suatu sikap ‘tidak mahu masuk campur’ yang bukan sahaja disengajakan, malah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh orang Jepun kerana tidak mahu terjebak di dalam masalah orang lain.
Kemurungan yang dialami akan menjadi lebih teruk apabila pelajar muslim dan muslimah kita tidak mendapat saluran sokongan diri.
LELAKI VS PEREMPUAN
boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar ‘aku engkau’ kepada ‘ana anta’ sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada ‘I you’.
Berbeza sekali dengan yang perempuan.
Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi.
Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.
Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan ‘garis pemisah’, menonjolkan dirinya yang baru.
“Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini”, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah.
“Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak”, jawab saya.
PAKAIAN ITU SEKUNDER
Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.
Maka faktor pakaian memang ada peranannya.
Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama.
Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu.
Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencilan, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!
Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu.
Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula.
Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq.
AKHLAQ PENENTU
Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.
Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.
Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.
Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?
Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?
“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)
Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih
Okidoki..... Dari cerita/artikel yang ditulis diatas... jelas akan kepentingan ekspresi diri kita kepada umum dalam menyampaikan dakwah....
Tol tak???
Mungkin penceritaan diatas hanya menggambarkan apa yang berlaku pada sahabat2 kita yang berpeluang belajar di luar negara... tapi ini tak beerti kat dalam negara ni pun tak berlaku.... ada... ada......
TIDAK MUDAH
Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.
Yupz... ayat ni... ana fokus sgt... kenapa?? Transisi interpersonal diri seseorang dari yang ‘tidak baik’ kepada yang ‘lebih baik’ bukan sesuatu yang mudah seperti ‘makan kacang’ ( skadar analogi )...
Makan kacang pun bukannya mudah tau... perlu dibuka kulitnya untuk mendapat isinya.. itupun belum pasti kacang didalam itu elok untuk dimakan atau tidak...
Pun begitu dengan diri kita... bukan mudah nak menyesuaikan diri dengan transisi diri kepada yang lebih baik... mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita....
Cop3... tp ini tak bererti ana kata bila kita berusaha memperbaiki diri kita ni ia akan menjadi lebih parah dan susah.... tidak... tidak.... Islam itukan mudah dan memudahkan umat yang menganutinya....
Berbeza sekali dengan yang perempuan.
Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi.
Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.
Yup... ana setuju sgt dgn pendapat ustaz... lelaki mungkin lebih mudah menyesuaikan diri...
Manakala perempuan pula? Susah? Tidak juga sebenarnya.... cumanya... bila seorang muslimah bertransisi.. kebiasaannya perubahannya akan terlahir keseluruh penampilannya.... dari pemakaiannya...sikapnya...dan lain-lain yang sewaktu dengannya.....
Jadi... terkadang ini menjadi salah 1 faktor yang menyebabkan kemurungan para muslimah2...
Kenapa ya? Dari pandangan ana sendiri... jika sebelum ini si muslimah jenis yang ‘huha!’ atau peramah atau ‘mulut bising’... bila dia bertransisi.. kelakuan2 ini akan ditinggalkan justeru menjaga adab dan sopan....
Bagus tu! Yang sia2 ditinggalkan.. tetapi tidaklah 100% ia menyebabkan si muslimah perlu untuk bermasam muka atau pun bersedih hati.... ceriakan dirimu... jadi seperti sebelumnya.. tp manipulasikanlah dengan cara Islam.....
PAKAIAN ITU SEKUNDER
Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.
Maka faktor pakaian memang ada peranannya.
Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama
Setuju jugak!!!
Pakaian memainkan peranan.. tp ia bukanlah faktor utama.... kemurungan... kenapa?
“ Kwn2 pandang semacam je dengan saya kak....”
“ Ntahlah Ana... dorang cam kekok lak bila kite camni....”
Teman gembira senang dicari.. teman dikala duka? Allah sahaja lebih dekat dengan kita...
Bersabarlah buat yang masih berduka... ceriakan hatimu k.....
Yang paling penting ialah....
AKHLAQ PENENTU
Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.
Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.
Ye.. akhlaq wa sikap kita is the most importang things.... kenapa..?
Orang mungkin akan menilai kita pertamanya dari penampilan kita...
“ Hmm... dak tudung labuh... mesti pendiam.....sombong....”
Tidak... tidak.... tidak.....
Jangan biarkan mereka bersu’hudzon....
Jernihkan prasangka mereka.... tonjolkan akhlaqmu yang terbaik...
Ramah2kanlah dirimu.... ceria2kanlah dirimu.... tersenyumlah... eh.. senyumlah seikhlas hati......
Islam itukan indah... Islam itukan mudah.....
Tonjolkanlah... Banggalah.... Tunjukkanlah bahawa kamu adalah Muslim & Muslimah.....
Lihat! Mudahkan... dengan cara ni je dah dapat tonjolkan indahnya Islam itu.....
Pesan Abu Saif...
Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.
Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?
Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?
“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)
Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.
Islam itu indah... Pabila melihat dan merasakan sesuatu yang indah pasti hati kita berbunga kan... jd hadirkanlah hati dan jiwa kita pada keindahan itu.... begitu cantik aturan yang Allah dah ciptakan.... Syukurilah atas nikmat dan ujian yang Allah turunkan... cerialah... senyumlah.... tabahlah... tenanglah.... kuatkanlah hati mu.....
Akhirul kalam... Hadapilah Dengan Senyuman.... Ceriakanlah Dirimu! Demi Islam!
p.b.d.i # hadapi ujian dengan senyuman.... Allah pasti mengganjarkan padamu suatu ketika nanti...
p.b. s # teruskan ceria... jgn terasa lemah... diri ini ada disampingmu.. Allah pasti ada selalu....
Rabu, Jun 10, 2009
Kita Sedar Ke Tak Sebenarnya??
Waktu kita gembira, sebenarnya kita diuji…
Waktu kita sedih, sebenarnya kita diuji….
Waktu kita ramai, sebenarnya kita diuji….
Waktu kita sendiri, sebenarnya kita diuji…..
Setiap waktu sebenarnya kita akan diuji….
“ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
- Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa setiap manusia yang telah Dia ciptakan itu pasti akan diuji. Dan tiada manusia terkecuali daripada mendapat ujian Allah. Sedangkan kekasih Allah ( Rasulullah ) juga diuji dengan pelbagai mehanah dan cabaran dalam menyampaikan seruan Islam.
“ Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)
- Allah sahajalah Tuhan yang berkuasa menghidupkan dan mematikan setiap makhluk yang Ia ciptakan. “ Kun Fayakun “ yang bermaksud "Jadilah!" maka terjadilah ia. Dengan berkata demikian hanya Dia yang berhak melakukan apa yang Ia kehendaki. Hidupnya manusia di muka bumi Allah ini adalah untuk diuji keimanan dan ketaqwaannya kepada Khaliqnya...
Apa yang nak ana sentuh disini ya?
Didalam menghadapi ujian-ujian yang punya pelbagai peringkat ini, ia sebenarnya menuntut kesabaran setiap manusia yang menghadapinya....
Allah menjanjikan sebesar2 ganjaran buat insan yang menahan dirinya dari melakukan sesuatu yang mengikut nafsu dan bisikan syaitan....
“ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Surah Al-Imran ayat 200)
“ Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', “ (Surah Al-Baqarah ayat 45)
Ada yang mengatakan “kesabaran itu ada tahapnya”...
Mungkin ya... jika ia mengancam diri kita dan juga agama.. maka perlulah dilakukan sesuatu untuk mencegah ianya daripada melarat.....
Kesabaran itu harus disandarkan pada konsep tawakal ( berserah diri kepada Allah setelah berusaha )
Kesabaran juga harus diletakkan sesuai pada tempatnya....
Tiada sumber lain untuk kita berharap dan meletakkan sepenuh kesabaran, selain dari Allah SWT...
Hanya Dia sahajalah yang dapat membantu setiap hambaNya...
“ Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal .” (Surah At-Taubah ayat 129)
Dan Allah tidak akan menimpakan ujian atau mehnah kepada hambanya selagi ianya tidak sesuai dengan kemampuan hambanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan termampu buat hambanya.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.....” (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Akhirul kalam, setiap masa berbenahlah kita dalam menghadapi ujian2 Allah... Koreksi diri untuk selalu dekat denganNya...
Janganlah terkecewa hingga dibawa nafsu syaitan sehingga kita melupai Maha Pencipta...
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui .” (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Ingatlah.. hikmahnya pabila Allah menimpakan ujian pada kita sebenarnya Dia rindu rintihan kita padaNya.. Dia rindu pada pengaduan kita padaNya... Allah begitu mengingati dan merindui hamba2Nya...
Bagaimana dengan kita?
Sejauh mana kecintaan dan kerinduan kita padaNYa?
Renungan bersama.............
Selasa, Mac 24, 2009
I'tikaf.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Surah Al-Ikhlas
Katakanlah( Muhammad) "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa [1]
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu [2]
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan [3]
Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia [4]
Hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat untuk kita kembali, tempat untuk kita bergantung sepenuhnya dan tempat untuk kita melabuhkan cinta kita... Hanya Dia berhak keatas semua ini kerana sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang berKUASA untuk menjadikan dan menghilangkan sesuatu mengikut kehendakNYA...
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia..” ( Surah Yassin 36 : 82 )
Siapa pelakonnya? Sejauh mana bakat lakonannya? Bukanlah menjadi tajuk cerita kepada apa yang ana nak kongsikan disini.. tetapi pengajaran dan nilai-nilai Islam yang terselit dalam cerita nih... insyaAllah dengan sedikit penceritaan ini dapat ana kongsi dengan sahabat2.. dalam pada berkongsi ana cuba mengingatkan juga diri yang lemah ini... Allahumma amin....
Serba sedikit ana ceritakan kisah drama ini...
Kisah sebuah keluarga yang dari pandangan luarnya nampak aman dan tiada cacat celanya... si suami (Azahari) adalah golongan korporat dan si isteri pula (Azirah) adalah isteri yang baru dinikahi Azahar setelah kematian isterinya 14 tahun dahulu... dikurniakan 2 anak yang sedang meningkat dewasa.. anak pertama ( Syawal ) dan seorang lagi anak istimewa ( Syafie )....
Segalanya bermula apabila musibah menimpa keluarga ini... Azirah koma akibat terjatuh dari tangga, Syawal membawa lari adiknya Syafie.. Azahari yang tidak tahu apa2, kusut memikirkan apa yang berlaku pada isterinya, siapa yang membwa lari Syafie dan kemana hilangnya Syawal...
Pencarian bermula.... Syawal dan Syafie yang kemalangan akhirnya tersesat didalam hutan dan bertemu dgn Tok Hambali serta pembantunya Bilal....Pelbagai rahsia tersingkap akhirnya.... dikit demi dikit Syawal meluahkan betapa ceteknya ilmu agama dalam dirinya.... Tidak langsung tahu mengaji Al-Quran, Solat hanya dipelajari di sekolah dan ayahnya tidak pernah membimbing... Tok Hambali membantu seday mungkin. Dan perlahan2 Syawal mula mempelajari ilmu agama dengan bantuan Tok Hambali... Syafie, insan istimewa yang sentiasa bersemangat untuk bersolat walaupun dia punya kelemahan fizikal dan mental..
Azahari kusut dan emosinya tidak stabil dek kerana masalah2 yang menimpa... polis ditengking, dituduh tidak menjalankan tugas sebaiknya... namun, lama kelamaan atas kesedaran yang Allah tiup dihatinya.. dia mula menyesali setiap perbuatannya, perbuatan terhadap isterinya, minum arak, berzina dan macam2 lagi.... sekali lagi menurut cerita dalam drama... Tok Hambali datang membantu.. sedikit nasihat pentarbiyyah diri dan seutas tasbih diberi kepada Azahari... Dikit demi sedikit Azahari mula berubah dan mendekatkan diri kepada Allah.. dengan semangat yang baru dia berusaha mencari anak2nya didalam hutan... Allah memberi jalan kepada Azahari untuk bertemu semula dgn anak2nya di rumah Tok Hambali... dan kembalinya Azahari, Syawal dan Syafie ke hospital menjenguk Azirah... Azirah akhirnya sedar dari komanya....._Tamat_
Terkadang kita melihat luaran seseorang itu mungkin tidak mengambarkan apa yang berlaku disebalik diri mereka... pada keluarga mereka, tempat kerja mereka dan sebagainya... seperti cerita ini... Azahari bukanlah calang2 orang.. punya harta.. punya isteri yang cantik dan punya 2 anak... namun, pada hakikatnya didalam berantakan... si suami tidak pernah puas dengan keseronokan bersama rakan2... minum arak, berzina dgn setiausaha... dan macam2 lagi... si isteri walaupun punya suami, tetapi diabaikan hati dan perasaannya... dianggap sebagai kuli... si anak pula memberontak kerana tidak puas hati dengan keputusan si ayah... mangsanya si istimewa yang tidak mengerti apa2... dipukul ditengking... Salah siapa?? Semuanya kerana?? Sama2 kita renungkan....
Dunia hari ini, makanan fizikal adalah tidak mustahil untuk didapati... banyak gerai, stall makanan segera ada disekitar kita... minta sahaja... dengan adanya ‘fulus’ insyaAllah akan dapat.... tapi makanan rohani? Duit tidak dapat membeli makanan rohani dan duit tidak dapat memberi takdir.... ana bersyukur sgt masih diberi peluang untuk menjamah makanan ‘istimewa’ ini... moga Allah tidak menarik nikmat ini... Allahumma amin...
Hmm, bila fikir2 balik bagus juga drama macam ni kan... sekurang2nya memberi ingatan kepada kita... tidak banyak sedikit pun insyaAllah akan menggerakkan hati2 kita nih... tapi sedih sgt... hiburan dan suapan hedonisme makin banyak pula... mcm cendawan tumbuh lepas hujan... nak salahkan siapa? Tak perlu menuding jari... kerana 1 jari kita tunjuk pada org lain, 4 jari yang lain akan menuding pada kita... ye kan...
Seperkara lagi pngajaran yang leh kita dapat dari cerita nih ialah tidak kiralah sebesar mana ujian yang kita terima.. hanya 1 tempat untuk kita kembali, mengadu dan merintih... Allah lah jawapannya... Subhanallah.. Allahuakbar... Ya Allah sungguh besar kuasaMu sehingga tak terjangkau oleh kami insan yang jahil dan kerdil ini....
Mulakanlah Dengan Bismillah

Setiap detik setiap saat ialah nikmat anugerah dari yang Hak...
Kita sebagai hamba kepada Khaliq yang Esa hanya meminjamnya buat seketika...
Setiap dari detik jarum bergerak itulah masa yang perlu dimanfaatkan sebaiknya...
Demi masa (1)
( Surah Al-Asr )
Masa kita sama dengan yang lain.. Tapi tidak sama aturannya...
Kita memanfaatkannya dengan memikul amanah yang diberikan....
Bekerja bukan bersendirian, tetapi bersama-sama dan berkumpulan....
Jika bekerja, bekerjalah dengan ikhlas.....
Jika bekerja, bekerjalah dengan niat Lillahitaala....
Jika bekerja, fikirlah bahawa kita ingin ‘memberi’ bukan ‘menerima’....
Allah SWT tidak memandang hasilnya, tetapi usaha yang kita jalankan untuk merealisasikannya...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
kerana itulah satu-satunya kunci menuju syurga
Mulakan setiap langkah dan perbuatan kita dengan bismillah...
Semoga barakah apa yang kita lakukan....
Dan Allah SWT memberi redha atas setiap darinya...
Wallahualam.....
Jumaat, Mac 20, 2009
Kapsul Hati...

Mari kita berbenah dan terus berbenah..
untuk mempersembahkan yang terbaik dalam masa hidup kita...
Dengan torehan kemuliaan dan semangat pantang menyerah...
Dimanapun. kapanpun dan dengan siapapun..
selama ALLAH SWT menjadi "..just The ONE goal..“
Insya Allah akan "bahagia" sebagaimana doa
yang sering terlantun untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Terkadang kita bertanya kepada diri.....
Semakin hendak berubah semakin banyak ujian....
Allah telah menyediakan jawapan segala persoalan didalam Al-Quran.....
KENAPA AKU DIUJI?
• Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.
KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
• Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
• Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
RASA TERTEKAN?
• Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
• Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
• Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal
AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
• Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
• Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.
Rabu, Februari 25, 2009
Cinta Illahi Bukan Lakaran Puisi

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.
BERTAPA?

Isnin, Februari 23, 2009
Solusi???

Salam Ukhwah Salam Ceria dan Salam Mahabbah.....
Lama dah ana tak update blog ni...
Kali mungkin tatapan ringkas buat sahabat sahabiah semua....
Hmmm, pertama kali ana selak dan tatap ia, masa tu baru pas balik dr Mines dgn ukhti Nadirah... Teman Ukht beli kasut... Ukht time tu ngah tolong sahabatnya g penamaan calon untuk PRK UPM...
Ana duk tunggu dalam keta.. panas masa tu... duk tgk2 dalam keta.. sekali terjumpa majalah ni.... SOLUSI...?? hmmm ape yer? Dari luar macam majalah biase.. cuma agak tebal....
Satu persatu ana selak dan bace,.... Subhanallah... bagus buku ni.... Sambil baca ana catat ayat2 n surah2 yang di tulis dalam majalah ni....
Pernah tak dengar tentang MAJALAH SOLUSI???
Mungkin ada yang dah ikuti dari siri 1 lagi dan mungkin ada yang masih belum tahu akan kewujudannya di pasaran...
Ape yang ada dalam majalah ni?
Ha... Meh nak kongsi... InsyaAllah majalah ni merupakan salah satu medium pencarian ilmu untuk insan2 yang yang mencari dan mencari dan ingin tahu tentang Islam...
Pembawakan yang ringkas tp amat padat...
Menyentuh isu fardhu ain dan motivasi...
Sesuai sangat untuk setiap lapisan masyarakat....
Hehe.. cam jd promoter lak ana ni...
Tapi tak salah kan... So moh ler reramai beli majalah ni.... Input yang di ambil di buat ikutan.... InsyaAllah....
Rabu, Februari 04, 2009
Okay tak??

