Selasa, Mei 15, 2012

TaQwa...

Oleh si comot [Ana] Farhana.... Jam 4:45:00 PG

Assalamualaikum wbt...

Bismillah-hirrahman-nirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

TAQWA

Suatu perkataan yang sering terngiang-ngiang dalam qalbku sepanjang minggu ini...
Diseiringkan perjalanan kehidupan yang bermacam liku dan ujian...
Terkadang diri seperti menanti rebah & tersungkurnya jasad ke bumi...
Memejamkan mata merehatkan kelelahan hati dan mengosongkan kekusutan minda...

Setiap kali merasa hilang arah...
Bagai di jana suatu kuasa untuk bangkit walaupun 'sakit' & 'perit'...
Tiada tangan yang menghulur, tetapi ada sesuatu yang menyambut agar bangkit...
Terkadang terasa seperti ada sesuatu sering menegur dan memperingatkan...
Taqwa......

Dalam hati hanya mampu berdoa...
" Ya Allah, hambaMu sedang cuba memperbaiki diri, tunjukkanlah ya Allah jalannya, agar hambaMu ini tidak terpesong dari landasan yang hakiki..."

Sekisar bermula dari pembacaan kitab Bidayatul Hidayah, ringkasan kitab Ihya Ulumuddin oleh Al Imam Hujjatul Al Ghazali yang dibeli dengan harga sangatlah murah (subhanallah, isinya tersangat hebatberbanding buku yang terkadang mahal tapi isi nya.. hmm)
Isu TAQWA disentuh dengan jitu sekali...
2 bahagian dan jalan menjadi orang bertaqwa
1. Menjalankan ketaatan (ibadat)
2. Meninggalkan kemaksiatan (dosa)

Ringkas isi dan peringatannya... Menjentik-jentik hati yang dahagakan ilmu dan tunjuk ajar tentang amalan-amalan harian... Fardhu, sunat, makhruh, harus, sampailah kepada yang haram...
Indahnya Islam...
Hebatnya Allah memberi 'manual' buat kefahaman hambaNya...

Malam itu (Jumaat, 110512), sebenarnya ana sepatutnya menghadiri suatu majlis ilmu di Bangi, berkaitan juga dengan TAQWA. Namun, atas kesihatan yang tidak mengizinkan, hasrat hati ditunda. Sekadar duduk dibilik & alhamdulillah.. Allah gerakkan hati untuk memulakan pembacaan kitab Bidayatul Hidayah ini... Syukran ya Allah.. ^_^

Menyelak2 buku SOLUSI 22 (Doa Makbul atau Terhijab), ana bertemu lagi sesuatu berkisarkan TAQWA... Doa dan Taqwa perkaitannya sangatlah akrab... Subhanallah...
Sesungguhnya hamba-hambaNya yang bertaqwa itu pasti tidak akan sombong untuk menadahkan tangan kepada Yang Maha Memberi untuk meminta...
& Sesungguhnya, hamba-hambaNya yang berkehendakkan untuk menjadi mukmin yang bertaqwa itu seharusnya melazimi (mesti!!) doa untuk meminta petunjuk & jalan dari Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang benar bagi menjadi hambaNya dengan sebenar-benar taqwa...
Cantikkan aturannya :")

Suatu kisah yang berkali-kali ana baca dalam minggu ini berkaitan TAQWA adalah kisah dari Ubay bin Ka'ab dan sahabat Rasulullah, Umar Al-Khattab...
_______________________________________________________________________________
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
______________________________________________________________________________
Hebat!! Osem!!
Seorang mukmin yang bertaqwa itu seharusnya adalah seorang manusia yang sentiasa berhati-hati dan berwaspada akan setiap tindak tanduk yang ia lakukan sehari-sehari...
Malah, bukan sekadar sehari-hari tetapi setiap saat yang ia peruntukkan untuk dirinya...
Kerana? Ada yang sedang memerhati, iaitu YANG MAHA MELIHAT 
:')
Allahu Allah... Masih lagikah kita ini tidak celik?
Merasa bahawa tiada sesiapa yang melihat apa yang kita lakukan, yang menghitung setiap apa yang kita perkatakan dan mendengar setiap apa yang terlintas dalam hati sanubari kita?

2 Celoteh SahabatKu... on "TaQwa..."

sea_lavender on Selasa, 15 Mei, 2012 berkata...

teruskan utk bersama dgn Allah..
pinta segalanya sbg kekuatan dlm menerus dan melalui hari2 akn dtg.. Insya-Allah ketenangan itu akn hadir buatmu ya ukhti ;)

Ya Habibi on Rabu, 11 Julai, 2012 berkata...

Semoga terus tabah. Penggantungan kepada Allah Ta'ala tidak semudah yang dikata. Juga sangat perlu mujahadah.

Kuncinya, hati yang bersih dan sentiasa merasa dekat dengan Rabbul 'Izzati.

Salam sayang,
Ya Habibi =)

Catat Ulasan

Dari sahabat...

 

Epilog Hearty Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez