Khamis, Oktober 22, 2009

Mencari Ketenangan Hati Dan Jiwa

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:51:00 PTG

HATI atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.

Rasa senang apabila ia dipuji.

Rasa menderita apabila di keji.

Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.

Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.

Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.

Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.

Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.

Rasa dendam apabila orang menganiayainya.

Simpati dengan orang susah.

Rasa keluh kesah apabila dapat susah.

Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.

Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.

Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

7 Celoteh SahabatKu... on "Mencari Ketenangan Hati Dan Jiwa"

Tanpa Nama berkata...

setelah membaca dan memahami setiap ayat dan perkataan yang diterangkan telah jelas mengatakan aku adalah salah seorang yang mempunyai penyakit hati dan jiwa yang amat kronik... sukar untuk diubati oleh orang lain melainkan diriku sendiri...

Tanpa Nama berkata...

selain berzikir dan berdoa;
apa lg amalan lain untuk mendapatkan ketenangan hati dan jiwa?

[Ana] Farhana.... on Khamis, 07 Julai, 2011 berkata...

:) macam2 ade....
pandanglah ke langit.. lihat ciptaan Illahi...
lihat kehijauan alam..
insyaAllah tenang...
berzikir lah... wlau sependek mana sekali pun..
istighfar..
insyaAllah sama2 diberi ketenangan...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana memberi sedikit "petunjuk" dalam menghadapi cabaran masa depan...

maira berkata...

askum semua... baru2 nie saya dpt ujian di mana saya tkena buatan org.. setelah 27 tahun hidup bahagia, smpai lalai mengigati siapa yg mkurniakn bahgia itu saya terus leka dan lupa pd pencipta.. skrg saya sudah baik dr sakit tp ape yg saya dpt rasa ialah hati saya kosong.. asyik teringat kn mati saje... saya xtahu knp, saya sgt sedih.. sy nk truskn hidup sy seperti dahulu tp xboleh.. adakah kerana saya tlalu kotor smpai xdpt kembali lg kejalan yg benar..? sepanjang sy hidup sy lupe pd pencipta, buat maksiat, menyakiti hati org lain & slalu merasa diri bgs.. namun skrg sy da insaf & da mula sedar diri.. solat dan ingin berubah.. tp hati sy seolah-olah menolaknya & jiwa sy sgt kosong.. ape yg patut sy lakukan? sy memerlukan nasihat supaya dpt meneruskn hidup... ;(

[Ana] Farhana.... on Rabu, 09 November, 2011 berkata...

Assalam maira....
hidup kita sebagai manusia ni tak pernah lari dari melakukan kesilapan....
tak pernah lari dari merasa sakitnya ujian...
lekanya dengan nikmat sehingga lupa diri....

Seawal mungkin sy mengingtkn disini... buat ingtn diri sy juga... bersyukurlah... didalam usia kite belum menjejaki mati ni.. Allah dah hembuskan kasih sayangnya dan hidayahnya dlm diri kite... maira juga tak terlepas dr nikmat tu... alhamdulillah maira sedar akan silap maira selama ini....

hati manusia... tetap milik Allah....
Dia yg menggerakkan hati2 kite...

imam ghazali pernah mengingatkan...

“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

jangan takut untuk berdoa... sungguh! Allah sgt pengasih & penyayang untuk memberi kurniaanya... perjuangan menempuh mencari hati itu pahit.. kerana syurga itu sgt manis...

insyaAllah ni semua peringatan buat diri ana jugak... if maira nak kongsi pape.. insyaAllah ana leh bantu.. contact kat sini ye..

email : ruhulsyaheedah@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

macam mana nk megelak dari skt hati kt kawan...mngelak dr sedih bla kawan buat sesuatu yang kta x suka dan cuba untuk meminggirkan kita..

saya selalu hadapi nya..tp sy x tahu mcm mana nk mengatasi nya..sy akan membiarkn spt selalu..ttp lama-kelamaan hati menjadi skt..smpy nk tgk muka pn rasa dh xnak..tp sy terpaksa menghadapi nya hari2..sy plukn ssorg utk meluah & menasihati & mengingati..

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez