Rabu, September 30, 2009

Tenangkan Jiwaku...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:15:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....

Baru sekejap td ana berada dalam tenang dan ceria....
Walaupun hari ini kurang sihat ( tekak sakit dan badan sgt lesu )
sehingga merah padam muka....
Ana kuatkan semangat untuk buat juga task2 yang telah diberikan...
Differential Equation dan Mathematical Programming...
Bukan sedikit nombor dan kira-kira yang perlu dibuat...
Sangat berjela....
Sambil buat sambil mengadap laptop..
Ish dasat ana ni... 2 in 1... Namun cepat2 ana tepis... Mesti fokus...

Ya Allah entah kenapa angin debaran datang kembali....
Semacam merasakan sesuatu pasti berlaku....
Mungkinkah ini hanya mainan bisikan syaitan yang telah dilepaskan dr penjara hasutan??
Sungguh... Debar... Gelisah... Resah...
Takut menerjah mencari pelosok ruang untuk keluar memberontak....
Alhamdulillah... Mendengar lagu-lagu nasyid inspirasi membuat ana sedikit tenang....
Menghayati lirk2 penuh motivasi....
Kenapa ya? Semacam akan mengalami sesuatu yang belum pasti....

Kegembiraan dan kebahagian yang dikecapi sahabat ana seharusnya
ana sambut dgn meriahnya...
Jika boleh ana raikan kebahagiaan itu sebaiknya....
Entah kenapa.....
Perasaan yang menerjah bukan seperti yang ana aturkan di minda...
Gelisah dan berdebar sekali...
Sungguh... Bukan mainan..... Ini realitinya....
Ya Allah... Berikanlah hambaMu ini sekelumit ketenangan dan keceriaan untukku kongsikan bersama sahabatku....

Mungkin kerana pengalaman lepas...
Ana merasakan tak sanggup untuk mengingatinya...
Dan mengharapkan ia tidak dirasa pada sahabat ana ini....
Sungguh.. tidak enak perasaan yang pernah singgah pada hati ini dahulu...
Bahagia menjengah... Namun, ujian Allah dan aturan Allah mengatasi segala yang kita rancangkan...
Pahit perlu dirasakan untuk mengetahui bagaimana rasanya...
Jika tidak manis yang menjengah tidak dihargai sebaiknya....
Itulah serba sedikit mematangkan hati ini...
Mungkin belum seluruhnya....
Perlukan masa bukan seketika....
Mungkin menuntut suatu jangka masa yang tidak terkira....

Pergilah Debaran...
Menjauhlah Gelisah....
Hilanglah Resah....
Hanya itu yang ana mahu ketika ini.....
Ya... Dengan mengingati Allah.. Hatikan menjadi tenang....
Lantunan zikrullah beriringan nasyid senada menjadi pilihan....
Alhamdulillah nukilan picisan ini membuatkan hati ini kembali pulih sedikit demi sedikit...
Bukan semua mampu mengingati Allah setiap masa...
Namun ana akan tetap mencuba...
Ingat Allah hati pastikan tenang...
Alhamdulillah....

Buatmu sahabat2 yang sentiasa ana perlukan untuk membantu diri ini...
Dan buatmu adik2 yang sentiasa kak ana ingin mendengar perkongsian dari kalian...
Sentiasa didoakan semoga berada dalam keadaan yang terbaik
dan berada di atas jalan-jalan mujahadah....
Sentiasa didoakan semoga hati-hati kita berada
dalam dambaan kasih sayang Allah....
Sentiasa didoakan semoga dipermudahkan urusan2
dan dibukakan pintu2 rezeki yang melimpah...
Sentiasa didoakan semoga tautan ukhwah kita mendapat redhaNya cuma....

Indahnya jika hidup ini sentiasa dinaungan dengan titipan kasih Allah...


ps * terkadang takut untuk terlalu gembira... kerana takutnya hilang rasa syukur... menangis terkadang lebih bermakna kerana sentiasa berada didalam jagaan Dia Yang Esa....

Muslimahku Sayang...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:52:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Sesungguhnya mulia seorang wanita itu bukan kerana banyak membuat jasa & terkenal di seluruh dunia, ttp krn sifat lemah lembut & penyayang srta mjaga maruah dirinya & bjasa kpd suami & anak2.....

Juga mulia mereka bukan kerana pintar akal, menghasilkan pelbagai teori dan falsafah serta menjadi perancang & peraturan dunia, tetapi mulia mereka kerana menjadi golongan yang taat dan menyenang dan meredhakan hati suami.....

Berharga mereka bukan kerana rupa cantik dan pandai bersolek, tetapi kerana kecantikan dan keindahan akhlak mereka....

"Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….

Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’
Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..

Indahnya wanita seindah mutiara kasih..

Selasa, September 29, 2009

Ku Mencari....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:47:00 PG 2 Celoteh SahabatKu...
Sudah jauh ku telusuri....
Mencari bahagia yang hakiki...
Di sisi teman-teman...
Namun belum ku temui.....

Ku telurusi lagi semakin menjauh....
Pada cintanya seorang kekasih....
Namun yang punya hanya gelisah....

Ku terus mencari dan mencari....
Sambil itu ku menanti tibanya bahagia....
Menghitung hari...
Meniti masa....
Berlalu dengan jiwa yang kosong....

Ku bertanya pada diri....
Dimanakah lagi harus kucari.....
Menitip sekelumit bahagia....
Mengundang ketenangan....

Hari-hari yang berlalu....
Bersama kerinduan yang semakin berat....
Kemana haluan rinduku yang tak bertepi ini....

Titisan air mata menangisi yang tidak pasti....
Arahku keliru....
Cukup keliru....
Ku mencari apa yang ku perlu....
Ku mencari apa yang ku keliru...
Hatiku merintih pinta diisi...

Sesekali ku terjaga dari alpa....
Yang ku perlu cinta Dia...
Yang ku keliru cinta dia...
Ku mencari cinta Yang Maha Agung....
Ku rindu hembusan kasih dariNya...
Hamparan jalan kebenaran...
Penuh cahaya menerangi kegelaoan....
Sarat ketenangan abadi....
Mendamaikan setiap hati-hati yang mencari....

Kini ku mata hatiku terbuka....
Destinasi yang kucari kini kutemui.....
Ku mencari cintaMu Ya Allah....
Mengharap maghfirahMu...
Menagih mardhotillah...
Mendambakan hidayahMu....
Bawalah diriku dekat pada Ya Allah....

Nukilan:
RuhSya_Farhana
Kamar Kolej 12 | 29 Sept 2009 | 10.06 pm

Isnin, September 28, 2009

Indahnya UjianMu...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 5:28:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Ya Allah Ya Rahim…
Engkaulah Maha Penyayang…
Ya Allah Ya Ghaffur....
Hanya Engkau tempat kami memohon keampunan...
Dosa menggunung yang telah banyak ku lakukan....
Segala pengampunan ku mohon atas kekhilafan diri ini....

Ya Allah Ya ‘Alliy...
Tinggi MartabatMu tiada tandingannya...
Ya Allah Ya Basit....
Engkaulah Sebaik-baik Pemberi Kelapangan....
Ujian dari-Mu manis…..
Dugaan kiriman-Mu itu indah…

Ya Allah Ya Halim…
Engkaulah Maha…
Ya Allah Ya Mu’min
Hanya Engkaulah Maha Pengaman...
Bahagiakan hatiku ini dengan mehnah ini….
Gembirakan diriku dengan ujian-ujian tanda kasih hanya dariMU…

Ya Allah Ya Qayyum….
Engkaulah Pencipta Yang Berdiri Dengan Sendirinya…
Ya Allah Ya Mu’iz....
Engkaulah satu-satunya Pemberi Kemuliaan....
Layakkah diri ini menerima semua ini…
Hamba-Mu ini terlalu hina dan jahil disisiMu….

Ya Allah Ya Nur…
Hanya Engkau Pemberi Cahaya Sekalian alam….
Ya Allah Ya Hafidz....
Engkaulah sebaik-baik pelindung...
Ku mohon hanya padaMu….
Kurniakan kedamaian pada hati ini…
Agar ku merasai setiap nikmatnya atas apa yang telah Engkau tetapkan...

Ya Allah Ya Mujib...
Engkaulah Maha Pemakbul setiap doa-doa hambaMu...
Ya Allah Ya Wasi’...
Terlalu Luas PemberianMu kepada kami....
Hanya padaMu ku mohon dan ku pinta....
Perkenankanlah doa-doa hambaMU ini....


Nukilan :
RuhSya_Farhana
( 12.57 p.m/ 9 Syawal 1429 H)

Ahad, September 27, 2009

Indahnye Matematik

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:26:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...

Beauty of Maths!


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321



1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Brilliant, isn’t it?And look at this symmetry:


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321


Now, take a look at this…

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MOREthan 100%?

Ever wonder about those people who say they aregiving more than 100%?

We have all been in situations where someone wantsyou to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?


Here’s a little mathematical formula that mighthelp answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 2021 22 23 24 25 26.


If:

H-A-R-D-W-O-R-K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%




And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close,and Attitude will get you there,

It’s the Love of God that will put you over the top!



Hebat tak??

Hehe, nih ana nak menambah sikit keajaiban nombor ciptaan Allah...

1x9 =9 =0+9=9
2x9 =18 =1+8=9
3x9 =27 =2+7=9
4x9 =36 =3+6=9
5x9 =45 =4+5=9
6x9 =54 =5+4=9
7x9 =63 =6+3=9
8x9 =72 =7+2=9
9x9 =81 =8+1=9

Hasil darab 9 , bila ditambahkan jawapannya hingga jd 1 digit akan hasilkan 9 juga... Subhanallah unik kan....

ps* dah dipost entri b4 ni...

Rindu Maut.....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:49:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt ukhti ana....


Subhanallah...

Ana renung je komen yang 'akuhuduh' tinggalkan pada shoutbox ana...

"rindu maut" tulisnya...

Yang terlintas di fikiran? Eh? Rindu? Maut?

Lama ana renung dan fikir...

Syukran sahabat...

Ye.. Mesejnye.. Rindukanlah Maut...

Selalunya kita akan rindu siapa? Pasti orang yang kita sayang kan...

Mak abah? Pasti...

Yang teristimewa?

Mandi tak basah.... Tidur tak lena... Makan tak kenyang... Fikiran melayang...

Itulah parahnya bila dah rindu....

Tapi.............

Rindukah ana pada maut??

Ya Allah...

Ku buka helaian kalamullah mu....

Hatiku tak keruan...

Ku sedar terlalu menggunung tinggi dosaku padamu Ya Allah....

Terlalu sedikit diri ini mengingati Mu....

Jiwa ku bergetar....


" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. " ( Ali Imran : 185 )


Tiada yang tidak pasti dalam caturanMu...

Air mata mengalir membasahi wajah ini...

Sedikit benar hambamu ini mengingati maut....

Ku selak lagi lembaran mukjizat teragungMU...


" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati . Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. "

( Al-Ankabut : 57 )


Sungguh..

Ku rasakan terlalu kotor dan jahil diri ini...

Sebaik-baik tempat yang dijanjikan ialah bertemu denganMu...

Kembali padaMu....

Air mataku tumpah lagi...

Masihkah diri ini punya peluang lagi...

Mencari cintaMu..

Meninggalkan cinta dunia....

Ku temui sesuatu pada sabda agung kekasihMu....


“Hampir-hampir bangsa-bangsa lain mengerumuni kamu sepertimana manusia mengerumuni makanan mereka. Seorang sahabat bertanya: Apakah kerana kami sedikit waktu itu? Baginda menjawab: Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu umpama buih seperti buih banjir. Allah akan mencabut perasaan gerun pihak musuh terhadap kamu dan Allah akan campakkan al-wahn ke dalam hati kamu. Bertanya seseorang: Wahai Rasulullah, apakah al-wahn itu? Baginda menjawab: Cintakan dunia dan bencikan mati.”


Nistanya diri ini....

Tidak pernah merindui maut...

Sedangkan maut itulah medan agung...

Jalan untukku bertemu sua denganMu...

Melabuhkan cintaku padaMu...


Ya Rabbi....

Andai ini peluang yang Kau berikan...

Segala puji bagiMu Ya Allah...

Tiupkan kerinduanku hanya untukMu...

Merindui maut untuk bertemuMu...

Jauhkan kecintaan dunia yang bisa melalaikanku....

Sabtu, September 26, 2009

Permata Hatiku

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:00:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum kanda yang kuimpikan....


Surat Untuk Dikau Calon Suamiku
Bagaimana kabarmu hari ini? sudahkah kau basuh wajahmu dengan sucinya air wudhu, yang membuat wajah bersahajamu diliputi cahaya? Sudahkah malam tadi kau habiskan sepertiganya dengan bermunajat kepada-Nya? Sudahkah kau bulatkan azzammu untuk istiqomah melangkah di jalan-Nya?

Kanda...
Tegakkan bahumu, sempurnakan semangatmu, penuhi dadamu dengan nama-Nya, jemputlah rizqimu dengan sungguh-sungguh. Aku mengantarmu dengan selempang doa yang tersampir di bahu angin. Semoga hari ini Allah melimpahkan keberkahan di setiap tarikan nafasmu. Penuhi pundi-pundi amalmu dengan kebaikan, jangan sisakan sedikitpun waktumu dalam kesia-siaan.

Malam nanti, aku kembali menunggumu dalam hening doa-doaku. Sandarkan hatimu pada-Nya, agar Ia memberimu kekuatan. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk segera menjemputku, menemani hari-harimu.

Siapapun engkau, di manapun berada, semoga Allah menjagamu, hingga tiba waktunya perjuangan panjangmu tak lagi sendiri. Maka, kukuhkanlah kembali semangatmu. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk hadir menjemputku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Surat Untuk Calon Istriku

Ukhti....
Jikalau tiba saatnya bertemu...
bersabarlah dikau dengan kekuranganku....
bersabarlah dikau dengan apa yang tampak sekilas....
sesungguhnya aku ini hanyalah seseorang anak adam yang
biasa-biasa saja....
yang biasa dipandang sebelah mata....

Ukhti....
Jika Allah memang memilihku tuk mendampingimu....
Kumohon....
Hendaklah dikau selalu mengingatkan diriku ini yang
lemah ini....
Yang mungkin menelantarkan hak-hakmu....
Yang mungkin lupa diri dan tak tau diri....
Yang mungkin lupa akan kewajibanku ini....

Ukhti....
Terimalah salamku ini....
Jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya ukhti....
Berimanlah pada Allah SWT....
dan bertakwalah pada Allah....
Patuhilah Allah dan Rasulnya....
Jangan terbawa oleh arus musuh-musuh Islam ukhti....

Ingatlah.....
Sesungguhnya Allah swt. bersama orang-orang yang
sabar....

Jikalau bukan takdir kita untuk bertemu....
Doaku semoga Allah mempertemukanmu dengan Ikhwan yang
lebih baik dariku....
Yang akan membahagiakanmu di dunia dan membimbingmu menuju
kebahagiaan akhirat....


Akhir kata....
Wassalam....

Khamis, September 17, 2009

MaSa uNtuK ReHat...^_^

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:49:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

InsyaAllah selama seminggu blog ana ni akan dipenuhi dengan sawang dan habuk....
Ini kerana bermula esok jam 8.00 pagi ana akan bertolak pulang ke kampung...
Subhanallah.. Gembiranya... Terasa riang dan tenang di hati dapat pulang ke rumah...
Kesian mak dan abah tiada yang membantu mengmas dan merapikan rumah...
InsyaAllah ana akan pulang bersama 2 lagi sahabat ana...
Doakan perjalanan ana selamat sampai ya....

Kenapa ana tiba2 letak gambar ni ye...
Ana baru jumpa blog sahabat kesayangan ana ni ( Balqis )...
Yang sudah bergelar Ummi... ( Ummu Zyad )
Rindu sangat pada dia....
Stay cute to Ummu Zyad dan Zyad....

Rabu, September 16, 2009

DaLam KenanGan...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:09:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

InsyaAllah ana dah bulatkan keputusan.... Ana tukar template blog ana.....
Nak menukar mood mungkin... Bukan sudah bosan... Tetapi ana suka sesuatu yang bervariasi....
Seperti mengemas bilik... Ana bukan seorang yang mengemas 'gitu-gitu' je.... Kadang-kadang memperuntukan hampir seminggu...
Kerana?? Ana akan menukar kedudukan perabot dan mana-mana yang patut.... Atas sebab, apabila kita menukar sesuatu yang 'biasa' kepada yang 'lain dari biasa' kita akan membangkitkan kelainan dari segi keselesaan kita....Mood kita perlu ada turun dan naiknya.... Itu sahaja buat masa ini....
Salam persahabatan... Salam ceria...

Pelancaran Blog

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:15:00 PTG 1 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

InsyaAllah Ana dengan rasa suka dan bercita-citanya merasmikan pembukaan subdomain blog Ana lagi satu....
Blog yang Ana buka sebagai perkongsian karya Ana dan perkongsian ilmu berkenaan blog....
InsyaAllah ilmu yang ada dikongsi bersama dan mana yang Ana kurang tahu harap sahabat2 tolong tambahkan ya....
Ini alamatnya... http://cetusan-aqli.blogspot.com/



NaK MinTa PenDapaT

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:59:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....

Subhanallah...... Tidak terkata ana....
Cantik kan template ni....
Bagi ana... Template ni sungguh mendamaikan.....
Satunya ana sangat suka akan rame2....
Jadi itu yang membuat ana terpikat sangat2 nak amik template ni....
So, nak minta pandangan antum semua....
Patut atau tidak ana tukar template sedia ada ni kepada yang ini??

Masih Ada Yang Sayang ^^,

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:29:00 PG 3 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang....


Masih Ada Yang Sayang.....
Ye... Masih Ada Yang Sayang Kita...
Cuma kita je tak tahu... Siapa? Tak lain... Allah... Khaliq kita......
Saat kita gembira... Saat kita marah.... Saat kita alpa....
Allah tetap sabar dengan kita hambanya kan....
Allah Maha Besar .. Bayangkan bahawa Allah mampu sahaja nak berbuat apa pada kita yang memang milik mutlakNya.....



Subhanallah... Mungkin jika Allah ingin hancurkan kita.. Dan-dan tu kita musnah menjadi abu....
Nauzubillah... Namun, Allah SWT sudah ternyata Maha Pengasih dan Penyayang...
Maha Pengampun dan Maha Mendengar....
Setiap rintihan kita... Allah dengar...
Setiap permintaan kita... Allah kabulkan sesuai dengan keperluan kita....

Bila kita sendiri, sudah tentu kita pernah merasa gelisah dan gundah gulana bukan...
Perasaan itulah yang paling2 membuatkan kita tidak selesa....
Jika kita gelisah sudah pasti kita mencari ketenangan bukan...
Mencari sinar yang mendamaikan jiwa kita bukan......

" Dengan mengingati Allah, hati kan tenang..."
Lihat... Sesuai dengan kata-kata ini...
Secara fitrahnya bila kita menangis... Bila kita sedih kita teringat pada ibu kita bukan?
Ana mengatakannya kerana ana sendiri mengalaminya....
Masakan tidak...Selama 9 bulan 10 hari kita berkongsi salur darah yang sama dengan ibu kita...
Semuanya kita pinjam dan kongsi dengan ibu...
Itulah yang menyebabkan hati kita secara fitrahnya rapat dengan ibu kita....
Namun, sebenarnya yang paling dekat ialah Allah...
Kasih Allah lebih luas dari ibu kita....
Sebab itulah " Dengan mengingati Allah hatikan tenang....."
Ini kerana kita kembali kepada Yang Menciptakan kita....
Bukankah Allah itu lebih tahu apa yang kita perlu?

Alhamdulillah... Ukhwah kerana Allah...
Tadi ( 11.15pm ) ana dengan adik2 kesayangan ( Tiqah, Saba dan Amal ) bertemu...
Macam2 usaha yang kami aturkan untuk bertemu...
Bermula dari nak berjumpa pada Isnin lalu...
Dibawa kepada Rabu.. Tak sempat nak berbuka bersama, atas kekangan masing2...
Alhamdulillah.. Walaupun agak lambat... Namun kami akhirnya bertemu jua....
Rindu sokmo kat depa ni... Nakai bebenor....
Topik perbualan lebih kepada santai dan sekadar pertemuan untuk melepaskan rindu..
Sambil2 kami bermaafan sempena raya yang hampir tiba nanti....
Subhanallah... Entah angin apa yang ana rasa pada malam 27 Ramadhan ni...
Ditiup bayu tenang... Aman damai tersangat....
Walaupun di siangnya hati ana dirundung gelisah dan suram...
MasyaAllah Allah sahajalah yang tahu bagaimana rasanya....
Puas ana berusaha... Mendengar lagu motivasi.. Membaca buku motivasi...
Sedikit sebanyak mengubat hati yang gelisah...
Sekali lagi " Dengan mengingati Allah, hatikan tenang...."

Bukan mudah...
Syukur alhamdulillah hati ana masih merasa untuk mencari solusi kepada masalah ana...
Jika hati ini tidak merasa apa-apa? Nauzubillah...
Pasti hati ini sudah tepu dengan titik-titik hitam dosa...
Hingga dihijabkan dari mendapat kesedaran....
Namun, pertemuan tadi sememangnya tiupan semangat paling kuat dalam hati ana...
Tenang sangat... Alhamdulillah Ya Allah.....

Buat adik-adikku...
Sedikit bingkisan buat kalian....

Sebuah pertemuan kita awali dengan senyuman....
Sebuah ikatan kita sulami dengan benang ukhwah....
Sebuah persahabatan kita paksikan kerana Allah....
Sebuah perkongsian kita halusi dari hati yang qanaah.....

Detik bersama kalian membenih ceria dalam hati ini....
Detik bersama kalian melerai jeruk rasa hati ini...
Detik bersama kalian merungkai gelisah hati ini....
Detik bersama kalian membawa senyuman ketenangan hati ini....

Beza kita cuma pada umurnya...
Namun, atas tautan kasih diri ini bersyukur di pertemu kalian...
Mungkin diri ini merasa terlambat menyedarinya...
Namun, bagi caturan Allah segalanya mungkin....
Terasa penuh hati ini dengan limpahan kasih abadi...
Terasa damai dengan pujukan dan semangat dari bingkis hati....

Tiada kata mampu diucapkan...
Tiada bicara mampu diungkaikan....
Hanya doa ikhlas sebagai hadiah selamanya....

Ya Allah....
Mereka ini buah hatiku....
Mereka ini jantung hatku.....
Mereka ini penguat semangatku.....
PadaMu Ya Allah....
Ku bingkiskan sekalung doa pengiring....
Jagalah mereka jika tiadanya diriku ini nanti......
Lindungi mereka dikala diri ini teralpa seketika....
Payungi mereka dengan rahmatMu Ya Allah.....
Sungguh diri ini terlalu kasihkan mereka.....
Biarpun sekejap kami bersama Ya Allah....
Atas rahmatMu, ku rasakan mereka nyawaku....
Jagalah mereka Ya Allah...
Didiklah mereka Ya Allah....
Permudahkan urusan mereka Ya Allah....
Dan lindungi mereka dari lembah kesesatan Ya Allah...

Amin~~ Ya Rabbal Alamin~~

Buat adik-adik yang Kak Ana sangat2 sayang.....
* 'Atiqah Syairah

* Siti Sabariah
* Amalina
* Hafsah ( Cha )
* Rauf
* Faris
* Fakhrurrazi
( ps* adik2 di UPM... )
* Maaf pada adik2 yang tak tersebut nama... Kak Ana sayang kalian....

Spirit Word

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:40:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
" Nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian. Namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati. Ya Allah! Peliharalah insan ini dan peliharalah ukhwah kami... Amin..."

"... ada masanya kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa, agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata. Ada masa kita perlu seorang sahabat agar kita tidak kesunyian..... dan ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang sahabat...."


Selasa, September 15, 2009

Di TAG

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:37:00 PG 2 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt Ana......
Hm.... Puas membelek....
Baru terjumpe...Ape yek maksud TAG tu sebnarnyer.... Huhuhu....
Lame dah Kak Jie tag ana.... Ni Barulah nak menjawab... Ish3... Neves gak nih nak menjawab... Baru first time katekan... Eh tak... 2nd time....... InsyaAllah ana jawab dengan jujurnyer... cewah...



1) Nama timangan anda?
Nama timangan ek.... nama manje lah tu kan... mak n abh n adik2 panggil Kak Long....Sahabat2 panggil Nana... Sahabat2 panggil gak Ana @ Farah....

2) Anda seorang yang...?
Suka pada yang simple dan mudah.... p kdg2 leh jd agak cerewet... hehe... InsyaAllah menerima seadanya....

3) Insan yang teristimewa?
Sudah pasti mak dan abah tersayang... juga adik2 ku yang nakal2.... juga sahabat2 yg sentiasa disisi... Pemilik Cintaku Selepas Allah Rasulullah dan Ibu Ayah masih belum ade... cewah~~~

4) Lagu kesukaan?
Lagu2 yang lembut nyaman... sedap didengar.... Memberi motivasi kepada ana.... Skang kerap dgr lagu Layar Keinsafan... dan selalu dgr Rahmat Ujian.....

5) Makanan kesukaan anda?
Makan.... Oleh kerana minat pada makanan thai... iaitu paprik jd ana suka memasak makanan thai nih... paprik... kailan dan len2.... makanan yg memuakkan tak minat sgt.... boleh makan tp lambat teramatnyer...

6) Sikap yang membuatkan ana stress?
Ego... Dan tak ambil endah perasaan orang lain.... Leh wat ana menitik air mata kerana bersabar... ( Ish2... Suka hujan ni.. ^^, )

7) Warna kegemaran anda?
Suka pada kedamaian... HIJAU.... Warne lain pun suka.... Setiapnya memberi maksud2 mendalam pada ana.... Jika baju ana lebihkan pink... Ntahlah kenapa tak pasti....

8) Benda yang mesti ada dalam beg?
Haha... benda ni memang ana parah sikit... dalam beg mesti ade barang penting... Purse, kunci n etc... Sebolehnyer semua nak dimasukkan... Paling penting ana bawa ape2 sahaja buku... Untuk dibaca bila senggang waktu....

9) Kali terakhir anda menangis?
Menangis..... Errrr...... Setiap hari ker? Eh.... Hmmm... Parah nak jawab.... InsyaAllah setiap hari pasti ada membuatkan ana menitik air mata.... Td tengahari nangis sebab sebak... Ada insan beri hadiah novel Lafaz-lafaz Cinta.... Syukran adik!

10) Tag untuk 6 rakan anda
Ermmmm... Kena tag gak yer... Oklah...
- Adikku 'Atiqah
- Adikku Amalina
- Kak Nadirah...
- Pakcik Lisam
- Arrabe'
- lagi.... ar.. blank....

B.S * Hehe... ni je yang mampu di jawab Kak Jie... Semuga berpuas hati...
InsyaAllah lahir dari hati yang ikhlas....

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez