Sabtu, Januari 31, 2009

Adeh Sensitif Sgt...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:47:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Adeh... Ana.. Ana....
Kenapa lah hang ni benda kecik pun nak sedih...
Sedih je takpe.. t alih2 meleleh hujan tu kat pipi...
Org Johor panggil gembeng.... Pe nak jadi dak sorg ni....
Kenapa mesti sedih??
Aduhai... Tak perlu pun sbenarnya...
Ntahlah.. tetiba dah mengalir air mata...
Mungkin rindu sgt kot n ni kali kedua tak berpeluang jenguk mereka...
Yelah before cuti ingat nak jenguk dorg seketika...
Tup3 si Atiqah Syairah bz lak... tak dapat nak p...
Yelah dia je ada transport... Huhu...
Takpela naik cuti t leh p.....
Balik awal ke UPM... Ahad pas wat2 keje leh p jenguk dorg jap...
Tapi mungkin bukan rezeki ana nak jenguk dorang untuk kali ini...
Transport takda pulak... Adeh, luruh juga jantung ni....
Bibir yang menguntum senyuman harapan berubah pelan2 jadi kesuraman....
Kesuraman tadi menghadirkan mendung yang lalu merembeskan gerimis...
Takpelah insyaAllah sampai masanya dapatlah p..
Tak mingguu depan, minggu depannya lagi...
Tak minggu depannya lagi, minggu lagi satu....
Subhanallah...
Kerinduan bila ditakung memang akan menjadi berat yang teramat...
Takpe takung rindu takpe... Bila diluahkan segalanya jd terindah...
InsyaAllah..... Nantikan kehadiran akak ye adik2...
Kangen bangat same kamu....
Nak letak photo adik2 akak takdelah.....Jumpe t =)
Salam Kerinduan Dari Diri Ini untuk adik2 ku......


ps# ana rindu nak p KKR sebenarnya.... haru....

Cermin Diri…………..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:24:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah initanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidakmengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit utk dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali bg orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifatmarah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itupenghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk,takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatahlagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaanmenunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

.: Di sisi mujahid ada mujahidah :.

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:13:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...
Terkadang hati ini tertanya-tanya....kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??

Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!

Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih.... Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

* Ukhtiku... bersabarlah sayang... penuhilah isi hatimu dengan perjuanganMu mencari redha Allah.... janganlah kamu terlalu mengejar cinta mujahid... in sya Allah akanku kejar cinta Illahi dahulu sebelum cintanya.... Allahumma Amin.....

Dakwah Dan Cinta

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:05:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
oleh: azree_mh*

“Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs. Kawal
“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.
”Over Rate Diri Sendiri“

Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.
Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

Pahrol Juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.

Antara Bersin dan Menguap

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:49:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
oleh : everjihad

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, :
“Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa karenanya”. (Shahih Bukhari, 6223)

Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.

Ini berbeda dengan orang yang menguap. Menguap terjadi karena badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktivitas, hal ini karena banyaknya makan . Bersin bisa menggerakkan orang untuk bisa beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas
(Fath-hul Baari: 10/6077)

Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.

Rasulullah bersabda: Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)

Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, “Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut membutuhkan oksigen dan nutrisi; dan karena organ pernafasan kurang dalam menyuplai oksigen kepada otak dan tubuh.

Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pusing, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah aktivitas menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!!

Karena mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menapis udara seperti hidung.Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai-bagai jenis mikroba, kuman dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh.

Oleh karena itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut.

Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.

Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.

Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap.
(Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).

Sumber : http://wishbeukhti.wordpress.com/

Ana kembali...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:18:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum =)

Alhamdulillah segala puji bagiNya.. Dapat juga ana peluang untuk kembali ke medan menulis ni...
Ape sajelah yang nak ana nukilkan yer? Entahlah... Blank gak idea... Sekarang jam 2.20 pagi...
MasyaAllah cepat masa berjalan... Cam baru je td sampai kat UPM ni...
Ana balik awal ke UPM sebab ingat nak setel up semua kerja2 asgmenta yang tergendala sebelum cuti aritu... Alhamdulillah kat rumah ada peluang nak menyiapkan hampir separuh kerja2 nih... Ni kira nak polish semula lah...
Ba'da isya je td pas siap kemas semua brg.. Ani dtg bilik n kami wat keje sesame...
Assignment real analysis ni memang dugaan tol.. yelah benda yang tak sama kena proff jd sama... adeh... Last2 berasap otak jdnye....
Kami tutup buku buka yang len and kami bincang sket2 untuk test nanti... Alhamdulillah terang dan nyata gak lah....

Wat keje smpai tak perasan jam dah hampir kul 12... Ana ajak Ani borak... Citer pasal KKR.. Hehe... jika panjang hayat ni sok nak melawat adik2 kat sana...
Adeh sian adikku, SR... menanti sekian lama pendapat dari ana yang kurang pengalaman ni....
Maaf ye dik... Hope td akak dpt rungkai serba sedkit penyelesaian masalah adik... Takpe yang penting istikharah ye dik....

Pas hantar je Ani balik, tup3 shbt2 fasi ajak lak wat conference kedai kopi... hehe... Pekena senior yang Besdaynya jatub pada Hari Wilayah... Selamat Hari Lahir Abg Deris... Semoga Allah memanjangkan umur dan murahkan rezeki... Bertambahlah amal insyaAllah....

Ni tyme to update blog lak... sesambil YM shbt2 yang masih terjaga dari tidur... Huu... BUZZ! Kena sergah tibe2.. Terkejut ana... Sahabat ana (F) buzz ana... Pelik juga dia ni.. tak penah2 YM malam tetiba YM... Dia gitau dia baru balik selesaikan masalah umat... Masalah macam mana tu? Tak perlu ana citer.... Tp dr citer yang disampaikan... Astaghfirullah... Umat akhir zaman ni pelbagai citer mustahil leh jd real... Ya Allah, golongkan diri ini dalam kalangan yang Engkau redhai...

Dan ana gak YM dgn shbt ni bercerita tentang jemaah... " fahami islam terlebih dahulu barulah memahami jemaah... bukan sebaliknya "... Macam2 pandangan kami kongsi.... Cuma 1 yang ana fikirkan... Semua jemaah punya 1 jalan iaitu mencari mardhotillah, cumanya cara dan methodologi berbeda.... dan alangkah baiknya semua jemaah Islam saling memperkuat dan tidak menjatuhkan antara 1 sama lain....

Ana ngantuk tp tak tidur lg... nape? huhu... Ntah... Tergelak sendiri ana... Ada adik ni siap tegur lagi kat YM..
" Kak tak tido lg "
" Tak dik..."
" Selalu tido lwat ke?"
" Leh tahanlah..."
" Org2 dalam jemaah ni memang selalukan tido lwt"
" Meetg lah keje lah "

Huhu... Ana mampu tersenyum sendirian....

Tertanya sendiri.... benarkah ana ni berjuang di landasan yang benar? Ya Allah, bantulah diri ini untuk membezakan antara yang batil dan haq.... Ya Allah, yakinkan ana dengan janji2Mu....
InsyaAllah keyakinan dan di alasi aqidah yang benar akan membawa kepada kesejahteraan dunia wa akhirat.... Amin....

PROJET KAMPUS '09

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:39:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
PROGRAM JEJAK DARUL TAKZIM KAMPUS 09 (PROJET KAMPUS ‘09)

Didoakan semoga sahabat2 sekalian senantiasa berada dalam limpah rahmat dan lindungan-Allah. Insya-Allah.

InsyaAllah KPIJ Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya akan mengadakan PROGRAM JEJAK DARUL TAKZIM KAMPUS 09 (PROJET KAMPUS 09) pada :

Tarikh : 6 – 8 Febuari 2009
Tempat berkumpul : Pejabat ABIM Hulu Langat
Aturcara program : Rujuk kepada Lampiran A
Yuran : RM 10.00

Program yang bertemakan konsep riadah dan santai ini bertujuan sebagai medan jalinan ukhwah khususnya kepada warga Darul Takzim yang kini menuntut di IPTA/IPTS sekitar lembah klang.

Sebarang maklumat lanjut dan maklumat kehadiran leh berhubung dengan :


1. Mohamad Izwan bin Mohd Yusof : 012-7337448 / 013-2778060
2. Mohamad Zul Ikram bin Ishak : 019-3646958
3. Nur Naimah bt. Md. Kassim : 013-6285359

Tentatif

6 FEBUARI 2009 ( JUMAAT )

6.00 ptg – Ketibaan sahabat-sahabat KPIJ
6.30 ptg – Makan malam
7.00 ptg – Kekemasn diri
7.20 mlm – Solat Maghrib berjemaah
7.45 mlm – Pengisian Rohani
8.30 mlm – Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm – Slot : Siapa Anda
10.00 mlm – Slot : Muhasabah Unggun Api
11.30 mlm – Tadarus Surah Al-Mulk
11.45 mlm – Minum Malam
12.00 – Kembara mimpi
-----------------------------------------
7 FEBUARI 2009 ( SABTU )

5.00 pg – Qiamulail
6.15 pg – Solat Subuh berjemaah
6.40 pg – Bacaan Al-Mathurat
7.15 pg – J – Robik
8.00 pg – Sarapan
8.30 pg – Kekemasan dir
9.00 pg – Slot : KPIJ Dalam Diri
11.30 pg – Minum pagi & persiapan untuk rehlah
12.30 tgh – Bertolak ke Sg. Hulu Langat
1.30 ptg – Solat Zuhur
2.00 ptg – Makan tengahari
2.30 ptg – Tenangkan Fikiran : Rehlah Sungai
4.30 ptg – Solat Asar
5.00 ptg – Bertolak ke ABIM Hulu Langat
6.00 ptg – Rehat & kekemasan diri
6.30 ptg – Makan malam
7.20 mlm – Solat Maghrib berjemaah
8.30 mlm – Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm – Slot : Duhai Khalifatullah
10.30 mlm – LDK
11.30 mlm – Tadarus Surah Al –Mulk
11.45 mlm – Minum malam
12.00 mlm – Kembara mimpi
-----------------------------------------
8 FEBUARI 2009 ( AHAD )

5.30 pg – Qiamulail
6.15 pg – Solat Subuh berjemaah
6.45 pg – Al-Mathurat
7.00 pg – Kekemasan diri
7.15 pg – Ronda-ronda Keindahan Desa
8.45 pg – Sarapan & kekemasan diri
9.30 pg – Slot : Ribat Tangan
10.30 pg – Minum pagi
11.00 pg – Muhasabah & sesi fotografi
12.00 tgh - Pulang

Khamis, Januari 22, 2009

Yeah balik!!!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:56:00 PTG 3 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...


wah sonoknyer ana harini... alhamdulillah dpat peluang balik ke johor....rindu rasenyer pd sume disana...cuti seminggu ni sempena tahun baru cina dan cuti pertengahan semster...pasni dah takde cuti dah...takpelah hargai peluang yang ada...

duk umah nak rehatkan minda puas2 setting and uzlah balik mane yang patut... yelah masuk sem dah sebulan dah tp masih ade yang lum stabil... ish3...apelah ana nih..... insyaAllah 24-26 hb Jan ni bertempat di Johor Bharu, tempatnyer... ngehehe... tak ingat lak... akan diadakan Kem Jom Gegar U... untuk student lepasan SPM n STPM.... untuk anak2 Johor... dibawah anjuran KPIJ , Kesatuan Pelajar Islam Johor... So sape yang berminat sempat lagi kot...contact je ana kat 012-7269419... Ana jadi jawatankuasa prog ni insyaAllah...

* ps : adik ana ikut... hehe.. biar die ka long dia jd trainers die...
k tu jelah... t ape2 ana citer kat sini ek... maaflah if seminggu ni menghilang camtu jer... pape leh contact insyaAllah...



okidoki... maas salamah wa ilal liqo'....

Wassalam....

Doa Rabitah

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:10:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu.


Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka.


Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.


Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaikbaik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".

Manisnya Ukhwah =)

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:23:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
Kadang2 rasa sendirian...
Kadang2 rasa macam kita sorang2 jer...
Kadang2 kita teringin sangat nak rasa ber'teman'...

Banyaknye kadang2....
Heheh... Tapi dengan kadang2 itulah Allah bg kita merasai kemanisan iman dan ukhwah bila punya insan bernama sahabat...
Leh bagitahu sape yang leh survive sorang2 tanpa perlu sesiapa pun disisi??
Iye memanglah kadang2 yang berada disisi kita tu bukanlah orang yang rapat atau kadang2 je dia hadir.... tp kita pasti tetap ada teman disisi kan....

Hmmmm, definisi teman ni bagi ana meluas sangat..
Keluarga kita, nenek kita n atok kita pun teman kita....
Jiran kita.. pun teman kita.... Kucing kita pun teman kita... and macam2lah....
Biasa org fikir ( termasuk ana sendiri bila terlupa ) teman tu sinonim dengan rakan... kawan... and sahabat.... hehe... tol tu... sebab kita dari setat je belajar dari tadika memang banyak spend masa kita dengan kengkawan... tol tak?? tak caye?? gunalah calculation mathematics...
hehe... camne yer??? assirr....

Pernah tak alami keadaan 'berteman' tp 'tak bersua'?? mesti pernah kan.. yelah jumpe kat fs, kat ym, blog n etc.... kita takjub n tertarik nak kenal dengan si dia... waima lelaki ataupun pompuan... dari situ bermulanya 1 perkenalan dan ukhwah..... Teman juga ni... teman alam maya.... Alam realiti cumanya bersalurkan sistem maya... hehehe... ape lah ana celoteh ni....
ana alami gak situasi camni.... memula kenal cam biase je... tp bila banyak berkongsi alhamdulillah terasa manisnya ukhwah disitu walaupun tak pernah bersua muka... hanya mendengar suara dan berbalas mesej jer.... Bilalah nak jumpe si dia nih kan....

Hehe.. apelah yang ana ngarut ni kan... Actually, ana nak kaitkan semua yang ana cakap kat atas nun dengan hubungan kita dgn Allah dan Allah lah yang memaut hati2 kita dengan sahabat2 kita untuk merasai kemanisan ukhwah dan iman....

Yang atas sekali ana kata kadang2 kita rase sendirian n etc kan....


Aku minta kepada ALLAH
setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus yang berduri..
Aku minta kupu-kupu,
di beriNYA ulat...
Aku kecewa dan sedih.....
tetapi aku tetap bersabar...
Namun....
tak lama kemudian
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik....
Begitulah cara "ALLAH mengasihi kita selalu indah pada waktunya."
sayangNya Allah setelah kite redha kesemua ujian itu..


Allah beri kita rasa sedih dan memerlukan tu untuk kita sentiasa mengadu denganNya.. untuk kita dambakan kasihNya sahaja... Allah tak beri sesuatu itu pada makhluknya dengan sia-sia... Bila diberi yang pahit itu, sebenarnya akan diganti dengan yang lebih manis....
Anugerah Allah kepada hambaNYA adalah nikmat,
Kemudian dicabut nikmat dan digantikan dengan sabar,
Apa yang diganti itu lebih baik daripada apa yang dicabutnya
- Umar Abdul Aziz -
Kita takleh kata kita leh hidup sorang2 kat dunia ni... Sebab waima kita tiada keluarga ataupun sahabat sekalipun.. kita tetap akan ada teman... teman dan kekasih yang hakiki.. iaitu Allah...
Mukmin yang sejati tak berdukacita dan resah tanpa teman disisi kerana ia tahu ia ada Allah sebagai penolong dan pemeliharanya...
".....dan cukuplah Allah menjadi walimu ( memeliharamu ) dan cukuplah Allah menjadi penolongmu." [ An-Nisa' : 45 ]

Jika takda kawan ke, kekasih ke.. n sesape ke.... jangan takut atau sedih sebab kita ada Allah.... dan kita juga ada keluarga dirumah kan..... Mak dan ayah yang menjadi teman setia kita sejak dari kita belum dilahirkan lagi... mak teman kita selama " 9 bulan 10 hari " dalam tatangan yang berat... dijaga kita dalam rahim (Penyayang)... setelah lahir ayah sambut kita dengan laungan gema keesaan Allah... ayah kita dan mak kita teman kita dalam tangisan kegembiraan...

sedar tak kita? ( Ya Allah, engkau rahmati kedua ibu bapaku.... Izinkan aku untuk mendapat dan mecurah kasih kepada mereka )

Pernah tak terfikir... kita sibuk berteman bila di sek or kampus.. sedar tak kita mak kita pun perlukan teman juga... teman dari darah dagingnya sendiri.... adehh... sebak lak ana tetibe... yelah kadang2 ana pun terlupa tanya khabar dorg... subhanallah.. Astaghfirullah Ya Allah, ampunkan dosaku....

Makhluk ciptaan Allah pulak... cam kucing... dikira teman gak tuh.. bezanya ia tiada akal macam kita... ana suka sangat kat kucing... adeh rindunya kat si Didie kat umah... gemuk lagi ke dia...??? kadang2 ana bercakap dengan kucen ana ni.. yelah dia tak membalas.... kalo geram dia wat hal pun ana marah kat dia... t mulalah wat muka simpati... tetibe tepk... dia pun ade perasaan ke bila kena marah... hehehe... yelah bila dah wat muka simpati tu... dari marah pun jd syg... adehai... abstrak lak nak cakap pasal hati n perasaan nih..... jadi hargailah makhluk Allah tak kira apepun ia... tp jgnlah yang kita dah fobia tu pun nak dicuba syg juga... kang jd lain.... ( ana takut cicak )

Kawan maya lak?? ha... bace kat atas tu macam ade rase suspen tak... ( Ceh pasan cam ade jer )... ana seronok harini... 2 hari ni sedih tp alhamdulillah Allah paut hati sahabat ana untuk same2 kuatkan ana.... Sahabat ana ni ana kenal kat fs... Nur namenye... mekasih Nur selalu msg n kol Ana... adeh ana je jarang msg n kol Nur kan... sibuk skit... tp rindu selalu... Kadang2 bila berbual macam kenal secara berdepan lak... padahal jumpe pun tak lagi... Alhamdulillah itulah kemanisan ukhwah.... Ana ade juga kenal beberapa org adik2 melalui fs n kadang2 YM... yang sorang ngah foundation kat Selangor ni gak ( Thanx bg cenderahati) ... yang sorang tahun ni SPM ( wat yang terbaik dik, adik boleh ) dan yang lagi sorang dah masuk asrama sek agama (moga adik jadi mujahidah solehah yang terbaik)..... Manisnya ukhwah tak dapat dilihat dari pandangn mata kasar, tp ia dirasai dari pandangan mata hati...

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Kalau hati itu bersih, pandangan hati itu yang hakiki

Bila bersahabat kerana Allah insyaAllah kita rasa kemanisannya...
Bersahabatlah dengan deria hati.....


Rabu, Januari 21, 2009

Adeh Penat...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:05:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Ringkas je kot... Hee.... ikutkan rase binase... eh salah... ikutkan hati nak je update macam2 input kat blog nih.... kat hardisks nih bnyk gak ulasan2 yang dah ditaip nak di upload.... citer yang dah lapuk pun ade... tp nak wat camne...
kekangan masa tu... adeh... takpelah ana cube yang terbaik insyaAllah.. kuantiti update bukan tak penting tp kualiti tu yang penting.... kalo dapat dua-dua lagi best...
InsyaAllah terus istiqomah... tengok harini bnyk lak ana update... ish3....

Kisah 3 Lelaki...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:26:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...
Di suatu ketika ini, ada 3 lelaki sedang bertarung ‘kekejaman’ mereka….


Mereka bertelingkah akan tahap ‘kekejaman’ yang ada pada mereka… siapa yang paling ‘kejam’…

Lelaki A : Korang nak tahu tak… dikalangan kita bertiga ni akulah yang palim ‘kejam’ tau…
Lelaki B : Eh! apesal pulak… akulah yang paling kejam……
Tatkala itu, lalu seorang perempuan yang cantik dan manis dihadapan mereka….
Lelaki A : Hah! kau nak tengok kekejaman aku? Meh saksikan apa aku buat pada perempuan tuh….

Tanpa salam atau sapaan…. Lelaki A terus memukul perempuan tadi dengan sepenuh hati sehingga ia pengsan disitu… Lelaki A ketawa besar….

Lelaki A : Tengok! Aku tak kenal pun perempuan tuh… Aku terus belasah dia sampai pengsan… kejamkan aku…. belasah dia walaupun perempuan tu cantik…
Lelaki B : Eleh! kau nak tengok aku? Lagi kejam dari kau… aku percaya lepas apa yang aku buat ni takda yng lagi kejam dari aku….

Lelaki B terus kearah perempuan yang pengsan tadi. Perempuan itu di’perkosa’ dan kemudian dia dibunuh setelah Lelaki B memuaskan nafsu keatasnya… Lelaki A terdiam…. Lelaki B tertawa terbahak2…

Lelaki B : Lihat! Siapa lebih kejam sekarang… Hah kau dah tak boleh nak tunjuk kekejaman kau (Lelaki B menuding kearah Lelaki C yang sedari tadi diam sahaja)
Lelaki C : Tidak! sebenarnya diantara kita bertiga akulah yang paling kejam. Tahu kenapa?
Lelaki A dan B terdiam tanda tidak tahu…
Lelaki C : Sebenarnya perempuan yang kamu pukul, perkosa dan bunuh itu adalah adikku sendiri….

Sahabat2…. dapatkah ana fahami citer nih? Jika ikut psikologinya sanggupkah sahabat2 melihat ‘adik’ atau ’saudara’ sendiri diperlakukan sebegitu? sudah pasti tidak kan? jika kita adalah manusia yang sanggup memperlakukan sebegitu kita adalah manusia paling kejam…
Sahabat2…. Mesej yang ana nak sampaikan disini ialah….

1. Di andaikan bahawa Lelaki A ialah Negara Amerika yang sanggup menceroboh dan merosakkan bumi Palestin, Iraq, Afghanistan dan lain kerana kepentingannya sendiri…. Mereka sanggup melakukan kemusnahan kepada penduduk Islam disana… memukul seseorang dan membelasah insan yang tidak bersalah… dan kemudian? kenyataan yang diberikan ialah KEMALANGAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN?? Masya Allah….. Renungkan…..

2. Di andaikan bahawa Lelaki B ialah Israel Taghut dan Zionis yang sanggup dan terang-terangan memperkosa bumi Palestin…. memusnahkan Kaabah Pertama Umat Islam…. AL-AQSA!! membunuh orang Islam dengan sengaja… memperkosa maruah muslimah2 di bumi Islam…. Nauzubillah….. renungkan….

3. Paling menakutkan….. Sahabat2 ketahuilah… diantara kita adalah di andaikan seperti Lelaki C…. Umat Islam@ Negara Islam yang hanya duduk diam tanpa suara… melihat ’saudara’ sendiri dipukul, dihina, dicaci maki, dibunuh….. dan paling menyayat hati… maruah muslimah, ummi yang bakal melahirkan anak22 pejuang Islam diratah maruahnya sebegitu sahaja….. kemana perasaan kita… kemana semangat persaudaraan Islam kita…. kemana pegangan kita????? tidakkah kita sedih dan kasihan melihat bayi kecil yang suci wajahnya diragut nyawanya dengan peluru???? Alhamdulillah Allah menyayanginya kerana itu ia dijemput terlebih dahulu……. Renungkan…

Sahabat2… memang perlu kita berjuang memegang senjata melawan si kafir dan taghut…. tp atas kemampuan kita cukuplah… cukuplah…. peganglah ilmu itu….. pelajari ilmu itu dari mata,telinga kurniaan Allah dan kemudian turunkanlah ke hati… bukan ke tangan semata2…..

Kerana dengan ilmu itu kita dapat menyingkap kebesaran yang Maha Esa yang dikurniakan kepada kita…. Menambahkan ketaqwaan kita…. bukan hidup sekadar hidup…. tetapi hidup sebagai hamba…. hamba yang tunduk pada penciptanya….

Sempena kekejaman Israel di Pelstin yang hampir masuk hari ke-25 ni masrilah same2 kita pinta dan mohon kepada Allah seikhlas hati agar Allah membantu umat Islam di sana... Boikot Barangan yang berkait dengan AS dan Israel...

Dan sedar2lah sahabat... dunia kini semakin dekat dengan janji Allah iaitu kiamat... masih mampukah kita bergelak tawa bersuka ria dengan santapan hiburan dikala saudara seIslam kita bertarung " batu dengan peluru ".. tiadakah simpati didalam hati kita atau ia hanya sekadar laluan pintasan hati tanpa sebarang tindakan???

Ana tinggalkan persoalan buat kita bersama.....

Mereka sudah dijanjikan syurga (mati syahid) , kita bagaimana?????

Mahukah kita mati dikala sedang berhibur??
Nauzubillah....

Wallahu ta'ala alam...

Khalid Memburu Syahid

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:19:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...
Sahabat2 mungkin pernah dengarkan nama Khalid Al-Walid?Pejuang Islam di Zaman Rasulullah dan para sahabat. Pernah tak anda membaca novel Khalid Al-Walid karya……? Alhamdulillah dgn rezeki yang ada ana dapat gak beli buku nih. Masa seingat ana, ana beli kat Dewan Besar UPM… Time ada Book Fair…. Kebetulan masa tu ngah geram dngan sorng pkcik promoter LinguaPhone… huhuhu…Dalam masa 3 hari ana mampu habiskan bacaan. Kenapa jap je ana baca kan? Buku ni sgt3 menarik. Bahasanya ringan dan mudah untuk difahami, tebalnya kira2 383 m/s…bila membaca novel ni ana pasti sahabat2 pasti tak mau berhenti membaca dan sentiasa ingin tahu kisah yang selanjutnya…Hmmm dah lame dah sebenarnya ana baca buku ni n mungkin ada yg ana kurang ingat jalan ceritanya… seingat ana masa tu dalam semester 2 dan yang paling jelas ialah ana berkongsi dgn sahabat2 KBM tentang buku ni. Ketika kami 1st time wat slot bedah buku di Bukit Expo UPM.

Baiklah ana cerita serba sedikit tentang buku ni…. buku ni ditulis oleh Abdul Latip Talib. Tebal buku ni kira2 383 macam yang ana cakap kat atas…. dan harganya amat berbaloi iaituantara RM30 keatas… tak sampai RM40 pun….


Gaya bahasa yang disampaikan dalam novel sejarah ni berunsur penceritaan.. dan bahasa yang digunakan agak ringan dan mudah difahami… jadi ianya sesuailah dengan sahabat2 yang baru2 berjinak2 nak memugar budaya membaca dalam diri masing2…. melalui buku ni macam2 yang kita perolehi… pertama , kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam memperjuangkan syiar Islam seantero dunia ketika itu… namun dalam buku ni more di spesifikasikan penceritaannya tentang perjuangan yang ditempuh oleh Khalid Al-Walid bersama Rasulullah dan para sahabat… kedua, kita dapatt membayangkan betapa hebatnya cabaran dan dugaan yang ditempuhi suatu ketika dahulu oleh Rasulullah dan sahabat dalam menyampaikan dakwah Islamiah.. dan ada macam2 lagi yang boleh kita peroleh daripada pembacaan tentang buku ni…

Perjalanan cerita didalam novel ini dimulakan dengan penceritaan bagaimana Khalid Al-Walid yang suatu ketika sebelum terbukanya hatinya untuk memeluk Islam, adalah seorang yang sangat hebat dalam menentang Rasulullah. Dan beliau adalah salah seorang pejuang jahiliah yang mahu membunuh Rasulullah. Namun setelah petunjuk yang diberikan oleh Allah kepadanya dia menjadi seorang pejuang Islam yang sentiasa cintakan jihad fisabillah dalam menegakkan agama Allah… Subhanallah…….

Rentetan cerita di dalam novel ini menceritakan tentang peperangan2 yang disertai oleh Khallid Al Walid dan bagaimana beliau memimpin tentera muslimin dalam menghadapi peperangan. Strategi yang di atur berdasarkan penceritaan dari novel ni Masya Allah begitu hebat sekali.. tak terkata ana ketika membacanya…. pelbagai situasi yang di hadapi Khalid dan umat Islam dalam memperjuangkan Islam… tidak sah bagi ana jika tidak menitiskan air mata ketika membaca novel ini… sedih kerana kagum dengan kehebatan Rasulullah para sahabat dan juga kaum muslimin dalam menegak kan Islam… Subhanallah….

Baiklah , mungkin ana keluar sket dari topik asal… camni…. malam tadi (29Ogos0 ana tgk 1 cerita nih… Last Samurai… mungkin sahabat2 penah tgk cerita nih kan… ana ceritakan disini ialah ana taklah tgk sangat mana pun…. tp ana suka tgk part peperangan di antara kaum samurai dengan kaum omuro… (ye kot)…. perancangan strategi mereka… semangat lawan mereka….. ketika ana tgk citer ni terus masuk keminda ana tentang novel Khalid Al-Walid tu….. dapatlah demi sedikit membayangkan suasana ketika berperang tu.. namun bagi ana perjuangan dan peperangan umat Islam suatu ketika dahulu memang langsung tak dapat digambarkan dari kotak minda kita,…. tak terjangkau kehebatannya… namun segalanya adalah dibawah kekuasaan Allah…. dari cerita samurai ni ana dapat lihat ada persamaan dan perbezaannya…. dari segi semangat… ana rase umat Islam ketika zaman Rasulullah lagi hebat semangatnya… strategi pula ana ada lihat persamaannya… bagaimana suatu ketika dalam peperangan Islam bilamana kaum muslimin yang lebih kecil jumlahnya terpaksa berperang dgn pihak lawan yang jumlahnya terlalu besar… strategi yang dilihat ana dalam citer Last Samurai ni hampir sama dengan pembcaan ana dari Kisah Khalid Al Walid…. beza yang amat ketara ialah kaum samurai akan membunuh diri mereka sendiri atau meminta orang lain memenggal kepala mereka apabila mereka kalah dalam peperangan….( biasenye Ketua mereka) namun ini tidak dianjurkan oleh Islam langsung… Allah sendiri melaknat orang yang membunuh diri… Namun bagi golongan samurai berdsarkan citer yang ana tgk nih… ia adalah satu kebanggaan dan penghormatan apabila seseorang itu dipenggal atau membunuh dirinya, mereka dianggap mati secara bermaruah dan jasa mereka amat tinggi…. Namun didalam Islam itu sendiri pabila seseorang itu berjihad bagi memperjuangkan agama Allah dan kemudian dia mati di medan perang, orang itu mendapat darjat mati syahid iaitu syurga menanti mereka DISANA nanti….


Khalid Al-Walid yang mndapat gelaran antara pedang-pedang Allah yang diberi oleh Rasulullah SAW…. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada umur 58 tahun.. Beliau amat menginginkan syahid didalam perang namun Allah menetapkan takdirnya untuk meninggal di rumahnya sendiri ketika sedang sakit…. ermmmm tak perlulah kot ana citer lengkap sangat.. pekate kawan2 bli n bace… tentu shabat2 punya pandangan sendiri kan….. so kita kongsi nanti…
insya Allah…

ps# ulasan buku ni ana penah upload kat blog ana yang lama iinomuslimah.wordpress.com.. jd oleh kerana ana telah berpindah blog jd masih dalam tahap nak memindahkan maklumat yang disana ke sini.... =)

Doa Senjata Mukmin

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:12:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...


Lahirnya kita sebagai makhluk Allah yang berakal ini adalah diatas keatas ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah….Tugas sebagai khlaifah di muka bumi ini dan sebagai hamba yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah membawa kita untuk di uji oleh Pencipta kita…


Ujian dan mehnah yang didatangkan bukanlah kerana Allah mahu meletakkan bebanan di atas bahu hambanya tanpa sebarang asbab…. Ujian yang diturunkan adalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan,kesabaran dan keteguhan penghambaan diri kita kepada Allah….

Kebergantungan sepenuh hati kepada Allah akan memudahkan perjalanan hidup kita di muka bumi ini.. Terutama sekali bagi para da’ei yang punya 1001 cabaran , dugaan dan mehnah dalam menyampaikan agama Allah yang dibawa oleh Rasulullah….

3 tahap mencapai kebergantungan diri sepenuhnya kepada ialah sabar , ikhlas dan yakin….


Doa Dipermudahkan Urusan


اللّÙ‡ُÙ…َّ لا سَÙ‡ْلا Ø¥ِلا Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلا ÙˆَØ£َÙ†ْتَ
تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا Ø´ِيئْتَ سَÙ‡ْلا


“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkau menghendakinya”


Doa Jika Ditimpa Musibah @ Ujian


Ya Allah, jangan Engkau hukum kami andai kami lupa atau tersalah. Ya Allah janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang sebelum kami. Ya Allah, janganlah Engkau pikulkan kami dengan apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir
( Surah Al-Baqarah : 286 )

Solat Hajat

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:07:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalammualaikum sahabat2....
Jika kelapangan sahabat2 dijemput unutk menghadiri Solat Hajat Palestin
Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jam 7.00 malam
Pada 22 Januari 2009 / 25 Muharam 1430 H
Khamis malam Jumaat ( Hari ni )
Sasaran ialah 3 ribu Pelajar IPTA/ Sekolah
Anjuran Sekreteriat Bertindak Pelajar / Mahasiswa Islam Malaysia
PKPIM, GAMIS , KARISMA, GPMS dan Puteri Islam...
Jemput beramai-ramai...

Selasa, Januari 20, 2009

Bantuan Pasti Akan Tiba

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:51:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah malam ni dapat luangkan masa lagi nak mencoret samting...

tadi sebenarnya baru balik dari umah Dr.Osman.. Ade discussion skit tntg paperwork KBM.. Alhamdulillah berjalan lancar...


Bantuan Pasti Akan Tiba.... Napa ana pilih tajuk nih ek... ape kena mengenanya?

Mestilah ada... dalam usaha mencari kekuatan dan keteguhan iman insyaAllah tiap ketika tiap masa bantuan dari Allah pasti akan datang...

Cam tdi ana mungkin ana alami sedikit 'perkara' alhamdulillah walaupun air mata mengalir, tanpa sedar Allah sangat membantu dari segenap penjuru...

tatkala hati merintih letih, 1 mesej masuk
" Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah, tapi Allah kuatkan dia disisinya manusia,
berjuanglah kerana Allah dan berbahagialah hati walaupun payah kerana itulah jalan kita "

Subhanallah, tersentuh sgt hati ana... Dan kebetulan ana ada tutorial real analysis dan clash dgn diskusi kat umah Dr ni... redha dah... jika dtg lambat kat umah Dr pun takpelah...
tp... tulah ana katakan Bantuan Pasti Akan Tiba... dari? Pastinya Allah...

Tutorial hanya 1 jam jer.. dan kebetulan ana kol adik Atiqah.. dia ngah lalu kat fakulti ana jd tidaklah ana menunggu lame... Amin Ya Allah....

Harini terlalu banyak ana fikirkan... kita hidup ni perlu letakkan pergantungan pada siapa....

Kak Arah kata jika kita sesal atau sedih bila fikir samting yang berkaitan muhasabah ia merupakan tazkiyatun nafs... betul ke?

Ana akuinya... bila fikir semula.. berperang dgn perasaan sendiri itulah jihad terbesar.. perang yang ana maksudkan disini.. bagaimana kita nak mengawalnya dari melarat atau memungkinkan perkara yang tidak sepatutnya... faham kot....

realiti hidup ini adalah untuk hnya bergantung harap pada Yang Esa dan bukan selain dariNya...

pergantungan kasih dan cinta hanya padaNya akan membuahkan kasih dan cinta dari insan sekeliling kita insyaAllah... dari situlah Allah datangkan kekuatan kepada kita....

Wallahualam...


Moga Allah memilih dikalangan kita untuk menjadi yang terpilih dalam redhaNya...


Isnin, Januari 19, 2009

Bagaimana Harus Kuhadapi...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:47:00 PG 2 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dah masuk minggu keempat dah memulakan pembelajaran kat UPM ni untuk Semester ke-4 tahun ke-2...
Pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun kat sini.. masa terus berlalu tanpa berhenti dan menunggu.. bak kata " Masa ibarat pedang yang tajam, jika kita tidak menghunusnya, ia akan menghunus dan membunuh kita "

Sepanjang cuti semester ana puas berfikir strategi dan planning sepanjang semester 4 ni.. nak buat itu nak buat ini... Namun, diatas setiap usaha dan perancangan, hanya Allah yang berhak menentukan hasilnya.. baik atau buruk hasilnya ia adalah hadiah berharga dari Allah...

Semester ni alhamdulillah ana mampu mengurangkan taklifan yang ana pegang pada semester lepas... dari 3 jawatan ( Timb Pres, S/u dan Bendahari ) kini menjadi 2... Namun, ia tak semudah ana sangka... Title dah berkurang tp amanahnya semakin membesar.... Ana insyaAllah memegang taklifan S/U Kelab Bimbingan Mahasiswa ( PKPIM-UPM ) dan lagi 1 ialah Majlis Tertinggi Mahasiswa Sektor Kerohanian Kolej 12 ( InsyaAllah ).....

Subhanallah... hanya Allah yang tahu apa yang bermain dalam hati dan minda ana... Paling ana takuti ialah FITNAH.... kenapa? Yelah, fitnah ni boleh datang dari pelbagai arah... fitnah dari segi akademik, fitnah dari tanggapan rakan2, fitnah dari segi 'Suka Jawatan' dan macam2 lagi....

Ana mampu meminta dan memohon dari Allah agar dijauhkan dari semua perkara tersebut... Hanya Dia tempat untuk ana mengadu kasih... tiada yang lain....

Akademik..... MasyaAllah.. semester ni agak berat subjek2 yang dibawa... Namun , disitulah diuji setakat mana kemampuan ana... Mampukah ana yang memegang beberapa jawatan ini me'maintain'kan rsult ana... Takut sangat orang kata " Tulah bz sana sini tapi belajar macam hampeh "...

Ya Allah, jauhkan fitnah ini dariku...

Setakat ini yang ana fikir ana tak leh jd macam org lain.. maksud ana disini dari segi pengurusan masa ana... ana kena lebih pandai atur dan gunakan masa ana sebaiknya... jika orang sempat balik bilik bila ada gap 2 0r 1 jam... ana rase tak mampu... lebih baik ana spend time yang ada dgn duduk dimana2 dan wat apa yang patut dan mampu.....

Susah juga nak mujahadah bila kita bizi nih... yelah amanah kita pikul len macam org len... jadi memang selalunya ana keseorangan lah... bukan taknak berteman.. tapi ana lebih selesa seorang... nak berkejar kesana kemari pun tak perlu risau.. cuma terkadang tu terasa sangat sendirian.. subhanallah... tak sepatutnya ana rasa camni... bila sendirian lebih banyak ruang untuk ana dgn Allah.... Bnyak yang ana mampu muhasabahkan...



Ahad, Januari 18, 2009

Beauty Of Mathematics..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:28:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Beauty of Maths!


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321



1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Brilliant, isn’t it?And look at this symmetry:


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321


Now, take a look at this…

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MOREthan 100%?

Ever wonder about those people who say they aregiving more than 100%?

We have all been in situations where someone wantsyou to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?


Here’s a little mathematical formula that mighthelp answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 2021 22 23 24 25 26.


If:

H-A-R-D-W-O-R-K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%




And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close,and Attitude will get you there,

It’s the Love of God that will put you over the top!



Hebat tak??

Hehe, nih ana nak menambah sikit keajaiban nombor ciptaan Allah...

1x9 =9 =0+9=9
2x9 =18 =1+8=9
3x9 =27 =2+7=9
4x9 =36 =3+6=9
5x9 =45 =4+5=9
6x9 =54 =5+4=9
7x9 =63 =6+3=9
8x9 =72 =7+2=9
9x9 =81 =8+1=9

Hasil darab 9 , bila ditambahkan jawapannya hingga jd 1 digit akan hasilkan 9 juga... Subhanallah unik kan....

7 Keajaiban Dunia...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:55:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Jika ditanya pada kita apa tujuh keajaiban dunia, pasti diminda kita terbayang bangunan2 pencakap langit dan tempat2 bersejarah yang unik di seluruh dunia kan... Jom kita lihat, apakah ia tujuh keajaiban dunia...

***************************************************************

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid


2) Taj Mahal


3) Tembok Besar Cina


4) Menara Condong Pisa


5) Angkor Watt


6) Menara Eiffel


7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”


Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”


Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,



1) Dapat melihat


2) Dapat mendengar


3) Dapat menyentuh


4) Dapat menyayangi




Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…


5) Dapat merasakan,


6) Dapat tertawa,


7) Dan, Dapat mencintai


Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.





Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.

Terlalu banyak keajaiban yang Allah ciptakan dan tiada tolok bandingannya. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat pemberiannya ini?
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.





Selasa, Januari 06, 2009

Selamatkan Palestin..

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:25:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
SIARAN MEDIA: PKPIM KECAM SERANGAN KE ATAS GAZA



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk serangan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap bumi Gaza . Dalam laporan akhbar Berita Harian pada 2 Januari 2009, serangan yang telah masuk hari ke enam itu telah mengorbankan 410 penduduk awam Palestin dan mengakibatkan 1,900 yang lain cedera.
Jumlah angka kematian ini menjelaskan kepada kita bahawa serangan yang dilakukan regim Israel tersebut bertujuan untuk mencari jalan supaya berlakunya pembersihan etnik secara besar-besaran terhadap penduduk Islam Gaza dan wajib ditentang oleh masyarakat dunia.
Dalam pada itu, PKPIM turut mengutuk alasan yang digunakan Israel untuk menghalalkan serangan. Serangan atas alasan untuk membunuh aktivis Hamas adalah suatu yang tidak masuk akal memandangkan serangan tersebut dilakukan secara terang-terangan ke atas kawasan bandar dan perumahan yang diduduki oleh ramai penduduk awam.
Sementara itu, PKPIM turut menggesa seluruh pihak khususnya Majlis Keselamatan PBB dan Persidangan Negara Islam (OIC) untuk melakukan sesuatu untuk mendesak regim zionis menghentikan serangan. Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam, sudah tiba masanya badan dunia seperti PBB dan OIC serta Kesatuan Eropah (EU) bersuara secara lantang dan mengenakan sekatan politik dan ekonomi terhadap Israel.
Serangan Israel ini merupakan bibit permulaan kepada peperangan besar-besaran dan PKPIM tidak menolak kemungkinan siri peperangan yang berlaku antara Arab – Israel yang berlaku sekitar tahun 1973 akan meletus kembali.
Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM turut menyelar kedegilan kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak untuk membuka sempadan Gaza melalui pintu lintasan Rafah. Keengganan ini sebenarnya telah membantu kepungan wilayah Gaza oleh Israel memandangkan penduduk awam Gaza tidak dapat lari ke sempadan Mesir untuk mencari tempat perlindungan.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Naib Presiden Antarabangsa PKPIM

Lagi.... Selamatkan Palestin...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:02:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...



Pergi Jahanam Amerika



Steven Green, bersama empat rakannya dalam pasukan tentera AS yang menceroboh Iraq, pada Mac 2006, telah merogol Abeer Qasim Hamza al-Janabi, yang berumur 14 tahun. Selepas kejadian itu tentera Amerika teleh melakukan tindakan membunuh Abeer Qasim Hamza al-Janabi, bapa, emak dan adik perempuannya yang baru berusia 6 tahun. Selepas itu mereka telah mengambil tindakan membakar mayat-mayat tersebut.
Masih aku ingat sewaktu hendak membacakan berita itu kepada emak, sejurus selepas aku selesai solat Subuh. Emak terus menolak suratkhabar yang sedang aku baca. ‘Diam.. Mak tak sanggup nak dengar’. Keadaan ini menyebabkan aku benar-benar terkejut. Selepas sejenak emak terdiam, ia meneruskan lafaz yang hadir dari hatinya.

“Naluri seorang mak mana yang sanggup dengar berita macam tu. Yang merogol dan membunuh tu, bukan manusia. Malah binatang pun tak kan melakukan perbuatan yang sekeji itu. ” Terang emak dengan sedikt suara yang bergetar.

Peristiwa itu membuat aku banyak berfikir banyak membaca mengenai pembunuhan dan kekejaman dunia yang dilakukan oleh Amerika. Aku juga mengkaji manusia-manusia ditindas, dipenjara, dibogelkan dan dihina oleh Amerika. Akhirnya aku telah membuat kesimpulan yang dapat aku nyatakan . Tindakan Stevan Green dan rakan-rakan kejamnya, bukanlah tindakan peribadi mereka. Namun tindakan itu merupakan suatu ideologi dan fahaman yang dipegang oleh mereka. Ideologi ini telah aku namakan Amerikanisme.

Amerikanisme inilah yang mencetuskan kezaliman yang berlaku di penjara Guantamano, juga melakukan pembunuhan di Vietnam, penjajahan di Iraq , penjajahan di Afghanistan, pembunuhan di Palestina dan juga geonocide di Nagasaki dan Hiroshima.

Ideologi inilah yang mendokong berlakunya, pembunuhan yang dilakukan dengan kejam termasuk penyembelihan manusia bagaikan haiwan di Sabra dan Shatila. Yang menyedihkan lagi pembunuhan ini dilakukan terhadap 3000 orang yang majoritinya kanak-kanak dan wanita.

Padaku ideologi kezaliman dan keganasan yang dibawa oleh Amerika dan kuncu-kuncunya perlu dimusnahkan dengan seberapa segera. Maka bagiku untuk memusnahkan ideologi Amerika kita punya 2 cara ; yang pertama Jihad dan Qital. Manakala yang kedua memboikot segala bentuk hubungan dagang serta cara hidup yang dibawa oleh Amerika. Kedua-dua starategi ini saling berhubungan dan perlu dilakukan secara selari.

Bagiku inilah juga merupakan jalan-jalan utama membebaskan Al Aqsa, membebaskan Palestin, membebaskan Iraq, dan mewujudkan keharmonian dunia dari cengkaman kezaliman dan penindasan.

Jihad dan Qital ini merupakan istilah yang cukup digeruni dan telah disalahtafsir oleh kebanyakan orang. Tiada suatu kempen yang menelan belanja yang menggunakan berbilion USD, dengan segala jentera yang ada di dalam dunia ini digunakan. Melainkan satu kempen, yakni menyalah tafsirkan istilah Jihad dan Qital.Malah Presiden Bush pernah mencadangkan supaya mata pelajaran yang mempunyai kaitan dengan jihad dihapuskan di Universiti al-Azhar, Mesir. Juga Perdana Menteri Britain, Tony Blair pernah mengeluarkan kenyataan bahawa al-Qaeda bukan satu organisasi tetapi suatu cara untuk melakukan serangan.

Oleh itu, apa yang berlaku di London tidak semestinya melibatkan orang Islam. Namun impak kepada kenyataan ini menyebabkan banyak Sekolah Agama Rakyat di Malaysia dan pondok-pondok di Thailand, yang ditekan dan ditutup oleh pemerintah dan pihak berkepentingan. Bagiku tatkala al-Qaeda dianggap satu ideologi jihad, maka mari kita meraya dan menyebarkannya. Kerana aku yakin dengan kuasa jihad dalam menjatuhkan kuasa besar yang zalim seperti Amerika.

Namun bagi sesetengah negara, Jihad adalah satu dosa dan kesalahan yang besar dan boleh mendatangkan kemurkaan pemerintah. Malahan di sesetengah negara anda mungkin akan ditahan dan dipenjarakan , tanpa sebarang perbicaraan. Sekiranya anda pernah melibatkan diri dengan Jihad di Afghanistan, juga jika anda pernah berjihad di Palestina. Anda akan diburu disetiap sudut tempat, dan darah anda halal sekiranya anda ditemui . Namun kemurkaan dan menjadi buruan, bukanlah apa-apa kepada mereka yang pergi berjihad, sekiranya dibandingkan dengan ayat Al Quran ini.

“Berangkatlah kamu untuk berperang baik kamu merasa ringan maupun kamu merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah: 41).

Menentang kezaliman dan menegakkan keadilan adalah sesuatu yang wajib kita lakukan. Aku masih ingat tatkala terjumpa seorang seorang lelaki dari Palestin secara kebetulan di Masjid Anwaris Sunnah,Thailand . Tatkala bergebang dengannya dalam soal Palestin, pemuda tersebut yang memperkenalkan dirinya Ibrahim Shami, kelihatan serius, namun dalam keadaan tenang. Pemuda tersebut menceritakan bagaimana Israel yang didokong Amerika yang mendominasi serta melakukan kezaliman terhadap mereka.

Ibrahim Shami memberitahuku perihal wanita-wanita kita di Palestin yang dirogol, perihal anak-anak kecil di Palestin ditembak, perihal rumah-rumah saudara-saudara kita yang diruntuhkan oleh buldozer, perihal bom-bom yang meletupkan masjid-masjid kala orang awam sedang mengangkat takbir, perihal sekolah-sekolah anak-anak Palestin yang dirobohkan. Beliau terus menceritakan perihal anak-anak kecil disana hanya bermain dicelah-celah runtuhan batu rumah mereka.

Dengan tenang dan riak mukanya yang tersenyum mesra. Menampakkan keyakinannya yang setinggi langit. Juga matanya yang redup bagaikan seluruh awan cuba menutup panas matahari. Serta alis keningnya yang dikerutkan sedikit bagaikan panglima perang yang hendak memberi pesan kepada pahlawannya.

Beliau menyatakan agar semua saudara-saudara kita usah bimbang. Kerana anak-anak kecil yang mati di celah-celah runtuhan bangunan itu. Juga anak-anak muda yang gugur kerana peluru yang hinggap di dada dan kepala tatkala mereka sedang melontor batu. Juga ibu-ibu tua yang putus nafas kala azan subuh yang disulami peluru dan mortar. Juga pembunuhan Syeikh Yassin yang berkerusi roda dan lumpuh anggotanya. Juga Rantisi yang dimakbulkan doanya untuk gugur ditembak peluru berpandu oleh halikopter Apache. ‘Mereka semua pasti Syahid dan itu suatu kepastian yang tidak ada kompromi.’

Satu penerangan yang menggetarkan perasaanku. Beliau terus memperingatkan yang aku tentang kebimbangannya, adalah pemuda-pemudi dan masyarakat kita diseluruh dunia, yang terpengaruh dengan gaya hidup Amerika sendiri. Mereka yang terpengaruh dengan corak berfikir dan cara hidup. Juga mereka yang meminum sebotol coca-cola dan menggunakan produk Amerika serta Israel. Yang umpama membayar gaji tentera Amerika untuk membunuh manusia di Iraq, Afghanistan, Vietnam, dan banyak negara lagi. Yang umpama menyumbang rocket luncher untuk meletupkan perumahan warga palestin. Juga beliau menyatakan kebimbangan mengenai kerosakan akhlak pemuda-pemudi yang sepatutnya membantu membebaskan Palestina dengan apa cara sekalipun.

Maka perbualan itu mengingatkan aku sebaris peringatan panduan umat, tulisan sepucuk surat dari puluhan surat,Sayyid Abul A'la Maududi kepada Maryam Jameelah.

“These westernized Muslims over whose lack of Islamic spirit you are lamenting, are the worst products of western colonialism in Muslim countries. The greatest blow of colonialism which was administered against us was not in the field of politics or economics but in realm of the mind and spirit. This imperialism has produced many mental slaves among our ranks whose souls even after our political independence remain subjected to the West and who are faithfully following in the steps of their former masters. From this viewpoint, I think our war of liberation has not ended as yet and we have to fight a long-drawn battle against such indigenous foreigners”.
Perbualan aku juga, membuatkan aku tidak lena tidur pada malam itu. Lantas aku mencapai koleksi buku tulisan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam, yang mengupas persoalan jihad dan perjuangan. Selepas itu akan mencapai pula buku, yang diambil dari Ucapan Malcom X, yang diberi judul ‘ Why I’am Not an American’. Aku mengayati setiap persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh mereka. Sambil cengkerik malam mengalun zikir dan munajat. Lantas membuatkan aku terlena . Dan aku hanya tersedar bila azan subuh berkumandang.

Aku yakin dan merasakan satu keperluan untuk Jihad dan Qital, juga perlu didokong oleh masyarakat yang menghalang penyebaran budaya ‘Amerikanisasi’ ke seluruh dunia. Ianya merupakan satu proses yang dipanggil Mcdonaldlisation Society ( McD diambil sebagai perlambangan proses Amerikanisasi) kerana ia melibatkan segala produk melampau milik syarikat gergasi barat. Walaupun realiti sebenar produk yang sering dikeluarkan oleh syarikat-syarikat gergasi, adalah yang bersifat merosak dan menjajah budaya masyarakat semata-mata.

Kerana sepatutnya kita melihat selain bahaya serangan fizikal terhadap negara-negara lain, namun kaedah ghazw al-fikriy yang merupakan serangan pemikiran dan cuba merosakkan pandang hidup masyarakat dalam soal kehidupan, pembangunan, kebebasan, liberalisme, keadilan dan hatta kepada persoalan makanan dan berpakaian. Serangan pemikiran ini dilakukan agar setiap masyarakat yang mempunyai nilai, dan akar kepada makna kehidupan, dalam keadaan songsang dan terpesong. Maka serangan pemikiran Amerikanisme ini telah membentuk suatu budaya dan norma baru di dalam kehidupan masyarakat kini.

Secara sedar atau tidak masyarakat telah diasak untuk menggunakan satu jenama dan gaya hidup yang sama diseluruh pelusuk dunia. Masyarakat dirosakkan minda mereka, sehingga mereka tidak menyedari bahawa pembelian mereka terhadap barangan hanya bergantung kepada jenama semata-mata. Maka masyarakat terperangkap dengan kualiti palsu, melalui pembungkusan barangan yang menarik dan menonjolkan prestij barangan tersebut. Asakan pengiklanan oleh produk transnasional dan cara hidup cuba menghilangkan rasional masyarakat sebagai pembeli yang bertanggungjawab. Ini kerana segala produk dan cara hidup yang dimiliki bukanlah atas asas keperluan tetapi nafsu mengguna sesuatu produk, memiliki jenama dan kebanggan cara hidup yang berprstij semata-mata.

Masyarakat juga diseragamkan kehidupan mereka dari pelbagai dimensi kehidupan dari cara berpakaian, jenis makanan, jenis muzik yang didengar, filem yang ditonton dan corak berfikir. Amerikanisasi ini juga ingin melihat corak pemakaian pakaian yang sama, dan enggan mengiktiraf kepelbaaian corak berpakaian mengikut budaya dan citra sesuatu bangsa.

Penindasan dan kezaliman tanpa sedar inilah yang telah berlaku kepada masyarakat. Ini amat menyedihkan. Apabila minda dan budaya sesuatu masyarakat turut dihapuskan tanpa sedar. Malahan kita juga dipengaruhi untuk boleh berbelanja membeli barangan mereka demi mendokong cara hidup Amerika dan sekutunya. Tatkala mereka mengagihkan sumber dunia untuk kepentingan gaya hidup mereka, masyarakat ditindas dengan kezaliman dan kemiskinan. Malahan untuk menampung cara hidup Amerkanisme ini, menyebabkan segala-gala yang ada di muka bumi ini adalah hak milik mereka..Sebagai contoh ketika ini, negara maju memerlukan bekalan tenaga yang jauh lebih tinggi berbanding negara miskin. Amerika Syarikat misalnya memerlukan tenaga elektrik 13,241 kWh perkapita berbanding 561 di India dan 41 di Níger pada 2001. Kekejaman meliputi pelbagai segi kehidupan. Mereka tidak mahu mengiktiraf kepelbagaian yang wujud di dunia ini. Ini jelas bila ideologi Amerika jelas dilihat apabila mereka mahu satu dunia hanya mempunyai satu bahasa semata-mata. Mereka tidak mengiktiraf bahasa yang wujud di dunia ini. Ini jelas merujuk Laporan Pat Roy Mooney, Pengarah Eksekutif RAFI.

Secara tragiknya, kesemua hakisan ilmu pengetahuan tidak pernah berlaku dahulu. Dari anggaran 10,000 bahasa pada tahun 1900 kini dunia hanya mempunyai lebih kurang 6,700 bahasa yang masih ada pada hari ini. Hanya 50% dari bahasa yang masih diajarkan kepada kanak-kanak. Ini bermakna separuh dari bahasasemasa akan pupus dalam lingkungan satu genrasi. Bebarapa kajianmembahaskan bahawa 90% daripada bahasa yang dituurkan pada tahun 1999 akan tinggal sejarah pada tahun 2099.

Segala bentuk pembunuhan setiap bahasa sebenarnya telah dirancang rapi oleh penaja ideologi ini. Mereka hanya mahukan dunia menggunakan satu bahasa yang sama. Sesuatu yang menyedihkan apabila kita memahami setiap kematian satu bahasa sebenarnya membunuh segala khazanah ilmu yang merentas ilmu perubatan, pemakanan, ekonomi, sistem sosial dan pelbagai lagi ilmu yang terdapat di dalam sesuatu bahasa.

Jadi sesuatu yang jelas Amerakanisme, yang dipandu dan dipacu untuk mencapai matlamat mereka telah mendatangkan musibah yang besar kepada masyarakat dunia. Malangnya apabila majoriti masyarakat sebenarnya sudah tercandu oleh gaya hidup dan pemikiran ideologi tersebut. Maka kita perlu berusaha dan bertindak berdasarkan apa yang menjadi kemampuan kita untuk menentang dominasi Amerikanisme ini.

Ia mengingatkan aku, sewaktu ke Washington menghadiri The World Conference on Tobacco OR Health, bertempat di Washington Convention Center . Nasib aku terlalu baik, bila penganjur merancang untuk mengadakan demo di hadapan White House. Sewaktu hari demo kami berarak mengusung keranda dan sepanduk kekejaman Syarikat tembakau dari Washington Convention Center. Apabila sampai betul-betul dihadapan White House. Aku membayangkan kuasa sial inilah, yang memerangkap seluruh masyarakat dunia untuk mati kerana penyakit disebabkan menyedut rokok dari British American Tobacco. Juga kuasa sial inilah yang membunuh dan menzalimi saudara-saudara ku di Iraq,Palestin dan seluruh pelusuk dunia. Kemudian aku menjerit dengan seluruh tenaga ‘Keluar dari Iraq!… Pergi Jahanam Bush!… Sial White House.. Go To The Hell British American Tobacco!’.

Mat Salleh dan Minah Salleh, yang berada disebelah aku hanya memandang, dan kemudian menunjuk tanda bagus kepadaku. Dalam hati aku hanya membisik, ‘depa nie buat-buat faham bahasa melayu je’.

Setelah berulang kali aku menjerit. Kemudian aku terdengar, laungan ku bersamput. ‘Pergi Jahanam Polis Dunia ! Pergi Jahanam Amerika ! Mampus kau white house ! Smoking is Haram !. Kemudian, aku melihat beberapa wajah orang Malaysia dan Indonesia tidak jauh, dari tempat aku berdiri .

Setelah saling berpandangan maka laungan kami semakin kuat.Sambil melaung aku mengingati sebuah hadith dari lidah Rasulnya.
“Apabila kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah kamu cegah ia dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, dengan lisan. Jika tidak mampu, dengan hati. Dan itulah selemah-lemah iman.”

‘Buat masa ini,hanya inilah yang mampu kita mampu lakukan Ya Allah’. Bisikku kepada diriku dan teman-temanku dari Malaysia dan Indonesia itu. ‘Kita perlu menentang dari pelbagai sudut kerana Amerika juga menyerang kita dari pelbagai sudut. Dari persoalan pembunuhan teran-terang hingga kepada merosakkan masyarakat melalui rokok, makanan dan cara hidup kita’ Sambut seorang temanku dari Jakarta.

Aku juga melihat mengapa masyarakat dunia kini tidak berani menentang dan menyanggah gaya hidup Amerika, apatah lagi menentangnya dengan pedang. Inilah sifat penakut yang wujud di dalam sesuatu masyarakat. Maka inilah peranan kita sebagai pemuda pemudi serta ahli masyarakat untuk menyanggah Amerika samaada dengan peluru dan menggugah cara hidup dan corak berfikir yang dibawa oleh mereka.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang¬-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati ( sehingga tidak mahu berperang )". - [Hadith Riwayat Abu Daud]

Malahan aku menilai ideologi Amerikanisme yang biadap ini telah memberi pelbagai tekanan kepada negara yang cuba dijajahnya. Hinggakan ada tindakan mereka yang terkeluar dari batasan akal dan pemikiran manusia yang waras. Ini seperti sekatan ekonomi terhadap Iraq , yang meliputi bahan rawatan untuk air bersih. Alasan yang diberikan adalah atas andaian bahan ini boleh ditukar kepada alatan ketenteraan. ‘Memang bangang betul’.
Ini jelas apabila Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( UNICEF ) dan WHO, mempersoalkan tindakan AS itu sebagai tindakan yang tidak lojik. Ini kerana menafikan kemasukan bahan yang digunakan untuk rawatan air bersih di Iraq sama implikasinya menafikan hak masyarakat Iraq mendapat air bersih. Malahan segala sekatan terhadap Iraq yang pernah berlaku telah membunuh kanak-kanak di Iraq. Dianggarkan ideologi Amerkanisme ini telah membunuh 5,000 kanak-kanak sebulan. Ini jelas mengakibatkan kira-kira 60,000 kanak-kanak setahun. Manakala sejak perang teluk tamat lebih 500,000 kanak-kanak yang mati dibunuh dengan cara jelas dan berselindung melalui pelbagai sekatan yang dilakukan.

Hingga pada tahun 1996 dalam siaran televisyen negara AS, bekas setiausaha Negara AS, Medeleine Albright mempertahankan , dengan menyatakan kematian kanak-kanak di Iraq adalah pilihan yang sukar bagi AS, namun ianya berbaloi dengan harganya. Setelah meneliti dan bertanya adakah ia merupakan pandangan dangkal Medeleine Albringht ? Aku memberi jawapan ‘Tidak’. Sebaliknya ia merupakan polisi sebuah ideologi yang gila.Ianya jauh berbeza dengan garis panduan telah diletakkan dengan jelas dalam Jihad dan Qital, bahawa keadilan dan kasih sayang tetap wujud dalam Jihad dan Qital. Jika menyerang negeri musuh, maka tidak boleh membakar rumah-rumah. Tidak boleh dipotong pokok yang berbuah. Tidak boleh dimusnahkan binatang ternak. Orang tua-tua tidak boleh diganggu, begitu juga perempuan dan kanak-kanak, begitu juga orang-orang yang berada di dalam gereja dan rumah ibadat. Apabila musuh telah menyerah , tidak boleh diperangi lagi. Tidak dibenarkan menganiyai orang tawanan.

Maka tidak boleh juga menyakiti hati kepada orang tawanan dengan kata-kata nista. Jihad dan Qital bukan bermaksud, melepaskan peluru berpandu dari udara dan sasarannya hospital dan kilang susu. Ini seperti tercatat di dalam Al –Quran.‘Perangilah pada jalan Allah orang-orang yang memerangimu. Tetapi janganlah kamu melanggar pri keadilan. Kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melanggar keadilan’ ( Al Baqarah : 190 )

Kita boleh sahaja melihat bagaimana Salahhuddin Al Ayubi, yang terkenal sebagai panglima Jihad. Apabila beliau menjaga tawanan perang, maka beliau menjaga dengan cara yang terhormat, mereka tidak akan dibiarkan lapar atau dahaga. Malahan dilaporkan juga Salahhuddin pernah melepaskan tawanannya tanpa syarat, disebabkan makanan yang ada tidak cukup untuk tawanan. Malahan tatkala Richard the lion heart, yang merupakan musuh utamanya gering. Beliau menghantar tabib terbaik bagi mengubati musuhnya.Maka sewaktu Salahhuddin Al Ayubi, menawan Juruselam, maka semua penduduk merasa gentar akan dibunuh oleh Salahhuddin Al Ayubi,. Berdasarkan sejarah lepas tatkala umat Islam dibunuh 100 tahun dahulu. Maka sebenarnya mereka membuat andaian yang silap bila Sahuddin Al Ayubi menegaskan ; ‘Aku Salahuddin, bukan mereka , pergilah….’

Juga aku masih ingat tatkala Yvonne Ridley, datang berkongsi pandangan dan pengalaman di USM, Penang. Yvonne Ridley merupakan wanita yang pernah dipenjarakan di Penjara Taliban, berkongsi kisah bagaimana pada ketika itu beliau memasuki Afganistán tanpa pasport dan visa dalam situasi perang.Yvonne menjelaskan sewaktu beliau ditahan beliau bertindak agresif kepada mereka yang menahannya. Beliau meludah mereka dan memaki mereka. Namun mereka menyatakan, apa yang mereka ingin dari saya hanya kegembiraan saya. Pada awalnya beliau menganggap ini sebagai muslihat orang yang menahannya.

Namun mereka tetap melayan saya dengan baik sebagai wanita yang perlu dipelihara maruahnya. Akhirnya tatkala beliau dibebaskan dan dalam perjalanan ke Pakistan. Beliau merasa bersalah yang amat dalam sangat. Beliau menegaskan tatkala itu beliau seperti ingin berpatah balik dan meminta maaf, kepada mereka yang menahannya.Beliau menambah sebaik sahaja beliau sampai di di london, media di sana sudah menunggu untuk saya menceritakan keburukan dan segala kejahatan semasa beliau ditahan. Seperti ada kah dirogol, diseksa dan bermcam–macam lagi.

Maka amat malang bagi wartawan disana semasa ditanya, beliau memberitahu keadaan sebenar saya tidak diseksa, tidak ditindas dan sebagainya. Sebaliknya saya di layan dengan baik dan dihormati sebagai seorang wanita dan manusia. Mungkin ramai pasti ramai warga mereka yang kecewa kerana beliau tidak dirogol dan tidak dimalukan.Lihatlah dunia bagaimana wanita yang ditahan dalam agenda Jihad dan Qital menentang Amerika. Mereka tidak diapa-apakan, malahan maruahnya dipelihara dan dijaga rapi. Kalaulah wanita kita yang ditahan oleh tentera Amerika pastinya, akan dirogol dan diliwat beramai-ramai dan dijatuhkan maruahnya. Malahan mayatnya akan dibakar atau diberi anjing makan.

Juga kita boleh melihat penderitaan di Abu Gharib, ada yang ditelanjangkan, dirosakkan sistem badan, jenayah seksual terhadap mereka. Maka seorang tokoh hak asasi US membuat suatu kenyataan yang hamper membuatkan aku muntuh. ‘Tentera US tidak boleh disalahkan kerana mereka tidak diberitahu dan diberikan panduan cara untuk menyeksa mangsa tawanan’. Bagiku inilah jawapan seorang yang dibolehkan kita memanggilnya ‘bangang’.

Aku tak akan maafkan Yahudi ( ISRAEL) dan Amerika yang membunuh saudaraku di Shabra dan shatila. Aku tidak akan maafkan mereka yang merogol Abeer Qasim Hamza al-Janabi juga ratusan gadis kecil dan para wanita, tanpa perasaan kasihan. Aku tidak maafkan mereka yang menembak anak lelaki yang melontar batu mempertahankan maruah mereka. Aku tidak akan maafkan mereka yang menyeksa tahanan perang tanpa maruah. Walaupun aku sedar yang sebenarnya yang membunuh rakyat palestin, Juga yang mengizinkan gadis kecil dan wanita-wanita dirogol. Juga yang memberi izin agar tahanan perang ini disiksa. Adalah Liga Arab, OIC dan seluruh negara saudara mereka. Yang hanya memandang dan membisu.

Mungkin Hingga Bush pernah berbicara kepada Sharon. ‘Serang sahaja pastinya Liga Arab akan membisu. ...Rogol sahaja pasti OIC hanya melihat. Musnahkan sahaja pasti masyarakat dunia akan diam’. Pastinya bagiku pembunuh dan perogol yang sebenar wanita-wanita kita, adalah OIC, Liga Arab, juga kerajaan yang enggan mengiktiraf Hamas di Palestin dan seluruh masyarakat yang diam melihat kezaliman.Semestinya juga OIC, Liga Arab dan segala pemerintah di dalam dunia ini perlu sedar dan bertindak.

Amerika juga menggunakan pelbagai cara untuk menjajah sumber dalam sesebuah negara. Ini dapat dilihat penubuhan WTO pada tahun 1992 yang dirangka oleh Amerika bagi tujuan perbincangan dan perjanjian multiletaral , semata-mata ingin badan tersebut menjadi sebuah kuasa besar untuk mengawal sistem pasaran, institusi kewangan dunia, pelaburan dan isu yang tidak melibatkan persoalan perdagangan seperti pemilikan harta intelek.

Segala objektif yang dirangka tersebut bertujuan menguntungkan Syarikat gergasi serta mempercepatkan usaha mereka mendominasi sistem dunia. Dalam suatu mesyuarat WTO di Cancun yang membincangkan perdagangan pertanian. Ianya telah membawa satu peristiwa, apabila seorang petani dari Korea Selatan, bertindak menembak dirinya di hadapan dewan persidangan.

Ianya jelas telah memberi masej kepada masyarakat dunia betapa, perdagangan yang tidak adil ini, telah membunuh harapan dan kehidupan mereka para petani. Tatkala mereka hanya mahukan keperluan asas mereka mampu dipenuhi untuk aktiviti pertanian, tapi terdapat sekelompok peniaga yang mahukan kehidupan yang maha mewah. Keadaan ini telah membunuh cita-cita mereka yang mahukan keperluan asas me reka mampu dipenuhi. Seterusnya kegagalan mencapai segala-gala yang dihajati melalui WTO, menyebabkan mereka telah menumpukan pula kepada FTA ( free trade agreemant / perjanjian perdagangan bebas) dengan negara-negara lain.

Sekali lagi perjanjian-perjanjian ini telah mendatangkan kesengsaraan kepada masyarakat dunia.Ini dapat dibuktikan di Mexico, yang mana petani yang miskin sebelum itu menanam jagung di Mexico, tetapi akibat FTA dengan AS (NAFTA) Mexico menerima import jagung yang di subsidi dari AS sebanyak 3 kali ganda dari sebelumnya. Kini Mexico terpaksa mengimport 99% kacang soya dan 80% beras. Hampir 2 juta petani Mexico terpaksa meninggalkan tanah mereka sejak NAFTA dikuatkuasakan. Akibatnya, rakyat Mexico keluar mencari kerja semakin bertambah, kemiskinan desa meningkat dan bertambahnya pengeluaran dadah secara haram. Keadaan ini turut berlaku di Senegal, apabila 1/3 kehilangan pekerjaan dalam sektor perkilangan apabila tarif dikurangkan untuk menghadapi persaingan dengan barangan dari Amerika. Manakala di Chile, Uruguay, Cameroon, Kenya, Neigeria, Uganda, Zambia ramai pekerja kehilangan pekerjaan dalam sektor pembuatan bila tarifnya diturunkan . Begitu juga dengan Ecuardo yang menurunkan tarifnya yang mengakibatkan pengurangan ketara pendapatan pekerja dan kemiskinan melonjak naik.

Bagi negara Bangladesh, Ghana, Zimbabwe , Filipina Semua program industrialisasi negara-negara ini terjejas akibat FTA dengan AS yang memaksa negara-negara ini menurunkan tarif. Akibatnya ekonomi golongan bawahan serta imbangan bayaran turut terjejas. Maka sebenarnya pemimpin masyarakat dunia juga perlu bersatu mengambil tindakan penentangan untuk menentang hagemoni kuasa besar yang cuba mendominasi dunia ini.

Tauladan ini telah ditunjukkan oleh beberapa pemimpin seperti Hugo Chavez, Dr. Mahmoud Ahmadinejad , Fidel Castro, Osama Laden, Syeikh Yassin. Bayangkan sekiranya pemimpin-pemimpin lain, turut memberi penentangan yang serupa, maka pasti akan runtuhlah satu kuasa yang cuba mendominasi, menindas dan membudayakan keganasan ini.Maka Jihad dan Qital, bukanlah terrorisme seperti yang diungkap oleh warga dunia yang masih belum celik. Namun Jihad dan Qital adalah pembelaan terhadap maruah, tanah dan daulah.

Ianya merupakan jalan menuju keamanan, dan cara menggugah kuasa besar seperti Amerika. Dalam sirah di nusantara sendiri Jihad dan Qital, bukanlah sesuatu yang baru menjelma. Sebaliknya ianya telah dicontohkan kepada kita oleh Tun Perak, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Syeikh Daud Fothoni, Salamat Hashim. Malahan Jihad dan Qital tidak kurang juga yang dicontohkan kepada kita oleh Srikandi Wanita seperti Tjoat Njak Dien dan Tengku Fakinah, sebagai Srikandi Acheh yang berjidah menentang dan menghalau Belanda. Juga Khaulah binti Azwar,yang turut berjihad bersama pangliman Khalid Al Walid. Seterusnya Syamsiah Fakeh yang berjuang menentang British. Tatkala Tony Blair menghalang pendidikan yang menyentuh perihal Jihad.

Maka aku merasakan ianya perlu dimasukkan di dalam silibus matapelajaran. Keadaan ini mengingatkan aku kepada potongan dari Al Quran ini.

“ Hai Orang-orang yang beriman, sukakah kamu. Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? (yaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya ( Al-Saf : 10 )

”Hai orang-orang yang beriman, bersiap sedialah kamu dan majulah kemedan pertempuran) berkelompok atau majulah bersama-sama. An Nisa : 71

Seterusnya buat kawan-kawanku yang masih menghabiskan masa di Orange Club, Hard Rock dan The Warp. Juga buat kita yang masih meratah KFC,Starbuck, Pizza Hut, secangkir wiski, memberi sedekah kepada 7 elevens, British American Tobacco. Maka sama-sama kita membina diri dan niatkan diri kita untuk sama-sama terlibat dalam perjuangan ini. Masa untuk kita enjoy juga sudah tamat, masyarakat dan umat memerlukan kita. Buat pemuda dan pemudi serta masyarakat keseluruhan. Waspadalah dalam kita mengejar memburu dunia yang tidak ada penghujungnya ini.

Seperi yang dinyatakan Rasullullah.“Jagalah lima perkara sebelum datang lima perkara: hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum kesibukanmu, masa mudamu sebelum masa tuamu, masa kayamu sebelum masa miskinm”.(HR. Ahmad dan Baihaqi).“Sesiapa yang meninggal tanpa berjuang dan tidak pernah bercita-cita untuk berjuang, maka dia mati dalam sifat kemunafikan”. (Hadis riwayat Muslim)

Marilah kita membuat sedikit penilaian, tatkala musuh Salahuddin Al-Ayubi berdiri di hadapan pusaranya, dan kemudian menjerit ‘Wake Up Saladdin’. Maka ianya boleh dimenisfetasikan sebagai dendam berpanjangannya terhadap manusia yang berani dan menggunakan akal, menentang musuh-musuhnya.

Kekentalannya telah membuka dan membebaskan kembali Al-Aqsa dan membina kembali daulah serta maruah yang telah hilang. Lantas mari kita berdoa agar kita atau zuriat kita akan menjadi waris yang membebaskan Al-Aqsa dan memusnahkan kezaliman yang masih wujud di dunia ini.

Tatkala ayam betina pun mempertahankan sarangnya, ini kan kita sebagai warga soleh dalam hal Al Aqsa dan kezaliman seluruh umat manusia yang berlaku ini. Tatkala kita membaca sejarah tentang kubu pertahanan Salahuddin Al-Ayubi mempunyai ketebalan lebih dari 5 meter dan di dalamnya terdapat manjanik serta pelbagai senjata untuk memerangi musuh. Namun kekentalan iman dan takwanya melebihi tebal kubunya. Itulah rahsia sebenar yang menggentarkan musuh.
Akhirnya aku melihat wajarlah kita menghargai ketinggian darjat manusia, kemerdekaan berfikir, kebebasan bernegara dan kesejahteraan hidup. Ini semua terangkum berdasarkan prinsip karamah insaniah yang juga membawa erti kemulian insan.

Persoalannya adakah kita ingin menafikan prinsip tersebut dalam dunia kini ?

Adakah kita merelakan diri untuk terkongkong dengan dominasi pemikiran, makanan dan budaya hidup yang dilabel sebagai ‘McDonalization Society’ ?

Adakah kita merelakan juga penjarahan negara-demi negara , kezaliman dari satu tempat ke satu tempat, dan penindasan manusia yang berleluasa ?

Sedangkan dalam konsep karamah insaniah jelas meletakkan manusia ini dilahirkan dalam keadaan merdeka, dan haknya perlu dihormati. Jawapannya pasti, kita perlu melakukan sesuatu.

----------------------------------------------------------------

PERGI JAHANAM AMERIKA ! Steven Green, bersama empat rakannya dalam pasukan tentera AS yang menceroboh Iraq, pada Mac 2006, telah merogol Abeer Qasim Hamza al-Janabi, yang berumur 14 tahun. Selepas kejadian itu tentera Amerika teleh melakukan tindakan membunuh Abeer Qasim Hamza al-Janabi, bapa, emak dan adik perempuannya yang baru berusia 6 tahun. Selepas itu mereka telah mengambil tindakan membakar mayat-mayat tersebut.
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez