Rabu, Jun 17, 2009

Mulakan Dengan Basmallah...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:14:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Mulakanlah Dengan Bismillah
Setiap detik setiap saat ialah nikmat anugerah dari yang Hak...
Kita sebagai hamba kepada Khaliq yang Esa hanya meminjamnya buat seketika...
Setiap dari detik jarum bergerak itulah masa yang perlu dimanfaatkan sebaiknya...

Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar kerugian (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran (3)
( Surah Al-Asr )

Masa kita sama dengan yang lain.. Tapi tidak sama aturannya...
Kita memanfaatkannya dengan memikul amanah yang diberikan....
Bekerja bukan bersendirian, tetapi bersama-sama dan berkumpulan....

Jika bekerja, bekerjalah dengan ikhlas.....
Jika bekerja, bekerjalah dengan niat Lillahitaala....
Jika bekerja, fikirlah bahawa kita ingin ‘memberi’ bukan ‘menerima’....
Allah SWT tidak memandang hasilnya, tetapi usaha yang kita jalankan untuk merealisasikannya...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ‘Ketenangan‘.
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ‘Kebahagiaan‘.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ‘Keberhasilan‘.
Ambillah waktu untuk beramal,
kerana itulah satu-satunya kunci menuju syurga

Mulakan setiap langkah dan perbuatan kita dengan bismillah...
Semoga barakah apa yang kita lakukan....
Dan Allah SWT memberi redha atas setiap darinya...
Wallahualam.....


Rabu, Jun 10, 2009

Kita Sedar Ke Tak Sebenarnya??

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 5:48:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
Sedar atau tidak sahabat2… sebenarnya hidup kita ni selalu akan diuji kan…
Waktu kita gembira, sebenarnya kita diuji…
Waktu kita sedih, sebenarnya kita diuji….
Waktu kita ramai, sebenarnya kita diuji….
Waktu kita sendiri, sebenarnya kita diuji…..
Setiap waktu sebenarnya kita akan diuji….

“ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

- Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa setiap manusia yang telah Dia ciptakan itu pasti akan diuji. Dan tiada manusia terkecuali daripada mendapat ujian Allah. Sedangkan kekasih Allah ( Rasulullah ) juga diuji dengan pelbagai mehanah dan cabaran dalam menyampaikan seruan Islam.

“ Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)

- Allah sahajalah Tuhan yang berkuasa menghidupkan dan mematikan setiap makhluk yang Ia ciptakan. “ Kun Fayakun “ yang bermaksud "Jadilah!" maka terjadilah ia. Dengan berkata demikian hanya Dia yang berhak melakukan apa yang Ia kehendaki. Hidupnya manusia di muka bumi Allah ini adalah untuk diuji keimanan dan ketaqwaannya kepada Khaliqnya...

Apa yang nak ana sentuh disini ya?
Didalam menghadapi ujian-ujian yang punya pelbagai peringkat ini, ia sebenarnya menuntut kesabaran setiap manusia yang menghadapinya....
Allah menjanjikan sebesar2 ganjaran buat insan yang menahan dirinya dari melakukan sesuatu yang mengikut nafsu dan bisikan syaitan....

“ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Surah Al-Imran ayat 200)

“ Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', “ (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Ada yang mengatakan “kesabaran itu ada tahapnya”...
Mungkin ya... jika ia mengancam diri kita dan juga agama.. maka perlulah dilakukan sesuatu untuk mencegah ianya daripada melarat.....
Kesabaran itu harus disandarkan pada konsep tawakal ( berserah diri kepada Allah setelah berusaha )
Kesabaran juga harus diletakkan sesuai pada tempatnya....

Tiada sumber lain untuk kita berharap dan meletakkan sepenuh kesabaran, selain dari Allah SWT...
Hanya Dia sahajalah yang dapat membantu setiap hambaNya...

“ Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal .” (Surah At-Taubah ayat 129)

Dan Allah tidak akan menimpakan ujian atau mehnah kepada hambanya selagi ianya tidak sesuai dengan kemampuan hambanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan termampu buat hambanya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.....” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Akhirul kalam, setiap masa berbenahlah kita dalam menghadapi ujian2 Allah... Koreksi diri untuk selalu dekat denganNya...
Janganlah terkecewa hingga dibawa nafsu syaitan sehingga kita melupai Maha Pencipta...

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui .” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Ingatlah.. hikmahnya pabila Allah menimpakan ujian pada kita sebenarnya Dia rindu rintihan kita padaNya.. Dia rindu pada pengaduan kita padaNya... Allah begitu mengingati dan merindui hamba2Nya...
Bagaimana dengan kita?
Sejauh mana kecintaan dan kerinduan kita padaNYa?
Renungan bersama.............

Hidup Ini Penuh Ujian Kan....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 5:39:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Bagaimana imanmu tika ini?
Hidup ni memang penuh dengan ujian serta mehnah kan....
1 Jun 09 hingga 4 Jun 09 ana berada di Dengkil, Selangor untuk berprogram bersama anak2 Taman Desaria dan Anak2 Umah Anak Yatim Dengkil serta bersama adik bongsu kesayangan ana...
Program motivasi dengan kerjasama ABIM....
Alhamdulillah program selama 3 hari yang berlangsung lancar dan licin...
Macam2 yang ana dapat...
Penat pun dapat... hehehe... tp itu perkara biaselah....
Terima kasih sesangat kepada Akhi Syuk, Akhi Fuad...
Adik2 ana.. Faris, Rauf, Syira n Fathiah yang banyak membantu dalam melancarkan program ni...



2 Jun 09 program Kem Remaja Islam 2 ( KERIS 2 ) berakhir...
3 Jun 09 ana tak balik lagi sebab ada hal2 yang perlu disetelkan...
Petang pas zohor ana gerak ke Bangi untuk hntar van dan terus ke KKR untuk melawat adik2 yang dah sangat2 lama ana tak jumpe...
Sedikit kesedihan dan rase terkilan terbit ketika melawat mereka...
Kerana apa? Biarlah ia... Allah mungkin dah sediakan 1 hikmah tersembunyi...
Ape2pun adik2ku di KKR...
Miza, Jannati, Shahira, Jiha, Intan, Zulaikha, Tiqah, Nonoi, Dayah, Balqis..
Syahida, Saadiah, Nurul, Faizal, Luqman, Najib, Irfan, Syafiq dan len2...
Kak Ana sayang kat korang sume....
Balik dari KKR, hajat di hati nak membeli tiket balik Batu Pahat di Petronas Serdang...
Sekali bila pergi , kaunter tiket ditutup untuk sementara waktu atas sebab2 tertentu....
Adesss.. cemane yer.... esok cadang nak balik pagi...
Cuba gak tanya kot2 ade stesen lain yang ade jual tiket...
Emmm, paling ada pun kat Cheras.. tapi nak p sane t susahkan org len lak....
Dalam hati bertawakal jer... moga2 esok di Seremban ada tiket pagi...
Cumenye kena gerak awal dari Dengkil...
Dalam perjalanan balik sesuatu telah berlaku di Dengkil...
Bagaimana perasaan ana tika itu hanya Allah je tahu.....
Alhamdulillah semua yang berlaku selesai akhirnya pada malam hari...
Ia betul2 menjadi detik sejarah dalam hidup ana untuk tika ini.....

4 Jun 09 seawal jam 7 pagi , ana dan adik, Amira bersiap untuk bergerak bersama Akhi Syuk yang akan menghantar kami ke Terminal 1 Seremban..
Kebetulan Akhi Syuk nak balik ke rumahnya di Jempol bagi menghantar hantaran untuk majlis nikahnya nanti, jadi ana dan adik menumpang sekaki lah....
Sesampainya di Terminal 1 ana tak buang masa untuk ke kaunter bas membeli tiket...
Alhamdulillah, syukur sangat masa tu bas akan gerak jam 10.30am...
Ana dan adik letak beg kat kaunter sebab nak g jalan2 cari sarapan
sementara menunggu ketibaan bas...
Rupanya Terminal 1 tak bukak lg....
Pusing punya pusing ana dengan adik pun makan sandwic je...
Jam 10.00 am ana dengan adik tunggu di Platform 30 n 31...
Tunggu punye tunggu sampai 10.40am...
Ana jadi pelik.. ana minta adik tunggu sekejap kat kerusi yang kami duduk...
Kerisauan yang amat nak biar adik sorang2...
Puas pesan kat adik supaya hati2 n ana akan g kejap je...
Ana berlari ke kaunter...
Lantaklah org tengok... dahler pakai baju kurung pastu tdung labuh...
Taklah laju mane lari.. cume jalan pantas....
Ya Allah!!! Bila tanya kat kaunter rupanya ana tunggu di Platform yang salah...
Tp tulah masa beli tiket td.. ada pakcik yang tunggu diluar kaunter tu cakap tgu di platform 30 n 31...
Then akak di kaunter lak tak cakap ape2....
Masa tanya kali kedua tulah akak tu cakap bas dah lame pegi....
Menitik air mata jatuh...

Cepat2 ana ke tempat adik....
Ana cakap dengan adik tiket terlepas dan ana ajak adik beli tiket lain....
Barang ana tinggalkan... antara barang dan adik... adik lg penting....
Nak tak nak... ana beli tiket ke Ayer Itam... Jam 12.30...
Nak ke Batu Pahat jam 2.30ptg baru ada....
Harga tiket 2 kali ganda.... tp biarlah.... janji sampai awal di Batu Pahat...
Ana tak sanggup biar adik kepenatan menunggu..
Biarlah mahal sikit... duit boleh dicari....
Sementara menunggu bas... ana bawa adik ke kedai buku Popular...
Ana suruh adik pilih je buku mana yang dia nak...
Alhamdulillah adi tak banyak meragam... Dia faham dan tak merungut....
Jam 12.00tghr bus sampai... rupanya tu bas ke Larkin...
Dan kami menumpang sahaja... tumpang pun tumpanglah...
Duk belakang sekali pasti perit... seat tak dapat diturunkan.. sudahnya sakit badan tidur....
Paling kesian kat adik lah.... “ Sabar ye dik.. Kesian kamu kena ikut akak hadapi ujian ni.”
Alhamdulillah, jam 3.30 ptg kami sampai kat Stesen Minyak Caltex simpang Ayer Itam...
Disitu kami menunggu ketibaan mak n abah...
Sambil menunggu banyak yang ana bualkan dengan adik...
Kagum ana... Umur adik 10 tahun tp banyak yang dia faham...
Malah dia kata jika ada prog macam ni lagi dia nak ikut ana... Sebak....
4.00 ptg kami selamat sampai dirumah...

Akhirul kalam.... Allah punya byk cara untuk membantu hambanya...
Pe hikmah yang ana nampak dari ujian2 yang Allah beri ni...
Hubungan adik dengan ana makin3 rapat....
Sayang sangat ana pada dia... Dia juga begitu harapnya....
Tiap detik ana berdoa dalam hati moga dia jadi anak yang baik untuk mak n abah, adik yang baik untuk ana dan abgnya serta akaknya... serta insan solehah untuk Islam...
Begitu juga adik2 ana yang lain.....

Isnin, Mei 25, 2009

Sehelai Tudung Berwarna Ungu………..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:42:00 PG 2 Celoteh SahabatKu...
Apa ada pada sehelai tudung berwarna ungu ni ya?????

Mungkin boleh ana catat dalam diari sejarah ana sebagai tudung labuh ‘pertama’ yang ana jahit sendiri dengan tunjuk ajar mak.....

Kain lerang 60 dengan ukuran 2 ¼ meter ni dah lama dibeli... dah sebulan lebih rasenye..... tapi baru hari ini di patenkan dan dijahit dengan jahitan insang pari...( kalu tak silap )
Tudung labuh litup kedua selepas tudung ‘puteri Islam’ yang ana beli dari ukhti Nad...

Bila kenangkan kembali zaman sejak sek rendah -------> sek menengah ------------> matrikulasi dan kini berada di tahun akhir di UPM.... baru kini ana dapat pakai tudung labuh..... kenapa ya???? Hmmm...=) biarlah ia jadi yang semalam....


1st time buat.....guguplah juga... yelah.. jika silap potong alamatnya membazirlah kain yang dibeli tu kan... warnanya pun cantik..... So, dengan penuh berhati2 ana potong sedikit demi sedikit.... setelah puas hati, ana tanya mak ana apa yang perlu ana buat seterusnya... mak pinta ana iron dulu ikut paten yang ana nak jahit..... kira line tengah didalam tu lah.....

Ana menurut perintah dan meng’iron’ dengan cermatnyer.... setelah itu ana panggil lg mak... “ Nak wat camne ni mak? “. Mak ambil tudung ditangan ana tu dan mak buatkan ia menjadi kedudukan dihadapan.... mak pinta ana cari benang yang lg serlah warnanya berbanding warna kain... setelah puas cari alhamdulillah jumpa juga...

Mak duduk di lantai.. ana juga... mak ajar ana jahit jahitan yang ana inginkan.... sedikit2.... dalam hati ana bersyukur sgt.... mak ajar dengan penuh kesabaran.... “ Syukran mak, sayang mak...”
Lepas tu ana sambung jahitan yang mak dah tunjukkan td.. mula2 kekok juga.. tp lelame ok je... alhamdulillah ana cepat belajar juga... cam masa dulu mak ajar jahit leher baju dan kelepet baju.... so tiap2 kali raya ana bantulah yang mana mampu....

Ok continue..... lepas siap jahit ana try.... longgar... ana ketatkan sedikit.... alhamdulillah ok juga akhirnya.... lepas siapkan yang ungu ana ambik tudung pink ana.... ana buka benang2nya... ana cari benang pink dan ana renovate tudung pink ana macam ana buat pd tudung ungu.. Alhamdulillah akhirnya hari yang ana nantikan tiba juga.... iaitu hari nak edit dan jahit tudung ana.... hehehe....

Lpas siap kedua2nya, ana iron... lpas iron ana test dalam bilik.... Bila try tudung ungu... Alamak!! Terpanjang depanlah.... Hm..... camne nak edit ye... ana renung tudung tu.... ana hampar atas katil ana.... ana amik gunting dan ana potong... Sebelum memulakan sesuatu kerja kita kena buat apa???? Baca basmallah lah.... Heeee.....

Sedikit demi sedikit ana trim kain tudung ni.... pas trim ana try.... trim n try.... trim n try.... akhirnya.... siap juga.... letih juga... mana taknya... perah idea bnyk sgt... hehe... tetibe terfikir... hmmm, kena bnyk praktis ni baru leh jd cekap macam mak... yelah.. mak tgk je kain then gunting.. takyah nak duk diam fkr memanjang je... hehe....

Melihat tudung ungu itu fikiran ana menerawang.... Terlalu bnyk persoalan yang bermain di minda.... Bagaimanakah perwatakan seorang muslimah solehah?? Adakah ana dikalangan mereka...?? mampukah ana menjadi muslimah solehah??? Adakah Allah akan menarik nikmat ini dari ana..??? Adakah Allah menerima amalan2 ana??? Sudah cukupkah dengan bertudung labuh ini ana menjadi wanita solehah?? Terlalu bnyk.... Baikkah ana dimata manusia?? Baikkah ana dimata Allah??? Mampukah Ana istiqomah dengan apa yang ana lakukan sekarang ini??? Mampukah ana menjaga diri ana dan menjaga maruah Islam itu sendiri??? Ya Allah... KepadaMu ana memohon kemaafan dan keampunan... Ampunkan dosa diri ini... Bimbinglah ana ke jalan yang Engkau redhai......

Mata tertutup bersama titisan air mata.....

Isnin, Mei 04, 2009

cuti... cuti... cuti...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:03:00 PG 2 Celoteh SahabatKu...
Salam wbt......
hari ni 4 hb Mei 2009.....
dah hampir 2 minggu dah cuti sem....
erm.. berape ari sebenar2 nyer s=cik ana duk umah ni....
habih je exam 20 hb...
soknyer p book fair....
wah... masuk2 je ruang legar...
dah start dah pening kepala....
cam nak pengsan....
bnyk sgt buku......
belanje sakanlah.... tp terkilan gak.....
tak dapt p PTS publicTion.....
huk3.. sob3.......
petang tu balik je dari PWTC.. teruih kemas barang then cabut balik umah....
seronoknyer.....

lum pun ilang penat balik umah....
dah kena fly mule balik UPM.....
26-28 ade kem jalinan hati kat n9.....
balik lah awal..
uruskan ape yang sepatutnye....
n kebetulan ade keje yang di'offer' oleh sorg sahabat...
mudah je kejenyer.... wat laman web n etc....
wah... naik bus ke serembn then pastu barulah balik UPM....
bwk beg baju n extra beg...
sakit benar bahu n pinggang.....
3 hari di kem n9 sangat menyeronokkan....
hehe.. kat sana ana taklah involve sebagai ajk...
jd pemantau a.k.a org dapurr.... hehehe.....
bnyk menda menarik yang ana jumpe...
salah 1 nyer..
katak besar....
comel sgt... mcam besar anak kucing tau...
subhanallah.... tetibe teringatkan 'gamabunta' citer naruto tuh....
hari kedua kem...
kami daki gunung angsi....
best3.... mencabar....
825 meter tingginyer....
masa naik tu tak hujan.....
masa turun tu hujan lebat....
subhanallah... ujan rahmat tu......
habis je kem....
ana balik sehari lewat.....
stay dulu kat umah kawan baru balik umah.....

huu.... tak sampai 2 ari duk umah...
ana ke Rengit lak....
tak lah jauh...
1 jam dari umah jer....
prog khalifah muda lak....
bawah KPIJ....
alhamdulillah sonok dapat jumpa sahabat2....
walauun baru lgi dalam KPIj ni tp alhamdulillah tautan ukhwah tu kuat...
prog bersama adik2 form1 - lepasan stpm..
prog kerjasama dengan kerjjasama biro rakan muda masjid jamik bagan.....
prog 3 hari je....

ha... ari ni dah kat umah dah.....
masih tak start2 lagi kerje2 mengemas dan membersihkan rumah....
bila duk mengira2...
cuti 3 bulan tapi tolak tambah turun naik prog macam tk sampai sebulan rehat...
ades....
ngah duk pikiaq ni nak p tak prog seminggu 8mei - 18mei ni....
adess.... kena istikharah nih....

huu... tujelah dapat citer.....
ni pun guna 3G mak...
hehehe.... line kat umahtak clear...
tu yang tak apat update,.....
ok lah tu je.....
salam.....

ps# tak tau nak syakap ape... hehe....
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez