Memaparkan catatan dengan label Renungan... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan... Papar semua catatan

Selasa, Mac 20, 2012

Ingat senang....?

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:41:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...

Bismillahirrahman nirrahim...

Alhamdulillah, Allah beri ruang dan kesempatan untuk menulis...
Allah beri ruang untuk bernafas...
Allah beri ruang untuk menitipkan segala pengajaran & pelajaran atas dunia pinjamanNya ini...

Tengok tajuk....
" Ingat senang....?"
Sekadar monolog dalam diri...
Bermain-main disekitar minda & hati sejak akhir-akhir ini...

Ingat senang....?
1. Nak menulis walaupun sekadar 1 ayat di blog ini....
2. Nak mendirikan solat walaupun sekadar 5 minit (paling minimum yg sy rase)
3. Nak tahan lapar bila bulan puasa... (nafsu makan bila berbuka membuak2)
4. Nak struggle writing thesis.. (separuh gilo gamaknya)
5. Nak ubat kecewa dihati... (manusia fitrahnya sokmo kecewa)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Infiniti number . Nak itu & nak ini......

Kalau nak listkan, mmg tak habis..
Dalam kehidupan yang sementara ni, banyak yang kita rasa sangat2 sulit untuk diperoleh...

Yes! Ingat senang ke nak dapat semua-semua diatas tu tanpa sebarang usaha...
Tanpa DUIT, semua tu tak bermakna juga...

D oa
U saha
I stiqomah/ I khtiar
T awakal

Duduk saja menunggu takkan berhasil...
Jika menunggu pun berapa lama kita betah untuk bertahan?
Seminit?
Dua minit?
Sejam?
Sehari?
Seminggu?
Setahun?
Seabad?
atau....
Selama-lamanya?

Jadi, berusahalah!

(Kata2 Ummi Prof Muhaya ^_^)
Orang yang berminat akan buat apa yang dia selesa...
Orang yang komited akan buat apa saha untuk capai impian mereka...
Yang mana kita??
Hentikan mengeluh dan merungut...
MULAKAN TINDAKAN...

Tihihi... Maaf lah ya andai kata-kata saya ni macak EK je lebih...
Sekadar mengingatkan diri cik puan empunya tangan yang menulis ni...

Semangat lari-lari sokmo...
Fokus lemah-lemah selalu...
Sekurang-kurangnya sedikit perkongsian ini mampu memuhasabahkan diri kembali...

Last point, ingat senang ke....?
Nak masuk syurga macam tu je....

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?  [29:2]

See... Allah sudah sediakan manual terperinci untuk hambaNya =)
Iaitu kalamullah (Al-Quran al Karim)
How sweet He is... ^___^


Bahagia?
Senang?
Sedih?
Luka?
Sakit?
Kecewa?
Musibah?
Nikmat?
Kaya?

Itu semua bahagian-bahagian dari 'hadiah' Allah buat hambaNya yang diberi nama UJIAN...
Apa pun yang anda sedang lakukan sekarang...
Cuba berhenti sejenak...
Berhenti menulis seketika... 
Berhenti mengunyah sekejap...
Berhenti membaca sesaat...

Renung dalam-dalam kedalam hati...
Kedalam diri...
Check & list...
Apa yang anda ada & apa yang anda tiada?

Saya percaya, sebanyak mana pun...
Sekerap mana pun kita senaraikan berulang-ulang kali...
Nikmat yang baik itu lebih BANYAK dari kesusahan yang mengecewakan...
Sangat-sangaaaat SEDIKIT...

Iya bukan?

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [55:16]

Lihat diatas, banyak kita temui andai kita buka, baca & hayati Surah Ar-Rahman...
Nikmat apa lagi yang tak cukup...?
Lebih dari sesuatu yang memadai kan sebenarnya... :')
Maha Pengasih & Maha Pemberi Rezeki...
Itulah Allah...
Tuhan kita.. Pencipta kita...

Yes...
Sekali lagi saya tekankan, buat diri sendiri juga...
Semuanya yang kita nak bukan senang.... Bukan mudah....
Namun, ianya tak pernah mustahil kan? :)

Perjalanan menuju ke syurga itu memang payah...
Kerana yang menanti disana nanti adalah semanis-manis nikmat...
Cuba baca & hayati surah-surah yang banyak menceritakan tentang syurga...
Antaranya Al-Waqiah, Az-Zumar, Ar-Rad & banyak lagi...
Allahu allah... 
Tak tergambar betapa indahnya syurga...
Apa yang menanti disana...
Subhanallah...

Buat diri ini, juga buat jiwa-jiwa yang sentiasa mencari ketenangan & kekuatan...
Ayuh! :)
Bertabahlah wahai hati...
Berkuatlah wahai jiwa...
Berdirilah wahai diri...
Berdoalah pada Kekasih mu yang Maha mendengar....

Ya Hayyu Ya Qayyum...
Wahai Allah Yang Maha Hidup Maha Berdiri...
Dengan RahmatMu, Engkau Perbaikilah Untukku Urusanku...
Engkau Perbaikilah Untukku Peribadiku...
Engkau Perbaikilah Untukku Akhlakku...
& Engkau Perbaikilah Untukku Kefahamanku Akan SyariatMu...
Keseluruhannya...
Janganlah Engkau Serahkan Aku Kepada Diriku & Hawa Nafsuku Walaupun Sedetik Waktu...
Cukuplah Engkau Bagiku...
Engkaulah Sebaik-baik Penjaga, Pelindung  & Penolong...

Allahu Allah.....



* Peringatan buat diriku yang sentiasa memerlukan kasih sayangNya *
~ Hana ~
~ 27 Rabiulakhir 1433H ~
~ 3.38 pm ~
~ Bumi Hijau Bumi Tarbiyyah Buatku :') ~

Khamis, Januari 26, 2012

Kisah Syeikh Ibrahim Adham & 10 Tanda Hati Mati...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:35:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, usai beberapa hari bercuti di rumah. Petang tadi usai ayahanda terchenta balik dari bekerja. Kami sekeluarga bergerak menuju ke UPM. Singgahsana kedua Hana selepas baiti jannati di Batu Pahat.

Kembalinya ke UPM adalah untuk meneruskan jihad ilmu yang sudah sedia menanti. Allahurabbi, andai sahaja Batu Pahat itu dekat. Setiap hari pasti kaki ini melangkah balik untuk bersama usrati terchenta.. =')

Alhamdulillah, perjalanan menuju UPM tidak sekosong yang disangka. Tazkirah maghrib di radio IKIM.fm benar-benar mengisi jiwa. Subhanallah, jika suatu ketika dulu payah untuk kami membuka siaran IKIM.fm apatah lagi mendengarnya. Namun, hari ini, Allah telah membuka lembaran demi lembaran pada hati-hati kami sekeluarga untuk sentiasa mengisi jiwa dengan juadah rohani. Syukur padaMu Wahai Allah Yang Maha Kaya... =')

Pengisian kualiah maghrib di IKIM.fm berkisar tentang kisah Syeikhul Ibrahim Adham & pesanan beliau mengenai 10 Tanda Hati Mati. Dibawah ini Hana sertakan kisah lengkap & pesanan-pesanan yang disampaikan oleh beliau. Moga bermanfaat buat renungan kita bersama. Tabarakallah...



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10.Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Ahad, Januari 22, 2012

Dalam Hatinya Siapa Yang Tahu...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:33:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Kerap yang diperhatikan manusia adalah kegembiraan zahiriah. 
Namun keretakan sekeping hati itu siapa yang tahu?

Biasanya apa yang terzahir, itulah yang manusia akan imani.

Dalam kehidupan, pasti kita bertemu dengan ramai orang. Macam-macam tafsiran yang boleh dibuat berdasarkan apa yang terzahir di depan mata. Orang itu begini, orang ini begitu. Ada saja tamsilan yang boleh dibuat dengan sekilas cuma.

Dan saya, saya tertarik untuk belajar daripada manusia yang ditimpa masalah dan bebanan yang banyak, tapi tetap selamba dan biasa-biasa meneruskan kehidupan seharian. Sepertinya dirinya tidak punya apa-apa masalah. Segala fitnah dan tohmahan oleh masyarakat sekeliling, tidak dihiraukan jika tiada kepentingan untuk dibahaskan.

Hei, tidak mudah untuk berlapang dada meneruskan kehidupan setelah ditimpa ujian dan dugaan yang banyak. Kan? Mengaku sajalah. Malah kadang-kadang, hatta diberi motivasi yang macam-macam pun, tidak menusuk ke hatinya kerana asyik memikirkan masalah yang timbul dalam hidupnya. Biasa, kita manusia biasa.

Maka saya jadi terfikir. Ya saya lihat orang seperti yang dinyatakan tadi kelihatan begitu tabah. Tetap tersenyum mesra dengan sesiapa hatta dengan orang yang menyakiti hatinya. Begitu bodohkah dia untuk bersabar selepas maruahnya seperti dipijak-pijak dengan rakusnya melalui fitnah? Hai Rabbaa!

Dari jauh memerhati; dalam hati kecilnya itu, siapa yang tahu sakitnya!


Siapa Tahu Isi Hatinya

Waktu ini, saya cuba menerobos alam.

Pada waktu yang sunyi sebegini, siapa tahu di suatu tempat, di dalam sebuah bilik, di suatu sudut, terdapat seseorang yang menanggung beban ujian yang berat dan banyak. Semasa menjalani hari siangnya, mungkin saja dia kelihatan antara orang yang tabah mempamerkan riak wajah yang menyenangkan. Tetapi, semasa solatnya, baru sahaja takbiratul ihram, sudah berliter-liter airmata yang mengalirkan tanpa paksaan.

Dia berusaha tabah di hadapan manusia bukan kerana mahu mendapat pujian. Tapi kerana dia tidak mahu mengumpil simpati. Dia tidak mengadu kepada semua orang, bukan kerana dia ego menahan sendiri. Tapi dia tahu, apa yang sedang dilaluinya hanyalah ujian dari-Nya. Sebab itu apabila menghadap Tuhan Yang Esa, airmatanya mencurah-curah mengadu dan memohon kekuatan untuk menempuh segalanya.

Pun begini bayangan yang saya dapat, saya masih belum tahu sebenar-benarnya kondisi hatinya. Mungkin kita cuma boleh melahirkan rasa empati. Namun tidak akan pernah sesekali merasa sebagaimana yang dirasainya. Betul?

Kita tidak tahu di waktu begini, ada seseorang yang bergelar pelajar bersengkang mata menyiapkan tugasan yang terlalu banyak, mengulangkaji pelajaran kerana musim peperiksaan akan bertandang tidak lama lagi. Dalam rasa hampir berputus-asa dengan semua itu, ada yang menjadi tunjang kekuatannya; ibu dan ayah di rumah.

Kerana wajah kasih yang terbit di ingatan, terbit sebuah kekuatan dalam kepayahan. Baginya, dia mesti tabah untuk meneruskan perjuangan. Dia kena tamatkan apa yang dia mulakan meskipun sering berendam airmata dengan kerenah manusia di sekeliling. Dia harus menjaga segala-galanya; hubungan dengan ALLAh Ta’ala, dan menjaga pergaulan sesama manusia hatta di alam maya sekalipun.

Siapa yang tahu isi hatinya yang sebenar-benarnya? Hanyalah Dia!

Di saat ini, mungkin saja ada ahli kepada sebuah keluarga yang sedang nazak. Ahli keluarga yang lain menanti saudaranya pergi dengan aman menghembuskan nafas terakhir. Hatta jiwa bagai dirobek-robek kerana tidak sanggup untuk berpisah, namun kerana merasa diri itu sebagai hamba yang percaya kepada ketentuan takdir ALLAh Ta’ala, harus merelakan pemergian ahli yang sedang nazak jika itu adalah yang terbaik.

Bukan mudah melepaskan seseorang yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Dan tiba-tiba, harus menerima kenyataan bahawa rumahnya yang seterusnya adalah sebuah liang lahad. Bertilamkan dan berbantalkan tanah, di dalam kegelapan dengan pelbagai haiwan yang ada. Sendirian tidak berteman melainkan amal semasa di dunia.

Nastaghfirullahal’adzim.
Bagaimanakah tanggungan hati terhadap situasi-situasi di atas?

Sekali lagi, mungkin kita boleh membayangkan pelbagai situasi yang meruntun jiwa. Juga boleh melahirkan rasa empati serta merta. Tapi kita tidak akan pernah tahu dengan setepat-tepatnya, apa rasa yang terkubur dalam hati kecil seseorang itu.

Kan?

Lihat Diri Kita Sendiri

Memang ALLAh Ta’ala berikan ujian yang berlainan pada setiap hamba-Nya yang ada di muka bumi ini. Walaupun kelihatan ada yang sama, tentulah rasanya berbeza kerana perbezaan latar belakang keluarga, tempat dan masa memainkan peranan penting terhadap ujian yang ALLAh turunkan. Tidak akan pernah sama!

Melihat kepada diri sendiri. Walaupun kita berada dalam jasad yang ada sekarang, kita dipinjamkan dengan seketul hati dan sebuah jiwa yang dengannya kita hidup sekarang, tapi kerap kali kita juga sering keliru dan tidak tahu dengan kondisi hati kita sendiri.

Betul?

Dalam riak wajah ini, kita mungkin boleh berlakon ceria dengan tersenyum mesra. Dengan suara yang ada ini, kita mungkin boleh bergelak tawa bersama keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang ada. Padahal, tanpa orang sekeliling ketahui, hati kita sedang menangis, menangis dan menangis.

Tiada manusia mendengar tangisan hati kita, kadang-kadang. Kalau ada pun sahabat yang merasai kesuraman jiwa kita, sungguhpun kita berkongsi rasa hati, pasti dengan kelemahannya yang ada sebagai manusia biasa, dia tidak dapat memahami sepenuhnya. Tetapi, sekurang-kurangnya sahabat tadi itu ada untuk mendengar cerita hati yang tidak seberapa. Bersyukur atas rasa kebersamaan itu.

Saat merasa hati tidak berupaya menanggung derita, benar-benar wujud satu harapan besar dan mendalam. Lalu kita mendongak langit di suatu tempat dengan bersendirian, mengadu dengan sangat-sangat kepada Tuan Punya Dunia..

“Wahai Tuhanku, jangan biarkan aku lemah pada segala dugaan-Mu. Jangan biarkan aku kalah sebelum berhabis-habisan berjuang dengan kudrat yang Engkau berikan. Biarkan aku menjadi seorang hamba-Mu yang tetap berdiri hatta dihambat ujian seribu. Wahai Tuhanku, berikanlah ketenangan jiwa kepadaku. Jangan Engkau biar aku hidup dengan keresahan jiwa semata-mata dunia….”

Airmata laju mengalir. Bukanlah airmata itu mengalir kerana marahkan Tuhan. Tetapi airmata itu mengalir kerana merasai kelemahan diri, tidak berupaya. Mengakui bahawa diri penuh dosa dan lalai dengan segala yang ada di dunia. Tidak dipaksa untuk mata menangis, tanda mahu mengadu kepada Dia Yang Maha Tahu.

Sungguh, hanya orang yang kembali kepada Tuhan,
beroleh kekuatan dan ketenangan jiwa.

Bukanlah ALLAh Ta’ala itu zalim terhadap kita dengan membiarkan kita merasai kesakitan yang ditanggung sekarang ini. Namun cubalah hisab diri, dan pandanglah sekilas kepada masa-masa yang telah berlalu serta tanyalah diri sendiri, dosa apakah yang sering kita anggap ringan. Dan perbuatan apakah yang kita merasa tidak diperhatikan oleh Yang Maha Memerhati?

Hati ini, sangat berbolak-balik. Kerana itu perlu sentiasa dekat dengan Tuhan!

Bukan kerana kebencian,
cuma memberi secebis kesedaran,
untuk saya yang penuh dosa,
untuk anda yang dikasihi ALLAh.

Semoga ALLAh merahmati...

Sumber : http://cintailahi.com/tazkirah/dalam-hatinya-siapa-yang-tahu/

Khamis, Januari 19, 2012

Monolog Diri...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:59:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Sumber Utama : Syabab Musafir Kasih


Dialog dalam diri saya sendiri;

Soalan: Kenapa aku asyik kena bala je ni akhir2 ni? Nasib pun buruk2 je.

Jawapan: Ko jauh dari Tuhan. Ada ko bangun semayang malam? Tade kan? Ko cakap tak serupa bikin. Ko nasihat org, tapi ko tak buat. Ko nak menipu diri ko sendiri?

Soalan: Ahh cis! Bila aku buat pun, apesal aku tetap dapat macam2 ujian?!

Jawapan: Tu bukan ujian, tu kaffarah dosa-dosa ko. Tade manusia maksum dari dosa wlpn sebesar zarah. Jadi jika manusia diuji, tu sbnrnya nak melunturkan dosa-dosa. Bersyukurlah.

Soalan: Argh! Apakah ujian2 dan musibah2 ni baik utk aku?! Bukan ke memudaratkan aku je?!

Jawapan: Ko jangan jadi bodoh. Sebenarnya lebih baik Allah balas dosa-dosa yang ko penah buat tu dengan dibalas terus masa kat dunia lagi. Kalo dibalas kat akhirat, ko pasti tak tahan direndam dalam api neraka yg bahan bakarnya adalah dari batu dan manusia.

Soalan: Jadi buat apa aku minta diampunkan dosa-dosa gak kalau nak terus-terusan dibalas camni?!

Jawapan: Allah berkuasa segala. Dia Maha Pengampun, tapi Dia Juga Maha Menghukum. Kadang-kadang dosa-dosa kita diampunkan terus oleh Allah dengan amalan2 soleh, tapi kadang2 dosa-dosa kita diampunkan dengan menerima pembalasan-pembalasan. Janji ianya diampunkan. Ko siapa nak lawan Tuhan? Sedangkan Rasulullah SAW yg maksum pun berkata doa yg terbaik adalah doa minta diampunkan dosa malah Baginda sendiri bertaubat berpuluh kali sehari. Ko siapa nak angkuh sangat dengan Tuhan tanak minta maaf dengan Dia?! Dia nak balas ke, Dia nak ampun ke, kita tak layak nak persoalkan. Kerja kita mohon ampun dan taubat. Kerja dia menerima taubat dan memberi keampunan. Itupun dinilai pula pada keikhlasan dan kesungguhan diri.

Soalan: Apesal ko nak nasihat aku ni?

Jawapan: Sebelum org lain nasihatkan, better diri sendiri yg nasihatkan dan sedar sendiri.

(terdiam dan membiarkan akal waras membuat keputusan)


Sabtu, Januari 08, 2011

7 Kalimah Untuk Diamalkan (7 Words To Be Practised)

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:03:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Menyebut Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu...
(Says Bismillah when you want to start every single thing you do)

Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu...
(Says Alhamdulillah everytime you have finished doing somethings)

Menyebut Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut...
(Says Astaghfirullah if you slippery said something that unproper)

Menyebut InsyaAllah jika merencana berbuat sesuatu di hari esok...
(Says InsyaAllah if you have planning something to be done by tomorrow)

Menyebut La Haula Wala Kuwwata Illa Billah jika menghadapi sesuatu yang tidak diingini dan tidak disukai...
(Says La Haula Wala Kuwwata Illa Billah if you facing unexpected situation and something you dislike)

Menyebut Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun jika menghadapi dan menerima musibah...
(Says Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun if you are facing and accepting any disaster)

Menyebut La Ilaha Illa Allah Muhamad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. Amalkan selalu supaya menjadi rutin harian dan kebiasaan...
(Says La Ilaha Illa Allah Muhamad Rasulullah during day and night until not separated from tongue. Practise always so that it will become daily and habit)

Sabtu, Januari 02, 2010

Semakin hendak berubah semakin banyak ujian....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:05:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...


KENAPA AKU DIUJI?

• Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

• Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

• Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?

• Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

• Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

• Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

• Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

• Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.


Subhanallah



Mari kita berbenah dan terus berbenah..
untuk mempersembahkan yang terbaik dalam masa hidup kita...
Dengan torehan kemuliaan dan semangat pantang menyerah...
Dimanapun. kapanpun dan dengan siapapun..
selama ALLAH SWT menjadi "..just The ONE goal..“
Insya Allah akan "bahagia" sebagaimana doa
yang sering terlantun untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.



Aku minta kepada ALLAH
setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus yang berduri..
Aku minta kupu-kupu,
di beriNYA ulat...
Aku kecewa dan sedih.....
tetapi aku tetap bersabar...

Namun....
tak lama kemudian
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik....
Begitulah cara "ALLAH mengasihi kita selalu indah pada waktunya."
sayangNya Allah setelah kite redha kesemua ujian itu..


Selasa, Disember 29, 2009

Mekap Muslimah... Jom Pakai....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:32:00 PTG 3 Celoteh SahabatKu...

*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan sebagai "hiasan mata" anda), nescaya akan semakin bening dan jernih.

*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelumumur pandangan laki-laki yang membahayakan.

*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "Cincin Ukhuwah".

*Bedakilah wajah anda dengan "Air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



Ahad, November 01, 2009

Terlanjur : Padah CInta Monyet....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:21:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Terlanjur : Padah Melayan Cinta Monyet
www.iluvislam.com
Tuan Mohd Reza
Editor: RosNiza Abdullah

“Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu?” Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.

“Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini” Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.

Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?

Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?

Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.

Allahu Rabbi…!

Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku di kalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.

Inilah yang penulis persoalkan.

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.

Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.

Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.

Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.

Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.

TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS

Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.

Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.

“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat”

Biasa dengarkan ayat di atas?

Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.

Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

“Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu” antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.

Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

Pastinya kenyatan ini dijawab kembali: “Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.


SAY : “NO COUPLE”

Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)

Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.

Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.

Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.

Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. ameen

Rabu, Oktober 28, 2009

TENSEN!!!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:30:00 PG 3 Celoteh SahabatKu...
“ TENSEN!! “ ana melihat handphone Sony Ericsson yang ana letak atas katil… Mesej yang masuk sebentar tadi ana baca.. Ringkas, tp cukup padat nak mengungkap semua yang terpendam... Al-maklumlah minggu exam ni... masing-masing sedang hangat dilamun cinta... cinta yang terkadang menekan jiwa... maksudnya disini.. tensen menghadap buku-buku, nota kuliah dan latihan sebagai persediaan nak ber’dating’ dengan kertas soalan.... berjam-jam dihabiskan untuk menjawab killer question yang diberikan... Time tensen nilah semua keluar... astaghfirullah... nauzubillah... macam2 gelagat....

“ Lar nape tensen ni? Hah! Mesej akak sebelum sampai masa perjanjian nih. Penalti 20 minit.” Balas ana dengan sedikit lawak.. ana teruskan pembacaan dan ulangkaji yang masih belum habis.. tensen juga tapi dalam hati ku selitkan dengan doa agar ana mampu memahaminya... Lama... Mesej tak dibalas, mungkin marah atau ‘terkena sudah’... Kubiarkan hp ditepi sambil berehat sebentar dan selesaikan apa yang patut. Ana baru balik dari surau.. Hampir seminggu berkampung seketika di musollah dan masjid untuk mendapat mud study... Alhamdulillah lancar...

Ba’da 20 minit, usai mengambil air untuk dimasak dalam heater...

“ Tensen... Kak Hana....” tepat pada masa penalti dikenakan.... ana tersenyum... budak sorang ni memang tau. Bisik dalam hati ana.

“ Hehe, bagus.. mematuhi penalti yang diberikan... Awat tensen ni? “ Balas ana..

“ Org tensen lagi nak penalti2...Ahad lepas dah baca.. Tapi makin baca makin tak faham...” dia merungut... Ana tergelak kecil... Lumrah orang bercinta... Bila lama sangat berhubung mulalah semakin tak memahami, bila mula bosan terjadilah tensen....

“ Hmm, tutup dulu buku tu then duk rehat kat tepi k. Nanti makin tensen.” Nasihat ana.

“ Taknaklah nanti tertido kalau kalu rehat.” Balasnya.

“ study ape? Nak Kak Hana pujuk ke tegas?” ana memberi pilihan...

“ Physics... Pape jela...” mesej ana beri dibalas ringkas je...

“ Ermmm, k cm ni. Kak Hana rase kamu lg tahu mana yang perlu. Dari kamu mengadap paper tu then ckp tensen3. Memanglah tensen. Dah tu doanya kan. Akak maksudkan rehat td. G amik wudhu. Amik masa sikit baca buku yang kamu beli, takpun baca Al-Quran. Dengar pun ok.. Kita manusia... Had kita ada... Doa pada Dia moga dipermudahkan. Kak hana tak pandai nak nasihat sangat. Tapi pe yang kak hana wat malam ni kak hana try yang termampu. Selebihnya kak hana minta Dia bg petunjuk. Ilmu ni ilmu Dia juga. Tak luak masa kita ingat dan spent masa pada Dia.

Tensen! Tensen! Tensen! Mustahil rasanya jika tiada yang merasakan tekanan bila menghadapi ambang peperiksaan akhir. Cuma beza tahapan tekanan je pada setiap individu. Sekurangnya sekelumit tekanan pasti dihadapi.

Bulan peperiksaan, dimana sahaja sekarang ni individu-individu bergelar pelajar, siswa dan siswi sedang berjuang dengan peperiksaan. Bercinta dengan nota kuliah, bertunang dengan latihan soalan, diakad nikah dengan kertas peperiksaan dan akhirnya menanti hasil dari gerbang perkahwinan jawapan yang telah dijawab. Itulah hasilannya nanti.

Dalam bercinta tu ada lumrahnya. Naik turun perhubungan kita sesama pasangan. Begitu juga bila bercinta dengan ilmu. Cumanya bercinta dengan ilmu pulangannya berkali ganda nilaiannya disisi Allah. Bilamana berkata tentang ilmu, ia termasuk dalam ibadah juga.

Bilamana berkata tentang study untuk exam, ia jangan dijauhkan dari ibadah rutin kita. Solat, puasa, doa dan sebagainya. Inilah yang menguji kita. Tahapan kebergantungan pada Allah. Saat mana kita bermatian belajar, adakah bermatian juga kita memohon petunjuk dan pertolongan dariNya.

Wahai rakan-rakan, sahabat-sahabat, adik-adik, dan termasuk diri ini juga. Jangan pisahkan keduanya. Ilmu yang kita tengah belajar ni ilmu Dia juga. Bukan ilmu sesiapa selainNya. Jadi janganlah khuatir dan tensen-tensen bilamana apa yang dibaca tak masuk mahupun semakin jauh dari pemahaman kita. Tiada tempat lain untuk kita kembali selain dari sebaik-baik tempat yang telah dikurniakan pada kita. Apa dia? Allah lah nikmat terbesar kita. Sebaik-baik tempat kembali. Masa itu kepunyaan Dia, ilmu itu kepunyaanNya juga. Segala apa dilangit dan dibumi miliknya jua.

Tak luak, tak habis, dan segalanya yang taklah untuk masa kita digunakan untuk duduk sejenak dan dihabiskan untuk Dia. Kita membutuhkan Dia. Tuhan yang memiliki segalanya. Jika susah nak faham pinta padaNya memahamkan kita. Jika risau maka pinta padaNya yakinkan kita. Apa nak diminta lagi? Pintalah kerana Allah itu Maha Memakbulkan.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ‘Ketenangan‘.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ‘Kebahagiaan‘.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ‘Keberhasilan‘.
Ambillah waktu untuk beramal,
kerana itu adalah satu-satunya kunci menuju Syurga.

So pesanan akhir… Jangan tensen2 ye sume… Anggaplah ini ujian kecil nak dibanding peperiksaan buat kita yang kita hadapi sejak azali lagi.. All the best buat semua... Not only study hard but study smart too... Maat taufiq wannajah fil imtihan...

Ps* bila ana tensen... minta sahabat2 serang ana balik dengan pesanan dan teguran yang membina ye... supaya tak rebah diulit kecelaruan... renung2kan.. dan selamat menghadapi peperiksaan..

Ahad, Oktober 25, 2009

Dunia.... Dewan Peperiksaan......

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:58:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt.....
Biasanya hujung2 bulan seperti sekarang ni, pastinya di mana2 peringkat sekalipun, pelajar2 dan para siswa siswi sedang sibuk dengan persediaan rapi untuk mendepani ujian dan peperiksaan yang akan menguji sejauh mana kefahaman dan penghayatan mereka sepanjang temph pembelajaran.....
Belajar secara berkumpulan....
Belajar bersendirian.....
Bersedia lebih awal mahupun bersedia disaat akhir peperiksaan...
Ia menjadi rencah berbeza bagi setiap dari insan yang bakal menghadapinya...
Suasana sunyi sepi... Fokus di meja study adalah lumrah apabila tibanya minggu ulang kaji...
Segala aktiviti di'matikan' seketika untuk berkorban masa demi peperiksaan....
Yang memilih mendekatkan diri pada Allah seiring berusaha meningkatkan kefahaman serta persediaan sebelum peperiksaan, tahniah diucapkan....
Namun, bagi yang semakin meninggalkan kebelakang perintah yang lebih perlu, malang dan takziah diucapkan...
Diingatkan, jom sama2 kita dekat kembali kepadaNya... Tiada medium lain yang dapat membantu kita melainkan segala percaturan yang telah diusahakan itu selain dari apa yang Ia akan putuskan....
" Kun fayakun " tatkala ini yang dikatakanNya, maka tiada apa yang dapat kita insan yang lemah ini dapat lakukan...
Nah, inilah masanya dan perlunya kita mencariNya, memohon dan memanjatkan sepenuh penharapan kepadaNya agar Ia melindungi dan menjaga kita dikala menghadapi peperiksaan...
Dikala inilah kita memohon petunjukNya untuk memudahkan apa yang kita ambil dari ilmuNya, kedap masuk dalam hati kita....
Dikala inilah kita mohon padaNya agar Ia berikan pertolongan dikala kita membutuhkan Dia...
Allah tak pernah tinggalkan kita sekalipun... tetapi kita ni yang sering lupa dan melambat2kan pertemuan indah bersamaNya....
Buat diri yang lemah ini juga sentiasa memohon keampunan atas segala kealpaan dan kelalaian yang telah dilakukan...
Ampuni diri ini Ya Allah.....

Peperiksaan kita nanati pastinya di dewan2 kuliah dan juga dikelas2....
Sedar atau tak... Sejak didalam perut ibu lagi kita telah diuji di dalam dewan peperiksaan yang besar.. MilikNya semata...

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ( Surah Al-Fath : Ayat 4 )

[1394]. Yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,

Berapa ramai yang sedar akan ini.... ( menyedarkan diri yang sering terlupa ni gak )

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ( Surah Al-Ankaabut : Ayat 2 )

Allah sendiri berfirman bahawa Ia pasti akan menguji setiap dari makhluk yang Ia cipta. Siapa makhluk itu? Kitalah, manusia... Yang Allah ciptakan memiliki akal yang boleh berfikir. Berbeza dari makhluk yang lain..

Peperiksaan besar yang kita akan hadapi ini tidak akan berakhir selagi hayat kita masih ada...
Selagi semampunya kita menghirup oksigen yang Allah berikan secara percuma ini...
Selagi kita mampu menggerakkan anggota tubuh kita tanpa perlu kita ganti 'baterinya'...
Selagi kita mampu melihat tanpa perlu kita pasang ganti 'kanta' yang ada....
Subhanallah... Walhamdulillah....
Terlalu banyak yang Allah berikan nikmat pada kita... Namun, masih lagi kita kufurkan...

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah[789] dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? ( Surah Ibrahim : 28 )

[789 ] Yang dimaksud dengan nikmat Allah di sini ialah perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah.

Yang telah pergi ujian Allah pada mereka telah tamat... Keputusan dan 'markah' mereka akan diperhitung bersama kita nanti tatkala semua manusia dipanggil berhimpun bersama di mahsyar sana....
Sejauh mana 'markah' dan 'keputusan' kita tu bergantung pada amal dan ibadah kita di dewan peperiksaan besar ini....
'jawapan' kita pada 'persoalan' yang Allah telah aturkan.....
jawapan yang tepat pasti 'markah' baik ganjarannya.....
jawapan yang bukan dari apa yang ia minta ada juga ganjarannya....
Makna kata stiap 'jawapan' kita hanya Dia sahaja yang berhak menilai....

Analoginya pensyarah yang mengajar dan menguji peperiksaan kita, ialah org yang selayaknya memberi markah pada kita...
Masakan boleh pensyarah Matematik yang kepakarannya Matematik sahaja mampu menilai kertas peperiksaan dari pensyarah Perubatan....
Pastinya tidak, jika mungkin terjadi pun atas kekuasaan Allah yang mengizinkannya menguasai lebih dari 1 bidang.....

Jadinya, disamping kita bersedia menghadapi ujian dan peperiksaan yang akan diuji nanti... jangan lah diabai dilupa untuk sentiasa bersedia menghadapi dan mendepani ujian2 Allah....
Kerana apa pun jua kepada Dialah tempat sebaik2nya untuk kta kembali dan menanti keputusan dari apa yang telah diuji...


Ya Allah hanya kepada Engkau ku bermohon dan meminta....
Jadikanlah dunia itu didalam genggamanku dalam pencarianku kepada redhaMu...
Janganlah Engkau letakkan dunia didalam hatiku, dan membuat aku lalai dari mengejar cintaMU..


ps* Sahabat2 jom letak dunia dalam genggaman kita untuk ke 'sana....


Ahad, September 13, 2009

D.U.I.T

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:34:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Click!

Sms masuk kedalam inbox hp Butterfly ana....

“Usaha banyak mana pun, jika Allah tak izinkan tak jadi juga” --> Ana, tolong komen..

Pinta seorang sahabat yang meng’sms’kan persoalan itu kepada ana. Puas juga berfikir, tapi tidaklah lama mana berfikir. Bukan apa, mencari idea nak me’analogi’kan dengan situasi yang mudah difahami dan dikaitkan dengan situasi.

Ana setuju dengan ‘statement’ di atas tu. Kemudian, analogi ana kat sini berkaitan dengan program yang kita nak buat. Sepuas dan sepenat mana pun kita berusaha nak menjayakan program tu, namun tanpa biiznillah ianya tidak akan berjaya. Ini tidaklah bermakna, dalam tiap apa yang kita lakukan kita menyerahkan sebulat-bulatnya kepada keizinan Allah tanpa adanya sebarang usaha untuk melakukannya. Dengan kata lain ini bukan menggunakan konsep tawakal ‘alallah, tapi konsep tak guna akal. Nauzubillahiminzalik...
Dan lagi pendekatan ana dalam pandangan ana ialah D.U.I.T. Apa itu D.U.I.T ? Doa, usaha, istiqomah dan tawakal. Ramuan ringkas yang digunakan untuk melakukan sesuatu perkara. Tidak kiralah perkara itu besar ataupun kecil. Sebelum tertinggal, puncak atau klimaks utama kepada ramuan-ramuan tersebut ialah niat kita sendiri. Check semula samada niat kita kerana Allah ataupun tidak. Ikhlas atau tidak ikhlas kita lakukan.

Ada yang bertanya, mungkin. Macam mana nak mengukur niat kita kerana Allah dan mengukur keikhlasan kita? Itu sendiri ana tak berani nak menjawab secara spesifiknya, sebab diri ini pun masih banyak kekurangannya dalam hal-hal ini. Namun, sebagai manusia yang mempunyai fitrah sejak azali lag, kita mempunyai ‘self of oggurance ’, dapat merasai apa yang kita lakukan itu betul atau tidak mengikut fitrah Islam. ( Bila hati bersih insyaAllah Allah akan memberi jalannya )

Doa --- Berdoalah diawal, dipertengahan dan dipengakhiran, meminta petunjuk dan hidayah Allah untuk setiap apa yang kita lakukan. Minta Allah permudahkan apa yang kita lalui. Setiap detik adalah ujian buat kita, kepada siapa lagi untuk kita memohon, meminta dan perayu pengharapan jika bukan Khaliq kita yang Maha Mengabulkan ( Al-Mujib ) dan Maha Pemberi Petunjuk ( Al-Hadi ).

Dan Tuhanmu berfirman:

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku [1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
( Surah Al-Mu’Min 40 : Ayat 60 )
*[1326] – Yang dimaksudkan dengan menyembah-Ku ialah berdoa kepada-Ku

Doa Selepas Solat Sunat Istikharah :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Hadith Riwayat Imam Bukhari)

Usaha --- Apa dia usaha? Tindakan yang kita lakukan dan ambil untuk melakukan sesuatu. Merancang itu suatu usaha, berfikir juga adalah suatu usaha. Bagi ana usaha itu tidaklah tertakluk pada tindakan jasadi semata-mata. Usaha yang bagaimana? Pabila ditaklifkan atau diamanahkan pada sesuatu, berusahalah untuk berusaha melunaskannya sebaik mungkin. Jangan hanya pandai menerima dan mengaku ‘tahu’, ‘reti’ atau ‘sanggup’. Tapi usahanya setakat ‘gitu-gitu’ sahaja. Dan lagi, masih dikaitkan dengan niat. Untuk apa kita melakukan sesuatu itu? Mencari redha allah atau redha manusia semata? Jika kerana redha Allah insyaAllah setiap yang Dia kurniakan sebagai hasil usaha kita, kita akan redha dan terima. Tapi jika kerana manusia? Kerana nama, pangkat dan harta semata-mata. Jika diizinkan Allah kita dapat, ya kita dapat. Tapi renungkan dimana ‘Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun’? KeberkatanNya..... Allah melihat hasil dari apa yang kita usahakan, tetapi usaha itu lebih diganjarkan. Maknanya? Berusahalah demi mencari keredhaan Allah, bukan mencari redha manusia.

Istiqomah --- Usaha sudah kelihatan, namun tanpa ke’istiqomah’an ianya tidak membawa pulangan. Istiqomah boleh membawa maksud berterusan. Usaha secara berterusan dalam melakukan sesuatu. Amal yang sedikit tetapi istiqomah adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi tidak istiqomah. Lihat! Begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. Sama juga seperti merancang program..

Tawakal --- Last but not least.... Disamping ramuan doa, usaha dan istiqomah disitulah letaknya perisa terakhir dalam tindakan kita... Tawakal... Berserah kepada Allah... Bukan sebulat-bulatnya berserah kepada Allah tanpa berdoa, berusaha dan beristiqomah.... itu 'menyerah' namanya... Dizaman Rasulullah pun dahulu ada kisahnya tentang tawakal ini.. Dimana baginda menegur seorang sahabat yang tidak menambat untanya di pokok ketika mana ia hendak pergi ke masjid bagi menunaikan solat... sahabat baginda menyerahkan sebulat-bulatnya takdir pada Allah.. tetapi Nabi Allah mengatakan... sebelum bertawakal berusahalah sedikit untuk menambatnya kemudian terserahlah kepada Allah akan takdir yang seterusnya...

Dan firman Allah..

(Dia-lah) Allah tidak ada Tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakallah kepada Allah saja.
( Surah At-Taghaabun : 13 )

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah tetapi disandarkan kepada kelemahan diri ini sebagai hambaNya yang lemah....

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata fizikal dan mata hati kita untuk sesama diri sahabat2 wa diri ana juga untuk kita koreksi diri kita ni...

InsyaAllah dengan ilmu yang sedikit ini moga Allah memberi ana lebih lagi ilmu yang boleh sahabat2 kongsikan... Barakallahu fiq wa bikum..... Astaghfirullah hal adzim....

Sabtu, September 12, 2009

TAQWA UNITED vs NAFSU CITY

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:42:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Tepat jam 12 malam 21 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.


Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)



Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.


Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.


Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.


Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.


Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.


Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

Sekian, untuk anda yang masih termenung di luar



Jumaat, September 11, 2009

Seminit... Dua minit.....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:27:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt Nor Farhana Nordin...

Apa sahajalah yang dimerapukan dengan seminit wa dua minit tu ye....
Dalam bahasa Arab ia disebut daqiqah ( 1 minit ) dan daqiqatani ( 2 minit ) jika lebih pula daqae'.....
Tutup topik!! Bukan itu sebenarnya yang ana nak sentuh....
Tapi tentang ini... Bermula kisah....

Ba'da berbuka wa solat Maghrib ( ana tinggal sorg dibilik )....
Ana bersiap-siap memakai telekung dan sebagainya
untuk bertarawikh di Dewan Putra 2 Kolej Serumpun....



10 Malam Terakhir.... So surau ke.. masjid ke...
Kenalah imarah dengan jemaah2 muslim yang mengejar bonus2 pahala kan.....
Ana turun membawa handphone, kunci bilik, duit sikit dan kunci bilik paling penting )....
Berjalan sorang2 dengan siap bertelekung...

Tiba-tiba.....
Ana terpandang kereta MyVi ana yang td pagi ana 'cedera'kan dan petang td ana gilapkan...
Kesian dikau wahai kereta pinjam abah kesayanganku.....Ana mencari2 kunci dalam beg kecil ana... Ha! Ada kunci kereta....

Nak ke tak nak ye....
Kaki laju melangkah ke MyVi lalu ana start enjin dan target dalam minda ana nak ke masjid...
Hush... Seminit je... Dah boleh buat keputusan...
Alhamdulillah ringan je perjalanan ana ke masjid..
Terasa benar2 dipermudahkan....
Syukran Ya Allah...

Mana tidaknya... Untuk Ramadhan kali ini baru 2 kali ana menjejakkan kaki ke masjid UPM untuk bertarawih... Itupun 8 rakaat je...
Syukur alhamdulillah....

Ana ingat bila ada kereta lagi mudahlah ana nak bergerak kesana...
Rupanya tidak juga... Tahun lepas lebih dari 10 kali ana berbuka dan bertarawih di masjid.. Dengan cuma naik bas dari kolej dan berjalan kaki dari FBMK... Subhanallah....

Ujian Allah... Siapa dapat menduga..... Kita rasa kita mampu tapi Allah uji sehingga kdg2 payah kita nak wat... Dan kita rasa kita tak mampu tapi Allah ringankan urusan untuk kita berbuat.....
Besarkan rahmat Allah... Trlalu luas.......

Perkaitan yang ana nak bawa disini...
Berkait dengan seminit dan dua minit tu juga....
Dalam berbuat keputusan terkadang kita hanya peruntukkan masa yg singkat je...
Tetapi, tidak semuanya begitu....
Banyak keputusan yang perlu kita perbuat setiap hari....
Secara tidak sedar mahupun sedar.....
namun, sebaik2 keputusan adalah penentuan dari Allah jua.....
Sebaik2 tempat kita mengadu ialah Allah jua.....
Keputusan terkadang memperuntukkan masa sepanjang hidup kita....
Itupun belum tentu dapat diputuskan....
Jangan lari pabila berdepan dengan keperluan membuat keputusan...
Berdepanlah.....

Sebaik-baik keputusan ialah meminta petunjuk dariNya....
Teruskan ISTIQOMAH....
Gunakan senjata utama.... Iaitu DOA....
Gunakan anugerah teragung.... Iaitu ALQURAN...
Gunakan pertemuan bermakna.... Iaitu SOLAT....
Gunakan pergantungan semata.... Iaitu TAWAKAL....
Gunakan cara berkesan.... Iaitu BERUSAHA...
Gunakan anjuran Rasulullah... Iaitu ISTIKHARAH....

Wallahualam ta'ala.....
B.D.I : Ini semua untuk diri ini yang perlu terus dan terus memperbaiki diri.... Sambil mengajak sahabat2 untuk terus sama tabah dan tsabat menempuh hidup yang menuntut penghambaan kepada KHALIQ yang satu.... Ameen~~~

Rabu, September 09, 2009

Rahmat Allah SWT

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:07:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari

Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi



PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu


Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi

Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan

Moga lautan hilang gelora


Bulan Ramadhan dah memasuki separuh masa kedua.. Tinggal hanya sepuluh malam terakhir untuk diharungi sementara menanti hari kemenangan umat Islam....
Subhanallah... Ketika menukilkan ayat ini hatiku di rundung sebak yang amat...
Ya Allah... bagaimanakah penilaian Mu keatas hambaMu ini....
Telah sempurnakah dan cukupkah amalan2ku demi mencari keredhaan dan keampunanMu...

Banyak yang berlaku sepanjang bulan barakah ini....
Banyak yang menuntut diriku ini memilih antara satu..
..
Sungguh... Mungkin bukan pilihan / keputusan yg terlalu besar untuk ku lakukan...
Namun, ia benar2 menguji hati dan kekuatan spiritualku....
Pernah sahaja air mata ini tak berhenti menangis memohon kekuatan dikala hampir rebah...
Alhamdulillah.. Rahmat Allah itu luas....

Ujian demi ujian membuatkan diri ini menjadi pemikir....
Ya Allah... Kala ini hambaMu masih betah dan teguh diuji....
Hari esok.... hanya ku mohon bantuan dari Mu semata....
Ujian Allah ni dirasakan banyak membantuku mengikis sifat2 mazmumah....
Lantas membuatkan diri ini berfikir apa yang ku berikan kepada ummah...

Allah menciptakan kita lalu diuji keimanan dan ketaqwaan kita dan memb
erikan kita dengan apa yang kita perlu dan bukan yang kita mahu....
Ujian sebagai kafarah dosa-dosa yang dalam sedar atau tidak apa yg diri ini lakukan....
Astaghfirullah... Sungguh... Menyedarkan diri ini yang terlalu banyak alpa....
Lirik diatas menuntut persamaan pada diri ini....
Begitu kerdil dan jahil diri ini.....


" Allahumma la tuzi' kulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmah,
innaka antal wahab..."

"Ya Allah.. Jangan Kau bolak balikkan hati kami setelah kau kurniakan hidayah kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah pembuat keputusan yang nyata..."



Surat Cinta Untuk Jiwa

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:18:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya


" Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

Wallahu?alam bisshawab

Nota : Semuga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku..... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez