Rabu, Oktober 28, 2009

TENSEN!!!

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:30:00 PG 3 Celoteh SahabatKu...
“ TENSEN!! “ ana melihat handphone Sony Ericsson yang ana letak atas katil… Mesej yang masuk sebentar tadi ana baca.. Ringkas, tp cukup padat nak mengungkap semua yang terpendam... Al-maklumlah minggu exam ni... masing-masing sedang hangat dilamun cinta... cinta yang terkadang menekan jiwa... maksudnya disini.. tensen menghadap buku-buku, nota kuliah dan latihan sebagai persediaan nak ber’dating’ dengan kertas soalan.... berjam-jam dihabiskan untuk menjawab killer question yang diberikan... Time tensen nilah semua keluar... astaghfirullah... nauzubillah... macam2 gelagat....

“ Lar nape tensen ni? Hah! Mesej akak sebelum sampai masa perjanjian nih. Penalti 20 minit.” Balas ana dengan sedikit lawak.. ana teruskan pembacaan dan ulangkaji yang masih belum habis.. tensen juga tapi dalam hati ku selitkan dengan doa agar ana mampu memahaminya... Lama... Mesej tak dibalas, mungkin marah atau ‘terkena sudah’... Kubiarkan hp ditepi sambil berehat sebentar dan selesaikan apa yang patut. Ana baru balik dari surau.. Hampir seminggu berkampung seketika di musollah dan masjid untuk mendapat mud study... Alhamdulillah lancar...

Ba’da 20 minit, usai mengambil air untuk dimasak dalam heater...

“ Tensen... Kak Hana....” tepat pada masa penalti dikenakan.... ana tersenyum... budak sorang ni memang tau. Bisik dalam hati ana.

“ Hehe, bagus.. mematuhi penalti yang diberikan... Awat tensen ni? “ Balas ana..

“ Org tensen lagi nak penalti2...Ahad lepas dah baca.. Tapi makin baca makin tak faham...” dia merungut... Ana tergelak kecil... Lumrah orang bercinta... Bila lama sangat berhubung mulalah semakin tak memahami, bila mula bosan terjadilah tensen....

“ Hmm, tutup dulu buku tu then duk rehat kat tepi k. Nanti makin tensen.” Nasihat ana.

“ Taknaklah nanti tertido kalau kalu rehat.” Balasnya.

“ study ape? Nak Kak Hana pujuk ke tegas?” ana memberi pilihan...

“ Physics... Pape jela...” mesej ana beri dibalas ringkas je...

“ Ermmm, k cm ni. Kak Hana rase kamu lg tahu mana yang perlu. Dari kamu mengadap paper tu then ckp tensen3. Memanglah tensen. Dah tu doanya kan. Akak maksudkan rehat td. G amik wudhu. Amik masa sikit baca buku yang kamu beli, takpun baca Al-Quran. Dengar pun ok.. Kita manusia... Had kita ada... Doa pada Dia moga dipermudahkan. Kak hana tak pandai nak nasihat sangat. Tapi pe yang kak hana wat malam ni kak hana try yang termampu. Selebihnya kak hana minta Dia bg petunjuk. Ilmu ni ilmu Dia juga. Tak luak masa kita ingat dan spent masa pada Dia.

Tensen! Tensen! Tensen! Mustahil rasanya jika tiada yang merasakan tekanan bila menghadapi ambang peperiksaan akhir. Cuma beza tahapan tekanan je pada setiap individu. Sekurangnya sekelumit tekanan pasti dihadapi.

Bulan peperiksaan, dimana sahaja sekarang ni individu-individu bergelar pelajar, siswa dan siswi sedang berjuang dengan peperiksaan. Bercinta dengan nota kuliah, bertunang dengan latihan soalan, diakad nikah dengan kertas peperiksaan dan akhirnya menanti hasil dari gerbang perkahwinan jawapan yang telah dijawab. Itulah hasilannya nanti.

Dalam bercinta tu ada lumrahnya. Naik turun perhubungan kita sesama pasangan. Begitu juga bila bercinta dengan ilmu. Cumanya bercinta dengan ilmu pulangannya berkali ganda nilaiannya disisi Allah. Bilamana berkata tentang ilmu, ia termasuk dalam ibadah juga.

Bilamana berkata tentang study untuk exam, ia jangan dijauhkan dari ibadah rutin kita. Solat, puasa, doa dan sebagainya. Inilah yang menguji kita. Tahapan kebergantungan pada Allah. Saat mana kita bermatian belajar, adakah bermatian juga kita memohon petunjuk dan pertolongan dariNya.

Wahai rakan-rakan, sahabat-sahabat, adik-adik, dan termasuk diri ini juga. Jangan pisahkan keduanya. Ilmu yang kita tengah belajar ni ilmu Dia juga. Bukan ilmu sesiapa selainNya. Jadi janganlah khuatir dan tensen-tensen bilamana apa yang dibaca tak masuk mahupun semakin jauh dari pemahaman kita. Tiada tempat lain untuk kita kembali selain dari sebaik-baik tempat yang telah dikurniakan pada kita. Apa dia? Allah lah nikmat terbesar kita. Sebaik-baik tempat kembali. Masa itu kepunyaan Dia, ilmu itu kepunyaanNya juga. Segala apa dilangit dan dibumi miliknya jua.

Tak luak, tak habis, dan segalanya yang taklah untuk masa kita digunakan untuk duduk sejenak dan dihabiskan untuk Dia. Kita membutuhkan Dia. Tuhan yang memiliki segalanya. Jika susah nak faham pinta padaNya memahamkan kita. Jika risau maka pinta padaNya yakinkan kita. Apa nak diminta lagi? Pintalah kerana Allah itu Maha Memakbulkan.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber ‘Kekuatan‘.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ‘Ketenangan‘.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju ‘Kebahagiaan‘.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ‘Keberhasilan‘.
Ambillah waktu untuk beramal,
kerana itu adalah satu-satunya kunci menuju Syurga.

So pesanan akhir… Jangan tensen2 ye sume… Anggaplah ini ujian kecil nak dibanding peperiksaan buat kita yang kita hadapi sejak azali lagi.. All the best buat semua... Not only study hard but study smart too... Maat taufiq wannajah fil imtihan...

Ps* bila ana tensen... minta sahabat2 serang ana balik dengan pesanan dan teguran yang membina ye... supaya tak rebah diulit kecelaruan... renung2kan.. dan selamat menghadapi peperiksaan..

Ahad, Oktober 25, 2009

Dunia.... Dewan Peperiksaan......

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:58:00 PTG 2 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum wbt.....
Biasanya hujung2 bulan seperti sekarang ni, pastinya di mana2 peringkat sekalipun, pelajar2 dan para siswa siswi sedang sibuk dengan persediaan rapi untuk mendepani ujian dan peperiksaan yang akan menguji sejauh mana kefahaman dan penghayatan mereka sepanjang temph pembelajaran.....
Belajar secara berkumpulan....
Belajar bersendirian.....
Bersedia lebih awal mahupun bersedia disaat akhir peperiksaan...
Ia menjadi rencah berbeza bagi setiap dari insan yang bakal menghadapinya...
Suasana sunyi sepi... Fokus di meja study adalah lumrah apabila tibanya minggu ulang kaji...
Segala aktiviti di'matikan' seketika untuk berkorban masa demi peperiksaan....
Yang memilih mendekatkan diri pada Allah seiring berusaha meningkatkan kefahaman serta persediaan sebelum peperiksaan, tahniah diucapkan....
Namun, bagi yang semakin meninggalkan kebelakang perintah yang lebih perlu, malang dan takziah diucapkan...
Diingatkan, jom sama2 kita dekat kembali kepadaNya... Tiada medium lain yang dapat membantu kita melainkan segala percaturan yang telah diusahakan itu selain dari apa yang Ia akan putuskan....
" Kun fayakun " tatkala ini yang dikatakanNya, maka tiada apa yang dapat kita insan yang lemah ini dapat lakukan...
Nah, inilah masanya dan perlunya kita mencariNya, memohon dan memanjatkan sepenuh penharapan kepadaNya agar Ia melindungi dan menjaga kita dikala menghadapi peperiksaan...
Dikala inilah kita memohon petunjukNya untuk memudahkan apa yang kita ambil dari ilmuNya, kedap masuk dalam hati kita....
Dikala inilah kita mohon padaNya agar Ia berikan pertolongan dikala kita membutuhkan Dia...
Allah tak pernah tinggalkan kita sekalipun... tetapi kita ni yang sering lupa dan melambat2kan pertemuan indah bersamaNya....
Buat diri yang lemah ini juga sentiasa memohon keampunan atas segala kealpaan dan kelalaian yang telah dilakukan...
Ampuni diri ini Ya Allah.....

Peperiksaan kita nanati pastinya di dewan2 kuliah dan juga dikelas2....
Sedar atau tak... Sejak didalam perut ibu lagi kita telah diuji di dalam dewan peperiksaan yang besar.. MilikNya semata...

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ( Surah Al-Fath : Ayat 4 )

[1394]. Yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,

Berapa ramai yang sedar akan ini.... ( menyedarkan diri yang sering terlupa ni gak )

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ( Surah Al-Ankaabut : Ayat 2 )

Allah sendiri berfirman bahawa Ia pasti akan menguji setiap dari makhluk yang Ia cipta. Siapa makhluk itu? Kitalah, manusia... Yang Allah ciptakan memiliki akal yang boleh berfikir. Berbeza dari makhluk yang lain..

Peperiksaan besar yang kita akan hadapi ini tidak akan berakhir selagi hayat kita masih ada...
Selagi semampunya kita menghirup oksigen yang Allah berikan secara percuma ini...
Selagi kita mampu menggerakkan anggota tubuh kita tanpa perlu kita ganti 'baterinya'...
Selagi kita mampu melihat tanpa perlu kita pasang ganti 'kanta' yang ada....
Subhanallah... Walhamdulillah....
Terlalu banyak yang Allah berikan nikmat pada kita... Namun, masih lagi kita kufurkan...

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah[789] dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? ( Surah Ibrahim : 28 )

[789 ] Yang dimaksud dengan nikmat Allah di sini ialah perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah.

Yang telah pergi ujian Allah pada mereka telah tamat... Keputusan dan 'markah' mereka akan diperhitung bersama kita nanti tatkala semua manusia dipanggil berhimpun bersama di mahsyar sana....
Sejauh mana 'markah' dan 'keputusan' kita tu bergantung pada amal dan ibadah kita di dewan peperiksaan besar ini....
'jawapan' kita pada 'persoalan' yang Allah telah aturkan.....
jawapan yang tepat pasti 'markah' baik ganjarannya.....
jawapan yang bukan dari apa yang ia minta ada juga ganjarannya....
Makna kata stiap 'jawapan' kita hanya Dia sahaja yang berhak menilai....

Analoginya pensyarah yang mengajar dan menguji peperiksaan kita, ialah org yang selayaknya memberi markah pada kita...
Masakan boleh pensyarah Matematik yang kepakarannya Matematik sahaja mampu menilai kertas peperiksaan dari pensyarah Perubatan....
Pastinya tidak, jika mungkin terjadi pun atas kekuasaan Allah yang mengizinkannya menguasai lebih dari 1 bidang.....

Jadinya, disamping kita bersedia menghadapi ujian dan peperiksaan yang akan diuji nanti... jangan lah diabai dilupa untuk sentiasa bersedia menghadapi dan mendepani ujian2 Allah....
Kerana apa pun jua kepada Dialah tempat sebaik2nya untuk kta kembali dan menanti keputusan dari apa yang telah diuji...


Ya Allah hanya kepada Engkau ku bermohon dan meminta....
Jadikanlah dunia itu didalam genggamanku dalam pencarianku kepada redhaMu...
Janganlah Engkau letakkan dunia didalam hatiku, dan membuat aku lalai dari mengejar cintaMU..


ps* Sahabat2 jom letak dunia dalam genggaman kita untuk ke 'sana....


Sabtu, Oktober 24, 2009

Pimpinan Baru KBM

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:50:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt shbt2 sekalian...

Alhamdulillah, segala puji bagiNya atas nikmat dan keizinan yang diberiNya atas berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-20 Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM...

Alhamdulillah, segala yang diaturkan berjalan dengan lancarnya walaupun terdapat sedikit kesulitan ( harap maaf kepada yang hadir )...

Majlis yang berlangsung pada 23 Oktober 2009 ( Jumaat ) yang lalu bertempat di Bilik Kuliah Akademik Pusat A1-03, telah diadakan bagi melantik pimpinan baru untuk menaungi Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM dan meneruskan kesinambungan dakwah dan tarbiyyah kepada mahasiswa-mahasiswa dalam kampus hijau ini. InsyaAllah, KBM sebagai salah satu badan persatuan yang akan berganding bahu bersama persatuan-persatuan lain yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM...

Salam tahniah dan takziah diucapkan kepada pimpinan baharu yang telah dilantik memikul amanah meneruskan perjuangan yang tidak akan berakhir. InsyaAllah semoga Allah sentiasa meredhai kalian...

Berikut adalah pimpinan baharu Kelab Bimbingan Mahasiswa...

PIMPINAN KELAB BIMBINGAN MAHASISWA
SESI 2010/2011

Pesanan dari seorang akak :
Buat adik2ku sekalian.. tahniah n takziah kak ana ucapkan...
ingat... kat pundak masing2 dah terpikul 1 amanah yang besar...
akk yakin dengan kamu semua... insyaAllah tetapkan niat.. satukan matlamat...
bekerja lillahitaala...
insyaAllah akak akan always sokong n bantu korang semua dari belakang, kiri, kanan, depan dan dimana2 sahaja...
Sayang semua kerana Allah...

Imtihan..(^^,)

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:34:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...


Assalamualaikum wbt....


Cepat sungguh masa berlalu... pejam celik.... subhanallah...
Lagi 3 hari ana nak mendepani peperiksaan besar utk semester ni....
Allahuakbar...
Masa ibarat pedang...
Kita tak jaga memang ia akan terus mencantas....
InsyaAllah pic kat atas ana dedikasikan pada semua yang nak amik exam tak kesahlah bila pun...
Yelah, hidup kita ni pun sememangnya umpama menghadapi peperiksaan besar sebelum keputusannya dikeluarkan semasa kita menanti di padang mahsyar sana....

Ni task exam ana untuk kali ni...
Berderet... InsyaAllah ana cube yang terbaik...

27 Okt 09 ( Selasa )
Kaedah Matematik

28 Okt 09 ( Rabu )
Bahasa Arab II

29 Okt 09 ( Khamis )
Mathematical Programming

31 Okt 09 ( Sabtu )
Persamaan Pembezaan

12 Nov 09 ( Khamis )
Pengucapan Awam
&
Analisis Kompleks

16 Nov 09 ( Isnin )
Presentation Proposal Final Project

Doaku buatMu
Ya Allah, izinkan aku menitipkan sekelumit ilmu MU yang luas tiada bandingnya...
Ya Allah, redhakalah diriku atas apa yang aku pelajari...
Ya Allah, permudahkan untukku menghadamkan setiap ilmuMu ini hanya keranaMu...
Amin~~~~


Khamis, Oktober 22, 2009

Hati Dan Rasa....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 2:19:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....

Hati... Bila berkata tentang HATI...
Apa yang terlintas dibenak fikiran anda? Warnanya merah kehitaman...
Letaknya di dalam anggota badan....
Ya, tepat dan padat jawapan tu...
Namun, kaitkan dengan kebergantungan hati dengan diri anda...
Ya, HATI adalah RAJA kepada KERAJAAN tubuh badan...
Tanpa HATI tiada RASA dalam JIWA.....
Ibarat ROBOT yang punya fungsi gerakan tanpa punya peRASAan...


Hidup ini terkadang sukar diduga....
Bila semakin nak berubah semakin hebatlah ujian HATI kita.
Tak percaya? Ana yakin kita semuanya kebanyakannya begini...
Beruntung sebenarnya bila HATI kita diuji...
Dan kita cuba memperbaiki....
Maknanya kita masih ada RASA...
RASA nak mendidik RAJA dalam diri kita, supaya KERAJAANnya tidak lumpuh dan mundur..

Subhanallah... Terkadang rasa tak mampu nak menanggung semuanya...
Bermacam-macam yang menderu menuju dan menguji... Selepas satu, satu datang...
Kerap sajalah pipi ni merasa nikmatnya air mata...Keliru sungguh.. Adakah ana menangis keranaNya atau kerana apa yang ditimpakan??
Ya Allah syukurkan diri ini pada ujianMU....
Huu.. Kerdilnya diri ini nak dibanding dengan orang lain...
Nak menggapai yang tinggi2 tak mampu tapi nak...
Sungguh harapan dalam hati menggunung tinggi..
Namun, sedar diri ini belum ditarbiyah sehebat mana....
Hati ni masih hati yang berpenyakit dan belum telus serta tulus....
Lemah segalanya rasanya... Sedar diri rasanya...
Bukan milik ana apa yang ana mahu...
Bukan untuk ana apa yang ana inginkan....
Peluang itu mungkin bukan untuk ana...
Allah mungkin memberikan ruang di tempat lain untuk itu......
Apa sebenarnya yang ana ngomelkan ni? Berkiasnya.....
Hehe.. ana memang suka berkias...
Nama je pelajar jurusan Matematik...
Bahasanya tunggang langgang.....
Ya, Allah nak menguji...
Berbanggalah kan pabila diuji... Tanda kasih drNya.....


Penyesalan terkadang membelengu diri ini......
Kenapa perlu ana mencari yang lebih baik sedangkan yang berada dihadapan ana adalah hidangan dan persembahan terbaik bagi ana yang Allah anugerahkan...
Lahir rasa kesal kerana tidak bersyukur dengan pemberianNya...
Masih luaskah pintu keampunan buat ana????
Ya Allah, ampunkan dosa insan kerdilmu ini....

Macam dah suntuk je nak bersiap siaga.....
Setiap waktu merasakan begini...
Rasa nak putus asa pun timbul....
Dari buang masa baik berserah terus.....
Oh.. Tidak... Tidak... Mujur ana sempat sedar....
Lebih baik terlambat sedikit drpd tiada langsung kan.....
Allah rahmatNya luas... KasihNya terbentang....
Kenapa perlu meletakkan peluang yang telah diberikan di barisan belakang sekali....
Sepatutnya masa yang diberi nilah digunakan sebaiknya.....

Mampu ke istiqomah ni nak buat itu ini.....
Tak mencuba maka tak tahu.....
Yang sedikit itu lebih baik dr yang banyak...
Jika yang banyak itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan....
Doa pada Dia agar ketetapan hati masih utuh dan kukuh...
InsyaAllah semuanya berjalan lancar sekali....
Ingatkan diri.. Allah akan permudahkan di bahagian lain....


Kekasihku Yang Satu

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:59:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Dulu aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.

Dan pada saat kekecewaan itu, Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.

Di kala aku gembira, ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.

Kekasihku Allah...


Mencari Ketenangan Hati Dan Jiwa

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:51:00 PTG 7 Celoteh SahabatKu...

HATI atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.

Rasa senang apabila ia dipuji.

Rasa menderita apabila di keji.

Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.

Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.

Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.

Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.

Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.

Rasa dendam apabila orang menganiayainya.

Simpati dengan orang susah.

Rasa keluh kesah apabila dapat susah.

Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.

Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.

Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Rabu, Oktober 21, 2009

Jalan Mujahadah Bukan Mudah...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:55:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Adab Terhadap Diri Sendiri

Kaum muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah :

“ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
( Asy-Syam [ 91] 9-10)

Rasullullah bersabda :

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)

Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :

a. Taubat

Taubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)

Dan sabda Rasullullah :

“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ”
( Muslim )

b. Muraqabah ( Pengawasan )

Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :

“ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”
( an-Nisa [4] : 125 )

Rasullullah juga bersabda :

” Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”
(Muttafaq ’alaih)

c. Muhassabah

Melakukan perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan diri

Allah berfirman :

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)

d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)

Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.

Allah telah berfirman :

“ Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....”
(Yusuf [12] : 53 )

Sebagai umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman :

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)


Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

AGM KBM UPM

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 12:32:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...



Isnin, Oktober 19, 2009

Mencari Yang Hilang

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:48:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....

Ha? Ape yang hilang? Huhu.... Tak de pape sebenarnya....

Eh tipulah..... Dah tulis mencari yang hilang.. Kot takde yang hilang.....

Emm.. Syawal dah berakhir.... Tak bermakna berakhirnya hari kemenangan umat Islam kan...

Setiap detik adalah kemenangan buat kita jika pandai kita hargai dan teladaninye....

Semalam.. berbual dengan teman sebilik sambil mncari2 cara menyelesaikan masalah programming untuk final project...

Masya Allah... semakin slow rasenyer progress minda ni....

Dulu punya aktif bermain dengan nombor dan berfikir... Siap mimpi2 lagi...

Hehe... Teringat imbauan zaman sekolah dulu2.....

Berceritalah dengan teman yang ana punya misi kenapa ana amik math....

Ana nak wat solution n ajar anak2 bangsa dengan cara lebih berkesan...

Dengan method... No slide show....

Yelah... math ana rase kurang best guna slide n membace...

Tp math perlu manual... al maksudnyer.... Menulis, mengira dan berfikir.... Bukan membace...

Huhu.. pandai bercakap... tp nak buat susah...

Nak seribu daya taknak seribu dalih.....

Ye.. Hampir setahun ana kehilangan diri sendiri dan matlamat itu...

Kerana apa ya? Mungkin buaian rasa yang tak menentu...

Apa dia? Hanya Allah sahaja yang tahu....

So.. Better late than nothing kan.....

Jadinya... Jika bukan sekarang bila lagi...

Ana perlu bangkit dr lena......

Ye... Perlu bangkit......

Sepi.....

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 10:21:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...

Assalamualaikum... Buat diriku...


Biar sepi dari manusia....

Jangan sepi dari Dia.....

Biar sepi bersendirian....

Punya masa berbicara denganNya....

Biar sepi dari keramaian....

Jangan sepi dari ujian Tuhan.......

Biar sepi tanpa pengiktirafan....

Jangan sepi dari kasih yang tiada taranya...

Rabu, Oktober 14, 2009

Di ToLak??

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:43:00 PTG 1 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt....


Bila pendapat kau ditolak..
Bila permintaan kau ditolak..
Bila tawaran kau ditolak..
Bila jemputan kau ditolak..
Bila bodek kau ditolak..
Bila pujukan kau ditolak..
Bila keinginan kau ditolak..
Bila hajat kau ditolak..
Bila kedatangan kau ditolak..
Bila senyuman kau ditolak..
Bila kebaikan kau ditolak..
Bila nasihat kau ditolak..
Bila pinjaman kau ditolak..
Bila keperluan kau ditolak..
Bila kepentingan kau ditolak..
Bila hak kau ditolak..
Bila pertolongan kau ditolak..
Bila permohonan kau ditolak..
Bila usaha kau ditolak..
Bila kerja kau ditolak..
Bila cinta kau ditolak..
Bila kau ditolak…
Ditolak oleh siapa?
Mereka-mereka itu..
Maka! Ucaplah..
Alhamdulillah..
Ucap apa?
Alhamdulillah..
Lagi sekali..
Alhamdulillah..
Tolakan yang kau terima itu..
Adalah kerana kasih sayang Allah..
Sengaja Allah tidak mahu kau jinak..
Jinak dengan selain dari Allah..
Dia Maha Penyayang..
Kerana atas saratnya Kasih SayangNya lah..
Dia mahu kau hanya bersandar padaNya..
Semata-mata!..
Bersandar pada siapa?
Bersandar dan harap hanya pada Allah semata-mata!..
Allahuakbar..
Dalam HATI mau ada Dia!
Biar ditolak manusia..
Jangan ditolak Allah..
Astaghfirullahalazim..
Usah sedih!..
Dia tahu apa yang terbaik buat kau..
Senyumlah.. kerana Dia sayang kamu!
Masyaallah.. manis pon senyuman kamu!
Senyum itu sedekah!.. Alhamdulillah
Masyaallah Tabarakaallah..

p/s: Ditolak disini bole jadi bnyk maksud seperti diabaikan, tidak diterima, tidak dilayan, dikutuk atau seangkatan dengannya mengikut kesesuaian….. waallahualam.. la haula wala quwwata ila billah.

ps# bingkisan yg ana copy dr blog sahabat.. Hawa Mahabbah...
http://hawamahabbah.blogspot.com

BaGaiMana Ye???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 11:26:00 PG 0 Celoteh SahabatKu...
Assalamualaikum wbt...

Wah! Dah lama ana tak kemaskini blog ni... Tentunya dah penuh dengan sarang labah2.....
Hmmm... Pening dibuatnya memikirkan sesuatu hal ini...
Bagaimana harus ana membuat keputusan....
Menunggu ata menerima ya?????
Sudah.. Sudah.. Sudah..
( Dialog si Haziq dalam Syurga Cinta )

Belum pun lunas lagi tugasmu di medan tarbiyyah, terutamanya dirimu sendiri....
Dah berangan nak membina baitul ummah...
Ayuh ana.... Bangun, bangkit dari lena....
Jauh lagi jalan nak ditelusuri ni....
Bak kata dia..." .. berbakti pada Allah dulu ."

Huk3...
Kata2 itu sebenarnya menusuk hati ini yang dah begitu sekian kalinya lena dibuai mimpi...
Isk3...
Kenapa perlu ana gundahkan perkara yang tidak pasti kelak nanti ia meracun diri...

Dari Hati Ke Hati...
Ha? Hee.. Bukan luahan dari hati ke hati ye....
Sekadar tajuk buku yang dibaca oleh ana...
Karya penulis yang ana kagumi... Amr Khalid...
Sekian lama mencari kedai buku yg membekal buku dari Indonesia....
Alhamdulillah.. Perjalanan ke KL bersama 2 adik membawa ana menemui kedai yang ana cari..
Duit yang dibawa tidak bnyk....
Jika boleh semua buku hendak dibeli...
Namun, hanya 2 je yang ana pilih...
Hati Sebening Air Mata dan Dari Hati Ke Hati...

Syaitan akan selalu mengaburi kita dengan benda2 yang belum halal bagi kita itu indah belaka...
Syaitan selalu mengelirukan kita bahawa apa yang kita belum dapat itulah bahagia...
Isk3... Ntah kenapa membaca bait kata ini membuat ana hampir sahaja menitik air mata...
Dalam kelas Pengucapan Awam pula tuh....
Ye... Ana tertipu dengan goda syaitan...
Lemahnya iman ini.... Cepat benar melihat sesuatu itu sebagai bahagia...
Sedangkan yang berada di depan mata tidak langsung disyukuri...
Astaghfirullah hal adzim....

Masih sempat atau tidak ni?
Ya.. Masih ada waktu... Allah masih membuka tanganNya menerima rayuan rindu hambanya yang ingin kembali....
Subhanallah... Allahuakbar.....
Belum terlambat buat ana.....
Buat mereka yang perlu ana 'terima' ataupun 'tunggu'....
Keputusan belum ana buat lagi....
InsyaAllah.. Ana akan selalu berbicara denganNya memohon agar diberikan keputusan sebaiknya...
Doakan ana tsabat dan teguh dalam berbakti padaNya...
Menelusuri liku2 ini tanpa perlu memikirkan hal itu lagi...
Belum pasti kan......

Isnin, Oktober 12, 2009

Monolog An-Nisa'

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 9:39:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
Aku ingin menjadi bunga segar
Yang mekar mewangi di taman
Ingin dipagari duri-duri tajam
Agar tiada yang berani menyentuh apatah lagi mendekati
Tanpa sebab yang menghalalkan.

Aku ingin berasa aman
Dalam indah taman
Tenang tanpa gusar
Gembira tanpa hiba,

Aku ingin sentiasa dihujani rahmat Tuhan
Ingin diiringi keredhaanNya
Dipayungi bawah awan lindunganNya
Agar selamat daripada panahan syaitan
Agar sejahtera daripada fitnah duniawi,

Tapi..
tatkala ini jiwa telah gelora
maka iman turut terkocak gelombang

Setibanya teguran Tuhan
Aku tersentak...

Baru kusedar keseronokan,
keindahan dan kebahagiaan yang aku kecapi
Terpesong dari landasan syariatNya

Lalu..
jiwa ini meronta saban hari
Minta dibebaskan daripada belenggu dosa noda
Sesaat tak terpadam ingatan dosa lalu
Yang semakin menimbun dalam catatan amalku...

Terbit nur insaf dari hati yang mulus
Syukur Tuhan masih menyayangi
Mujur tak tercampak ke lembah hina dan berlarutan dalam dosa
Kuyakin di langit sana masih luas terbuka
keampunan keredhaan dan rahmatNya..

Dan,sekali lagi ku utuhkan azam
aku ingin menjadi bunga segar yang mekar mewangi di taman
menanti hadir insan yang selayaknya memetikku menjadi hiasan hidupnya...


* Hirisan pertama memang menyakitkan... Hehe... Namun, jangan kerana lukanya jari habis seluruh tangan dipatah-patahkan bagi menghilangkan kesakitan....
Setiap luka pasti ada penawarnya.... Cuma masa akan menentukan....

* Kebahagiaan itu ibarat si cantik rama-rama... Ia akan terlepas bila semakin dikejar..
Namun, ia pasti akan menghinggapi kita bila kita tenang dan diam....

* Terus kuat ana! Chaiyok2!!! Hee...
Hidup ini terlalu indah untuk ditangisi...
Usah gelisah... Usah resah... Usah berduka... Tersenyumlah sayang.....

Jumaat, Oktober 02, 2009

S.E.L.A.M.A.T P.A.G.I

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 3:57:00 PTG 0 Celoteh SahabatKu...
S - Seandainya
E - engkau
L - lemah & letih
A - akibat
M - musibah yang telah
A - Allah
T - tetapkan buatmu

P - Percayalah bahawa
A - Allah memberi
G - ganjaran terhadap
I - imanmu yang teguh...

Bangunlah sahabat-sahabatku....
Moga hari-harimu dilimpahi rahmat & kasih sayang-Nya yang tidak pernah putus...
Ameen~~~
 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez