Selasa, Ogos 11, 2009

Ceriakanlah Dirimu! Demi Islam!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:15:00 PG
Pandangan Anda : 


Klik My Computer.. Type “ Ceriakanlah…”… Klik Search….

Searching….
Searching……..

Alhamdulillah! Jumpe pun yang ana cari-cari selama ini…
Ape dia??
Hehe… Wat gempax je… Ana cari artikel nukilan SaifulIslam.Com…
Yang tajuknya.. “Demi Islam, Ceriakanlah Dirimu! “
Kya kehna Ana?? ( same erti dgn limaza Ana? Kowt...)
Ermmm.... Check diz out....

Cerita bermula........

“Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian”, keluh seorang muslimah di Jepun.

Saya memahaminya.

Dalam suasana pembelajaran di negara asing, sering terjadi pelajar tercampak ke suasana yang tiada persekitaraan solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara… segalanya itu mengundang kosong di dalam diri.

Suasana itu sahaja pun sudah cukup untuk menimbulkan faktor tekanan dan kemurungan.

DUNIA ASING

Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.

“Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?”, saya membalas dengan pertanyaan. Muslimah itu mendiamkan diri seketika.

“Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?”, saya menyambung perkongsian.

Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan.

Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan indah seperti yang diinginkan.

Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata.

Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya.

Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?

TIDAK MUDAH

Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.

Suasana itu akan jadi lebih menekan apabila kita hidup di tengah-tengah masyarakat Jepun yang umumnya dikaitkan dengan budaya “MOKUNIN” yang sering menjadi mimpi ngeri warga asing di sana. Mokunin itu adalah suatu sikap ‘tidak mahu masuk campur’ yang bukan sahaja disengajakan, malah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh orang Jepun kerana tidak mahu terjebak di dalam masalah orang lain.

Kemurungan yang dialami akan menjadi lebih teruk apabila pelajar muslim dan muslimah kita tidak mendapat saluran sokongan diri.

LELAKI VS PEREMPUAN

Jika mahasiswa yang lelaki, mungkin perubahan diri itu tidak begitu menonjolkan kelainan. Dia
boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar ‘aku engkau’ kepada ‘ana anta’ sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada ‘I you’.

Berbeza sekali dengan yang perempuan.

Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi.

Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.

Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan ‘garis pemisah’, menonjolkan dirinya yang baru.

“Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini”, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah.

“Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak”, jawab saya.

PAKAIAN ITU SEKUNDER

Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.

Maka faktor pakaian memang ada peranannya.

Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama.

Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu.

Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencilan, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!

Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu.

Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula.

Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq.

AKHLAQ PENENTU

Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.

Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.

Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.

Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?

Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?

“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

Okidoki..... Dari cerita/artikel yang ditulis diatas... jelas akan kepentingan ekspresi diri kita kepada umum dalam menyampaikan dakwah....

Tol tak???

Mungkin penceritaan diatas hanya menggambarkan apa yang berlaku pada sahabat2 kita yang berpeluang belajar di luar negara... tapi ini tak beerti kat dalam negara ni pun tak berlaku.... ada... ada......

TIDAK MUDAH

Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.

Yupz... ayat ni... ana fokus sgt... kenapa?? Transisi interpersonal diri seseorang dari yang ‘tidak baik’ kepada yang ‘lebih baik’ bukan sesuatu yang mudah seperti ‘makan kacang’ ( skadar analogi )...

Makan kacang pun bukannya mudah tau... perlu dibuka kulitnya untuk mendapat isinya.. itupun belum pasti kacang didalam itu elok untuk dimakan atau tidak...

Pun begitu dengan diri kita... bukan mudah nak menyesuaikan diri dengan transisi diri kepada yang lebih baik... mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita....

Cop3... tp ini tak bererti ana kata bila kita berusaha memperbaiki diri kita ni ia akan menjadi lebih parah dan susah.... tidak... tidak.... Islam itukan mudah dan memudahkan umat yang menganutinya....

Berbeza sekali dengan yang perempuan.

Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi.

Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.

Yup... ana setuju sgt dgn pendapat ustaz... lelaki mungkin lebih mudah menyesuaikan diri...
Manakala perempuan pula? Susah? Tidak juga sebenarnya.... cumanya... bila seorang muslimah bertransisi.. kebiasaannya perubahannya akan terlahir keseluruh penampilannya.... dari pemakaiannya...sikapnya...dan lain-lain yang sewaktu dengannya.....

Jadi... terkadang ini menjadi salah 1 faktor yang menyebabkan kemurungan para muslimah2...

Kenapa ya? Dari pandangan ana sendiri... jika sebelum ini si muslimah jenis yang ‘huha!’ atau peramah atau ‘mulut bising’... bila dia bertransisi.. kelakuan2 ini akan ditinggalkan justeru menjaga adab dan sopan....

Bagus tu! Yang sia2 ditinggalkan.. tetapi tidaklah 100% ia menyebabkan si muslimah perlu untuk bermasam muka atau pun bersedih hati.... ceriakan dirimu... jadi seperti sebelumnya.. tp manipulasikanlah dengan cara Islam.....

PAKAIAN ITU SEKUNDER

Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.

Maka faktor pakaian memang ada peranannya.

Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama

Setuju jugak!!!

Pakaian memainkan peranan.. tp ia bukanlah faktor utama.... kemurungan... kenapa?

“ Kwn2 pandang semacam je dengan saya kak....”

“ Ntahlah Ana... dorang cam kekok lak bila kite camni....”

Teman gembira senang dicari.. teman dikala duka? Allah sahaja lebih dekat dengan kita...

Bersabarlah buat yang masih berduka... ceriakan hatimu k.....

Yang paling penting ialah....

AKHLAQ PENENTU

Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.

Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.

Ye.. akhlaq wa sikap kita is the most importang things.... kenapa..?

Orang mungkin akan menilai kita pertamanya dari penampilan kita...

“ Hmm... dak tudung labuh... mesti pendiam.....sombong....”

Tidak... tidak.... tidak.....

Jangan biarkan mereka bersu’hudzon....

Jernihkan prasangka mereka.... tonjolkan akhlaqmu yang terbaik...

Ramah2kanlah dirimu.... ceria2kanlah dirimu.... tersenyumlah... eh.. senyumlah seikhlas hati......

Islam itukan indah... Islam itukan mudah.....

Tonjolkanlah... Banggalah.... Tunjukkanlah bahawa kamu adalah Muslim & Muslimah.....

Lihat! Mudahkan... dengan cara ni je dah dapat tonjolkan indahnya Islam itu.....

Pesan Abu Saif...

Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.

Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?

Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?

“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.

Buat para dai’e.. Begitu juga pesanan buat diri ini yang mudah alpa... ceriakanlah diri kita k....
Islam itu indah... Pabila melihat dan merasakan sesuatu yang indah pasti hati kita berbunga kan... jd hadirkanlah hati dan jiwa kita pada keindahan itu.... begitu cantik aturan yang Allah dah ciptakan.... Syukurilah atas nikmat dan ujian yang Allah turunkan... cerialah... senyumlah.... tabahlah... tenanglah.... kuatkanlah hati mu.....

Akhirul kalam... Hadapilah Dengan Senyuman.... Ceriakanlah Dirimu! Demi Islam!


p.b.d.i # hadapi ujian dengan senyuman.... Allah pasti mengganjarkan padamu suatu ketika nanti...
p.b. s # teruskan ceria... jgn terasa lemah... diri ini ada disampingmu.. Allah pasti ada selalu....



0 Celoteh SahabatKu... on "Ceriakanlah Dirimu! Demi Islam!"

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez