Memaparkan catatan dengan label Novel dan Cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel dan Cerpen. Papar semua catatan

Ahad, September 13, 2009

Ku Berlari Ku Kejar Mimpi

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:18:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Kakinya melangkah perlahan melewati kaki lima kedai yang menjual aneka barangan. Orang ramai sekali. Kadang-kala dia terpaksa berhimpit-himpit di celah kesesakan manusia. Dia terus melangkah, sesekali ada keluhan halus terucap dari bibir mungilnya. Wajahnya makin lesu, beg yang disandang terasa begitu membebankan. Sesekali dia melempar pandangan ke jalan raya besar yang bertali arus dengan kenderaan. Sesekali kelihatan beberapa buah basikal turut menyibukkan lalu lintas. Dia senyum sendiri. Impiannya untuk menjejakkan kaki ke sebuah negara moden di Asia Timur akhirnya tercapai. Sayangnya, pengembaraan yang diangankan tidak seindah kenyataan.

Dia menggigit bibir bawah, terus mengheret langkah. Matanya melilau mencari arah tujuan. Ada terdetik rasa kesal tidak terus ke Nagoya. Di sana tentu lebih mudah bila ada sepupu yang sedia menanti dan menghulurkan bantuan dan penunjuk arah. Desakan hati untuk melihat bandaraya Tokyo terlalu kuat sehingga mengabaikan kemungkinan yang bakal berlaku. Dia mengeluh lagi. Dia memegang perut. Langit kelihatan mulai gelap. Dia berkira-kira untuk segera mencari tempat penginapan. Perut yang kosong memang perlu di alas, namun, apa yang lebih penting, solat musafir mesti segera dilaksanakan.



----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuburan ibu masih merah. Dia cuma mampu merenung tanpa air mata. Sungguh, dia sudah letih untuk meratap dan meraung. Luka yang begitu dalam terbentuk sudah terasa biasa. Kesakitannya tidak lagi begitu terasa.

Ayah masih melutut lama. Dia memandang kosong tubuh gempal yang sudah semakin dimamah usia. Sungguh, dia selalu keliru mengenal erti sebuah kehidupan. Mengapa manusia begitu aneh untuk difahami? Sama sekali dia tidak mahu menyalahkan takdir, dia terlalu yakin, setiap yang berlaku terungkap hikmah yang tidak diketahui.

Hari itu, dia akan meninggalkan tanah air buat pertama kalinya, merentas lautan dan angkasa ke sebuah negara pesisir pantai yang selama ini sentiasa dia idamkan. Sungguh, dia bukan mahu melarikan diri, namun dia sendiri tidak pasti sejauh mana dia mampu untuk berdepan menghadapi setiap kenangan pahit.

Dia yakin untuk memberikan cabaran pada diri dan kembali menghitung tiap detik yang berlalu, mencari hikmah yang tersembunyi dan kekuatan yang diperlukan. Dia mendekati ayah, senyuman tawar terukir. Dia lihat wajah ayah yang semakin tua. Hatinya jadi simpati. Mengapa mesti ayah memilih jalan ini?

“Saya pergi dulu,” tangan ayah dikucup dan dia terus bangun dan melangkah tanpa sekali pun menoleh.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai membersihkan diri, coklat yang dibawa dari Malaysia menjadi santapan makan malam. Dia sendiri tidak pasti untuk merasa kesal atau tidak kerana tidak membawa makanan yang lebih berat. Mengenangkan beg yang sudah sedia terasa berat untuk disandang, dia hanya mampu memujuk diri untuk bersabar. Sungguh, dia sendiri yang memilih semua ini.

Sendirian di sebuah kota metropolitan yang hanya dikenal melalui drama dan filem cukup membuatnya buntu terus-menerus. Tambah lagi dia tidak pernah punya pengalaman mengembara ke mana-mana tempat luar dari negaranya. Dia merebahkan diri ke atas alas tidur setebal dua inci. Mengapa orang di negara matahari terbit ini begitu selesa tidur hanya beralas ‘comforter’? Hatinya bertanya sendiri. Keras lantai terasa dibelakang. Dia senyum sendiri, di Malaysia juga dia selalu tidur seperti itu jika bermalam ke rumah saudara. Kepenatan menghilangkan rasa kurang selesa itu, dan dia terlena dibuai mimpi indah di tengah-tengah kota Tokyo yang masih hidup dengan penghuninya yang masih punya pelbagai urusan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Dari Malaysia,” dia rasa ingin melompat kegembiraan bila soalan dalam bahasa melayu itu dijawab anggukan oleh pemuda berwajah asia tenggara itu. Dia tersenyum senang sambil memperkenalkan diri.

“Faizal,” pemuda itu turut tersenyum sambil tunduk hormat persis gaya orang jepun. Teragak-agak, dia turut menunduk. Dia masih tersenyum, kelu seketika untuk memulakan bicara.

“Sendirian?” Faizal bertanya pendek namun riak wajahnya yang ramah cukup menyenangkan. Dia mengangguk dan teragak-agak untuk turut bertanya soalan yang sama.

“Berani sungguh seorang perempuan datang sendirian,” dia jadi kelu dengan ungkapan itu. Adakah itu pujian atau sindiran? Dia cuba berteka-teki pada diri.

“Cik Amira?” dia tersedar, pemuda itu masih di hadapannya. Merenung hairan dengan tingkahnya.

“Oh, maafkan saya, Encik Faizal tanya apa tadi?” Faizal tertawa kecil dan dia terpinga-pinga memahami tingkah pemuda itu.

“Tiada apa. Apa kata kita berjalan bersama. Kebetulan kita sama-sama tiada teman,” dia terus mengangguk dengan pelawaan itu. Faizal sekali lagi tertawa, namun sebentar cuma tapi bibirnya masih mengukir senyum.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Mira,” dia berpaling. Dia tersenyum riang melihat kehadiran lelaki itu. Dia berdiri tegak menanti lelaki itu melangkah mendekati.

“Terima kasih sebab sanggup datang ke Tokyo,” Amira meluah bicara sebaik lelaki itu berdiri tegak di hadapannya. Tawa lelaki itu pecah berderai. Amira mengerutkan wajah, aneh melihat lelaki itu tertawa besar dengan bicaranya.

“Bukankah aku yang patut ungkapkan seperti itu?” lelaki itu meluah bicara bila tawanya reda. Amira merenungnya, masih tidak mengerti.

“Sungguh, kau masih lembab seperti dulu. Bukankah aku yang patut ucapkan terima kasih atas kehadiran kau dari Malaysia ke sini?” Amira mengukir senyum mengerti.

“Kalau begitu, sama-sama,” Amira membalas bicara lelaki itu dengan nada gurauan. Mereka tertawa senang. Ah, keriangan! Terlalu banyak detik bahagia, mengapa yang duka juga menguasai diri?

“Kenalkan ini Faizal, aku baru berkenalan dengannya kelmarin. Kami tinggal di hotel yang sama. Kebetulan kami masing-masing bersendirian di tengah Tokyo yang penuh kesibukan ini. Faizal, in sepupu saya, Anuar,” Amira saling memperkenalkan dua pemuda itu. Faizal dan Anuar saling berjabat sambil bertukar senyuman.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ibu dah meninggal,” Amira akhirnya berbicara setelah lama mereka melangkah dan melawat dari satu tempat ke satu tempat. Anuar berpaling, merenung wajah cekal gadis itu. Faizal turut tergamam dengan kata-kata itu.

“Aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku lakukan selepas ini,” Amira melabuhkan punggung di atas sebuah bangku yang tersedia. Pandangan dilempar kepada manusia-manusia yang melangkah pantas dengan kot labuh mereka. Barangkali menuju tempat kerja, dia berbicara sendiri.

“Aku bersimpati,” Anuar meluah bicara sambil mengambil tempat di sisi Amira. Amira berpaling ke arah Anuar. Dia ukir senyuman dan menggeleng.

“Aku tak perlukan simpati. Aku sudah terlalu dewasa untuk merasa duka menjadi piatu. Kematian itu pasti bukan?” Amira terus bicara.

“Yeah, apa kata kalau kau sambung pengajian di sini?” Anuar memberi cadangan. Amira tertawa kecil sambil mengangkat bahu. Dia bingkas bangun dan melangkah mendahului dua lelaki itu. Faizal yang sedari tadi memerhati, memandang Anuar meminta penjelasan. Anuar menarik nafas berat sambil mengekori langkah Amira dengan pandangan mata.

“That’s my cousin,” Anuar berbicara seakan mengeluh. Mereka melangkah perlahan beriringan, menurut jejak Amira yang melangkas sedikit pantas. Faizal merenung gadis melayu di depannya. Ada yang menarik melihat gadis sepertinya yang datang sendirian di bumi asing ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Amira merasa betapa angin di negara matahari terbit ini ringan dan kering, namun kedinginan begitu mencengkam. Beberapa kali dia memperkemaskan balutan baju panasnya. Indah namun hingar. Itulah pandangannya terhadap bandaraya yang telah menawan hatinya lama dahulu dari kaca elektronik dan helaian beraksara.

“Mengapa Tokyo?” Faizal pernah bertanya ketika dia berjalan-jalan di tengah-tengah bandaraya metropolitan itu. Dia diam sejenak, memandang pemuda berkulit sawo matang itu beberapa ketika dan mengukir senyuman sebelum memberikan jawapan.

“Kerana saya gemarkan filem yang negara ini hasilkan,” Amira menjawab ringkas sambil tersenyum sendirian. Merenung asyik pada bangunan-bangunan dan jalan-jalan yang dipenuhi manusia di setiap penjuru.

“Filem?” Faizal memandang ke arah gadis di sisinya. Gadis itu manis bertudung hitam dan baju panasnya yang berwarna merah jambu itu ada karakter kartun kucing ‘Hello Kitty’ di dada kanan. Gadis itu terlalu feminin untuk sendirian dalam pengembaraan.

“Filem yang memaparkan diri mereka yang sebenarnya. Kemodenan yang dikecapi yang semakin menghakis nilai tradisi namun sedaya-upaya masih cuba ditonjolkan. Ya, tentu saja nilai-nilai murni masyarakatnya yang mengagumkan setiap bangsa yang mengenalinya,” Amira cuba memberi huraian. Dia memandang Faizal yang setia mendengar sekilas sebelum menyambung kata-kata.

“Seakan mereka berjaya menanamkan propaganda agar masyarakat dunia lebih memandang tinggi mereka bukan?” Amira tersenyum sendiri, mentertawakan kenaifan diri. Faizal turut tersenyum dengan sindiran selamba Amira terhadap diri sendiri.

“Saya juga terpengaruh dengan seni manga dan teknologi anime mereka,” Faizal membalas spontan. Betapa dia sedar betapa melalui kesenian yang ditawarkan, masyarakat dunia justeru tertawan oleh mereka.

Amira tertawa sendiri mengenangkan perbualan ringkas itu. Tentu saja media adalah wadah paling berkesan mempengaruhi dunia. Itulah yang dilakukan setiap negara dalam melancarkan ideologi dan pemikiran masing-masing.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Bagaimana cadangan aku agar kau meneruskan pengajian di sini?” Anuar bertanya tiba-tiba. Waktu itu mereka sedang menyusuri kaki-kaki lima melihat kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang di tengah kesibukan kota Tokyo. Amira masih leka membelek-belek beberapa buah pantung elektronik yang unik. Barang permainan anak-anak yang begitu canggih. Amira lantas terkenang Alia, gadis kecil yang diperkenalkan Ayah. Pasti Alia senang menerimanya. Amira bercadang untuk membeli satu.

“Mira,” Anuar memanggil perlahan namanya bila dilihat Amira seakan tidak mempedulikan pertanyaannya.

“Aku masih ada kontrak di Malaysia,” Amira masih ralit dengan patung-patung yang comel itu. Rambang mata untuk memilih yang mana satu.

“Bagaimana dengan ini? Okay tak?” Amira mengangkat sebuah patung berwarna merah jambu di depan wajah Anuar sambil menggoyang-goyangkannya. Anuar tersenyum sambil mengambil patung yang comel itu.

“Masih tidak berubah, masih dengan merah jambu,” Anuar tersenyum perli. Amira tersipu sambil menarik kembali patung itu dari tangan Anuar.

“Untuk Alia,” Amira bersuara perlahan sambil berlalu menuju kaunter bayaran. Anuar berkerut, ada sesuatu yang sukar dia fahami di situ. Anuar menanti Amira di luar kedai sambil meneka-neka sendiri maksud bicara Amira.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Jadi awak melarikan diri ke sini?” Faizal terburu-buru membuat andaian. Anuar dan Amira serentak memandang lelaki yang baru mereka kenali itu. Amira tunduk dan tersenyum pahit.

“Mira dah lama mahu ke sini, hanya mengumpul dana. Bukan?” Anuar menjadi wakil Amira menjawab tuduhan Faizal dengan nada berlucu mengurangkan ketegangan yang melanda.

“Oh, jadi dari mana datang dana itu?” sekali lagi Faizal seperti orang dungu bertanya. Tapi itu bukan persoalan bodoh kerana sejak dari awal pertemuan lagi Anuar ingin bertanya soalan serupa. Kedua-dua lelaki itu sama-sama menumpukan pandangan ke arah Amira. Amira terdiam sejenak dan bagai terpaksa mengukir senyuman.

“Dari pampasan insurans Ibu,” Amira bersuara ragu-ragu sambil tersengih memandang Anuar dan Faizal. Tiba-tiba dia merasa sebak dan air mata mulai bertakung di tubir mata. Amira mengerdipkan mata beberapa kali sambil terus tersenyum.

“Ada hikmah pada setiap kejadian bukan?” Faizal berbicara lambat-lambat sambil merenung dalam-dalam wajah gadis manis di hadapannya. Dia lantas menghulur sapu tangan kepada Amira. Amira tersipu-sipu menarik sapu tangan itu dan mengesat matanya.

“Ya, bukankah kehidupan adalah layar filem atau kotak cerita yang kita tonton dan terpesona yang kemudiannya kita ambil pengajaran daripadanya,” Amira meluah kata dan tersenyum memandang Faizal dan Anuar silih berganti. Faizal tersenyum cuba memberi kekuatan pada gadis itu. Anuar hanya membisu, sungguh dia sendiri tidak pernah menyangka jalan hidup Amira boleh menjadi seperti itu.

“Aku masih sukar untuk percaya segala yang telah berlaku, Mira. Kadang-kadang aku merasakan masa terlalu pantas berlalu dan baru semalam aku melihat kau bersama Pak Cik dan Mak Cik bertandang ke rumah. Dan kita akan riang bertemu sambil rancak bercerita tentang permainan yang baru dimiliki. Aku masih terkenang kau berambut tocang. Comel sekali,” Anuar meluah kata-kata. Dia turut merasa sebak sendiri. Amira mengetap bibir menahan tangis mendengar kata-kata Anuar.

“Terima kasih Nuar, sebab menemani zaman kanak-kanak aku. Sungguh, ia sangat bermakna memiliki kenangan zaman kanak-kanak yang begitu indah. Namun aku sudah dewasa dan kita sama-sama sudah dewasa. Biarlah kenangan itu kita pegang sambil terus mengukir pengalaman baru untuk dijadikan kenangan pula di hari tua,” Amira berbicara optimis. Anuar tertawa kecil dan mengangguk-angguk. Faizal cuma memerhati sambil tersenyum senang.

Langit Tokyo begitu kelam. Tiada sebutir kejora pun yang menunjukkan wajah. Mereka tidak tidur malam itu. Berbual hingga ke subuh pelbagai kisah zaman lampau mahupun perancangan masa depan. Pertemuan teman lama dan teman baru memang begitu manis untuk dikongsi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ini untuk Alia,” Anuar menghulurkan kotak yang berbalut kemas. Amira memandang dengan lirikan mengusik.

“Katakan pada dia ada abang kacak dari Jepun yang beri,” Anuar tersenyum miang. Amira sekadar mencebik dan menarik muka dengan gurauan Anuar. Amira berlalu mendepani Faizal. Pemuda itu baru dikenali. Namun keasingan diri sebagai bangsa yang datang dari rantau yang sama menjadikan mereka tidak asing antara satu sama lain.

“Arigato na,” Amira menahan air mata yang mahu menitis dan tunduk seperti gaya Jepun. Faizal tersenyum senang turut menunduk.

“Jumpa lagi. Saya gembira bertemu awak di sini. Harap kita akan bertembung lagi di Malaysia,” Amira menyapu air mata yang membasahi pipi sambil terus menguntum senyuman. Faizal sekadar tersenyum dan mengangguk.

“Pulang ke Malaysia bila sudah tamat nanti. Negara perlukan genius seperti kau. Jangan bazirkannya di bumi yang sudah melimpah dengan kepandaian ini,” Amira mengungkap bicara pula buat Anuar. Dia memandang tepat wajah sepupunya yang pasti akan dirindui. Anuar cuma tersengih dan mengangguk mengerti.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesawat penumpang yang memuatkan lebih 500 penumpang dan anak kapal itu membelah awan menuju ke destinasinya. Negara kepulauan Jepun sudah terhapus dari pandangan. Amira bersandar selesa mengimbas kembali pengembaraannya di salah sebuah bandaraya termoden dunia.

Sungguh mengasyikkan merempuh lautan manusia dan hutan batu Tokyo namun hatinya masih merindui Kuala Lumpur. Udara, langit, mentari dan kehijauan Kuala Lumpur memang tiada bandingan. Barangkali singgah sebentar sebagai musafir itu perlu untuk mengubah angin dan menikmati persekitaran baru.Namun, terus bermastautin, sungguh Amira tidak kuat untuk melalui kehidupan yang begitu asing itu.

Keindahan dan pesona Jepun hanya laku memenuhi kotak-kotak cerita baik drama, filem, komik mahupun animasi. Namun, apalah bisa menghargai indahnya budaya yang begitu asing sedang naif dan dungu pada budaya bangsa sendiri. Benar Amira masih punya kontrak untuk bekerja setelah tamat pengajian di universiti. Namun, itu bukanlah alasan utama dia menolak cadangan Anuar untuk melanjutkan pengajian di negara idamannya itu sekian lama. Beberapa hari di Tokyo membuatnya banyak merenung dan menimbang. Dia sedar hatinya masih di Malaysia biarpun bumi itu menyimpan seribu satu kisah duka namun di tanah itu juga tertanam segala memori indah yang dilaluinya.

Amira terfikir betapa mungkin satu hari nanti akan ada warga Jepun sepertinya, mendamba sekian lama untuk menjengah Malaysia. Dia menyedari betapa merasainya sendiri dan menonton di kaca televisyen itu ada berbeza namun dia puas menghayati dan menikmati pesona itu sendiri. Merasai sesuatu yang selama ini hanya terhad pada pancaindera tertentu. Dia mahu Kuala Lumpur turut digambarkan sebegitu hingga berduyun masyarakat dunia berasa teruja untuk mengujunginya.

Amira tersenyum sendiri melayan angan di pedu minda. Dia akan tiba di Kuala Lumpur. Menamatkan pengajian dan bekerja di sektor awam seperti dalam kontrak biasiswanya. Pastinya dia tidak punya banyak masa untuk itu semua. Malah dia sendiri tidak punya bakat dalam urusan seni ini. Dia tersenyum menyindir diri. Amira memejam mata.

‘Selamat tinggal Tokyo, terima kasih atas kejujuran yang kau paparkan kepadaku hingga aku sedar betapa aku cinta tanah airku,’ Amira mendesis dalam hati dan terlena di buai mimpi kenangan-kenangan indah di Tokyo. Pesawat terus merentas langit.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Aku berlari ke Kuala Lumpur’. Itulah tajuk drama terbaru yang memaparkan jalan cerita seorang gadis Jepun yang membawa diri ke Kuala Lumpur kerana masalah keluarga. Drama usaha sama dua syarikat penerbitan dari Tokyo dan Kuala Lumpur itu tidak pernah Amira ketinggalan untuk menonton saban malam. Untung saja ia ditayangkan pada waktu malam hari bekerja. Kalau di siang hari pasti dia tidak berkesempatan untuk menonton.

Kisah itu seringkali mengenangkan peristiwa yang berlaku tiga tahun lalu. Ya, seakan-akan gadis Jepun itu jelmaan dirinya. Bezanya dia gadis melayu yang melarikan diri ke Tokyo. Waktu itu dia tertekan dengan kematian Ibunya yang terlibat dalam kemalangan setelah mengetahui Ayahnya telah berkahwin lain malah sudah punya anak perempuan berusia lima tahun waktu itu. Duka yang terguris serta keinginan yang meluap-luap untuk menjejakkan kaki ke Tokyo membuatkan dia menggunakan sebahagian besar wang pampasan insuran Ibu untuk perbelanjaan ke sana.

Amira kembali bersama semangat dan azam baru. Sungguh dia sendiri tidak pasti adakah pesona Tokyo atau onak duri pengembaraan membuatkannya sedar betapa kehidupan perlu diteruskan. Dia kembali ke kampus, menamatkan pengajian dan kini sudah hampir setahun dia bergelar tutor di sebuah institut pengajian tinggi awam di Kuala Lumpur. Malah dia sudah berkira-kira untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Dia berfikir untuk mengembara lagi. Barangkali ke sebelah barat dunia pula kali ini. Kembali Amira bermimpi namun kali ini dia yakin untuk merealisasikannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata orang, Belanda negara paling adil di dunia. Di The Hague terletaknya mahkamah keadilan dunia. Di negara ini demokrasi dan kebebasan tertegak setegak-tegaknya hingga kadang-kala melampaui batas. Amira pernah mendengar bahawa Belanda juga negara pertama yang mewujudkan kebebasan untuk perkahwinan di antara jantina yang sama.

Sungguh, jika lama dulu pertama kali merentas lautan dia menuju negeri indah yang mempesonakannya sekian lama. Namun, kali ini dia mengujungi sebuah negara yang baginya mempunyai reputasi buruk dalam sejarah peradaban dunia. Barangkali kebenaran dapat dia nikmati sendiri kerana bukanlah dia untuk menilai dari kaca mata luar semata-mata. Dia hanya akan benar-benar memberikan pandangan bila telah melaluinya barulah tulus tanpa cenderung dan condong ke mana-mana.

Indahnya tanah Holland ini adalah bunga-bungaannya. Sengaja dia memilih musim bunga untuk membuat kunjungan kali pertama. Pastinya keindahan itu bisa menjadi kenangan terindah kerana kalau boleh dia tidak mahu mengukir mimpi buruk di bumi asing.

Menikmati tulip dan lily yang pelbagai warna dan bentuk memang mendamaikan. Udara yang nyaman dan dingin itu turut mencipta kelainan. Amira melepaskan pandangan pada ramainya pengunjung yang turut sama menikmati keindahan flora itu. Keramaian itu sedikit pun tidak menggugat ketenangan. Amira tersenyum senang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Amira,” spontan Amira berpaling. Dia terpegun. Lelaki itu tampan berkaca mata dengan kot kulit cokelat cair dan mafela merah jambu melilit leher. Amira mengerut kening melihat mafela merah jambu itu.

“Tak sangka jumpa awak di sini,” Faizal sudah berada tepat di hadapan Amira hanya berjarak beberapa inci sahaja. Amira tersenyum senang. Sungguh dia sama sekali terkejut dengan pertemuan itu. Kali kedua ke luar negara, dia bertemu lelaki yang sama semasa kunjungan pertama. Bezanya negara yang dilawati berbeza sekali dari yang dulu. Seakan berjodoh, anehnya mereka tidak berjodoh di tanah air sendiri.

“Seperti berjodoh kita,” Faizal dan Amira bersuara hampir serentak. Mereka berhenti melangkah dan saling berpandangan dan pecah ketawa antara mereka.

“Ya, cuma kita tidak berjodoh di Kuala Lumpur,” Amira menyambung setelah ketawa mereka mulai reda. Faizal mengerutkan dahi dan mengangkat bahu.

“Memang aneh bukan? Kadang-kala hidup memang sukar untuk diduga,” Faizal mengungkap bicara pula sambil melabuhkan punggung di sebuah bangku rehat. Amira menurut, mengambil tempat di sisi lelaki itu. Lelaki itu jarang-jarang diingati namun melihatnya kini membuatkan dia seakan terbayang-bayang kenangan lampau yang pernah dilalui bersama.

“Mengapa pandang saya begitu?” Amira terkesima, pantas mengalih pandangan. Dia tersipu sejenak sebelum kembali menenangkan diri. Faizal tertawa kecil.

“Awak masih seperti dulu. Lima tahun langsung tidak mengubah awak rupanya,” Faizal berbicara seakan menyindir. Amira menarik muka dan pura-pura merajuk.

“Saya cuma hairan dengan warna mafela awak. Seakan tidak sesuai saya kira,” Amira menjeling mafela merah jambu itu. Faizal tersenyum sambil menanggalkan mafela itu.

“Awak fikir merah jambu hanya sepadan untuk awak?” Faizal seakan memerli. Amira terdiam, dia mahu membalas tapi dia seakan hilang bicara. Faizal tersenyum dengan tingkah Amira. Lantas di membalut leher Amira dengan mafela itu. Amira tergamam dengan perlakuan Faizal.

“Memang hanya sepadan pada awak. Saya pakai sekadar menjadi sumber inspirasi,” Faizal meluah kata-kata dan bangkit dari bangku lalu melangkah perlahan sambil pandangan tertebar melihat warna-warni kuntuman bunga. Amira terpinga-pinga sejenak sebelum turut bingkas mendekati lelaki itu dengan seribu satu pertanyaan untuk di luah.

“Faizal, apa maksud awak?” Amira bertanya serius. Sambil melangkah dia memandang tajam lelaki itu. Faizal cuma tersenyum dan diam menikmati keindahan taman. Amira tidak tenang menanti jawapan. Tapi dia juga seakan segan untuk mengulang pertanyaan.

“Kenapa awak di sini?” tiba-tiba Faizal bertanya. Amira terdiam, lama pertanyaan itu turut terbiar.

“Saya kira awak melarikan diri lagi. Barangkali dari sebuah perkahwinan kali ini,” Faizal menjeling wajah masam gadis itu. Amira masih bisu. Malas pula mahu melayan lelaki itu. Biarkan dia pula ternanti-nanti.

“Merajuk? Saya fikir rajuk awak akan hilang di negara orang,” Faizal masih galak mengusik. Amira menjeling tajam.

“Saya sambung belajar,” akhirnya Amira mengalah. Faizal mengerutkan wajah.

“Betul?” Faizal bertanya meminta kepastian.

“Iyalah, kenapa?” Amira aneh melihat reaksi Faizal. Faizal seakan sedar dia terlalu beremosi. Segera dia tersenyum.

“Saya sangka awak hanya selesa menuntut di Kuala Lumpur,” Faizal memerli lagi. Amira tersenyum.

“People change,” Amira membalas pendek. Faizal menganggukkan kepala beberapa kali. Amira aneh dengan tingkah Faizal. Dia merenung lama ke arah lelaki itu.

“’Mengejar Mimpi di Kuala Lumpur’, apa pandangan awak tentang tajuk itu?” Faizal tiba-tiba bersuara. Amira mengerutkan dahi.

“Seperti ‘Aku Berlari ke Kuala Lumpur’,” Amira bersuara perlahan. Faizal memandang wajah hairan Amira.

“Awak menonton cerita itu?” Faizal menyoal pendek. Amira mengangguk.

“Cerita yang indah. Saya seakan menonton drama Jepun yang dibikin di Kuala Lumpur. Menariknya diterbitkan produksi tempatan walaupun dengan kerjasama produksi dari Jepun. Apa yang membanggakan pengarahnya orang melayu. Namun, apa yang mencuit hati saya jalan ceritanya seakan-akan...” Amira terhenti dan merenung Faizal di sisi yang tersenyum lebar.

“Amira, awak benar-benar sumber inspirasi,” Faizal menatap wajah gadis itu dengan senyuman. Amira hanya membisu, sama sekali dia masih sukar untuk mempercayai.

“Awak Faizra, pengarah itu? Saya sangka awak perempuan,” Amira bersuara lambat-lambat. Faizal cuma tersenyum dan terus mengatur langkah menyusuri taman bunga yang indah itu.

Amira tersenyum sendiri memerhati belakang lelaki itu melangkah tenang menikmati damai alam. Entah mengapa dia diserbu rasa terharu. Dia memngedipkan mata berkali-kali. Saat itu di terkenang Faizal pernah menghulurkan sapu tangan semasa dia menagis di Tokyo dulu. Dia meraba leher. Mafela merah jambu masih tersemat kemas di situ. Amira tersenyum sendiri dan mula melangkah pantas mendekati lelaki itu.

Ukiran Mimpi,

Amal Mina

26 Mei 2009

1.05 AM

Ahad, April 05, 2009

Cerpen : Misi Jihad Cinta

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:06:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
“Sayang, kita dah sampai.”

Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”

Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”

“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”

“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”

“Nak kahwin lagi ya?”

Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

“Kalau betul kenapa?”

“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”

“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”

“Okey..”

Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.

Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.

****

Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

“Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.

Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

“Sila duduk..”

“Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”

“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”

“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.

“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.

Safiyyah memerhati.



MISI JIHAD CINTA

Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar

Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad

Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.

Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

“Ni bang..”

Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”

****

“Bang..”

Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.

“Ya?”

Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”

“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”

“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”

“Abang..”

“Ya?”

“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”

“Safiyyah sayang…”

“Ya bang..”

“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

“Sabar la. Tak lama lagi..”

****

Di khemah persiapan, Kota Toledo.

Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.

Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

Dahi isterinya dikucup lembut.

“Abang ada satu permintaan.”

“Apa dia bang?”

“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

“Ya,InsyaAllah.”

Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.

“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

“Baiklah. Terima kasih.”

Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

“Sayang, dah tiba masanya.”

“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

“Kita jumpa di syurga ya.”

“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”

****

Boomm..

Boommmm..

Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

Bumm!

Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

Bummm!

Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.

Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.

Mereka bertemu di syurga.





Surah At-Taubah :

(52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.

(71) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(72) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

(111) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah Al-Ahzab :

(22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

(23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

……………………

Original writing by Masturah Abu Bakar.

21.Nov.08

www.islamcintaku.blogspot.com

Selasa, Mac 24, 2009

Sentuhan Kasih Papa…….

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:09:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
9 September 19**

Hari ini balik sahaja dari kerja, papa pukul aku lagi….Semua ini hanya kerana aku lambat buka pintu rumah..Masuk – masuk sahaja gerbang pintu , ayah tarik tali pinggangnya lalu menggunakannya untuk memukul tubuhku…Adikku , Haris Akmal cuba menghalang papa. Tapi , dia sekali kena tempiasnya.Papa tampar Haris hingga Haris tersungkur jatuh. Papa ugut Haris supaya jangan tolong aku,atau akibatnya lebih teruk dari nasib aku.Bejuraian air mata jatuh dimata Haris.Aku hanya mampu menahan sakit di belasah papa….Apa salahku……????
Takkan disebabkan hanya kerana aku lambat buka pintu? Sikap papa berubah sejak ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir sejak 5 bulan yang lalu.Papa sukar menerima kematian ibu yang disebabkan barah leukimia.Sejak itu papa selalu pulang lewat. Kami diabaikan. Nasib baik aku dan Haris sudah pandai menguruskan diri. Aku kini berada dalam tingkatan 5 manakala Haris dalam tingkatan 4.Akhir – akhir ini pula papa makin menjadi-jadi. Kerap aku dan Haris jadi mangsa deranya.Kenapa begini……….?

11.30 malam ( dalam sedu )


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Adam, kenapa kau hari ini ? Nampak pucat je. Kau sakit ke ?” tanya Razif. Sahabat karib Adam Danish sejak kecil lagi.
“ Mana ada. Aku Cuma tak cukup tidur sahaja malam tadi. Main PS2 dengan Haris sampai tengah malam. “ bohong Adam menyembunyikan perkara yang sebenarnya. Takkan nak beritahu perkara yang sebenarnya.
“ Em, yalah tu…. Kau ni memang gila game.. tapi papa kau tak marah ke kau main sampai lewat malam? Kalau aku …. Mampuih kena tengking.”Razif meletakkan tangannya di bahu Adam. Ketika itu mereka sedang berjalan menuju ke kantin. Adam terkedu dengan pertanyaan Razif itu. Nak jawab macam mana ya ?
“ Eh, Zif tu Dinakan ? Awek yang kau minat gila gaban tu.” Ujar Adam sambil menunjuk ke arah seseorang. Sebenanya dia cuba melarikan diri dari menjawab soalan Razif tadi. Minta – minta berjaya .
“ Ha’ ahlah Dam. Cunkan dia tu . Tu yang buat aku mamai kat dia ni. Sopan je orangnya. Ana awek kau tu pun ada dengan dialah..” getus Razif sambil terhendap – hendap melihat Hardina dan Raihana yang sedang berbual di bawah sebuah pokok.
“ Ada-ada saja kau kalau nak mengenakan aku. Jalan tu bebaik depan kau ada…..” belum habis pun ayat terakhir Adam. Razif tiba-tiba terlanggar sebatang tiang. Akibatnya naik benjollah dahi sahabatnya itu.“ ……tiang.”
“ Aduhh!! Kau teruklah Dam. Tak nak cakap awal – awal. Habis bergunung dahi aku yang licin ni.” rungut Razif sambil menggosok-gosok lembut dahinya.
“ Tulah padan mudan muka kau. Mata gatal sangat .” perli Adam sambil tertawa galak.
“ Semua kau punya pasallah.” Kata Razif . Ditumbuk perlahan bahu Adam.
“ Dahlah , jom cepat waktu rehat dah habis.Kang lambat masuk kelas. Siapa susah. Kau juga…” Adam sempat mencubit geram telinga Razif sebelum berlari anak menuju kelas.
“ Sakitlah bingai. Nanti kau..” Razif mengejar Adam segera.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Malam sebelum SPM

Esok adalah hari peperiksaan besar yang perlu aku hadapi iaitu SPM…Berdebar hatiku menanti pagi esok, maklumlah ini merupakan pucuk untuk aku mencapai cita-citaku menjadi seorang doktor.Namun papa langsung tak menghiraukan aku walaupun sudah aku beritahu yang esok aku bakal hadapi peperiksaan SPM. Papa hanya menunjukkan muka tak endahnya.
Sebenarnya petang itu, papa sekali lagi mengulangi perbuatannya membelasah kami. Habis badan Haris calar-balar dirotan papa kerana Haris pulang lewat pergi bermain bola sepak di padang. Masa itu aku tiada dirumah kerana pergi ke kedai membeli rokok papa.Seperkara lagi papa kini kuat merokok.Dulu tiada.. Kesian aku melihat Haris ……..namun kami berdua tetap bersabar kerana seburuk – buruk papa , dia tetap ayah kami. Moga Allah melembutkan hati papa….

10.30 malam ( debaran menanti hari peperiksaan )

5 minit sahaja lagi dewan peperiksaan akan dibuka untuk para pelajar yang mengambil peperiksaan memasukinya. Debaran menunggu untuk menjawab soalan peperiksaan terpancar di segenap wajah pelajar pada hari tu. Masing – masing yakin dengan pengetahuan yang telah ditimba sekian lama .
“ Dam, kau dah get ready everithing ke?” soal Razif kepada Adam yang berdiri di sebelahnya .
“ Kau ni …. Pesan orang bijak pandai, jangan persoal sudah sedia atau tidak sebelum masuk dewan periksa. Kalau tak nanti semua lesap.” Bebel Adam. Dari tadi dia mendiamkan diri sahaja mengenangkan peristiwa pagi tadi. Apabila papanya tiba – tiba sahaja berubah angin menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Berbunga perasaannya melihat papanya pagi itu. Baru ada semangat nak priksa.
“ Alah….. aku Cuma nak hilangkan rasa bosan duduk dengan tunggul kayu kat sebelah ni. Dari tadi diam memanjang. Ingat siapa entah tak tahulah. Agaknya ingatkan Raihana kot…” sindir Razif.
“ Banyaklah kau , Zif. Eh , dahlah jom masuk dewan. Good Luck jawab nanti. Don’t be gabra ok. Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki .” ucap Adam sambil menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan Razif.
“ Aku pun sama , Dam. Rasa sedih pula..” Razif menyambut salam Adam. Mereka berdua berpelukan.
“ Dah jom masuk.” Ajak Adam. Sambil menepuk bahu Razif. Mereka berdua berjalan seiring memasuki dewan peperiksaan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

28 Februari 19**

Papa mula semula tabiatnya….Sekejap sahaja perubahan sikap dalam diri papa melayan kami dengan baik iaitu selepas aku SPM sehingga papa bertemu dengan ‘pengganti’ ibu yang dikenalinya masa Hari Raya Puasa yang lalu..Orangnya muda dalam lingkungan 20 tahun. Perangainya tak seperti ibu yang penyayang dan lembut.Orangnya memang cantik tetapi perangainya suka memerintah dan memutarbelitkan kami anak beranak.Pantang kami buat salah sedikit mak tiriku pasti memanjangkannya kepada papa.Kami dipukul , dibelasah lagi seperti tika dulu...
Hari ini puas aku dan Haris dibantai pakai tali pinggang oleh papa kerana memecahkan pinggan ketika sedang membasuh pinggan.
Menangis-nangis mak tiriku mengadu pada papa. Aku dan Haris menahan perasaan sahaja….
Sampai bilakah nasib kami begini? Hanya Allah yang tahu……

12.33 malam (merintih tangis )


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Tahniah Adam, kau memang terror. Aku dah agak dah , kau mesti dapat straight A. Lainlah aku ni kurang pandai.” Puji Razif. Hari keputusan SPM dikeluarkan. Adam mendapat 11 A 1 manakala Razif mendapat 9A1 dan 2B3.
“ Takdelah… kau pun apa kurangnya. Kira terror jugaklah tu. Eh, Hardina datanglah.” Ujar Adam apabila ternampak Hardina menghampiri mereka.
“ Alamak Dam. Mesti dia nak tanya result aku ni. Benganglah.” Razif berkata dengan malu-malu kucingnya.
“ Aku tak tahu. Aku blah dulu kawan. Bye…” Adam meminta diri.
“ Hai , Adam.” Tiba – tiba seseorang menyapa Adam ketika dia sedang menunggu bas di perhentian bas. Raihana rupanya .
“ Eh , Raihana. Tunggu bas juga ke?” balas Adam.
“ Em, tahniah ya dapat result bagus.” Ucap Raihana
“ Terima kasih . Awak juga.”
“ Adam, kenapa awak nampak pucat hari ni ya? Awak tak sihat?” soal Raihana risau.
“ Tak adalah. Mana ada….Eh bas saya dah sampai. Pergi dulu, jumpa lain kali ya. Assalamualaikum…”
“ Walaikumussalam.” Balas Raihana sebelum Adam menaiki basnya yang telah tiba. Adam melambaikan tangan ke arahnya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sampai sahaja diperkarangan rumah, Adam berjalan lemah menuju masuk ke pintu rumah . Tekaknya terasa mual tiba – tiba , begitu juga dengan kepalanya yang terasa pening dan berdenyut – denyut. Mata hampir kabur. Namun dikuatkan semangatnya untuk masuk kedalam rumah untuk menyampaikan berita yang gembira ini. Slip peperiksaannya digenggam erat dalam tangannya. Dari luar dia mendengar bunyi bising dari dalam rumah. Dia dapat mengagak papanya pasti sedang memarahi Haris. Dipercepatkan langkahnya.
“ Papa ! Tolong papa ! Haris tak sengaja. Haris terlanggar pasu tu. Haris tak sengaja pa! Tolong papa. Sakit papa !” rintih Haris Akmal apabila papanya , Kharul Amin kuat memukulnya menggunakan batang besi ampaian. Tersentak Adam melihat perbuatan papanya itu. Walaupun dia sudah biasa melihatnya tetapi belum pernah papa memukul mereka menggunakan besi sebesar jari telunjuk itu. Dilihatnya , mak tirinya sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum puas melihat Haris dibantai. Disebelah mak tirinya itu terdapat serpihan kaca pasu yang dibeli dari Holand bersepahan. Pasti ini sebabnya . Getus hati Adam.
“ Papa !!!” jerit Adam tiba – tiba . Dia meluru ke arah papanya untuk menghalang papanya dari terus memukul adiknya itu.
“ Tepi kau! Kamu berdua memang selalu menyusahkan aku!! Anak sial !!” Papa membengkeng Adam. Ditolak Adam ketepi , lalu meneruskan pukulannya terhadap Haris. Haris merintih meminta tolong. Habis badannya lebam akibat dibelasah papa. Mata Adam mula kabur. Kepalanya makin kuat berdenyut-denyut. Dicuba sedaya – upaya untuk bangun membantu Haris.
“ Papa !! Sudah !! Papa jangan jadi syaitan!! Mengucap papa !!” pinta Adam.Dia cuba untuk merampas besi yang dipegang papanya. Sakitnya di tahan sebentar.
“ Diam kau !!! Jangan pandai nak mengajar papa !! Ambil ni !!!!” papa menolak kuat Adam sehingga Adam terjatuh. Kepala Adam terhantuk di bucu almari.
“ Abang Adam !!!!!” Haris menjerit sekuat hati tatkala melihat Adam terjelepok ke lantai. Dia tidak kisah kalau papanya ingin memukulnya lagi. Dia segera mendapatkan abangnya , Adam lalu dipangku.
“ Ya Allah ! Abang kenapa macam ni ?” Haris menangis. Kepala Adam berdarah akibat hentakan itu, namun Adam masih sedar. Papa tercengang, besi ditangannya terjatuh. Maria , ibu tiri mereka melarikan diri ketingkat atas. Takutlah tu .
“ Astaghafirullah hal azim, Adam .” tiba – tiba Razif berada di muka pintu. Dia terus meluru ke arah Adam yang sedang dipangku Haris yang sedang menangis. Dia tak ingin tahu apa yang terjadi. Yang pasti dia perlu mendapatkan sahabatnya dahulu.
“ Dam , mengucap Adam. Kenapa jadi macam ni? Kau… kau bodoh tahu tak Adam.” Ujar Razif kerisauan. Adam tersengih kelat.
“ Sampai hati kau cakap aku bodoh Zif. Tapi memang pun aku bodoh, kan?” balas Adam berseloroh.
“ Kenapa kau rahsiakan pada aku pasal ni?” Razif menunjukkan satu surat kenyataan kepada Adam.
“ Razif…… kau kawan aku yang baik kan ? “ Razif mengangguk. Adam menggenggam tangan Razif.
“ Kau teruskan cita – cita kau ya . Ingat. Kau kan nak jadi pilot. Nanti bawa kapal terbang jangan sampai langgar burung okay .” sempat Adam bergurau.
“ Apa kau ni ?! Tadikan………” belum sempat Razif menghabiskan kata Adam sudah memotong.
“ Haris, kau adik abang yang baik kan ?” Haris mengangguk. Adam mengesat air mata Haris.
“ Jaga papa baik – baik . Jangan lawan papa. Dia tetap papa kita, kerana dia kita hidup hingga kini ….” Adam terbatuk kecil . Berkerut dahinya menahan sakit.
“ Dah kau jangan nak membebel . Jom pergi hospital.” Kata Razif sambil mencuba untuk menelefon ambulan menggunakan telefon bimbitnya.
“ Papa…..” panggil Adam lemah. Papa mendekati Adam.
“ Adam minta maaf pa…. lawan cakap papa…”
“ Tak ! Papa yang patut minta maaf. Papa bodoh !” papa menangis disisi Adam. Mungkin menyesali perbuatannya.
“ Pa... jangan pukul adik lagi ya…” Adam semakin lemah. Razif masuk setelah berjaya menelefon ambulan.
“ Adam , kau kena bertahan kejap lagi ambulan sampai .” Razif meminta. Nafas Adam semakin lemah. Matanya terpejam , tiada lagi suara dibicaranya.
“ Bang , mengucap bang .” bisik Haris. Bimbang kalau jadi sesuatu.
“ Adam, kau kena bertahan wei! Jap je lagi ambulan sam……….”
“ Allah…………” belum habis pun ayat terakhir Razif , Adam sudah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Haris .
“ Adam…. Dam…. Dam… innalillah …..” Razif cuba mengejutkan Adam tapi ternyata sahabatnya itu sudah tiada nadinya. Dia meraup mukanya. Papa Adam menumbuk – numbuk dinding tanda kekesalan dan Haris menangis sepuasnya kerana kehilangan abang kesayangannya. Beberapa minit selepas itu barulah ambulan sampai.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setahun selepas itu……..

Mungkin tak baik untuk aku membaca diari abang atau menyibuk buat coretan… tapi ini sekadar untuk aku menyambung luahan rasanya. Ya….. kini genap setahun abang pergi meninggalkan aku , papa dan sahabat– sahabatnya di dunia ini. Aku redha segala…..
Papa? Kini tiada lagi sikap buasnya untuk merotan ataupun memukulku. Papa sudah menyesali perbuatannya. Dia lebih banyak berlembut sekarang. Mungkin hikmah pulang dari mekah menunaikan haji. Aku bersyukur pada Allah. Kalau abang ada pasti dia gembira…
Mak tiriku ? oh sekarang bukan mak tiri tapi sudah jadi ibu. Kenapa ? Lepas peristiwa itu makcik Maria ikut sama papa pergi Mekah. Balik mekah mak cik Maria jadi baik orangnya. Menangis semahunya menyesali perbuatannya dahulu. Aku tak marah kerana aku ingat pesan abang…..

Tiada yang lebih berharga dari sentuhan kasih papa………….

12.30 malam ( coretan Haris Akmal )

Hasil nukilan………
Nor Farhana Nordin
5 Sains 2 ( 2005 )

ps # MySpace huuu.. dah 4 tahun berlalu rupanya ya.... cerpen ni ana tulis masa form 5 dulu... masuklah majalah sek.. MySpacebukan bijak pun wat2 penulisan ni... adeh lame dah tak nulis... cume wat2 sajak jer... takpe2.. ade peluang akan menulis insyaAllah...MySpace

Ahad, Januari 04, 2009

Seindah Mawar Berduri (1)

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:00:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
"Khazinatul asrar , kau pencuri!"

Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
"Apa yang aku curi?" bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.
"Biarkanlah..!!" hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.

Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
"Mana Hijriah?" getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.
"Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…" hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.
"Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?"
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.

Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
"Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?" tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…
"Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!" Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.

Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?
Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.

Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia
selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.

Sabtu, Januari 03, 2009

Seindah Mawar Berduri

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:29:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Seindah Mawar Berduri
Karya : Fatimah Syarha Mohd. Noordin


Sinopsis

Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.
Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?
dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
"Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…"
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez