Ahad, April 05, 2009

Amanah….???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:55:00 PG
Pernah kan kita g kem2 pemantapan diri.. pastu fasi2 akan minta kita pegang ‘barang amanah’? mesti pernahkan….
Macam2 jenis barang yang diamanahkan...
Biskut? Ubat nyamuk? Telur? Dan memcm lg lah....
Ape pendapat anda tntang barang amanah ni?
Sedar atau tidak kadang2 kita ambil remeh dgn ‘barang amanah’ ni... kita fikir..
“ ala takpelah...saje je fasi ni bg...dia kate je nak denda... t last day oklah tu...”
Tol tak?? Certain ya and certain tidak??
Yg mane tahu menghargai dan mengambil berat tentang ‘barang amanah’ for sure akan jaga barang tu elok2... macam jg barang yang mereka syg....
Yang tak menghargai dan tak tahu apa yang tersirat disebalik ‘barang amanah’ tu mungkin akan wat selamba je kan.... patah pun takpe...t kena marah fasi ok dah pastu...

Bagi yang faham maksud ‘barang amanah’ ni mesti punya pelbagai tafsiran dan idea kan...
Mungkin ni dari pandangan ana sendiri....
‘barang amanah’ ketika kem mungkin hanya sekadar sesuatu barang yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya hingga habis kem....
Sedar atau tidak disebalik ‘barang amanah’ ni sebenarnya banyak mengajar kita erti amanah, dan tanggungjawab....
Kiranya disebalik ‘barang amanah’ ni... tersirat banyak perkara yang sgt bersangkut paut dengan kehidupan kita...
Sekecil mana pun tugasan ataupun amanah yang telah di’amanah’kan dan diper’tanggungjawab’kan diatas pundak kita... seharusnya kita kena menjalankan amanah itu sebaik mungkin....
Amanah paling besar pada pundak kita ialah tugas kita sebagi khalifah dimuka bumi Allah ni....
Allah telah mengamanahkan kepada sekalian manusia untuk memikul tugasan sebagai khalifah, sedangkan Allah sendiri mengetahui manusia ini punya kelemahannya.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." ( Surah Al-Baqarah : 30 )

Subhanallah... begitu besar amanah yang Allah berikan pada kita ya...
Semenjak 2 menjak ni banyak yang ana fikirkan... soal hati,perasaan, ‘cinta’ n macam-macamlah....

Tapi hakikatnya banyak lagi amanah lain yang perlu ana fikirkan dalam hidup ni...

Amanah yang dipikul sebagai seorang anak...
Amanah sebagai seorang kakak sulong pada adik-adiknya...
Amanah sebagai seorang muslimah yang perlu menjaga dirinya sendiri...
Amanah sebagai sahabat kepada sahabat...
Amanah sebagai mahasiswa...


Ish3... ( kalo ada yang tinggal tolong tambah2kan lah yer.... )

Dan yang paling besar sekali.. amanah sebagai da’ei.....khalifah Allah di muka bumiNya ini...
Amanah sebagai da’ei ni bg ana, bukan hanya da’ei untuk berdakwah kepada yang non-muslim untuk terpikat pada Islam, tp dalam masa yang sama menjadi tabligh kepada sahabat2 dan pentarbiyyah diri sendiri... ( paling utama & sgt dekat tu ) kalo diri sendiri tak ditarbiyyah & dimuhasabahkan, gimana nak ajak dan peringatkan orang lain kan.... dan dakwah serta tarbiyyah yang paling dekat ialah kepada ahli keluarga kita sendiri... ( seorang ukhti ana selalu ingatkan ana tentang ni – syukran ye Kak Nad )

Peringatan pada diri sendiri lah gak .. yelah ana ni ngarot juga kadang2 hehe.... sekecil2 amanah yang kita terima ( sbg contoh : pegang biskut selama sehari hehehe ) kenalah kita tunaikan amanah itu sebaiknya... Yang ‘dikiri dan kanan’ kita mungkin akan mengira dan menulisnya kedalam ‘buku’ kita... sekali amanah tu di khianati... ( sbg contoh : kita patahkan biskut tu... ) besar natijahnya.... perkiraannya hanya Allah yang Maha Mengetahui....Wallahu’alam...

1 Celoteh SahabatKu... on "Amanah….???"

Agroindustri Ternakan Ruminan Kolej Vokasional Pertanian Chenor on Isnin, 06 April, 2009 berkata...

nati kejati.. klu jd la.. kita guna belon sbg bahan amanah..

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez