Isnin, Mei 14, 2012

Nasihat Pada Diri...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 1:38:00 PG

Bismillah-hirrahman-nirrahim
~ Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih ~

Dunia ibarat syurga buat para kuffar...
& Dunia ibarat penjara buat para mukmin...

Merasa letih dengan kehidupan adalah suatu lumrah yang tidak dapat tidak untuk dielakkan. Menjauhi sebuah rasa keletihan, kekecewaan & keperitan adalah mustahil, namun mengawal rasa itu sudah pasti.

Bagaimana?

Sabar & syukur...

Sesungguhnya pada mana-mana mukmin yang mengingati akan datangnya sebuah kematian itu, ia pasti akan dijana dengan kuasa dan semangat untuk 'berbahagia' dengan kehidupan yang sementara ini. Berbahagia demi mengumpul sebanyak-banyaknya bekalan untuk digunakan 'disana' nanti. Hidup 'disana' lebih kekal berbanding didunia ini yang fana & sekadar perhentian semata....

Wahai hati... Pujuklah hatimu dengan sebuah kesabaran yang tiada tandingnya...

" Bersabarlah engkau hari ini mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati itu tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan tertentu dan ataupun pada umur mu yang tertentu. Kematian pasti datang. Oleh itu, bersiap-siaplah untuk menghadapinya adalah suatu kepastian pula dan bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagian dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini. Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas saja lagi " (Petikan dari kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Al-Ghazali)

Tanya pada diri.....

Sudah bersediakah menghadapi mati?

Tanya pada diri......

Apakah sudah tersedia jawapan-jawapan buat Sang Pencipta nanti?

Tanya pada diri....

Apakah sudah cukup manfaat yang diberi pada dunia sesisi?


0 Celoteh SahabatKu... on "Nasihat Pada Diri..."

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez