Selasa, Januari 06, 2009

Selamatkan Palestin..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:45:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Batu-batu, kerikil-kerikil dan debu-debu yang hancur ini,
Suatu masa dahulu adalah sebuah rumah,
Di dalamnya ada sebuah keluarga,
Yang sering ketawa dan menangis bersama,

Batu-batu, kerikil-kerikil dan debu-debu yang hancur ini,
Telah membina tiang-tiang seri White House,
Istana maha mewah bertatah emas monarki Arab Saudi,
Juga jet peribadi pemimpin OIC,

Selain dari batu-batu, kerikil-kerikil dan debu-debu yang sudah luput ini,
Yang masih ada disitu adalah,
Sebuah harapan dan Janji tuhan,
Juga suatu nyawa yang akan diserahkan,
Untuk sebuah perjuangan,

Julai 2006 - Washington DC
www.pondokbukukita.blogspot.com

Ahad, Januari 04, 2009

Seindah Mawar Berduri (1)

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:00:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
"Khazinatul asrar , kau pencuri!"

Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
"Apa yang aku curi?" bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.
"Biarkanlah..!!" hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.

Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
"Mana Hijriah?" getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.
"Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…" hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.
"Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?"
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.

Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
"Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?" tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…
"Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!" Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.

Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?
Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.

Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia
selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.

Sabtu, Januari 03, 2009

Seindah Mawar Berduri

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:29:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Seindah Mawar Berduri
Karya : Fatimah Syarha Mohd. Noordin


Sinopsis

Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.
Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?
dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
"Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…"
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…

Semester Baru, Tahun Baru, Azam Baru.. Hehe..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:23:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...



Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ‘Ketenangan‘.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ‘Kebahagiaan‘.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ‘Keberhasilan‘.

Ambillah waktu untuk beramal, kerana itu adalah satu-satunya kunci menuju syurga


Alhamdulillah, bermulanya tarikh 30hb Disember 08 ana kembali semula ke UPM untuk memulakan pembelajaran semester 2 bagi sesi 09/10..

InsyaAllah dengan azam tahun baru hijrah , ana akan cuba memperbaiki lagi kelemahan dri.. hijrah itu sendiri boleh diertikan sebagai perpindahan/perubahan daripada lemah kepada baik dan baik kepada lebih baik.. insya Allah... semoga Allah sentiasa memberi jalan itu kepada ana...

ok serba sedkt lah mungkin tentang apa yang akan ana buat sem ni...

InsyaAllah sem 2 ni ana amik 18 kredit 5 kredit sume utk subjek math dan lagi 3 kredit ana ambil Bahasa Arab.. Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak blajar arb.. leh renew balik pe yang dah ditinggalkan lame nih.. hehe.. kebetulan dapat ustazah baru dalam kelas ni kan...

sem ni kalau ikt pada jadual, alhamdulillah taklah pack sgt... kelas pun hanya hari rabu sahaja yang bermula jam 8 pagi... yang lain 9 atau 10 pagi... alhamdulillah... seperti biaselah jumaat mesti ada kelas... huhu.. ramai kawan2 course len takde kelas jumaat.. adeh takpelah...

ikut sem lepas tiap2 jumaat ana ikut kuliah fiqh kat Jabatan Math... Sem ni insyaAllah... Majlis ilmu tu... bukan senang nak dapat... Minggu lepas tak p lagi.. Minggu ni insyaAllah p lah....

Ermmm tu jelah kot nak kongsi.. hehe... ada masa ana nak upload jadual ana.. lum siap lagi sebab ada 1 subjek ni bermasalah nak key-in.. adeh.. subhanallah, sem ni keje2 kelab n prog banyak gak.. alhamdulillah ada sahabat yang membantu ana untuk ajar susun jadual supaya lebih teratur... k itu je... insyaAllah ana update lagi blog baru ana.. blog lame ana stay gak cume tak frequent....

Yang Hidup Pasti Akan Mati...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:40:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...



Sedekahkan Al-Fatihah Buat Allayarhamah Makcik Kepada Sahabat ana yang baru sahaja kembali kerahmatullah pagi tadi.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang soleh..
Al-Fatihah...
Semoga Allah memberi kekuatan pada sahabat ana (Nur).. Tabahlah sahabatku... InsyaAllah.. Tatkala dirimu memerlukan seseorang.. Allah pasti menemani dirimu... Begitu jua diri ini....
Sayang Nur..
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez