Ahad, Mei 09, 2010

Muslimah.. Langkahmu Biar Terarah....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 7:35:00 PG
Pandangan Anda : 
0 Celoteh SahabatKu...

Sepasang kaki anugerah
berada di bawah sekali
jangan kerananya
kau berada di bawah sekali
dalam telaga gelegak
di alam yang kekal abadi


Muslimah
telapak kakimu
menjadi syurga kepada anak-anakmu
sebagai lambang ketaatan dan kepatuhan
telapak kakimu
akan menjadi syurga untuk mereka
andai mereka kau didik
mengenali, mentaati dan mencintai
Al-Khaliq pencipta Agong


Muslimah
langkahmu biar terarah
ke arah mardhotillah
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez