Selasa, September 01, 2009

Sanah Helwah ILUVISLAM.COM

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:50:00 PG
Pandangan Anda : 

Tanggal 1 September 2009, makan genaplah usia iLuvislam.com berusia 3 tahun... Mabruk jiddan buat co-founder sekalian yang telah berusaha keras mengharungi mehnah wa tribulasi dalam menubuhkan laman web yang berinformasi buat sekalian ummat. Jom kita kongsi bersama sejarah penubuhan iLuvislam.com dan meh kita jenguk siapa ‘main person’ yang mengelolakan laman ini.


SEJARAH


Buat pengetahuan semua, terdapat 5 orang yang terlibat dalam
melahirkan iLuvislam ini dan kelima-lima daripada kami adalah bekas pelajar A-Level di Kolej Yayasan UEM(dahulunya dikenali sebagai Kolej Matrikulasi Yayasan Saad) sesi 2004/2006.

Semasa di Kolej Yayasan UEM (KYUEM), badan dakwah di sana iatu Musolla Communty(MUSCOM) kerap menjemput Ustaz Hasrizal Abdul Jamil untuk memberikan ceramah. Alhamdulillah banyak kesedaran yang kami peroleh daripada ustaz. Salah satunya adalah kesedaran menubuhkan website islamik untuk manfaat masyarakat. Semasa memberikan ceramah, acapkali alamat website beliau,
saifulislam.com disebut untuk rujukan kami.

Suatu hari, ketika musim peperiksaan A-Level, Firdaus telah menemui saya dan Ruzaini di tempat kediaman kami. Beliau mencadangkan agar kami menubuhkan sebuah laman web. Memandangkan saya dan Ruzaini juga pernah memikirkan cadangan yang sama, kami berdua menerima cadangan tersebut dengan hati gembira. Maka bermulah
ekspidisi kami untuk mencari rakan kongsi demi merealisaikan cadangan tersebut.

Ruzaini telah memilih Yusuf selaku orang yang akan membantunya dalam mereka-bentuk website manakala saya telah memilih saudara Izwan sebagai seorang lagi rakan kongsi memandangkan Izwan memilik ilmu agama yang banyak. Namun, proses penubuhan website tergendala buat sementara waktu selepas peperiksaan A-Level kerana kami bercuti dan kesemuanya tinggal berjauhan antara satu sama lain

Selepas beberapa ketika, kami kembali berhubung dan masing-masing memberikan cadangan tentang nama website yang akan digunakan. Ada yang mencadangkan islamhadhari.com, muslimhadhari.com dan macam-macam lagi. Akhirnya Yusuf mencadangkan nama iLuvislam.com dan kami berlima telah bersetuju dengan nama itu.

Mesyuarat pertama telah diadakan di Institut Dakwah Selangor(ILDAS) ketika kami menghadiri Muslim Overseas Camp(MOC) di Sabak Bernam pada penghujung Julai/awal Ogos 2006. Pelbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui ketika itu. Antaranya adalah berkaitan isi kandungan dan objektif website. Pada mulanya, tugas diserahkan kepada Ruzaini dan Yusuf untuk set up website ini. Alhamdulillah selepas trial version di buat, beberapa hari selepas itu iLuvislam boleh dilayari oleh orang ramai.

Bagi membantu tugas kami, kami telah melantik beberapa orang sahabat untuk membantu kami selaku admin; NurZaffan, Hafizudin, Majdina dan Adrianis. Hanya Adrianis yang melanjutkan pelajaran ke Australia. Selain Adrianis, semuanya meneruskan pengajian di United Kingdom.

DULU & KINI


Walaubagaimanapun pada permulaanya, isi kandungan web ini hanya-lah artikel, forum dan photo. Kesemua artikel adalah hasil nukilan admin atau artikel yang diambil dari hasil pencarian internet. Forum pula tidak aktif dan tidak ramai yang mengetahui cara untuk memanfaatkannya. Tambahan pula, usaha promosi tidak dijalankan dengan baik. Kebanyakan pelayar internet yang mendaftar ketika itu adalah kenalan kami semasa di KYUEM.

Dari hari ke hari kami berusaha untuk memperbaiki persembahan dan isi kandungan iLuvislam. Alhamdulillah atas inisiatif dan usaha yang berterusan, kami dapat memperbaiki kualiti dan isi kandungan web ini sedikit demi sedikit. Sesungguhnya perubahan tersebut tidak dapat dilakukan secara mendadak kerana di luar negara, kami juga sibuk dengan pelbagai tanggungjawab lain seperti pelajaran, persatuan dan lain-lain.

Jika dahulu video youtube, video google dan video-video lain tidak boleh diletak di dalam artikel, kini ia boleh diletak dengan mudah malah kami sedang berusaha untuk membolehkan video diletakkan di dalam forum, insyaAllah. Acapkali kami
kehausan artikel suatu masa dahulu, namun alhamdulillah kini kami memiliki lambakan artikel yang disumbang oleh ahli-ahli berdaftar kepada kami. Jutaan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan kepada mereka-mereka yang sudi berkongsi.

Selain daripada itu, suatu ketika forum kami tidak aktif malah pernah ditegur oleh orang lain. Namun alhamdulillah kini pelbagai isu dan info menarik dibincangkan. Malah kami telah berjaya menubuhkan segmen
anda bertanya, ustaz menjawab. Melalui segmen tersebut pengunjung boleh mengutarakan pelbagai persoalan agama termasuk fiqh of travelers bagi sahabat-sahabat di luar negara. Kami memiliki beberapa ustaz dan ustazah yang insyaAllah akan berusaha menjawab persoalan tersebut. Jutaan terima kasih kepada ustaz dan ustazah kerana dengan sukarela membantu usaha kecil kami. Jika terdapat ustaz dan ustazah lain yang membaca artikel ini serta berminat membantu kami, kalian boleh menghubungi saya melalui email; spica_gen[at]yahoo[dot]com.

Sebelum ini kesemua koleksi gambar iLuvislam adalah koleksi perbadi Ruzaini. Alhamdulillah kini ramai ahli-ahli berdaftar yang menyumbang koleksi gambar dan poster mereka. Tambahan pula, kini anda boleh melihat pelbagai isu kandungan iLuvislam.com seperti info universiti, koleksi lagu nasyid, koleksi video islamik, koleksi lagu piano, lagu-lagu instrumental, koleksi ceramah-ceramah dan macam-macam lagi. Saya sarankan pembaca untuk memperuntukkan sedikit masa untuk explore isi kandungan web ini.

Kini kami mendapat lebih 1000 unique visitors setiap hari berdasarkan statistik semasa. Jumlah terkumpul unique visitors sehingga hari ini adalah 605,008 Unique Visitors. SubhanAllah sangat ramai orang mengunjungi iLuvislam. Makin besar tanggungjawab kami.

Ahli berdaftar meningkat dari hari ke hari dari ratusan kepada hampir 4000 hari ini(4 November 2007). InsyaAllah jika para pengunjung membantu kami dalam mempromsikan web ini kepada orang ramai terutamanya kenalan-kenalan terdekat, bilangan ahli berdaftar di sini akan terus meningkat.

HARAPAN & PERANCANGAN

Besar harapan kami untuk melihat website atau
anak kami ini terus membesar dan berkembang dengan baik untuk manfaat masyarakat terutamanya masyarakat muslim di Malaysia dan juga yang menetap atau menyambung pelajaran di luar negara.

Walaupun kami semakin sibuk sebagai mahasiswa universiti dan pelbagai tugasan lain,kami akan sentiasa berusaha dan merancang strategi untuk memastikan website ini akan sentiasa subur dengan input-input yang bermanfaat. Pelbagai perancangan telah kami bincangkan untuk memperbaiki mutu dan kandungan website ini. Tungguuu!!!Kami amat mengharapkan doa-doa daripada kalian semoga segala rancangan kami dapat direalisasikan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Sedikit ilmu dan idea yang kami miliki akan kami manfaatkan untuk kebaikan ummah,insyaAllah.

PENGHARGAAN

Di kesempatan ini, saya selaku wakil sahabat-sahabat krew iLuvislam.com mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga sumbangan masa,ilmu,idea,kritikan dan wang anda akan diberkati oleh Allah s.w.t. dan dikira olehNya sebagai amal kebajikan dalam usaha mendapatkan syurgaNya. Siapalah kami tanpa kalian.

Selain itu, jutaan kemaafan juga dipohon jika kami pernah menyakiti hati kalian. Who knows? Sesungguhnya kami adalah manusia biasa yang masih dan sentiasa belajar. Sememangnya kami memiliki banyak kelemahan. Maafkan kami.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, Engkau-lah motivasi utama kami. Jauhkan-lah diri kami dari maksiat zahir dan batin. Sesungguhnya kami hambaMu yag lemah. Ya Rasulullah s.a.w., nabi akhir zaman,engkaulah role model kami. Semoga kan kami ketemui-mu di syurga Firdausi nanti. Amin.

Ustaz Hasrizal pernah berkata, "rehat sebenar adalah mati."

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). ~Surah Al-Hajj,77~


0 Celoteh SahabatKu... on "Sanah Helwah ILUVISLAM.COM"

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez