Isnin, Ogos 24, 2009

Antara Senang Dengan Puasa dan Puasa Dalam Kesenangan

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:02:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...


Senangnya berpuasa antara lain adalah:

1. Pahala Berlipat ganda
Bulan Ramadhan dapat diumpamakan seperti bulan menerima `bonus’ tahunan bagi orang mukmin karena pahala berlipat ganda adalah rahmat Allah SWT yang tidak terhingga. Segala kebaikan diberi bonus pahala yang akan meninggikan derajat di Akhirat nanti. Ganjaran ini mendorong manusia untuk melebihkan amal. Lantas manusia berebut-rebut memburu bonus pahala selama sebulan ini. Seandainya satu pahala dibalas oleh Allah SWT dengan sekuntum bunga syurga maka nilainya lebih tinggi berbanding nilai dunia dan segala isinya.

2. Dibuka pintu syurga
Ini sebagai tanda bahwa Allah SWT membentangkan rahmat-Nya dengan luas di bulan Ramadhan agar hamba-Nya lebih senang memperbanyak amalan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

3. Ditutup pintu Neraka
Bukan saja pintu neraka ditutup, malah siksa kubur juga turut dihentikan sepanjang bulan ramadhan ini. Para mukmin tentulah mengharapkan keampunan Allah SWT. Penutupan pintu neraka itu sebagai isyarat bahwa Allah SWT mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang memohon di bulan Ramadhan.

4. Syaitan dibelenggu
Bagi memudahkan orang mukmin memperolehi kesempurnaan puasa dan beribadat, maka dibebaskan mereka dari gangguan syaitan. Tentulah lebih ringan beribadah dalam keadaan hanya sekadar berhadapan dengan dorongan nafsu sahaja. Artinya dua musuh utama manusia sudah dikurangi sehingga tinggal satu saja. Tentu lebih mudah bertarung dengan satu musuh berbanding dua.

5. Pengisian rohani
Walaupun sekadar sunnah muakkad, shalat terawih bertujuan untuk mengisi rohani. Dalam keadaan fisik sedikit lemah, nafsu sedikit dikekang dan didera maka serentak dengan itu ada pula program pengisian rohani. Ini karena kekuatan rohani (batin) amat penting dalam memikul beban dan tanggungjawab sebagai mukmin. Inilah faktor penentu baik seseorang itu mampu memikul perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya. Apabila rohani kosong atau lemah, ibadah yang lain pun turut lemah, syariat longgar, disiplin hidup pun tidak ada , akhlak pula hancur musnah. Maka, banyaklah terjadi berbagai perkara negatif. Hilang kebahagian dan keharmonian hidup.

6. Kesehatan jasmani dan rohani
Perut kita diistirahatkan selama sebulan untuk mengembalikan fungsinya yang telah bekerja sepenuh masa di bulan lain. Kita tidak didorong untuk mengisi perut diwaktu malam walaupun telah kosong di waktu siang. Prinsip umat Islam dalam soal makan ialah “makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang” memberi efek pengurangan penyakit di kalangan umat Islam.

7. Penghematan
Waktu siang sudah tentu tidak ada belanja untuk makan minum yang biasanya 3 kali sehari. Selain itu, aktivitas berjalan-jalan dan seperti itu dikurangi . Waktu malam pula selain berbuka sedikit, makan malam serta sahur, tentulah tiada lagi tumpuan kepada makan karena beribadah dan tidur. Sekiranya penghayatan sebegini berlaku tentulah dapat menghemat belanja serta tanpa berlebihan dan mubazir . Dan elok pula kalau belanja itu dialihkan kepada sedekah dan kebaikan lain demi mendapatkan pahala.

8. Kehalusan perasaan dan ketajaman akal
Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga ahli sufi memilih makan sekadar memperoleh tenaga untuk beribadah dan bekerja karena hal ini menjadikan perasaan bertambah halus, peka atau sensitif, dapat merasakan kebesaran Allah SWT serta mudah tersentuh hati terhadap dosa. Akal juga tajam dan dapat mengenal kebenaran. Ahli tafsir dan hadis sangat mementingkan kehalusan perasaan untuk dapat merasakan roh wahyu dan hadis. Tajam pula akal hingga mudah memahami sesuatu maksud baik tersurat atau tersirat. Para pemimpin pula mudah dapat merasakan gelombang kehidupan masyarakat. Susah senang masyarakat mudah terasa oleh hatinya.

9. Merasakan kesusahan fakir miskin
Orang yang sentiasa kenyang umumnya menyangka orang lain pun kenyang seperti dirinya, tidak pernah merasakan bagaimana sakitnya penderitaan dan kelaparan golongan fakir miskin. Melalui puasa bulan Ramadhan, golongan kaya dan para pemimpin turut merasai bagaimana nasib fakir miskin yang sering kelaparan. Agar dengan itu datangnya rasa simpati orang kaya dan pemimpin terhadap mereka yang dalam kesempitan hidup.

10. Zakat Fitrah
Manifestasi dari simpati golongan kaya itu, maka Allah mengajarkan pula tanggungjawab sosial dengan diwajibkan zakat fitrah. Selain mensucikan kecacatan berpuasa, hal ini juga merupakan satu bentuk jalan penyelesaian untuk meringankan sedikit beban golongan kurang berada. Ini termasuk memberi kegembiraan kepada mereka ketika berhari raya. Selain itu, Allah SWT menganjurkan agar jurang perbedaan antara golongan-golongan ini tidak terlalu ketara. Zakat Fitrah itu adalah sebagai contoh sistem perlaksanaan saja. Semestinya mestilah memberi lebih dari ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama.

Puasa dalam bersenang-senang

1. Makan lebih dari biasa
Penjualan berbagai makanan ada dimana-mana saja yang umum ada dibulan puasa sahaja. Hal ini merangsang nafsu makan. Berbuka dan makan malam seolah-olah menebus kembali perut kosong sepanjang siang. Malah memilih makanan yang paling dipersetujui oleh selera.

2. Belanja berlebihan
Ada juga orang yang sepanjang Ramadhan belanjanya lebih banyak dibandingkan hari biasa. Selera belanja di waktu siang tidak dijaga sehingga memborong apa saja. Selepas berpuasa sedikit, sudah terasa kekenyangan karena perut penuh. Akhirnya terjadi mubazirpembaziran. Sepatutnya makan disesuaikan dengan porsi yang lazim di bulan bukan Ramadhan.

3. Kekenyangan
Lantaran asyik membesarkan makan, sembahyang maghrib seringkali terlewat. Malah ada yang terus menghadap hidangan hingga sampai di ujung waktu maghrib. Sembahyang terawih pula hilang rasa kehambaan sebaliknya rasa terpaksa, malas, terbeban, letih dan mengantuk.

4. Kenduri setiap malam
Ada juga di antara masjid dan surau yang anggotanya dari kalangan orang-orang kota dan berada , ada yang bergilir membelanjakan uang banyak untuk berbuka di masjid. Yang berbuka itu pula terdiri dari kalangan mereka-mereka juga. Maka, berkendurilah tiap-tiap malam. Alangkah indahnya jika golongan yang semestinya menikmati nikmat tersebut. Apa salahnya kenduri itu dipindahkan ke masjid atau surau penduduk miskin .

5. Hari Raya
Belum pun tiba bulan puasa, ada di antara shopping mall sudah mempromosikan jualan hari raya. Inilah satu tradisi yang sukar untuk dihentikan. Umat Islam pula terlalu memberi perhatian kepada sambutan hari raya. Akibatnya, hilang pengertian hari raya yang sesungguhnya. Kesibukan dengan pakaian baru, perabot baru, mangkuk baru, bunga plastik baru, cat rumah baru, kue lebaran baru menyebabkan hilang nya perhatian untuk membesarkan puasa dan mencapai kemenangan (perayaan) menewaskan kerasukan nafsu.

“Orang yang senang berpuasa, Ramadhan ditunggu dengan kegembiraan dan sedih apabila tamat. Orang yang berpuasa senang-senang, tersiksa jiwanya karena kedatangan Ramadhan dan merasa lega dan gembira apabila Ramadhan tamat”

Muhasabah diri untuk mengukur kekuatan iman

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:58:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...


Perspektif Ikim:
Oleh Wan Roslili Abd Majid

Ramadan ajar umat memberi maaf, jernihkan hubungan elak sengketa bawa kehancuran
RAMADAN kini berada pada 10 terakhir. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan mengharapkan keredaan Allah pastilah saat akhir ini menjadikan mereka lebih bersemangat menggandakan amal salih dan kebajikan.

Semua dengan tujuan bagi mencapai matlamat ibadah puasa disyariatkan, iaitu menjadi insan lebih bertakwa. Sehubungan itu, dalam usaha mencapai tahap berkenaan memerlukan hidayah serta petunjuk daripada al-Quran yang diturunkan pada Ramadan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.”
(Surah al-Baqarah, ayat 2)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) menegaskan bahawa permulaan jalan hidayah ialah ketakwaan zahir dan kesudahan jalan hidayah adalah ketakwaan batin.
Katanya, petunjuk hanya akan diperoleh oleh orang yang berusaha menyediakan dirinya supaya menjadi orang bertakwa. Beliau menjelaskan ketakwaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan kedua, meninggalkan larangan-Nya.

Selepas berlalunya bahagian pertama dan kedua Ramadan, wajarlah kita bermuhasabah sama ada sudah benar-benar berusaha mencapai matlamat melaksanakan ibadah puasa, iaitu bagi menyemai ketakwaan dalam diri atau sebaliknya.

Ibadah puasa hanya dilaksanakan sebagai amalan menahan lapar serta dahaga bermula dengan terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan tidak lebih daripada itu. Jika itu keadaannya, maka jadilah kita sebagai sebahagian daripada orang yang rugi dan tercela.

Maka sesudah berlalunya Ramadan kelak, tiada sebarang peningkatan dicapai dalam jalinan hubungan dan ketaatan terhadap Allah . Ada satu kaedah dalam Islam yang menyatakan, “Apa yang tidak dapat dilakukan keseluruhannya maka usahlah ditinggalkan keseluruhannya.”

Kita tidak akan dicela jika tidak dapat mencapai peringkat ketakwaan tertinggi tetapi kita dicela kerana tidak melakukan sebarang usaha, sedangkan kita masih berkemampuan.

Selain bermuhasabah mengenai hubungan dengan Allah , ketaatan dan ketakwaan terhadap-Nya, kita juga wajar menilai sejauh mana ibadah puasa dilaksanakan dapat mendorong untuk sentiasa memperbaiki serta mengukuhkan hubungan sesama manusia, iaitu salah satu sifat dan ciri utama golongan bertakwa.

Justeru, hitung dan nilailah sama ada kekusutan dan perbalahan yang mungkin berlaku sudah dileraikan. Atau sebaliknya, sehingga saat ini kita masih belum bertegur sapa dan bersedia memaafkan ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat-handai dan jiran tetangga.


Amat malang bagi kita jika pada bulan yang menjanjikan keampunan Allah ini, kita pula masih bersengketa dan bermusuhan serta tidak bersedia untuk saling memaafkan antara satu dengan lain. Padahal kita cukup menyedari bahawa kesepakatan, perpaduan dan kesatuan amat penting bagi kemajuan, keutuhan serta kesejahteraan ummah.

Sebaliknya, perbalahan dan persengketaan hanya merugikan selain mengakibatkan kehancuran serta kemusnahan. Al-Quran merakamkan pujian terhadap orang yang lebih suka memaafkan dan menjernihkan hubungan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Sementara hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta dan tidaklah Allah menambahkan bagi hamba yang suka memaafkan (kesilapan orang lain) melainkan kemuliaan, dan tidaklah seseorang itu tunduk tawaduk kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

Al-Quran menggariskan peranan penting itu kerana ia akhirnya dapat mengelakkan kezaliman terhadap salah satu pihak dan menyatukan kembali kedua-duanya.

Dalam hubungan ini, tindakan al-Hasan bin Ali bagi mengelakkan perpecahan dan pertumpahan darah umat Islam terus berlaku, wajar dijadikan iktibar. Selepas Ali meninggal dunia, penyokong beliau terus memberikan bai’ah kepada puteranya, al-Hasan.

Penyokong itu mahu meneruskan niat mereka untuk membunuh Mu’awiyah namun dibantah oleh al-Hasan. Sebaliknya al-Hasan mengutus surat perdamaian kepada Mu’awiyah yang diterima oleh Mu’awiyah dengan perasaan gembira tidak terkira.

Lantas, Mu’awiyah berangkat ke Kufah pada Rabiul Awal 41 hijrah iaitu selepas enam bulan al-Hasan menjalankan tugas sebagai khalifah. Al-Hasan dan al-Husain memberikan bai’ah kepadanya dan langkah itu dituruti seluruh umat Islam. Dengan demikian, tertegaklah Kerajaan Umayyah secara rasmi dan Mu’awiyah menjadi khalifah bagi umat Islam keseluruhannya.

Umat Islam gembira dengan perdamaian yang dapat diwujudkan dan mereka bersyukur kerana segala bentuk fitnah serta pertumpahan darah dapat dihentikan serta-merta. Mereka menamai tahun itu sebagai ‘Tahun Penyatuan’.

Sesungguhnya usaha mulia al-Hasan meninggalkan kesan yang baik terhadap keseluruhan umat Islam. Majoriti ulama’ Ahli-Sunnah memuji tindakan yang diambil al-Hasan sehingga berjaya menyatukan kembali umat Islam yang dilanda persengketaan, kebencian dan permusuhan.

Mereka juga menegaskan bahawa tindakannya itu menegaskan lagi kenabian datuknya, Muhammad SAW yang bersabda,

“Anak (cucu)ku ini adalah penghulu, semoga Allah mendamaikan melaluinya dua buah kumpulan yang besar daripada kalangan umat Islam.”

- Penulis ialah pegawai penyelidik di Institut Kefahaman Islam Malaysia

Final Project...(^^,)

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:35:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt.....

Semester 5..... Subhanalllah cepat sungguh masa berlalu kan...

Rasa macam baru je melalui MPP UPM... Bukan majlis perwakilan pelajar...

Tapi Minggu Perkasa Putra UPM... Apelah ana ni... Dah separoh sem baru nak citer hal2 camni...

Semalam ana jumpe supervisor ana.... Dr. Mohd Noor Saad....

Setiap minggu insyaAllah ana perlu jumpe dia untuk siapkan Final Project ana....

Sebenarnya sebelum2 ni ana dah lama tak jumpe dia.....

Adeh! Apelah ana ni... Semalam time jumpe Dr. dia bg nasihat....

Banyak nasihat yang berguna dari dia.....

Serius sebelum ni ana cam kecut lak bila kena wat final proj ni...

Yelah kena bekerjasama deng para Dr. n Prof kan......

Tp semalam dah membuka mata ana... Kita semua sama je... Manusia biasa....

Ikhlas kita bekerjasama dengan dia insyaAllah segalanya dipermudah...

So! What kind of project that he told me to do???

Em... Ana dapat bwh subjek Numerical Analysis... Alhamdulillah....

Subjek ni banyak kira-kiranya... Kira banyak number lah....

Jika banyak perkataan cam aljabar linear or yang len2... Ana blur....

Hahaha..... Then bawah tajuk Num. Analysis ni ana dapat tajuk Ordinary differential equation....

Pasal ape?? Ha..... Stage bawah tajuk ni ada 3 method... Euler Method, Runge Kutta 2 n Runge Kutta 4 method...

As a first task... Ana wat under Euler Method.... Bukan sikit tau banyak......

Semua task yang diberi perlu wat programming... C++.... Anda tahu???

Setakat ini ana masih wat manual version.... Untuk programming masih on the way to find the software... kena jumpe En. Fairuz untuk dapatkannya.....

Berdebar gak.. Mampu tak mampu ana wat dengan jayanya??

Tapi bak kata Dr. buat perlahan-lahan... Ths is a a part of ur training b4 u graduate.... Nak keje nanti.. Lagi mencabar... If u have a problem.. Just came n see me or refer to your frenz ok...

Alhamdulillah... Daku mendapat seorang supervisor yang baik..... Hopefully final proj yang akan di wat ni dipermudahkan Allah... Ameen~~~

Bilakah izrail akan menjemputku...?

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:28:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

~Sajak Syed Qutb~

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar


Jumaat, Ogos 21, 2009

Kad Edisi Bulan Ramadhan Untuk Semua

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:40:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...

Pose tau.... Jangan Tak Pose.....
Tingkatkan Prestasi... Tingkatkan Amal.....


Khamis, Ogos 20, 2009

Debaran Menanti Mu.......

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:28:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...


Assalamualaikum wbt.....
Sedar tak sedar harini dah 29 Syaaban 1430H dah.....
Ish3 sampai hati ana terlupa....
Astaghfirullah... Diri ini teralpa dek kerana hal2 dunia....
Semoga Allah mengampuni dosa hambanya ini....

Persediaan?????
Subhaanallah... Serasa cuak dan gementar....
Berdebar rasanya.....
Bersediakah ana menghadapi bulan Ramadhan ni....

Harapan????
Nak berkata tentang harapan... terlalu banyak yang ana harapkan sepanjang bulan penuh barakah ini.....
Khatam al-quran.... semua 30 juzuk....
Menimba sebanyak mungkin ilmu....
Besolat tarawih dan menziarahi rumah2 Allah dipelbagai lokasi....

Namun????
Mampukah ana melakukan semuanya??
InsyaAllah... ana cuba... ana cuba....
Bukankah bulan Ramadhan merupakan kemuncak bulan dalam Islam...

Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari Ramadhan yang sebelum2nya.....




Rabu, Ogos 19, 2009

Tolong Dik Amal...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:57:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt.....

Aish! Cik Ana ni! Tak habes2 dengan celoteh dia...

Takde pekdahnyer pon... Bukan ada orang suka pun membace....

Ihik3.. Teringat td baru baca blog Dik Faris... Sadis kata2nya....

Seperti mana dia.... Salah satu tujuan ana menulis blog ni pun untuk cure hati ana ni....

Kira bila menulis ni semcm terlerai serba sedikit persoalan2 yang penuh di benak fikiran ni...

Ringan jer.... Jadi kalo nak ringankan minda.. Tulis lah blog... Hehe... Formula untuk ana jer....

Tak taulah kalo ianya tak berkadar langsung bagi yang len.. Kowt2 berkadar songsang lak....

Susah nanti..... Sudahnya jadilah jumlah HAD ( masalah ) yang sedikit... terus menjadi INFINITI ( semakin besar masalah )....

Hehe... Sesaje mengaitkan serba sedikit dengan matematik.....


Actually, ni bukan the true story that Ana would like to tell about.....

Kisah sebenarnye ialah... Hari ni ba'ada kelas DE ana ber'dating' dan dibelanje makan Dik Amal...

Hehe syukran dik... T akak belanja lak k.....

Dik Amal minta bantu ajarkan Adobe Photoshop...

Dengan sedikit pengetahuan yang tak seberapa... ana bantulah yang mana patut.....

Dik Amal di assign kan wat poster software DAMTASI STUDIO...

Nah ini hasilnya....


** ps : Ana sekadar membantu jer.... prinsip ana mudah je.... jika kita memudahkan urusan manusia len ( yang baik2 je.. bukan yang jahat ) insyaAllah.. Allah akan permudahkan urusan kita.... Amin ya rabbal alamin....

Selasa, Ogos 18, 2009

Diskusi Intelek ( DINT ).... Berakhir Dengan Jayanya....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:06:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt semua....

Alhamdulillah... Segala puji bagi Mu Ya Allah atas segala urusan yang dipermudahkan....

Alhamdulillah.... Diskusi Intelek (DINT) yang diadakan pada Ahad malam yang lalu ( 16 Ogos 2009 ) berjalan dengan lancar dan jayanya... Walaupun terdapat sedikit kesulitan yang dihadapi semasa persiapan2 yang dilakukan....

Tanpa kesulitan dan halangan, ia tidak mematangkan kami pihak yang menganjurkan prog ini... Segala yang di rancang, hanya Allah jua menentukan kejayaannya.....

Syukran jazilan ( Thanks a lot ) kepada Shawn Keng Teck Ee, selaku wakil Kelab Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM kerana sudi bekerjasama dengan kami dari Kelab Bimbingan Mahasiswa dalam menjayakan program yang julung kali diadakan ini.... Shawn banyak membantu dari segi pengurusan tempat dan proses menentukan lokasi program... Arigato gozaimasu Shawn.....

Syukran jazilan gak wat semua panel yang hadir ( yg terdiri dari sahabat2 perjuangan ).... Akhi Fitri Amir yang datang dari Penang ( jauh tu ) bersama akhi Sofian dan Abdullah ( iaitu wakil mahasiswa Thailand ) dan juga tak ketinggalan akhi Amir Zal ( sahabat Akhi Fuad ) wakil aktivis yang dikira 'arif tentang isu kemasyarakatan ni.... Moderator yang manthop dan petah berkata.. Akhi Zulzaidi Mahmod yang diterbangkan khas dari UM.....

Alhamdulillah... Segala lagi ana panjatkan kesyukuran atas kehadiran ramai pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang dan juga kolej... Sanggup datang ke Kolej 17 yang kiranya jauh dari penempatan mereka... Mabruk semuanya.. Allah telah memilih hati2 antum untuk hadir bg sama2 kita berkongsi ilmu..... ( hampir 100 orang yang hadir )

Tak ketinggalan para AJK yang sudi bergabung tenaga, memerah keringat membantu menjayakan prog ini.... Walaupun pada hakikatnya ramai AJK sedang berjuang dengan ujian pertama.... dan ada yang perlu menghadiri Finishing School..... Jazakumullah.....

Akhir kalam.... Harapan yang tinggi diletakkan pada program ini.... Diharapkan ianya bukan sekadar program untuk memenuhi takwim aktiviti sahaja.... tetapi meletakkan matlamat utama untuk menyampaikan maklumat yang sebenar bagi membuka mata mahasiswa tentang apa yang berlaku di persekitaran mereka..... mahasiswa sebagai suara masyarakat.....

Isu Selatan Thailand ( lebih baik di kenali sebagai Pattani ) bukan isu rakyat Pattani semata2... tetapi isu sejagat... isu umat Islam sedunia.... isu umat Islam Malaysia..... sebagaimana isu Palestin.... bila kita nak membuka minda kita sedangkan mata dan telinga kita masih lagi tertutup tidak mahu ambil peduli kisah yang dilalui sahabat seagama kita.....

Pandang2, dengar2, dan fikir2kanlah......

Abu Jihad [ Akhi Fuad Hilmi - Presiden KBM ] berkata :

" Harapan saya agar mahasiswa peduli tentang umat-umat di serata tempat. Saya berharap ianya bukan sekadar program diskusi, tetapi usaha kita sebagai daie’. Bangkit berjuang, bukan hidup menunggu mati tanpa berjuang. Takut nanti kita akan disoal Allah kerana kebodohan dan kejahilan kita tentang umat.”

Sekian untuk waktu ini... Maaf atas laporan yang tidak seberapa ini...

Wallahualam...

Sayang Kamu.....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:34:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Sweet tak? Hehe... Gambar diri ini bersama adik kesayangan.....
Bersama dalam medan perjuangan yang hampir 3 tahun lamenyer......
Syukran jazilan dik.....
Kak Ana minta maaf minta ampun yer andai banyak silap dan salah Kak Ana....
Kot2 wat secara sengaja mahupun tidak sengaja kan.....
Ketahuilah.. Diri ini sentiasa sayangkan kamu....
Uhibbuki fillah ya ukhti 'Atiqah Syairah.......
Buatmu sekalung doa sentiasa ba'da sujudku bertemu Tuhan Pencipta alam semesta.....
Semoga terus kuat dan tabah mengharungi hidup ini......

Sweet smile sweet love from a sweet sister.......
Kak Ana yang best.... ( ceh perasan )


Sabtu, Ogos 15, 2009

Bestnyer...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 6:08:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum....

Ana skang ni ngah berada kat RAYM Baiduri Dengkil.....

Sat lagi nak mengukur baju, kasut n kepala adik2 ni...

Kui3.... Sambil2 bermanje dengan dorang.....

Cewah.....

Kat bawah ni ana sertakan dengan sedikit bingkisan impian adik2 sempena Ramadhan Kareem yang bakal menjelang nanti...



IMPIAN RAMADHAN KAREEM.

Rayuan sumbangan Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

Sabda Rasulullah SAW

Apabila matinya anak Adam,, maka putuslah segala amalanya.
Kecuali tiga perkara; Sedekah Jariah (sedekah yang bekekalan), ilmu yang dimanfaatkan dana anak soleh yang mendoakan.
RIWAYAT MUSLIM

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah kerana dengan cucur limpah kurnia dan rahmatnya, kita diberi ruang dan peluang untuk menyambut bulan Ramahdan yang penuh keberkatan ini. Dengan harapan yang satu, kita berharap agar Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang tahun-tahun yang terdahulu.

Sudah menjadi lumrah dan fitrah kepada kita semua untuk melipat gandakan amalan sepanjang Ramadhan dengan mengharapkan ganjaran yang berlipat kali ganda. Diantara amalan mulia yang menjadi kebiasaan pada bulan ramadhan ini adalah berinfaq dan bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin dan anak yatim.

Tahun ini, kami di Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri menawarkan diri untuk menjadi salah satu dari saluran infaq sepanjang Ramadhan ini. Dengan harapan untuk melihat anak-anak ini dapat menyambut Ramadhan seperti anak-anak lain di luar sana, kami memohon jasa baik hamba-hamba Allah sekalian untuk mewarnai kehidupan yang lebih ceria buat anak-anak yang berteduh di rumah ini. Dengan pelbagai latar belakang, pengalaman dan sejarah hidup yang serba perit, anak-anak ini disatukan dibawah satu payung yang telah dibina atas dasar kerihatinan dan keinsafan hasil dari infaq dan sedekah dari segenap masyarakat yang dipilih Allah.

Setelah beropersi hampir enam bulan, kami masih lagi mengharap bantuan masyarakat semua untuk terus mendokong kami dari segala segi dalam usaha murni kita untuk melahirkan anak-anak disini yang berjaya di dunia dan akhirat.


Khamis, Ogos 13, 2009

Diskusi Intelek ( DINT )... Jom Pakai Mai....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:55:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...




Untuk Maklumat Lanjut Anda Boleh Menghubungi :

Ana : 0133721988
Fuad : 0129520396
'Atiqah : 0133007506
Rauf : 0133137568

Chaiyok2 Ana!!!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:04:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...


Senyumlah seindah suria....
Kuatkan jiwa dan hati mu.......
Ingat.. Allah sentiasa menyayangi mu......

La Tahzan..... Innallaha Ma Ana.....

Perginya Tak Kan Kembali.. AL-Fatihah...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:44:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...


Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Shout yang diletakkan dalam blog beliau...
Hari ini, kita kehilangan seorang pendakwah dan juga penggiat seni negara yang disegani dan dihormati...
Ustaz Asri [ Rabbani ], menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi...
Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau..
Semoga roh Ustaz Asri ditempatkan disisi org2 yang soleh dan solehah...

Sejenak mengingati bait lagu nyanyian Rabbani..

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

---------------------------------------------------------

Renungan bersama...
Apakah yang paling hampir dengan kita??
Tidak lain tidak bukan ialah....

KEMATIAN...

Rabu, Ogos 12, 2009

Jom Kawan2......

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:40:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
CERAMAH ISLAM DAN KEMERDEKAAN

TARIKH :
13 OGOS 2009
HARI :
KHAMIS
MASA :
7.00 PETANG - 10 MALAM
TEMPAT :
MASJID UPM
ANJURAN :
PUSAT ISLAM UPM
DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UPM


FORUM BICARA AQIDAH

TARIKH :
14 OGOS 2009
HARI :
JUMAAT
MASA :
7.00 PETANG - 10 MALAM
TEMPAT :
DEWAN PUTRA 2 , UPM
ANJURAN :
SEKRETARIAT KEROHANIAN KOLEJ 14

** SEMUA DI JEMPUT HADIR


Selasa, Ogos 11, 2009

Ceriakanlah Dirimu! Demi Islam!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:15:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...


Klik My Computer.. Type “ Ceriakanlah…”… Klik Search….

Searching….
Searching……..

Alhamdulillah! Jumpe pun yang ana cari-cari selama ini…
Ape dia??
Hehe… Wat gempax je… Ana cari artikel nukilan SaifulIslam.Com…
Yang tajuknya.. “Demi Islam, Ceriakanlah Dirimu! “
Kya kehna Ana?? ( same erti dgn limaza Ana? Kowt...)
Ermmm.... Check diz out....

Cerita bermula........

“Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian”, keluh seorang muslimah di Jepun.

Saya memahaminya.

Dalam suasana pembelajaran di negara asing, sering terjadi pelajar tercampak ke suasana yang tiada persekitaraan solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara… segalanya itu mengundang kosong di dalam diri.

Suasana itu sahaja pun sudah cukup untuk menimbulkan faktor tekanan dan kemurungan.

DUNIA ASING

Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.

“Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?”, saya membalas dengan pertanyaan. Muslimah itu mendiamkan diri seketika.

“Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?”, saya menyambung perkongsian.

Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan.

Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan indah seperti yang diinginkan.

Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata.

Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya.

Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?

TIDAK MUDAH

Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.

Suasana itu akan jadi lebih menekan apabila kita hidup di tengah-tengah masyarakat Jepun yang umumnya dikaitkan dengan budaya “MOKUNIN” yang sering menjadi mimpi ngeri warga asing di sana. Mokunin itu adalah suatu sikap ‘tidak mahu masuk campur’ yang bukan sahaja disengajakan, malah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh orang Jepun kerana tidak mahu terjebak di dalam masalah orang lain.

Kemurungan yang dialami akan menjadi lebih teruk apabila pelajar muslim dan muslimah kita tidak mendapat saluran sokongan diri.

LELAKI VS PEREMPUAN

Jika mahasiswa yang lelaki, mungkin perubahan diri itu tidak begitu menonjolkan kelainan. Dia
boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar ‘aku engkau’ kepada ‘ana anta’ sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada ‘I you’.

Berbeza sekali dengan yang perempuan.

Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi.

Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.

Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan ‘garis pemisah’, menonjolkan dirinya yang baru.

“Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini”, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah.

“Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak”, jawab saya.

PAKAIAN ITU SEKUNDER

Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.

Maka faktor pakaian memang ada peranannya.

Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama.

Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu.

Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencilan, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!

Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu.

Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula.

Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq.

AKHLAQ PENENTU

Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.

Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.

Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.

Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?

Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?

“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

Okidoki..... Dari cerita/artikel yang ditulis diatas... jelas akan kepentingan ekspresi diri kita kepada umum dalam menyampaikan dakwah....

Tol tak???

Mungkin penceritaan diatas hanya menggambarkan apa yang berlaku pada sahabat2 kita yang berpeluang belajar di luar negara... tapi ini tak beerti kat dalam negara ni pun tak berlaku.... ada... ada......

TIDAK MUDAH

Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.

Yupz... ayat ni... ana fokus sgt... kenapa?? Transisi interpersonal diri seseorang dari yang ‘tidak baik’ kepada yang ‘lebih baik’ bukan sesuatu yang mudah seperti ‘makan kacang’ ( skadar analogi )...

Makan kacang pun bukannya mudah tau... perlu dibuka kulitnya untuk mendapat isinya.. itupun belum pasti kacang didalam itu elok untuk dimakan atau tidak...

Pun begitu dengan diri kita... bukan mudah nak menyesuaikan diri dengan transisi diri kepada yang lebih baik... mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita....

Cop3... tp ini tak bererti ana kata bila kita berusaha memperbaiki diri kita ni ia akan menjadi lebih parah dan susah.... tidak... tidak.... Islam itukan mudah dan memudahkan umat yang menganutinya....

Berbeza sekali dengan yang perempuan.

Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi.

Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.

Yup... ana setuju sgt dgn pendapat ustaz... lelaki mungkin lebih mudah menyesuaikan diri...
Manakala perempuan pula? Susah? Tidak juga sebenarnya.... cumanya... bila seorang muslimah bertransisi.. kebiasaannya perubahannya akan terlahir keseluruh penampilannya.... dari pemakaiannya...sikapnya...dan lain-lain yang sewaktu dengannya.....

Jadi... terkadang ini menjadi salah 1 faktor yang menyebabkan kemurungan para muslimah2...

Kenapa ya? Dari pandangan ana sendiri... jika sebelum ini si muslimah jenis yang ‘huha!’ atau peramah atau ‘mulut bising’... bila dia bertransisi.. kelakuan2 ini akan ditinggalkan justeru menjaga adab dan sopan....

Bagus tu! Yang sia2 ditinggalkan.. tetapi tidaklah 100% ia menyebabkan si muslimah perlu untuk bermasam muka atau pun bersedih hati.... ceriakan dirimu... jadi seperti sebelumnya.. tp manipulasikanlah dengan cara Islam.....

PAKAIAN ITU SEKUNDER

Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.

Maka faktor pakaian memang ada peranannya.

Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama

Setuju jugak!!!

Pakaian memainkan peranan.. tp ia bukanlah faktor utama.... kemurungan... kenapa?

“ Kwn2 pandang semacam je dengan saya kak....”

“ Ntahlah Ana... dorang cam kekok lak bila kite camni....”

Teman gembira senang dicari.. teman dikala duka? Allah sahaja lebih dekat dengan kita...

Bersabarlah buat yang masih berduka... ceriakan hatimu k.....

Yang paling penting ialah....

AKHLAQ PENENTU

Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.

Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.

Ye.. akhlaq wa sikap kita is the most importang things.... kenapa..?

Orang mungkin akan menilai kita pertamanya dari penampilan kita...

“ Hmm... dak tudung labuh... mesti pendiam.....sombong....”

Tidak... tidak.... tidak.....

Jangan biarkan mereka bersu’hudzon....

Jernihkan prasangka mereka.... tonjolkan akhlaqmu yang terbaik...

Ramah2kanlah dirimu.... ceria2kanlah dirimu.... tersenyumlah... eh.. senyumlah seikhlas hati......

Islam itukan indah... Islam itukan mudah.....

Tonjolkanlah... Banggalah.... Tunjukkanlah bahawa kamu adalah Muslim & Muslimah.....

Lihat! Mudahkan... dengan cara ni je dah dapat tonjolkan indahnya Islam itu.....

Pesan Abu Saif...

Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.

Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?

Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?

“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.

Buat para dai’e.. Begitu juga pesanan buat diri ini yang mudah alpa... ceriakanlah diri kita k....
Islam itu indah... Pabila melihat dan merasakan sesuatu yang indah pasti hati kita berbunga kan... jd hadirkanlah hati dan jiwa kita pada keindahan itu.... begitu cantik aturan yang Allah dah ciptakan.... Syukurilah atas nikmat dan ujian yang Allah turunkan... cerialah... senyumlah.... tabahlah... tenanglah.... kuatkanlah hati mu.....

Akhirul kalam... Hadapilah Dengan Senyuman.... Ceriakanlah Dirimu! Demi Islam!


p.b.d.i # hadapi ujian dengan senyuman.... Allah pasti mengganjarkan padamu suatu ketika nanti...
p.b. s # teruskan ceria... jgn terasa lemah... diri ini ada disampingmu.. Allah pasti ada selalu....



Rabu, Ogos 05, 2009

Free sangat ke???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:48:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt Nor Farhana Nordin… Salam ceria.. Salam mahabbah.... Salam ukhwah.....

Lamanya tak update blog.... Wuu... Kangen bangat kiranya....

Iyepss... Subhanallah, kekangan2 dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan sentiasa beratur minta perhatian....

Hurmm.. satu malam mase ngah relax2 dalam surau smbil bantu shbt2 mengepilkan warta Islam yang nak diedarkan sekitar UPM ( hehe.. menyelit menyibuk je hakikatnya....) ana borak2lah dgn kwn2 sume....

“ Kak Nana p mane? Selalu tak nampak pun.. Bz ke MTM? “

Adeh, mahal soalan ni... Acamne nak jawab eh... Daku berkira2 dalam hati....

“ Huhu.. biaselah... MTM.... “ Cik Ana mampu tersengih sipu... No point nak jawab.. Bz kot...

( Ha! Jawapan tak yakin tu! )

“ Kadang2 tengok Kak Nana bz.. Kdg2 tengok Kak Nana ni free n relax je... “

Uiks! ( Apakah perasaan ini ketika itu ek? Terkejut kah? Marah kah? )

Oh.. tidak, tidak n tidak..... bukan itu yang ana fikirkan.....

Guest what?

Oh... Ana masih tampak free lah ni yer... Hurm... Masih bnyklah kiranya yang tak ana perbuat...

Ish3 kecewa sikit dengan diri... Mungkin terkadang jd S.S.. Konon bz.. tapi the fact is masih lum lengkap lgi tanggungjawab tu ana jalankan... ( Sincere... tu yang ana fikirkan )

Bagaimana ya.....? Masih memikir3 dan memikirkan.....


 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez