Ahad, Februari 08, 2009

Imtihan ???

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 8:42:00 PG
Pandangan Anda : 
Assalamualaikum…
isk3.. macam2 perasaan yang hadir…..sedey, gembira, gementar n len2….
subhanallah… dah minggu test dah.....
adeh.. jadual aktiviti semakin pack... amanah semakin besar....
mampukah ana cover semua ni?
mngejar kejayaan dunia dan akhirat.....??
Ni kira dah second week untuk test 1....
minggu lepas dah test dah 3 paper....
Alhamdulillah...

*******************************************************

Yang dah....

MTH3301- Analisis Nyata ( Rabu 4hb Februari 09 )
--- kira subjek paling tough sem ni...tp alhamdulillah semua ok... juz tawakal pada Allah untuk result nanti... moga2 baiklah...

MTH3501 - Analisis Berangka ( Khamis 5hb Februari 09 )
--- Subjek ni best sebab kira cam satu2nya subjek yang bnyk nombor... huhu yang len kurang sket.... walopon masa ujian hampir dtg lambat sebab pg tu cam kurg sihat...
tp alhamdulillah semua lancar.... harap takde careless mistake...=)

BBA2401 - Bahasa Arab 1 ( Khamis 5hb Februari 09 )
--- Alhamdulillah leh lah jawab al-lughahtul quran ni.... tak senang tak susah... alhamdulillah....

Coming imtihan....

MTH3103 - Analisis Vektor ( Rabu 11hb Februari 09 )

MTH3202 - Algebra Moden ( Jumaat 13hb Februari 09 )

*******************************************************

macam ana katakan di atas td.... jadual makin pack... amanah semakin besar....
alhamdulillah walaupun ade prog2 yang ana g... tp insyaAllah pembahagian masa tu masih ok...
time nilah akan menguji pergantungan kita pada Allah...
sejauh mana konsep tawakal 'alallah yang kita gantungkan.....
ana juga teruji dgn ujian nih... ujian ni adalah salah satu dari pentarbiyyahan Allah kepada kita....
tatkala kita rasa selesa dgn hidup kita... dan mungkin sedkit sahaja kita ingat pada Allah... jd Allah menguji kesabaran dan kekuatan kita untuk kita kembali dekat dan rapat denganNya...
Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....

sambil mengingatkan diri sendiri.... amanah, taklifan dan apa2 sahaja yang dilandaskan pada bahu kta merupakan tanggungjawab kita dan adalah wajib untuk kita melunaskannya dengan semampu kta.... Allah itu Maha Pengasih... Dia tidak akan membebani makhluknya dengan bebanan yang tidak mampu kita pikul....jadi sehabis boleh kedua2 amanah kita, waima dari segi pencapaian akademik mahupun tugas sebagai da'ei kita kena grab dengan seikhlas hati...

tiada manusia yang tidak pernah tersungkur, tiada manusia yang selamanya bahagia.....
tatkala ia bahagia, itu merupakan ujian juga dari Allah utk menguji sejauh mana ingatan dan imannya kepada Allah....
tatkala ia sengsara, itu juga merupakan ujian dari Allah, utk diuji setakat mana pergantngannya pada Allah...
jadi buat diri ana sendiri... beruzlah lah.... bermuhasabahlah dan sentiasa beringatlah tentang diri kita dan amal kita untuk Allah.... ia merupakan tazkiyatun nafs buat kita perbaiki diri kita...

Ni masa final sem lepas ana tulis kat blog http://iinomuslimah.wordpress.com.. saje upload kat sini sebab ana suka pe yang ana tulis ni...

pelbagai urusan hadir tatkala menghadapi saat nak menelaah buku untuk imtihan ni…
pelbagai program muncul…. namun syukur… kerana kebanyakannya program berbentuk rohani….

macam lagu Rahmat Ujian nyanyian Mestica ( time ni memang minat tol lagu ni… siapa dngar puluh2 kali) “…mulut mudah mengucap sabar.. tapi hati yang menanggung derita….”
masya Allah tak layaknyer nak cakap macam ni…. yelah rasenyer tak besar pun ujiannya… tp cukup menguji hati ini…

pelbagai kerenah dan situasi ‘terpakse’ ( tak sanggup nak guna ayat nih) didepani….
namun alhamddulillah…. ujian dan rahmat @ rahmat dan ujian itu datang beriringan…..(minggu ni ana sangat suka title ni) setiap ujian yang didatangkan pada kita oleh Allah pasti akan didatangkan juga dengan rahmatnya…. tak caye???

kena percaya…..hehehe….

kita sebagai hamba yang kerdil sisiNya kena percaya… senjata mukmin kan doa…. jadi doa itulah perantara untuk kita meminta pada Allah agar dipermudahkan segala yang kita lalui…
pada doa setiap insan.. Allah akan menjanjikan 3….

1. Allah SWT akan memakbulkan terus doa hamba2nya….. mungkin secara nyata mahupun tidak.. terkadang Allah tak bagi direct… Dia akan bagi kemudahan pada ‘tempat’ yang kita tak nampak… cam masa kita teratur… kita tenang dalam bekerja n etc…

2. Allah SWT menangguhkan permintaan doa hamba2nya….. Allah nak beri kita yang lebih baik… subhanallah…. jangan sedih…. jika yang kita minta tak kesampaian…. Allah nak beri yang terbaik tuh….

3. Allah SWT menangguhkan permintaan doa kita dan akan meberinya di akhirat kelak….subhanallah… inilah nikmat terbesar… barangsiapa yang mendapatnya… masyaAllah tersangatlah hebat…. kerana di akhirat kelak kita tiada bantuan lain selain rahmat Allah dan syafaat junjungan mulian Rasulullah SAW… so sesiapa yang terpilih untuk situasi ini sememangnya sangat bertuah…. moga Allah menggolongkan kita dalam golongan yang mendapat bantuan seperti ini…..

bnyaknyer ana cakap….. hehehe… moga apa yang ana cakap ni ana praktikkan juga dalam diri ini… telinga orang yang menyampaikan lebih dengan dengan mulut yang bercakap….
insya Allah… sedikit perkongsian dari ana… tatkala kita resah dan gelisah menanti janji Allah…peganglah ayat ini…

“…..barangkali sesuatu itu terbaik untukmu tetapi buruk bagi Allah, dan barangkali sesuatu itu buruk bagi kamu tetapi adalah yang terbaik bagi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya….” (Surah Al-Baqarah:216)

dan apabila kita berasa teruji dan sedih kerana diuji.. bacalah ayat ini…

” (2) Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,’kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?(3) Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang0orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta” ( Surah Al-Ankabut:2-3)

Subahanallah… indahkan Al-Quran….. banyak yang dirasai oleh hamba Allah diubati dengan ayat indah dari Al-Quran….

Ana sertakan Lirik Rahmat Ujian by Mestica ini untuk tatapan dan penghayatan sahabat2….Mudah2an..

Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o
Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Wallahu’alam……

Buat sahabat2 yang berada dimana sahaja... Selamat Menghadapi Ujian dan peperiksaan yang antum hadapi k... Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan...

0 Celoteh SahabatKu... on "Imtihan ???"

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez