Isnin, Januari 30, 2012

Anyway... |^_^|

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:15:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.

************************************

Anda kenal Mother Teressa? ^_^ Ya, mungkin sahaja dia seorang penganut kuat agama Kristian...
Namun, bait-bait puisi yang di nukilkan beliau ini boleh kita sama-sama cedok buat pedoman kita...
Its depends on us to take this opportunity and related it with our greatest God... ALLAH SWT...

Sabtu, Januari 28, 2012

Rahmat Ujian...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:28:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Lagu ni nak post hampir 3 tahun yang lepas. Entah kenapa tak klik post. Hanya tersimpan sebagai draf.
Check punya check, banyak post in draf sahaja. So hari ni kemaskini secara perlahan-lahan setiap post yang lama ^_^. Selamat menatap & menghayati bait-bait terindah dalam lagu ini ya. Ingat, manusia tidak akan pernah sunyi dari ujian, musibah serta bala.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta
~ Surah Al-Ankabut : 2-3 ~




Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Terima Kasih Allah =')

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:22:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Bila aku sedih , aku menangis untuk lebih tenang . .
Bila aku marah , aku menangis untuk redakan rasa itu . .
Bila aku terasa hati , aku menangis supaya aku tak buat dosa dengan mengumpat .
Bila aku rasa benci , aku menangis supaya aku benci akan perbuatan aku sendiri..
Bila aku buat dosa , aku menangis kerana aku buat Allah murka . .

Dan kerana tangisanku itu, ia menjadi suatu rahsia antara aku dan DIA..

Ya Allah , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . .
Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . .
Terima kasih kerana beri nikmat 'menangis' ini untuk hamba-Mu lebih dekat dengan-Mu . .

Alhamdulillah..

Namun aku tidak lupa akan nasihat ini..

"Lindungilah kesedihanmu dengan senyuman..meski..dihatimu penuh kedukaan..kerana tabah menghadapi dugaan..menunjukkan engkau mempunyai keimanan.." ^^,

Subhanallah alhamdulillah laaila ha illallah alllahuakbar!.

Khamis, Januari 26, 2012

Kisah Syeikh Ibrahim Adham & 10 Tanda Hati Mati...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:35:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, usai beberapa hari bercuti di rumah. Petang tadi usai ayahanda terchenta balik dari bekerja. Kami sekeluarga bergerak menuju ke UPM. Singgahsana kedua Hana selepas baiti jannati di Batu Pahat.

Kembalinya ke UPM adalah untuk meneruskan jihad ilmu yang sudah sedia menanti. Allahurabbi, andai sahaja Batu Pahat itu dekat. Setiap hari pasti kaki ini melangkah balik untuk bersama usrati terchenta.. =')

Alhamdulillah, perjalanan menuju UPM tidak sekosong yang disangka. Tazkirah maghrib di radio IKIM.fm benar-benar mengisi jiwa. Subhanallah, jika suatu ketika dulu payah untuk kami membuka siaran IKIM.fm apatah lagi mendengarnya. Namun, hari ini, Allah telah membuka lembaran demi lembaran pada hati-hati kami sekeluarga untuk sentiasa mengisi jiwa dengan juadah rohani. Syukur padaMu Wahai Allah Yang Maha Kaya... =')

Pengisian kualiah maghrib di IKIM.fm berkisar tentang kisah Syeikhul Ibrahim Adham & pesanan beliau mengenai 10 Tanda Hati Mati. Dibawah ini Hana sertakan kisah lengkap & pesanan-pesanan yang disampaikan oleh beliau. Moga bermanfaat buat renungan kita bersama. Tabarakallah...



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10.Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Ahad, Januari 22, 2012

Dalam Hatinya Siapa Yang Tahu...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:33:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Kerap yang diperhatikan manusia adalah kegembiraan zahiriah. 
Namun keretakan sekeping hati itu siapa yang tahu?

Biasanya apa yang terzahir, itulah yang manusia akan imani.

Dalam kehidupan, pasti kita bertemu dengan ramai orang. Macam-macam tafsiran yang boleh dibuat berdasarkan apa yang terzahir di depan mata. Orang itu begini, orang ini begitu. Ada saja tamsilan yang boleh dibuat dengan sekilas cuma.

Dan saya, saya tertarik untuk belajar daripada manusia yang ditimpa masalah dan bebanan yang banyak, tapi tetap selamba dan biasa-biasa meneruskan kehidupan seharian. Sepertinya dirinya tidak punya apa-apa masalah. Segala fitnah dan tohmahan oleh masyarakat sekeliling, tidak dihiraukan jika tiada kepentingan untuk dibahaskan.

Hei, tidak mudah untuk berlapang dada meneruskan kehidupan setelah ditimpa ujian dan dugaan yang banyak. Kan? Mengaku sajalah. Malah kadang-kadang, hatta diberi motivasi yang macam-macam pun, tidak menusuk ke hatinya kerana asyik memikirkan masalah yang timbul dalam hidupnya. Biasa, kita manusia biasa.

Maka saya jadi terfikir. Ya saya lihat orang seperti yang dinyatakan tadi kelihatan begitu tabah. Tetap tersenyum mesra dengan sesiapa hatta dengan orang yang menyakiti hatinya. Begitu bodohkah dia untuk bersabar selepas maruahnya seperti dipijak-pijak dengan rakusnya melalui fitnah? Hai Rabbaa!

Dari jauh memerhati; dalam hati kecilnya itu, siapa yang tahu sakitnya!


Siapa Tahu Isi Hatinya

Waktu ini, saya cuba menerobos alam.

Pada waktu yang sunyi sebegini, siapa tahu di suatu tempat, di dalam sebuah bilik, di suatu sudut, terdapat seseorang yang menanggung beban ujian yang berat dan banyak. Semasa menjalani hari siangnya, mungkin saja dia kelihatan antara orang yang tabah mempamerkan riak wajah yang menyenangkan. Tetapi, semasa solatnya, baru sahaja takbiratul ihram, sudah berliter-liter airmata yang mengalirkan tanpa paksaan.

Dia berusaha tabah di hadapan manusia bukan kerana mahu mendapat pujian. Tapi kerana dia tidak mahu mengumpil simpati. Dia tidak mengadu kepada semua orang, bukan kerana dia ego menahan sendiri. Tapi dia tahu, apa yang sedang dilaluinya hanyalah ujian dari-Nya. Sebab itu apabila menghadap Tuhan Yang Esa, airmatanya mencurah-curah mengadu dan memohon kekuatan untuk menempuh segalanya.

Pun begini bayangan yang saya dapat, saya masih belum tahu sebenar-benarnya kondisi hatinya. Mungkin kita cuma boleh melahirkan rasa empati. Namun tidak akan pernah sesekali merasa sebagaimana yang dirasainya. Betul?

Kita tidak tahu di waktu begini, ada seseorang yang bergelar pelajar bersengkang mata menyiapkan tugasan yang terlalu banyak, mengulangkaji pelajaran kerana musim peperiksaan akan bertandang tidak lama lagi. Dalam rasa hampir berputus-asa dengan semua itu, ada yang menjadi tunjang kekuatannya; ibu dan ayah di rumah.

Kerana wajah kasih yang terbit di ingatan, terbit sebuah kekuatan dalam kepayahan. Baginya, dia mesti tabah untuk meneruskan perjuangan. Dia kena tamatkan apa yang dia mulakan meskipun sering berendam airmata dengan kerenah manusia di sekeliling. Dia harus menjaga segala-galanya; hubungan dengan ALLAh Ta’ala, dan menjaga pergaulan sesama manusia hatta di alam maya sekalipun.

Siapa yang tahu isi hatinya yang sebenar-benarnya? Hanyalah Dia!

Di saat ini, mungkin saja ada ahli kepada sebuah keluarga yang sedang nazak. Ahli keluarga yang lain menanti saudaranya pergi dengan aman menghembuskan nafas terakhir. Hatta jiwa bagai dirobek-robek kerana tidak sanggup untuk berpisah, namun kerana merasa diri itu sebagai hamba yang percaya kepada ketentuan takdir ALLAh Ta’ala, harus merelakan pemergian ahli yang sedang nazak jika itu adalah yang terbaik.

Bukan mudah melepaskan seseorang yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Dan tiba-tiba, harus menerima kenyataan bahawa rumahnya yang seterusnya adalah sebuah liang lahad. Bertilamkan dan berbantalkan tanah, di dalam kegelapan dengan pelbagai haiwan yang ada. Sendirian tidak berteman melainkan amal semasa di dunia.

Nastaghfirullahal’adzim.
Bagaimanakah tanggungan hati terhadap situasi-situasi di atas?

Sekali lagi, mungkin kita boleh membayangkan pelbagai situasi yang meruntun jiwa. Juga boleh melahirkan rasa empati serta merta. Tapi kita tidak akan pernah tahu dengan setepat-tepatnya, apa rasa yang terkubur dalam hati kecil seseorang itu.

Kan?

Lihat Diri Kita Sendiri

Memang ALLAh Ta’ala berikan ujian yang berlainan pada setiap hamba-Nya yang ada di muka bumi ini. Walaupun kelihatan ada yang sama, tentulah rasanya berbeza kerana perbezaan latar belakang keluarga, tempat dan masa memainkan peranan penting terhadap ujian yang ALLAh turunkan. Tidak akan pernah sama!

Melihat kepada diri sendiri. Walaupun kita berada dalam jasad yang ada sekarang, kita dipinjamkan dengan seketul hati dan sebuah jiwa yang dengannya kita hidup sekarang, tapi kerap kali kita juga sering keliru dan tidak tahu dengan kondisi hati kita sendiri.

Betul?

Dalam riak wajah ini, kita mungkin boleh berlakon ceria dengan tersenyum mesra. Dengan suara yang ada ini, kita mungkin boleh bergelak tawa bersama keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang ada. Padahal, tanpa orang sekeliling ketahui, hati kita sedang menangis, menangis dan menangis.

Tiada manusia mendengar tangisan hati kita, kadang-kadang. Kalau ada pun sahabat yang merasai kesuraman jiwa kita, sungguhpun kita berkongsi rasa hati, pasti dengan kelemahannya yang ada sebagai manusia biasa, dia tidak dapat memahami sepenuhnya. Tetapi, sekurang-kurangnya sahabat tadi itu ada untuk mendengar cerita hati yang tidak seberapa. Bersyukur atas rasa kebersamaan itu.

Saat merasa hati tidak berupaya menanggung derita, benar-benar wujud satu harapan besar dan mendalam. Lalu kita mendongak langit di suatu tempat dengan bersendirian, mengadu dengan sangat-sangat kepada Tuan Punya Dunia..

“Wahai Tuhanku, jangan biarkan aku lemah pada segala dugaan-Mu. Jangan biarkan aku kalah sebelum berhabis-habisan berjuang dengan kudrat yang Engkau berikan. Biarkan aku menjadi seorang hamba-Mu yang tetap berdiri hatta dihambat ujian seribu. Wahai Tuhanku, berikanlah ketenangan jiwa kepadaku. Jangan Engkau biar aku hidup dengan keresahan jiwa semata-mata dunia….”

Airmata laju mengalir. Bukanlah airmata itu mengalir kerana marahkan Tuhan. Tetapi airmata itu mengalir kerana merasai kelemahan diri, tidak berupaya. Mengakui bahawa diri penuh dosa dan lalai dengan segala yang ada di dunia. Tidak dipaksa untuk mata menangis, tanda mahu mengadu kepada Dia Yang Maha Tahu.

Sungguh, hanya orang yang kembali kepada Tuhan,
beroleh kekuatan dan ketenangan jiwa.

Bukanlah ALLAh Ta’ala itu zalim terhadap kita dengan membiarkan kita merasai kesakitan yang ditanggung sekarang ini. Namun cubalah hisab diri, dan pandanglah sekilas kepada masa-masa yang telah berlalu serta tanyalah diri sendiri, dosa apakah yang sering kita anggap ringan. Dan perbuatan apakah yang kita merasa tidak diperhatikan oleh Yang Maha Memerhati?

Hati ini, sangat berbolak-balik. Kerana itu perlu sentiasa dekat dengan Tuhan!

Bukan kerana kebencian,
cuma memberi secebis kesedaran,
untuk saya yang penuh dosa,
untuk anda yang dikasihi ALLAh.

Semoga ALLAh merahmati...

Sumber : http://cintailahi.com/tazkirah/dalam-hatinya-siapa-yang-tahu/

Khamis, Januari 19, 2012

Monolog Diri...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:59:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Sumber Utama : Syabab Musafir Kasih


Dialog dalam diri saya sendiri;

Soalan: Kenapa aku asyik kena bala je ni akhir2 ni? Nasib pun buruk2 je.

Jawapan: Ko jauh dari Tuhan. Ada ko bangun semayang malam? Tade kan? Ko cakap tak serupa bikin. Ko nasihat org, tapi ko tak buat. Ko nak menipu diri ko sendiri?

Soalan: Ahh cis! Bila aku buat pun, apesal aku tetap dapat macam2 ujian?!

Jawapan: Tu bukan ujian, tu kaffarah dosa-dosa ko. Tade manusia maksum dari dosa wlpn sebesar zarah. Jadi jika manusia diuji, tu sbnrnya nak melunturkan dosa-dosa. Bersyukurlah.

Soalan: Argh! Apakah ujian2 dan musibah2 ni baik utk aku?! Bukan ke memudaratkan aku je?!

Jawapan: Ko jangan jadi bodoh. Sebenarnya lebih baik Allah balas dosa-dosa yang ko penah buat tu dengan dibalas terus masa kat dunia lagi. Kalo dibalas kat akhirat, ko pasti tak tahan direndam dalam api neraka yg bahan bakarnya adalah dari batu dan manusia.

Soalan: Jadi buat apa aku minta diampunkan dosa-dosa gak kalau nak terus-terusan dibalas camni?!

Jawapan: Allah berkuasa segala. Dia Maha Pengampun, tapi Dia Juga Maha Menghukum. Kadang-kadang dosa-dosa kita diampunkan terus oleh Allah dengan amalan2 soleh, tapi kadang2 dosa-dosa kita diampunkan dengan menerima pembalasan-pembalasan. Janji ianya diampunkan. Ko siapa nak lawan Tuhan? Sedangkan Rasulullah SAW yg maksum pun berkata doa yg terbaik adalah doa minta diampunkan dosa malah Baginda sendiri bertaubat berpuluh kali sehari. Ko siapa nak angkuh sangat dengan Tuhan tanak minta maaf dengan Dia?! Dia nak balas ke, Dia nak ampun ke, kita tak layak nak persoalkan. Kerja kita mohon ampun dan taubat. Kerja dia menerima taubat dan memberi keampunan. Itupun dinilai pula pada keikhlasan dan kesungguhan diri.

Soalan: Apesal ko nak nasihat aku ni?

Jawapan: Sebelum org lain nasihatkan, better diri sendiri yg nasihatkan dan sedar sendiri.

(terdiam dan membiarkan akal waras membuat keputusan)


Selasa, Januari 17, 2012

La Tai-Asuu!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:05:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Hidayah itu sesungguhnya milik Allah.
Tanpa hidayah seseorang itu adalah hambaNya yang rugi.
Taufiq juga sesungguhnya adalah hak milik kekal Allah.
Tanpa taufiq, hidayah tidak membawa pengertian.
Raihlah keduanya dengan permohonan
& munajat pada Yang Maha Pengabul Doa.
Jangan pernah terhenti langkah. Jangan pernah gentar. Jangan pernah berasa lemah.
& Paling utama, jangan pernah menghampiri rasa putus asa.

Tadahlah tanganmu wahai insan.
Bermunajatlah agar Allah SWT memberi perkenan.

Wahai Allah Yang Maha Indah...
Jauhkan Hatiku Dari Sifat Putus Asa...
Limpahkan RahmatMU, HidayahMu & TaufiqMu Ke Atas Ku... ♥


* Sumber gambar & ilham : Rusydee Artz

Isnin, Januari 16, 2012

2M!! Mari Menulis ^^

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:32:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat dan kurniaNya buat diri ini. Hari ini, Isnin bersamaan 16 Jan 2012. Allah telah menukilkan di 'sana' bahawa saya berpeluang untuk menyertai Bengkel Penulisan Artikel. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahukbar.

Membangkitkan kembali roh-roh menulis yang kian di 'bawa pergi'. Syukran Wahai Allah Yang Pengasih! InsyaAllah, saya cuba untuk meng'istiqomah'kan kembali jari jemari untuk menulis, walau satu ayat sekalipun. Doakan! (Senyum..)

Ilmu yang ada jika tidak dikongsi tidak akan kaya. Maka yang sedikit itulah yang berkah jika di kongsi bersama daripada yang banyak tetapi disimpan sendiri-sendiri. InsyaAllah, bait-bait perkongsian sepanjang program akan saya kongsi dan nukilkan buat perkongsian bahasa. Sambil mendidik diri untuk terus teguh & tidak rapuh atas jalan sunnah yang diajarkan Pesuruh Illahi. 

Idea bergema, bicara sahaja yang terkesima. Allahu Allah. Cuba jangan tak cuba wahai diri. InsyaAllah, Allah permudahkan pada sesiapa yang berusaha. Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin.

Nor Farhana Nordin
01:33 pagi
UPM, Serdang
n.farhananordin@gmail.com

Ahad, Januari 15, 2012

Allahumma Amin....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:52:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Wahai Allah... Yang Maha Baik Rencananya....
Sungguh, hambaMu ini menagih kekuatan dari segenap jiwa....

Wahai Allah... Yang Maha Luas Cintanya....
Sungguh, hambaMu ini membutuhkan kecintaan buat relung hati ini....

Wahai Allah... Yang Maha Tinggi Kasihnya....
Sungguh, hambaMu ini mencari kerinduan dalam meniti jalan itu....

Wahai Allah Yang Maha Tinggi Asma'nya....
PadaMu ku bersujud penuh kehambaan...
PadaMu ku bermunajat penuh kejahilan...

Aku mencari kekuatan dalam segenap ujian....
Aku memerlukan ketabahan dalam setiap cabaran...
Aku menagih kasih dalam setiap musibah...
Aku membutuhkan iman dalam mendepani nikmat....

Wahai Allah Yang Maha Luas Pengampunannya....
PadaMu ku melutut penuh mengharap...
PadaMu ku menyerah penuh kelelahan...

Aku serahkan segenap jiwa ini padaMu...
Aku jualkan jasad & roh ini untuk perhitunganMu....

Pimpinlah aku Wahai Allah Yang Maha Indah...
Bimbinglah aku Wahai Allah Yang Maha Lemah Lembut...
Tabahkan hatiku Wahai Allah...
Kuatkan langkahku Wahai Allah...
Hapuskan kedukacitaan ini Wahai Allah...
Lenyapkan keluh kesah ini Wahai Allah...

Dakaplah aku dengan segenap cintaMu...
Genggamlah aku dengan segunung rinduMu...


" Hasbiallah wa ni'mal wakil.. Ni'mal maula wani'man nasir.. "

Selasa, Januari 10, 2012

Allah Punya Rencana Yang Pasti....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:08:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt...




Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan & keizinan kepada diri ini & jari ini untuk terus menari-nari membaitkan sedikit coretan. Buat tatapan & renungan diri sendiri. Diri yang empunya iman yang lemah & goyah ini harus diperingati selalu. Dari bisikan peringatan sahabat-sahabat tercinta sehingga ke metod memperingati diri menggunakan wadah berbicara sendiri. Sungguh! Lama diri ini merasakan bahawa jari jemari semakin keras, tak setangkas dahulu dalam menulis coretan bahas buat mengingati diri. Bukan mengadu! Bukan merayu! Bukan tunjuk ayu! Ataupun mencari-cari ruang untuk buat buku! Tidak sama sekali..... :')

Allah...  Terima kasih, ucap syukurku padaMu kerana memberi peluang buat diri ini untuk berbicara sendiri. Bak diari. Bait-bait yang tertulis ini hanyalah tak lain buat renungan diri. Memuntahkan luahan rasa yang terasa binasa.. :')

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Bukan mengadu mahupun mengeluh, namun saat-saat dihadapi akhir-akhir ini benar-benar menguji iman. Iman di hati. Iman di lisan. Iman pada diri. Benar-benarkah diri ku ini melunaskan amanah sebagai muslimah? Sungguh! Dunia dirasakan gelap, tiada cahaya, sempit, sesak, melesukan & meletihkan. Saat tangisan mengalir meminta-minta belas kasihan teman-teman, ada yang datang ada yang pergi. Saat itu merasakan betapa tidak adilnya dunia. Betapa kejam & menyeksakan hidup ini. Letih! Lesu! Kecewa! Putus asa!

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Bila lesu datang bertandang. Bila gelisah & resah datang menyinggah. Bila tangisan bak tiada perhentian. Manusia yang selalu alpa & penting kan diri ini barulah mahu kembali menjengah sejadah sujud padaNya demi mencari sebuah sinar. Allah :'( Sungguh hina diri ini... Sungguh sombong hambaMu ini... Sungguh takbur hambaMu ini. Bersujud menyembah kala perlu. Ampunkan daku wahai Pemilik Cinta Hakiki...

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Sabar! Ungkapan yang mudah dibicara tapi payah untuk dirasa. Benar! Inilah hakikat hidup. Ujian buat hamba bergelar manusia. Siapa mahu 'menang' belajarlah untuk berSABAR. Siapa mahu 'kecundang' berserahlah untuk REBAH. Terlalu banyak nikmat tersedia. Hingga bibir tak mampu mengukir kata-kata "Nikmat apakah lagi yang ingin engkau dustakan?". Allah Yang Maha Memberi, tidak pernah sekali meminta kembali nikmat yang Dia telah sediakan. Tapi manusia? Seringkali meminta-minta kembali apa yang telah Allah SWT ambil dari kita. Sungguh! Tertampar diri ini. Sering begitu. 

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Masa berlalu & terus berlalu. Semakin jauh & jauh meninggalkan masa lalu yang sudah pun menjadi sejarah. Kini yang menanti adalah hari ini. Esok belum pasti. Allah SWT sentiasa menyayangi hamba-hambaNya. Itu yang daku pasti. Tidak pernah Dia menzalimi hambaNya. Malah hamba-hambaNya yang sering berbuat zalim pada diri sendiri. Ya, termasuk diriku. Sebal rasa hati ini bila teringat-ingat bahawa diri ini pernah merasa betapa sempitnya dunia. Betapa mendukacitakan kehidupan ini. Moga Allah jua yang mengampunkan. 

Allah SWT, Tuan Pemilik Hati... 
Punya rencana yang pasti.. 
Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Bijaksana..

Wahai hati yang rapuh. Wahai iman yang lemah. Bersaksilah bahawa Tiada Tuhan Disembah Melainkan Allah & Bersaksilah Bahawa Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah. Pada siapa lagi kita harus kembali jika bukan pada Al-Quran & As-Sunnah. Kalam mukjizat dari Allah & contoh ikutan Rasulullah. Wahai hati yang sedang mengingati mati. Berdoalah agar Allah merahmati. Bermunajatlah agar Allah memberi hidayah. Bersujudlah agar Allah memberi jalan taufiq. Kerana sesungguhnya pada setiap musibah itu ada hikmah. Pada setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan. & Pada setiap masalah itu pasti ada penyelesaian. Kerana telah dijanjikan Allah bahawa RENCANA-NYA ITU PASTI!

"....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. 
Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-TalaQ : 2-3)

" Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik. "
(Surah Al-Ma'arij : 5)


 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez