Jumaat, Julai 24, 2009

Benteng Iman Diuji Lagi

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:12:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
[nikmat iman itu sangat tinggi nilainya]

aku bersyukur kepada Allah
kerana aku dilahirkan dalam keluarga islam.
lahirnya aku ke muka bumi ini,
disambut dengan laungan azan ke telinga ku.
aku yang tidak mengerti apa-apa, namun aku terus menangis tanpa sebab?
apakah aku takut untuk lahir ke bumi Allah ini?
tapi kenapa?
apakah ada bayi yang lahir ke muka bumi Allah ini dalam keadaan senyum riang?
subhanallah.
andai ada yang lahir sebegitu,
pasti bayi itu sudah yakin dugaan dan cabaran yang bakal ditimpanya.

tapi kita yang menangis ini?
kita tidak tahu apa yang bakal menyambut kita di bumi ini.
apakah islam akan melindungiku atau agama lain yang akan menyambutku?
tup tup lahir dari rahim ibu yang entah apa agamanya, kita terus menangis.
mungkinkah aku menangis kerana takut ibuku orang kafir?
mungkinkah aku menangis kerana takut aku akan dikafirkan?
mungkinkah aku menangis kerana aku akan jauh dari fitrah islam?
firasat bayi itu, hanya bayi itu dan Allah sahaja yang tahu.
andai bayi itu boleh berkata, pasti persoalan ini dapat terjawab.

aku merujuk alQuran.
aku merujuk alHadis.
memang kita ini adalah dijadikan dari tanah.
dan ditiupkan roh ke dalam tubuh manusia.
selepas itu, generasi Adam membiak.
pembiakan ini melalui persenyawaan air mani dan telur.
selama 9 bulan air mani dan telur ini bersatu, dan membentuk bentuk dan rupa yang semakin membesar saiznya.
entahlah, mungkin menjelang 4 bulan dalam rahim ibuku, roh muhammad Arrabe' dimasukkan dalam jasad dari air mani dan telur itu.
penyatuan antara roh dan jasad ini hanya Allah yang tahu bagaimana ia berlaku.
sebelumnya, roh aku ini disimpan dalam suatu alam.
alam di mana semuanya adalah fitrahnya islam.
yang saling mengesakan Allah. dan patuh akan suruhan Allah.
wallahuallam di mana alam itu.
ketika rohku dipanggil untuk disatukan dengan jasad, pasti aku semakin gelisah dan resah.
saat di alam rahim pasti membimbangkan.
mungkin aku khuatir yang teramat, bagaimanakah penghujungku.
syurgakah atau nerakakah?
mungkin juga aku berdoa sentiasa agar aku dilahirkan dalam keadaan islam.
hanya Allah yang lebih tahu.


dan kini, aku sudah 21 tahun.
21 tahun aku hidup dengan didikan islam dan kawan-kawan yang seislam.
namun, sejak 4 tahun kebelakangan ini baru aku kenal kawan-kawan bukan muslim.
sangat baik dan amat peramah.
amat bangga aku hidup dalam negara malaysia yang harmoni.
saling membantu dan meringankan bebanan tanap mempedulikan bangsa dan agama. syukur alhamdulillah...
akan tetapi. kenapakah, di luar sana, orang bukan islam suka membunuh orang islam?
apakah orang islam di luar sana terlalu jahat dan berbuat keburukan di alam ini?
kenapakah orang islam asyik memusuhi kita?

aku cuba mencari, mencari jalan kebenaran.
terus mencari. aku hampir menemui jawapanku.
permusuhan islam dan bukan islam telah lama.
sejak dari zaman Adam lagi.
ini kerana mereka tidak mahu mengesakan Allah.
sedangkan asalnya mereka di alam roh, seia sekata, mengesakan Allah.
apakah mereka lupa?
apakah mereka telah tertutup hatinya?
dahulu, permusuhan hanya di mata pedang.
kini, permusuhan di peluru senapang, tulisan dan pelbagai.
pelbagai faktor mereka memusuhi kita.
hati mereka telah ditutup sekuat2nya oleh syaitan laknatullah.
bila hati ditutup oleh syaitan dan dikunci mati.
maka, sekalipun alQuran dibisikkan dan dijeritkan di telinga mereka sekalipun, pintu itu sukar terbuka.
kerana, kunci pintu itu hanya pada Allah, selagi dia terus berdamping dengan syaitan, maka dia akan terus memusuhi islam.
selgi itulah, syaitan memperguna orang ini, untuk menyesatkan kita semua.
syaitan laknatullah takkan berhenti menghasut dan memperguna manusia.
dia takkan puas menyesatkan manusia, untuk bersama-samanya di neraka jahannam.
selagi orang islam itu masih berpegang pada alQuran, selagi itu, ia akan hasut dan mencucuk jarum.
pelbagai strategi diguna oleh syaitan ini, termasuk mengguna bala tenteranya yang bergelar manusia kafir untuk membantunya menghumban orang islam ke lembah neraka.
syaitan dan kafir yang menyekutukan Allah pasti tidak senang dengan segala kemajuan islam.
pasti disekat dan dihina.
selagi ketika ini mereka berkuasa di bumi Allah ini, selagi itulah dia akan menghapuskan dan menyeksa manusia sehingga sesat-sesesatnya.
sebagaimana bilal bin rabah diseksa oleh tuannya, diheret dan dihempap batu besar.
hasrat tuannya itu untuk menyuruh bilal yang islam itu menjadi kafir semula dengan menyekutukan Allah, tidak akan berjaya.
bilal terus tabah dan utuh dengan islam dan mengesakan Allah.

bahaya ini datang kembali di kalangan mahasiswa.
di seluruh kampus, kafir mulai mencucuk jarum.
penyebaran agama kafir mereka kepada orang muslim.
hanya bertujuan untuk memurtadkan orang muslim ini.
dan lantas menghasut dan menyesatkan orang murtad hingga ia benar-benar dikunci mati pintu hatinya.
lantas, orang murtad ini pula akan terus menyebar agama kafir ini kepada orang muslim lagi.
terus menerus, usaha ini akan bertambah rancak.
berita terbaru di kaca televisyen tentag penyebaran dakyah kafir di kampus, amat menggusarkan.
boleh rujuk link ini.

bayi kecil yang menangis itu pasti akan terus menangis.
dia benar-benar takut andai pintu hati nya dikunci mati oleh syaitan dengan agenda penyesatan.
takut benar si bayi ini jika dihumban ke neraka di penghujung hayatnya.
si bayi kini yang kian membesar, terus dihasut untuk terpisah dari Allah.

dimulakan dengan kartun yang mengasyikkan.
sehinggkan ada kuasa yang hebat seperti Goku dan Ultraman.
"semoga Goku datang menyelamatkan aku.

oh Batman, tolong aku! doraemon, tolong aku."
sehinggakan Allah seolah-olah tidak wujud untukdipinta pertolongan.

meningkat remaja, drama cinta menggamit nafsu cinta.
"dicucuk-cucuk untuk berkasih-kasihan, berpeluk-pelukan dan berzina-zinaan.
sebagai satu luahan cinta sesama manusia.
sehinggakan dirasakan bahawa awek dan pakwelah tempat luahan hati, pelepas rindu."
manakah Allah di hati remaja ini? cinta Allah terbang ke mana agaknya?

semakin dewasa, peperiksaan sebagai tempat menguji ilmu yang dipelajari.
jika tidak belajar, pasti kita gagal di dunia ini.
jika kita tak lulus, pasti kita tiada peluang cerah.
"seolah-olah, keputusan peperiksaan tu tuhan yang akan menentukan kejayaan kita.
jika gagal, maka gagal lah kita di muka bumi Allah ini.
dia studi sehingga lupa nak solat dan doa, dengan harapan dapat keputusan yang cemerlang.
sebab jika solat, pasti banyak masa terbuang untuk belajar.
apakah kejayaan di dunia penentu segalanya? jika kita gagal peperiksaan, apakah hidup kita sepatutnya dah tamat?"
pengharapan kita kepada peperiksaan melebihi pengharapan kepada Allah.

aku perlu sedar ancaman ini semua.
ancaman untuk memisahkan aku dengan kebergantungan aku dengan Allah.
aku pun terpedaya dan hanyut dengan arus yang melekakan ini.
andai aku terus hanyut pasti benteng imanku runtuh dengan sekali bah.
pasti senang imanku dicarik-carik oleh kafir, untuk memurtadkan aku.
pasti bertepuk tangan syaitan laknatullah sambil ketawa terbahak2.
seronok tak terperi kerna berjaya meruntuhkan iman kita kepada Allah.
semkain jauh kita dengan alQuran dan islam, makin lunturlah iman.
apabila luntur iman, maka awaslah, jangan biarkan kerisauan dan ketakutan bayi itu menjadi kenyataan.
teguhkan benteng imanmu.
muhasabah dirimu, jangan terus hanyut dalam kelekaan dan keindahan dunia yang palsu.
hanya indah khabar dari rupa.

[Ya Allah, teguhkan iman kami, dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus. janganlah kau kunci mati pintu hatiku, tetapi bukalah pintu hatiku seluas-luasnya untuk menerima hidayah petunjuk darimu. hidupkan aku dalam iman dan islam, matikan aku dalam iman dan islam. dan hidupkan aku kembali dalam iman dan islam. Maha suci dan esa engkau, tuhan sekalian alam]

Dari blog sahabat ;
Arrabe' Al-Baihaqi
http://arrabe.blogspot.com

Daku Merinduimu Ya Rabb...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:53:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Daku merinduimu Ya Rabb……


Ya Allah..
Jiwa hambamu ini bergolak kesedihan..
Jiwa hambamu ini berdetak keresahan..
Jiwa hambamu ini berombak kegelisahan..


Mengapa Ya Allah..
Kurasakan diri ini bukan lagi diriku yang dahulu..
Ampunkan hambamu Ya Allah jika ini menimbulkan murkamu..
Ku Cuma ingin tahu..
Adakah ini ujian sementara darimu?
Ataukah ia ujian selamanya untukku?
Apakah ada lagi pengharapan darimu?
Ataupun pengakhiran untuk segalanya?


Tika hati ini memerlukan belaian..
Tika hati ini mrindukan pengisian..
Tika hati ini menginginkan persahabatan..


Hanya Engkau menjadi peneman yang paling setia hambaMu..
Hanya kepadaMu tempat hambaMu menumpang kasih..
Hanya kepadaMu tempat hambaMu mencurah sedih..


Ya Rabbul Izzati..
KepadaMu ku bermohon kekuatan..
KepadaMu ku berharap ketabahan..
Ya Rahman..
Kurniakan insan kerdil ini secebis ketenangan hati..
Kurniakanlah juga diriku ini sekelumit keamanan jiwa..
Kerana sesungguhnya..
HambaMu ini amat merinduiMu Ya Rabb..



Karya:
Nor Farhana Nordin
(ruhulsyaheedah.blogspot.com)

Khamis, Julai 23, 2009

Mohon Perhatian Semua Sahabat2.....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:08:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....

Atas kesulitan sedikit... Blog ana yang sebelumnyer bnyk list blogger kini dah kosong...
Dek kerana tersalah edit...
Semuanya hilang...
Jadi mohon sahabat2 berikan link blog anda semua...
Syukran....




Rabu, Julai 22, 2009

Sesi Mengemas....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:14:00 PG 1 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....

Hehe... nothing to do....

Baru balik dr postmoterm Majlis Perasmian Minggu Tautan Siswa Kolej 12.....

Biaselah... tidur lambat dah jd cam rutin...

its ok... As a part of training for me to sleep late....

Heee.. Pandai je cakap.... Bangun pagi liat.... ISh3.. pe nak jadi.. ( mane ade... awal je...)

Oritelah... Nak wat session mengemas blog comel yang semakin bersawang dan ber'lalang' ni...

Nantikan new arrival of ruhulsyaheedah blog k....

ps* takde maknenyer... bukan tukar layout pon.... kemas je.....




Ahad, Julai 19, 2009

Sebenar-benar Cinta Sejati.....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:10:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

ps* Ya Rasulullah... Sesungguhnya diri ini rindu denganmu.....Mulianya tanda cintamu....

Jumaat, Julai 17, 2009

Jangan Rase Letih....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:44:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Bila masuk U... Perkare pertama yang ana fikir... Matlamat ana nak belajar.....
bila start je hari pengursan... ana mula terfikir... emmmm, macam mane nak cari kawan ye? U ni macam mane ye? Dapat tak ana kekalkandan kuatkan hati ana?
Rindunya kat sahabat2 kat matrik..... sekurang2nya ada yang mengingatkan dan menegur pabila silap....

Tak ingat lak berapa kali ana menangis disebabkan asyik memikirkan hal2 ini...
almaklumlah... sejak sekolah rendah berada disamping keluarga dan tak pernah hidup dalam asrama....
tp itu bukan alasan munasabah sebenarnye....
ana selalu ke Kem2 untuk menimba pengalaman dan belajar berdikari....
di matrik sendiri ana dah belajar bagaimana harus berdikari...

tapi.....
berbeza di U....ntah kenapa....
jika di matrik ana sudah ditetapkan Mentor Mentee.... jadi dah kenal kawan2... dah kenal ayah angkat....
di matrik juga ada praktikum@kelas... jadi ana ada kawan sekelas....
di U ada juga.... cuma bezanya kelasnya besar dan luas.....
kadang2 sampai habis sem pun tak kenal lg kawan2... hehe....

hmmmmm... tp bukan itu sebenarnya yang ana nak cakap....
bermula hidup disinilah ana rasakan banyak yang ana belajar.....
bagaimana jika dulu ana seorang insan yang sentiasa memerlukan rakan disisi menemani nak kemana sahaja.... tp kini ana dapat belajar bagaimana untuk berjalan sendiri...
nampak kecil kan pencapaian ni??
bg org len mungkin ye... tp tidak bg ana...
bila sendirian ni yang dapat ana rasakan ialah....
ana punya lebih masa untuk berfikir3 dan berfikir...

tentang diri...
tentang sekitar...
tentang ragam manusia....
tentang karenah org itu dan ini....
tentang ketahanan diri bagaimana diuji bila diminta kesana kemari...
tentang macam2lah....(tak cukup page ni kalu ana nak senarai hehe...)
dan paling utama tentang hubungan ana dengan Allah.....

kenapa ya?
bila sendiri ni kita biasenye mengelamunkan....
takkan nak berbual sendiri....?? lain dah tu...
jadi kite bermonologlah dengan hati kita....
" Hmm, apa yang aku dah lakukan ye dr pg td??"
" Ya Allah.. td pagi bngun lambat sket... subuh dinasour..."
" Semalam aku dh guris hati sipulan lah... ish berdosanye..."
" Ya Allah berikan aku semangat untuk aku tempuh hidup ini..."
" Ya Allah sabarkan aku..."

etc.....etc..... etc.........
banyak lagi monolog2 yang bermain dalam hati kita kan.....
ana sendiri tak terkecuali....
mana taknya kadang2 sampai dalam bus pun ana akan pilih port paling belakang...
sebab? ana suka melihat gelagat org..... bukan nak watpe....
bukan nak memandang rendah atau ape.... cume menilik balik dgn kerendahan diri ini....kadang2 menitik gak airmata ana.... yelah bila kot2 teringat ana kdg terlepas membuat kesilapan....
Moga Allah mengampunkan.....

Hm.... Tajuk ana JANGAN RASA LETIH kan....
tp dah sampai point ke dengan apa yang ana ceritakan ni?
maksud ana disini.....

jangan rasa letih untuk menangis....
menangis disini bermaksud kita menyesali dan mengingat kembali dosa2 kita sebagai pedoman untuk kite perbaiki diri.....

jangan rasa letih untuk perbaiki diri....
kadang2 sedang dalam usaha ke arah tu... kita lalai akan syariat Allah... bila ditegur secara hikmah mahupun tidak... jgn sesekali rasa letih dan kecewa.... Allah sedang berbicara mengingatkan kita hakikatnya....(renungan buat ana)

jangan rasa letih untuk sentiasa membantu shbt...
kadang2 kwn2 kita memerlukan bantuan kite... kita penuhi dan kdg2 kita merasa kita tiada masa untuk kita kerana membantu kawan td.... jgn rase letih... Allah akan permudahkan jalan kita jika kita memudahkan jalan orang lain...
Suatu ketika ana yang baru shj balik dr urusan perlu keluar semula untuk membantu shbt mengantar suratnye ke BHEP... ketika itu ntah kenapa dgn kuasa Allah air mata ana meleleh kerana menahan diri ana untuk jgn merasa letih...

jangan rasa letih untuk diri sendiri....
dalam banyak2 perkara diri kita amat penting... dahulukan diri anda dahulu...bahagikan keperluan dan kepentingan yang perlu dilakukan dengan kepentingan kepada orang lain....
Ana masih mencari jalan terbaik untuk ini... semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan kekuatan untuk ana.....

dan paling utama....

jangan rasa letih untuk mengadu pada DIa....
Dia tak pernah rase letih mendengar rintihan setiap dari hambanya yang sekian ramai.... Dia tak akan menutup pintu taubat kecuali roh sampai ke khalkum dan kiamat sudah sampai.. untuk hambanya memohon keampunan....
jangan letih untuk berdoa.. bukan di akhir solat/sujud shaja.. tp setiap ketika.. mengadulah kepadaNya.... setiap masa mintalah ampun padaNya....
Dia pasti menerima dengan terbuka.....
Dia adalah ALLAH!!!

ps**
- tulis entri ni untuk bagi semangat dalam diri sendiri....
- tulis entri ni untuk luah apa yang terpendam....
- tulis entri ni untuk belajar, belajar dan belajar.....
- renungan buat Nor Farhana Nordin.... wallahualam.....

Jom Sahabat Sahabiah

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:24:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamu'alaikum wbt...

Mungkin masih lum terlambat untuk ana promote pada sahabat2 tentang prog mingguan ini...
Jangan lepaskan peluang merebut dan medalami ilmu agama!!!

Hadirkanlah diri anda ke.......
Kuliah Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah

Anjuran: SEKRETARIAT KEROHANIAN KOLEJ 14

KULIAH MINGGUAN PENGAJIAN TALAQQI
KITAB AQIDAH MUSLIMIN

SETIAP SABTU MALAM AHAD

SELEPAS SOLAT MAGHRIB

BERMULA 18 JULAI 2009

BERTEMPAT DI SURAU MUHAMMAD AL-FATEH, KOLEJ SERUMPUN, UPM SERDANG.

OLEH :
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
TUAN BLOG KHAZANAH SALAFIYYAH
http://www.khazanah-salafiyyah.blogspot.com/

Maklumat Terperinci Sila Hubungi :
SAUDARA HANIS (019 7658242)

SERUAN DARI HATI KE HATI BUAT SISWA-SISWI UPM YANG DAHAGAKAN SECANGKIR ILMU WARISAN AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH...

HADIRKANLAH DIRI KALIAN SERAMAI-RAMAINYA KE MAJLIS ILMU YANG PENUH BARAKAH... JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!

Isnin, Julai 13, 2009

...........

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:10:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum Nor Farhana Nordin....

Bekerjalah kerana Allah....

Tiada yang lebih hebat dalam menentukan kehidupan ini selain Allah...

Jika keseorangan... Dia akan menemani.....

Jika kesedihan.... Dia akan memerhati....


ps* Chaiyok2!! Ana!!! Teruskan Berjuang!!!

Rabu, Julai 08, 2009

Musibah Itu Ada Tujuannya....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:54:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.


LUPA

Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

ps** untuk renungan insan yang lemah ini....

Kerana Yang Tiga....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:46:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Salam wbt.... Salam ceria.....
Tiga..... Ape tu tiga??? 3 lah kan.... ke ultraman 3????
Hehehe... gurau je......
Cumenyer.. sejak akhir2 ini.... yang tiga ini semakin terasa beratnya...
Kenapa eh??
Kerana yang tiga ini memerlukan komitmen dan rasa tanggungjawab.....
Cukup ke tu????
Tak!!! Tak cukup tu...
Kenapa???
Kerana bila pikir banyak2 kali ( sekali o 2 kali takleh )
Yang tiga ini menuntut keikhlasan.....
Menuntut kesabaran....
Menuntut lahirnya jiwa kesetiap apa yang nak dilakukan...
Sebab itulah bila sesiapa dapat salah 1 antara 3 ni...
Orang ucap tahniah dan takziah.....
Macam mana ya???
Bila hilang jiwa, hilang kesabaran, hilang keyakinan....
Bukan takat yang tiga ni je jatuh....
Tapi yang satu ni akan tersungkur juga.....
Ya Allah... moga engkau memberi kekuatan untuk diri ini menghadapi semua ini...
Hadirkan hatiku ikhlas hanya melakukannya kerana Mu....
Tiada yang lain selain Mu.....

Khamis, Julai 02, 2009

Design ana....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:35:00 PTG 1 Celoteh SahabatKu...



Di uji lagi???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:13:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Salam ceria.....

kadang berada di atas...
kadang berada di bawah....
kadang merasa manisnya hidup....
kadang merasa pahitnya hidup...
itulah fitrah menjadi makhluk bernama manusia....

bersabar ye cik ana sayang...
redho3.....
senyumlah....=)

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez